Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, April 08, 2008

Hina Nabi Cerca Al Quran.




Barat yang dikenali dengan penegak hak kebebasan bersuara telah melampaui batas. Dengan alasan yang sama tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mempersendakan teras Islam.

Seolah olah manusia bebas berbuat apa sahaja dalam tuntutan demokrasi yang pincang. Saya memang menolak demokrasi apatah lagi kebebasan bersuara yang dilancarkan oleh yahudi selepas era komunis.

Sememangnya lidah manusia itu lembut tetapi merupakan senjata yang boleh memusnahkan segalanya. Lidah modern bukan hanya dalam mulut tetapi sebarang media yang mampu menaburkan propaganda dan juga berita adalah lidah modern. Kartun , filem , rencana merupakan bahasa baru kepada lidah modern ini.

Kini barat semakin galak berkarya mengenai perkara yang mereka tidak tahu. Dalam filem Fitna mereka cuba bercerita tentang jihad dalam syariat Islam. Mereka memutar ayat ayat Allah bertemankan gambar-gambar propaganda. Ini satu penghinaan yang di kategorikan dalam karya seni bagi mereka, ini disebut sarkastik. Tetapi bagi kita umat yang berteraskan akhlak ia disebut biadab.

Sebelum ini pihak orientalis telah berjaya melahirkan penghina teras Islam dari kalangan umat Islam sendiri. Sampai hari ini pengkhianat itu dibela dan disanjung barat. Apakah ini akan berlarutan jika kita semua berdiam diri? Soalan apakah ini? Sudah pastilah ini akan bertambah-tambah mungkin mereka akan membawa genre baru dalam hiburan khusus untuk menghina Islam. Oh! Sudah ada. Black Metal. Di tanah air sudah begitu dahsyat apalagi di barat.

Wahai buih buih dilaut berhentilah menurut ombak laut. Kita sebagai muslim mukmin adalah harapan untuk membela Nabi. Lupakah kalian barangsiapa tidak berselawat ke atas baginda tatkala nama baginda disebut akan dilaknat kelak? Ini lebih besar. Bila kita tidak membela baginda ketika baginda dihina, difitnah.

Semuanya hanya percakapan dan artikel semata kalau iman tidak di hati. Dakwah tidak di lisan dan qudwah bukan di amalan. Semua ini perlu pada pendidikan dan pembentukan peribadi yang berani. Bukan muslim yang dayus dan bacul seperti pemimpin dunia Islam hari ini. Berpeluk bersalam bahkan berlaga laga pipi dengan musuh-musuh Allah.

Ingin saya ulangi kata kata Khubab Ibnu Hadi ketika beliau diseksa oleh Abu Sufyan “Aku tidak redha sedang aku diikat dan diseksa di sini sedang rasulullah tercucuk duri di Madinah.” Inilah keberanian, inilah umat Muhammad. Bukan dayus dayus yang mengaku cinta Nabi apabila tempoh pengundian sudah dekat.

Apa yang boleh kita lakukan? Kita hanya orang biasa. Di sinilah peranan ulama untuk menjawab, mengajar dan memberitahu. Oleh kerana kita bukanlah orang yang layak untuk menyenaraikan langkah langkahnya maka say sertakan apa yang telah Al Qaradhawi gariskan iaitu lima hal yang yang harusdilakukan umat Islam adalah;
Pertama, PENOLAKAN. Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yangmenyebutkan baginda seorang yang haus darah danseorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harusdilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepadaorang-orang yang selama ini memiliki imej burukterhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akankemuliaan Rasulullah saw.


Kedua, Melalui kaedah politik, sikap negara-negaraIslam besar harus berdiri secara jantan untuk membelaIslam dan Rasul-Nya.


Ketiga, Penolakan massa dengan menekan pemerintahankaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkankeimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masihmemiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.


Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan dilapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itumisalnya, drama, filem atau drama bersiri untukmeluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.


Kelima, Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negarayang mengizinkan penduduknya mencederai kesucianIslam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampumenyakitkan suatu negara.


selamat menyintai nabi dan agama.

No comments: