Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, July 31, 2010

Finalis Imam Muda dan Juara Imam Muda Acap...

 Pertama sekali tahniah kepada Astro kerana berjaya menghidupkan pengaruh yang baik dalam rancangan yang dipaparkan di skrin mereka. WAlaupun ia berlaku dalam sistem rojak, saya kira Imam Muda merupakan rancangan yang mesti terus dipromosikan.

Gelaran Imam Muda musim ini dimenangi oleh Asyraf. Ustaz Asyraf mungkin, atau kini Imam Asyraf. Satu kemenangan yang mengharumkan namanya, nama ibubapa, nama guru-guru, nama kampung, nama universiti, nama sekolah dan nama-nama mereka yang dekat dengannya. Macam-macam komentar boleh diberi pada kelayakan, kemenangan pemarkahan dan segala yang berkaitan. Tetapi apa yang pasti kini beliau telah membuka ruang untuk dirinya menyebarkan ilmu dan dakwah dengan begitu luas.

Persoalannya, istiqamah itu akan bersamanya atau tidak? kita yang tumpang berbangga tadi perlu tumpang memikul amanah ini. AManah dakwah ini sangat besar dan berat tetapi inilah yang akan memuliakan dia dan kita semua di sisi Allah.

Semoga kepetahan beliau dalam mengutarakan tazkirah dapat dimanfaatkan dalam masyarakat yang semakin haus dan lemas dengan gejala syakhsiah dan peribadi. Semoga Allah membantu Imam-imam Muda kita semuanya. Kesemua finalis dan juga yang tidak dipilih untuk tampil lebih jauh juga memikul beban ini. Semoga Allah memberkati kemenangan Asyraf dan akan terus memenangkan beliau.

Sunday, July 25, 2010

Syeikh Raed Sholah dipenjara hari ini.

Petang tadi 25/7/2010 Syeikh Raed telah mengadakan sidang akhbar sebelum memulakan hukuman penjara 5 bulan bagi kesalahan meludah polis Yahudi pada tahun 2007 yang lalu.

Antara yang menarik semasa sessi media tadi beliau turut ditemani ibunya. Syeikh Raed merupakan pemimpin gerakan Islam 48. Iaitu gerakan tunggal yang bertapak dalam zon hijau iaitu di Tel Aviv. Antara sepanduk yang menarik perhatian tadi tertulis"Setiap kami ialah Raed Sholah."

Saturday, July 24, 2010

Jom Membaca






Salam semalam masa sembang-sembang dengan kawan-kawan kami ada petik statistik terkini mengenai muslim hari ini dengan buku. Sangat menyedihkan kerana didapati orang Islam seolah-olah tidak membaca.

Sedangkan kita tahu bahawa Orang Islamlah yang menjadi pelopor banyak lapangan ilmu. Tetapi kesedaran ini seperti tidak mampu menanggalkan rasa malas membaca di kalangan masyarakat muslim hari ini. Kalau kita lihat dalam statistik yang ada mungkin kita hanya membaca dua buku setahun. Ini sudah dikira sekali dengan komik dan novel novel cinta. Sekarang ini kita dapati majoriti remaja meminati novel sebagai bacaan sehingga industri penerbitan berebut-rebut menerbitkan novel dan meletakkan novel sebagai sasaran pemasaran. Bersyukurlah ada ramai novelis sekarang berminat menulis mengenai Islam. Ramai juga yang menulis berkenaan sejarah .

Namun ini semua bukanlah sesuatu yang layak dibanggakan sebaliknya sesuatu yang mesti dirisaukan dan digusarkan terutama pada khalayak guru dan pendidik. Kelak kita akan meninggalkan anak-anak kita dalam dunia tanpa didampingi oleh rakan terbaik manusia iaitu buku. Islam sangat menekankan budaya ilmu dalam kehidupan pengikutnya namun masalah berlaku apabila Islam hanya diamalkan dalam bab-bab ibadah khusus sahaja.

Sebenarnya hobi membaca ini adalah budaya ulama dan orang-orang Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam menjalani kehidupan seharian kita sepatutnya menghiaskan nilai-nilai keperibadian muslim dalam hidup kita. Sepatutnya orang Islam adalah mereka yang paling tamak kepada Ilmu sebagaimana generasi awal Islam dahulu. Kita lihat Imam asy Syafie begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan begitu bersungguh-sungguh juga menanamkan semangat yang sama kepada generasi selepasnya.Nabi  juga selalu berpesan antaranya:

"Kebijaksanaan itu barang yang hilang dari orang mukmin, di mana jua dia menjumpainya maka mesti dia miliki kembali."

Kita juga ada al Quran yang antara ayat awalnya bermaksud:

"Bacalah, dan Tuhanmu Maha Mulia. Dia yang telah mengajar dengan pena."

Kenapa seolah-olah ayat ini tiada dalam al Quran? Seolah - olah ayat ini hanya dibaca oleh orang yang beragama lain? sehingga orang Islam lebih sibuk dengan facebook, twitter dan seumpamanya lebih dari buku bahkan lebih dari al Quran sendiri. Kita lebih sibuk dalam dunia permainan video, hiburan televisyen dan juga musik lebih dari tenggelam dalam dunia ilmu dan juga buku.

Tidak seorangpun menyangkal alangkah berfaedahnya aktiviti membaca tetapi tindakan kita mempamerkan yang sebaliknya. Kita hanya menjadi pembaca apabila akan ada peperiksaan. Jika pelajar ketika ujian dan peperiksaan jika pekerja ketika ingin mendapat kenaikan pangkat sekiranya orang awam ketika ingin ujian memandu misalnya barulah mencari buku.

Budaya yang ada kini harus dibimbangi. Orang Islam lebih kurang membaca berbanding orang agama lain. Ini merupakan penanda aras kepada kedudukan orang Islam dalam dunia ini. Kita ketinggalan kerana sikap kita. Bagaimana kita nak memimpin dunia sekiranya kita adalah orang orang yang tiada pengetahuan? Kita juga diajar bahawa orang yang tidak berilmu merupakan orang yang tidak layak memimpin. Jadi bagaimana kita mahu memimpin dunia?

Benar kita akan memimpin dunia dengan al Quran dan Sunnah. Adakah semua yang ada dalam al Quran itu kita faham dan telah baca dengan penuh penghayatan? berapa kitab hadith yang telah kita Khatam dari ratusan ribu hadith yang ada? Banyak betul khazanah yang telah kita abaikan. Bagaimana kita berani mendabik dada mengatakan kitalah yang paling layak memimpin dunia ini sedangkan kita tidak berani merubah cara hidup kita dari manusia biasa kepada manusia berilmu dan berinovasi.

Sebelum memimpin dunia kita harus menguasai arus dan membentuk arus yang kemudian menjadi perubah keadaan sekeliling. Bagaimana kita sedang berasa selesa sedang hari ini kita adalah penurut arus. Dari makanan sampailah kepada sistem pemerintahan kita menuruti arus mereka, arus bangsa lain arus agama lain. Kita tidak lagi menerima panduan Islam sebagai keputusan hidup. Kita hanya berani menerima Islam sekiranya ia selari dengan dunia hari ini. Kita tidak lagi menjadi kayu ukur baik dan buruk dalam era modern ini. Kita terpaksa menilai semula agama kita dengan penilaian orang lain.

Persoalannya kini bagaimana kita ingin mengubah dunia? mengubah fenomena hari ini? mengubah statistik kita dalam dunia? Jawapannya mudah. Jawapan ini pernah dijawab oleh syed Qutb dalam menghuraikan bagaimana mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Jawapannya mudah tapi mahu merealisasikannya itulah yang perlu difikirkan.

Jawapannya adalah dengan kita merubah diri kita sendiri ke arah itu. Nescaya akan berubahlah persekitaran kita dan ia akan semakin meluas dan meluas. Mula sekarang ubah sekarang nescaya esok pasti lebih cerah. Sudah! Jom buku!

Wednesday, July 21, 2010

Demam Suatu Nikmat

Selalunya manusia mengatakan penyakit itu suatu niqmat atau bala yang dimestikan. Ramai yang gelisah bila ditimpa penyakit. Ramai yang ingin bersegera sembuh walaupun kadang-kadang 4 tahun sekali mereka sakit.

Saya sendiri merasa rimas bila ditimpa penyakit terutama selsema, kita jadi sukar ingin berada dalam majlis dengan kahak dan bunyi-bunyi yang dirasakan akan mengganggu keselesaan majlis. Tetapi bila membaca sirah Imam Ali yang merindui demam dan sakit menyebabkan tersentuh hati ini dengan perbezaan yang wujud antara kami.

Sakit seharusnya disyukuri dan diiringi dengan istighfar dan juga tasbih. Kerana sekiranya itu caranya kita melayani penyakit yang bertandang maka besar kemungkinan Allah mengampuni dosa dosa kita. Kitalah yang sebenarnya mencari kebahagiaan dalam segala kenikmatan yang Allah beri dan setiap penyusunan Allah itu adalah nikmat bagi kita.

Sebenarnya demam itu perlu disyukuri dan dihayati.

Friday, July 09, 2010

Pak Haji Malik A K A Pak Tih Malik.

Assalamualaikum semua MATRIans. Maaf pada pembaca lain kali ini saya nak cerita mengenai seorang legenda pejabat MATRI yang masih hidup. Haji Malik bekas raja tanah di Perlis suatu masa dahulu. Seorang yang dididik oleh Murabbi kami.

Banyak kisah kisah legenda yang menjadi kebanggaan kami melibatkan Haji Malik. Kisah yang menjadi petikan-petikan kehidupan tarbiyah di MATRI. Haji Malik merupakan seorang tua yang berumur lingkungan 69-70 Tahun. Mahir berbahasa Inggeris dan suka berjenaka. Namun agak tegas dan garang dalam masalah disiplin.

Perutnya boroi giginya tinggal 3 batang dan panjang-panjang. Ceria sentiasa. Tempatnya di pejabat MATRi. Ayat saya petang tadi selepas Pak Haji kirim salam pada Isteri saya dia kata "kirim salam kat zaujah anta dia kenai kot ana". Saya kata "Pelajar MaTRI kalau tak kenai Pak Haji, nak kena sembelih la tu."

Pak Haji Malik kini mengidap penyakit darah. Kini sel darah merah Pak Haji mudah mati. Selalunya hayat sel itu 30 hari. Sel darah mati tidak memberi masalah pada Pak Haji pada asasnya tetapi apabila sel darah cepat mati maknanya jumlah darah akan berkurangan dan ini membuatkan hemoglobin yang terkandung dalam darah juga berkurang dari badan. Jadi dia akan menjadi lemah dan juga tidak boleh kawal suhu badan.

Kini Pak Haji akan berulang sebulan sekali untuk berjumpa doktor pakar di Klang dan juga Ampang. Tadi saya berjumpa dengannya temankan dia pergi beli buah di pasar malam sri muda. Alhamdulillah terubat juga rindu pada Matri walau berjumpa seorang sahaja warga MATRI.

Pak Haji bercerita tentang pertemuan dia dengan doktor INDIA.
"Pak Cik hayat Pak cik tinggal 5 tahun saja lagi"
"Nabi saya mati umurnya 63 tahun la ni saya umur 66 tahun, Jadi saya dah dapat extra 3 Tahun, 5 tahun ka 4 ka 3 ka 1 ka saya tak kisah. Lagi cepat lagi bagus boleh saya jumpa pencipta saya."

Selepas itu doktor itu berjumpa dengan seorang doktor melayu namanya Dr Suraya. Dr Suraya mengaku bahawa Pak Haji ni bapa saudaranya.

"Your Uncle very brave lah" Kata doktor India itu.

Dr Suraya tersenyum dan menceritakan semula pada Pak Haji. Pak Haji masih ceria walaupun kini sudah tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi jangka hayatnya. Sangat berbeza orang sakit seperti Pak Haji berbanding Orang sakit lain.

Wednesday, July 07, 2010

Angka tentera Zionis yang membunuh diri bertambah.


Al-Quds-Kajian kemalangan bagi Tentera Penjajag Zionis menegaskan peningkatan kes bunuh diri dikalangan tenteranya telah meningkat dengan drastik apabila telah mencecah 19 kes sehingga pertengahan tahun ini berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.

pertamabahan ini meningkatkan lagi kebimbangan dalam khalayak tentera Zionis terutamanya majoriti dari mereka adalah dari rejimen tetap zionis bukan dari tentera simpanannya.

Sebelum ini kes-kes bunuh diri mencapai kemuncaknya pada 2005 sebanyak 35 kes direkodkan berbanding 30 kes pada tahun 2000.
Dalam usaha bagi merawat senario ini Tentera Zionis telah menggariskan plan untuk menghalang atau mengurangkan kes bunuh diri di kalangan tenteranya melalui program khas untuk ketua unit ketenteraan yang bertujuan mengenal pasti sesiapa yang menghadapi masalah tekanan jiwa dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Sumber:Ikhwan

Sunday, July 04, 2010

Kenapa Perlu kepada Mesyuarat?

Pertamanya : inilah Sunnah dalam organisasi rasulullah.

Kedua: Hanya mesyuarat yang mampu mengeluarkan keputusan menyeluruh dan meluas.

Ketiga: sekalipun keputusan mesyuarat itu mungkin salah tetapi ia tetap kurang risiko dari keputusan individu.

Keempat: keputusan mesyuarat akan menghasilkan suasana kerja yang selesa.

Kelima: Mesyuarat adalah proses membaiki dan menghalang kesilapan berulang.

Keenam: agar sesuatu badan dapat merumuskan sebarang tindakan.