Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, July 31, 2011

Tahniah....!

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang masih hidup untuk ramadhan kali ini. Ingat perlepasan dari neraka sedang diedarkan pada malam-malamnya. Keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda pada setiap detiknya.

Jangan anda mati sebelum ajal.

Friday, July 29, 2011

urgent

msg dr presiden PMRAM Mesir: 
Salam, kami drpd pihak PMRAM ada masalah.Pihak Kedutaan Malaysia memberikan maklumat yg slh kpd pihak Al-Azhar,Justeru mrka mahu mengharamkan PMRAM...mhn pd smua buat solat hajat utk kami, Slmtkan PMRAM n mahasiswa Mesir....mhn sebarkan seruan ini dlm web masing2....syukran

Wednesday, July 27, 2011

PMku tak suka Kuning, Rakyatnya sedang jatuh cinta dengan kuning.

Bila org kata jangan itulah yang seronok sangat. Itulah perangai orang bawahan, tidak kiralah anak, staf, cucu, pelajar, adik ataupun rakyat.

Bila kita mengaku jadi orang atasan kita kenalah bertindak sebagai orang atasan. Jangan dibebalkan kepala atau disenakkan hati memang kita akan pertahankan ego dan berlakulah persengketaan. Selalu manusia akan salahkan yang di bawah kononnya orang bawahan ini sedikit sembab dan lembab. Tapi apa kebijakan orang atasan kalau sekadar mempertahankan ego?

Kalau ibu kata jangan pakai baju baru anak memanglah masih geram tak dapat pakai sebab baju itu baharu. Kalau cikgu kata jangan pakai pen merah murid memanglah suka yang merah itu sebab ianya cantik. Jika abang kata jangan naik motor abang memanglah adik teringin sangat nak naik motor abang yang power.

Masalahnya bila PM kata jangan pakai baju kuning... apasal tak boleh? kenapa plak salah pakai baju kuning? sejak bila kuning ini jadi warna dosa? Sami kena tukar kaler rasmilah? Habis kaler kat bendera kita tuh buat apa ? nak tukar? Ini kira menghina warna kebangsaan. ha, sudah. PM menghina warna kebangsaan?

Celik la sikit hati tuh. kot-kot PM pernah kena demam kuning. Demam kuning ni bahaya dengan warna kuning. Kalau PM dah demam kan kita kena tukar yang baru? Susah juga nak cari PM yang pandai jaga duit rakyat ni. Sapa nak jaga duit rakyat lepas ni?

Dahlah pakailah baju warna lain. Sian PM. Ke kamu ni dah tak suka PM ni wujud kat dunia ni?

Monday, July 25, 2011


Jom Siapkan diri anda. BONANZA Pahala datang lagi. 
1 Ibadah Sunat= 1 Ibadah Fardhu.
1 Ibadah Fardhu = 70 Pahala fardhu
1 huruf = 10- 7000 pahala.

Special offer at night:
setiap malam akan ada 10000 dibebaskan dari list ahli neraka.

Special offer for last night of Ramadhan;
100,000 akan direwardkan dengan perlepasan dari ahli neraka.

ready to rumble...!

Wednesday, July 20, 2011

Dunia Bayanganku

Saya membayangkan dunia melangkah ke belakang dalam sistem sosialnya. Saya membayangkan masyarakat yang pemalu, saya membayangkan masyarakat yang prihatin.

Dalam masa yang sama saya membayangkan manusia sudah tidak pedulikan sijil berfail-fail. Tidak menghiraukan duit berikat-ikat.

Dalam membayangkan yang indah dan tenang itu saya membayangkan kembali manusia hidup tanpa arah tujuan. Saya membayangkan pula manusia hidup dengan bermalas-malasan.

Tetapi bayangan ini diteruskan dengan angan-angan kepada manusia yang berkasih-sayang dan berurusan atas dasar itu. Bercita-cita kepada dasar bantu membantu. kadangkala saya berbayang-bayang apakah ada orang lain membayangkan situasi dunia yang kembali berpegang pada kata-kata lebih dari kertas?

Apakah peribadi itu dinilai oleh kertas yang bercetak? Kaya dengan wang, pandai dengan sijil, warga dengan kad pengenalan, ikatan dengan sijil-sijil, mulia dengan akuan dan penghargaan, jasa dengan pingat dan begitulah saya bayangkan dunia yang orang makan apa yang ditanam dan ternak, saya bayangkan pemimpin menggunakan  hartanya untuk kebajikan, saya bayangkan rakyat yang sayang kepada pemimpin.

Tapi sayang tidak semua yang kita bayangkan itu adalah apa yang orang lain bayangkan.

Monday, July 18, 2011

Sheikh Raid Solah dibebaskan.

Syeikh Raid Solah dibebaskan selepas direman 3 minggu dalam penjara Bedford Utara London

Kemudian Syeikh telah menuju ke penginapannya di London, selepas dibebaskan dengan keputusan dari mahkamah tinggi yang dikeluarkan Jumaat dengan ikat jamin dan syarat-syarat yang lain , antaranya tidak dibenarkan memberi Khutbah ataupun ucapan politik.

Pertubuhan -pertubuhan Islam di Britain menyifatkan pembebasan Syeikh dengan jaminan adalah kemenangan besar dan penghujahan akan disediakan bagi menjawab pembohongan-pembohongan Zionis bagi mempertahankan Syeikh.

Hakim mahkamah tinggi London memutuskan wang ikat jamin Syeikh sebanyak 20,000 pound Sterling dan mengarahkan pemasangan pagar elektronik dan memastikan keberadaannya setiap hari.

Hakim berkata bahawa : sesungguhnya tiada bukti yang menunjukkan Syeikh Solah boleh menggugat keamanan rakyat Britain atau membahayakan orang awam.

pendengaran semula kes Syeikh Raid pada September akan datang.


Thursday, July 14, 2011

Siapa Raid Solah?
Beliau adalah pemimpin gerakan Islam di "ISrael" yang disebut sebagai tanah 48. Beliaulah yang membongkarkan penggalian terowong di bawah masjidil Aqsha. 
Kini beliau di tahan di Britain atas desakan zionis. Tanpa sebarang kesalahan. Beliau ditangkap sebaik sahaja turun dari pesawat di lapangan terbang.

Tuesday, July 12, 2011

Ramadhan apa persediaannya?

Ramadhan dah dekat dah. Adakah kita sudah bersedia untuk menjadikan ramadhan kali ini ramadhan terbaik dalam hayat kita?

Kalau belum mari sama-sama kita persiapkan. Apa yang perlu disiapkan?
Pertama: ilmu dalam masalah dan juga ibadah Ramadhan.
Kedua: kesediaan hati dalam mengejar taqwa yang dijanjikan dalam ramadhan.
Ketiga : Persediaan jasad untuk mengumpul sebanyak mungkin kemuliaan yang ditawarkan dalam Ramadhan.

Ramadhan sedang mendatang. Kerinduan kita akan terubat, tetapi apakah Ramadhan kali ini menjanjikan kemuliaan atau sebaliknya untuk kita? rugi jika kita bertemu ramadhan tanpa apa apa peningkatan.

Get ready to the fiest.

Saturday, July 09, 2011

Polis Vs Rakyat = Najib Takut

Bersih 2.0 merupakan ujian pada pendirian pasukan pengaman negara. Rakyat mahukan keadilan dalam pilihanraya tetapi ia seolah kemahuan yang berdosa bagi Kerajaan Malaysia kini. Rakyat mahukan negara yang lebih bebas dalam meluahkan pandangan tetapi kerajaan merasakan kebebasan bersuara boleh menggugat keamanan.


Oleh kerana kerajaan tidak selesa dengan perhimpunan bersih maka diarahkan Polis dan juga FRU menyuraikan perhimpunan walau dengan apa jua cara. Rakyat dan Polis sebenarnya tiada permusuhan. Tetapi masalahnya Polis dan FRU digunakan sepenuh kehendak oleh PM dan sekutunya.

Kisah permusuhan ialah rakyat dan kerajaan. Polis pula dikudakan dan diarahkan menjadi perisai politik kerajaan. Walaupun bukan semua rakyat terlibat dalam demonstrasi bukanlah jadi sebab untuk mereka yang keluar dibelasah, diikat dan dizalimi. Hak mereka untuk menyatakan pandangan mereka sepatutnya diberi. Sekalipun Malaysia tak mahu dijadikan negara ISlam sekurang-kurangnya jadikanlah Malaysia negara merdeka yang bebas untuk berfikir dan berpendirian.

Polis dan rakyat sebenarnya sentiasa dalam kesepakatan pandangan. Rakyat mahukan keamanan begitu juga polis. Rakyat mahukan kemajuan begitu juga polis. Rakyat mahukan kebenaran begitu juga polis. Tetapi masalahnya Polis mesti menjaga kerusi Pemimpin Kerajaan bagaimana terukpun pemimpin itu. Jadi api permusuhan antara polis dan rakyat sudah lama menyala. Sejak Polis terpaksa membela kerajaan yang jahat.


video
kisah Berih 2.0 memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia hari ini bukanlah mesra rakyat. Kempen 1 Malaysia hanyalah usah untuk mempertahankan kuasa yang semakin lusuh dan lapuk. Rakyat kini bukanlah lagi rakyat yang boleh ditipu dengan mudah dengan rasuah pilihanraya atau media wakil BN.

Ketakutan hilang kuasa sangat jelas pada wajah PM dalam ucapannya akhir-akhir ini. Malaysia kini menjadi ikon diktator kepartian yang berjaya setelah BN mampu mempertahankan penguasaannya ke atas negara beraja sejak mendapat kemerdekaan dari British. Kekuasaan percuma yang dinikmati oleh Najib merupakan kenikmatan yang sangat takut dilepaskan atau kehilangan. Kuasa yang sebelum ini menjadi idaman kini sedang rapuh digoncang oleh pakatan pembangkang yang lebih cenderung memperjuangkan hak rakyat.

Kerajaan BN tidak menjamin apa-apa kemudahan baru kepada rakyat melainkan bangunan-bangunan tinggi yang membawa keuntungan pada kroni mereka. Kerajaan BN hanya memberi hadiah tekanan kos kehidupan yang tinggi dilapik alasan-alasan merepek. Inilah dia yang bakal mencetus kepada sebuah revolusi rakyat yang sebenar. Tekanan begini takkan mengecutkan kemaraan rakyat bahkan akan menjatuhkan BN dan bakal menghukum pemimpin-pemimpinnya dengan kehinaan dan hukuman yang sangat berat.

BN harus belajar dari apa yang berlaku di timur tengah. Jika akal pemimpin masih segar nescaya mereka akan mula mempertimbangkan pandangan rakyat dan mula berhenti menelan harta negara.
video

Friday, July 08, 2011

Mesir Apa Kesudahannya?

Seperti sekutu Amerika yang lain Musyarraf, Saddam dan beberapa lagi pemimpin dunia Islam disingkirkan tanpa pembelaan oleh rakyat dan dengan ignorant sekutu mereka itulah hakikatnya keadaan kekasih bush anak bapa dan presiden amerika yang juga ada hubungan dengan Israel ini sedang alami. Mubarak sedang terkapai dalam kesedihan dan ketakutan.

Amerika melalui lidah akhbar mereka hanya mampu memberi pandangan-pandangan yang membawa kepada putus asa bagi Mubarak. Inilah akibatnya bersahabat dengan penjahat. Kebenaran pasti akan menerjah biar sekebal manapun penipuan menjadi empangan kekejaman. 30 Tahun sudah menjadi tempoh tua sebuah empayar modern. Kita bukan lagi di zaman Rom dan Farsi. kita kini di zaman duit duit kertas yahudi.

Syiah terus berangan mengembalikan zaman kegemilangan fatimiyyin di tanah Arab. Dalam masa Barat mempromosi puppet baru yang bernama el baradey agar dapat diangkat ke pentas parlimen mesir. Sedang itu juga IMF sudah bersedia menabur modal untuk membiaya pembangunan semula Mesir. Pastilah riba yang bakal ditawarkan dengan pembangunan maddiy.

Ramai orang menduga Ikhwan bersuara tetapi sampai kini kita belum jelas apa pendirian mereka. Inilah yang sedang berlaku. Mesir telah dibuka pada era Umar al Khattab dan Peristiwa Surat Umar kepada Nil begitu masyhur dalam kitab sirah.

Apakah akan terjadi pada Mesir selepas ini.

Cikgu yang celik dan murid yang mendengar.


Cikgu:Apa senjata utama rakyat>?
Pelajar: Pistol.
Cikgu : salah.
Pelajar : Bersih 2.0
Cikgu : salah.
Pelajar : Anwar
Cikgu : salah.
Pelajar : habi tu apa cikgu?
Cikgu : Ilmu yang sebenar.
Pelajar : oooo.
Cikgu : Kalau kamu jadi pemimpin jadilah pemimpin yang bijak, yang kenal mana syurga mana neraka.
            Pelajar: Kami akan jadi pemimpinkah ?
Cikgu : paling kurang kamu adalah pemimpin bagi diri kamu. Jangan jadi lembu yang tak mampu memimpin diri sendiri,             akhirnya jadi sembelihan tuannya yang selama ini dia patuhi.

Thursday, July 07, 2011

Rupanya ada lagi negara yang lebih panas dari Sudan.


Kuwait dan negara teluk majoritinya memiliki pantai dan laut yang dinamakan dengan Laut Putih. Keluasan Kuwait mencecah 17, 818 KM persegi yang memuatkan lebih 3 juta penduduk. Kuwait bergantung penuh dengan hasil minyaknya, bahkan ia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak terbesar di dunia. Kuwait merupakan negara Islam kedua yang paling stabil ekonominya selepas Brunei.

Kuwait juga adalah negara yang penduduknya mendapat tempat keempat dalam carta pendapatan perkapita paling tinggi dunia.

Wednesday, July 06, 2011

Benarkah Yahudi Ada Hak Di Palestina?

Tidak benar sama sekali. Sebab apa? Kerana mereka sendiri tiada bukti mereka berhak untuk menubuhkan negara di Palestin. Apatah lagi penubuhan negara mereka tidak pernah direstui sendiri oleh rakyat Palestin.

Siapa kata mereka ada hak?

Yahudi Zionis yang ingkar pada ajaran Yahudi. British yang mahukan Negara Arab berpecah belah. Amerika yang ditunggang Zionis dalam ekonomi dan Politik. Perancis Juga negara bawah penguasaan Yahudi. PLO selepas perjanjian yang memalukan pada tahun 1993.

Apa hak mereka yang sebenar?

Mereka merupakan satu bangsa yang telah enggan menduduki Palestin dan kini sedang bertungkus lumus mahu berada di sana dan merampas hak orang lain...