Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, April 24, 2011

Jom Kempen RM 1 seorang untuk al Aqsa.

Masa pertemuan tahun lepas saya berjanji akan melancarkan kempen rm 1 setiap muslim malaysia untuk al Quds. Tetapi sampai kini saya belum tahu bagaimana mahu mengutip derma mampu umat ini untuk al Quds.

Jika ditakdirkan pergi pula perhimpunan tahun ini apakah janji baru yang akan saya mungkiri. Susah sebenarnya mahu mendapat kepercayaan muslim Malaysia walaupun hanya untuk rm 1 kerana terlalu ramai penipu menjual nama kebajikan untuk perut sendiri.

Bagaimana anda ? mahu berikan rm 1 untuk masjid al Aqsa? RM 1 pertama anda mahukah disedekahkan untuk al Quds? saya boleh hantarkannya. Tidak mampu? doakan kejayaan kempen ini.

Monday, April 04, 2011

terkini Palestin.


Goldstone bakal menarik balik laporannya berkenaan keganasan Israel terhadap kemanusiaan di Ghazza dalam peperangan al Furqan. Walaupun laporan itu tidak dijangka akan mengheret Zionis ke muka pengadilan kerana PBB sendiri adalah entiti Zionis namun ia adalah sokongan moral bagi rakyat Ghazza bahawa manusia di luar masih ada yang celik.

Zionis merangka penubuhan 942 perumahan baru di al Quds. Walaupun gerakan untuk berhijrah meninggalkan Palestin semakin kuat di sana tetapi kekejaman ke atas warga arab terus dipertingkatkan terutama di Tebing Barat yang rata-rata pemimpinnya dibeli oleh Yahudi.

Zionis sedang mempersiapkan tentera lautnya untuk menyerang armada kebebasan yang ke 2, yang direncanakan menuju perairan Ghaza pertengahan Mei depan. -sumber info Palestina.