Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.


Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.
Oleh: Muhammad Abduh
Terjemahan : Aiman Osman.
Aku memuji dan mensyukuri  Allah yang mendekatkan kepada kita pintupintu kebaikan , yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNYa. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.
Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah
                                                                Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
hapuskan salahku dengan kemaafan , kemesraan dan kasih-sayang
                                                                Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .
Sekiranya tidak diampunkan bagimu, dan tidak bergenang matamu, tidak luluh hatimu di hadapan Tuhanmu pada bulan ini … maka bilakah ia mungkin berlaku?
Pernahkah matamu basah kerana takutkan Tuhanmu walau sekali? Tidakkah kamu merasai Tuhanmu dekat di hatimu pada bulan ini? Tidakkah kamu yakin di sana ada peluang bagimu untuk bertambah dekat dan khusyu’, dan bertaubat dengan tunduk serta menjadi permulaan yang benar dalam kepulangan kepada Allah dengan pertambahan keakraban dengan Allah.
“Dan orang-orang yang meminta diberi petunjuk akan ditambah padanya hidayah dan diberikan kepada mereka taqwa mereka.”
Wahai Insan!
Ingatlah Allah menegur kita dalam firmanNya:
“Wahai manusia apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu yang Maha Pemurah?”
Ya, wahai insan apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu sehingga kamu terjerumus dalam maksiat kepadanya dan melampaui batas-batasNya? Adakah ikamu mengabaikan nikmat-nikmatNya? Ataupun lupa kepada pengawasanNya dan keagunganNya?! Jangan dilihat pada kecilnya dosa… tetapi lihatlah keagungan siapa yang telah kau derhaka… Janganlah menjadikan Allah remeh bagimu.
Untukmu Khabar Gembira!
Di sini aku bentangkan bagi kalian berita gembira dari Tuhan Kalian Yang Maha Tinggi dan RasulNya sallahu alaihi wa sallam. Allah berfirman:
“Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan dosa), janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
FirmanNya lagi:
“Dan orang-orang yang tidak menyeru bersama Allah tuhan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran dan tidak berzina barangsiapa yang melakukannya maka mereka telah berdosa. Digandakan baginya seksa itu pada Hari Kiamat dan kekal dalam seksaan itu serta terhina. Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amal soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sungguhlah beruntung mereka dan sangat besar kurnia bagi mereka, Allah menukarkan kebejatan mereka sebagai kebajikan… Allah Maha Besar! Tidaklah akan berlengah-lengah dalam tawaran ini melainkan mereka yang bodoh dan tidak mahukan kemuliaan.
Jika kamu mahukan kelebihan ini bertaubatlah!
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai Anak Adam sesungguhnya jika kalian berdoa kepadaKu dan berharap dariKu Aku telah ampukan bagimu apa yang kamu lakukan(dari dosa) tidaklah aku peduli. Wahai Anak Adam, jika dosamu mencecah langit kemudian kamu memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan bagiMu dan Aku tidak kisah.”
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai hamba-hambaKU, sesungguhnya Kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang dan Aku mengampunkan semua dosa maka pohonlah keampunan dariKu nescaya Aku ampunkan bagimu.”
Sabda Rasul:
“sesungguhnya Allah membentangkan tangaNya pada waktu malam untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu siang, dan membentangkan tangaNya pada waktu siang untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu malam sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.”
Ketika Rasul melihat seorang ibu mencari anak kecilnya dan ketika dia menjumpai anaknya lalu dipeluknya anak itu ke dadanya. Maka Baginda bertanya:  Apakah ibu ini mendapati anakNya dalam api? Sahabat-sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Allah lebih menyayangi hamba-hambaNya daripada wanita ini menyayangi anaknya.”
Allah Maha Besar… Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita acuh tidak acuh dalam taubat?!! Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita berlengah dalam taubat?!! Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Mengasihi , Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pemurah.
Terus Terang Pada Dirimu.
Apakah yang menghalangmu dari taubat dan melalui jalan kebaikan?Seolah aku mendengar kau berkata: Keluarga, masyarakat dan kawan kawan! Aku takut aku bertaubat kemudian aku akan kembali lagi melakukan maksiat! Dosaku banyak maka bagaimana akan diampunkan bagiku! Aku gusar akan harta dan keluargaku! Maka aku menjawab: Apakah kalian merasakan itu jawapan kalian di hadapan Allah ketika hari Pertemuan denganNya? Demi Allah tidak…  bahkan itulah halangan dan kegusaran yang takkan dimusnahkan melainkan oleh sesiapa yang takut pada Tuhannya.
Maka berbanggalah dengan agamamu dan berazamlah dengan tulus kepada kebaikan dan berterusan di atasnya. Berserahlah diri kepada Allah, kemudian ingatlah rahmat Allah dan keluasan pengampunannya.
Jika dia mendatangimu … pada saat ini… Malaikat Maut apakah kamu redha menjumpai Tuhan kamu dalam keadaan kamu ini?
Maaflah… Janganlah kalian lari dari diri kalian dan muhasabahlah ia. Jika kalian tidak bermuhasabah sekarang esok di dalam kubur kalian akan menyesal. Masa itu menyesal sudah tiada guna.
Kelahiran Baru.
Ketahuilah sesungguhnya taubat bukanlah hanya dalam Ramadhan. Bahkan dalam Ramadhan dan semua bulan. Tetapi alangkah baiknya kalian dilahirkan semula dalam bulan berkat dan penuh kebaikan, Manusia boleh dilahirkan dua kali ; hari dikeluarkan dari kegelapan rahim ibunya kepada dunia yang terang, dan hari yang dikeluarkan dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Maka jadikanlah itu dirimu.
Aku berpesan kepadamu… Berdampinglah dengan orang orang yang baik yang memberi manfaat  kepadamu sehingga selepas kamu mati… dengan izin Allah… dengan doa-doa mereka untukmu… berdampinglah dengan mereka pada pemergian mereka dan kepulangan mereka. Bersabarlah bersama mereka sehingga kamu dipanggil Allah maka ketika itu akan dikatakan kepadamu dan mereka. :
“sejahtera ke atas kalian dengan apa yang kalian sabarkan maka alangkah nikmatnya Negeri Akhir itu.”  Ar Ra’d :24
Sebelum Pintu Tertutup.
Sekarang dan jangan berlengah…  Jalan yang kamu sedang lalui di atasnya menjadi laluan bagimu di dunia dan akhirat. Alangkah bahagianya dan alangkah gembiranya, sedang bergembira hati itu dengannya dan berbahagia ketika kembali kepada Tuhannya dalam keadaan yang bertaubat dan menyertai  perahu orang-orang soleh… demi Allah kebahagiaan ini takkan dirasai melainkan oleh mereka yang telah melaluinya.
Andai kalian sudah berazam ingin bertaubat dan berubah… dan kembali kepada Allah serta tunduk… maka ketahuilah bagi taubat ini sayarat-syarat yang mesti dipenuhi:
  1.       Menyesal apa yang telah berlalu.
  2.       Menanggalkan segala dosa.
  3.       Berazam tidak kembali mengulanginya, sekiranya kalian kembali maka ulangilah. Taubat kepada Allah… tetapi keazaman ini mestilah tulus.
  4.       Sebelum nyawa sampai ke kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat.

Saturday, August 07, 2010

Kashmir dibantai lagi.

Sepertimana kita pernah dengar, (jika pernah) bahawa kawasan majoriti Islam Kashmir dijajah oleh India dan menjadi kawasan rebutan antara India dan Pakistan. Kini menjadi mangsa kerajaan Hindu India sejak Jun tahun ini sahaja seramai 50 orang penduduk Kashmir dibunuh oleh anggota keselamatan india. Minggu lepas sahaja seramai 31 orang dibunuh ketika polis India berusaha meleraikan tunjuk perasaan dengan menembak secara rawak ke arah penunjuk perasaan secara aman.

Di mana kerajaan Islam? di mana pembela muslim? dalam akhbar juga tiada cerita apa lagi dalam parlimen dunia Islam.
Sumber: Independent news.

Friday, August 06, 2010

Buatmu Imam Muda.


Kini namamu hebah di muka media.
Dipuji dan disanjung.
Gembira tersimpan dalam wajah kelatmu.
Mungkin kerna itulah kamu.

Asyraf kaulah adik, kaulah imam.
Bukan masyhur daku dambakan,
sekadar berkongsi pesan budiman.
Jangan darat dilupakan, amanah mesti
dipundak perlaksanaan.

Sungguh kau pedoman beliawan,
buat kawan jua lawan.
Tika dunia gilakan hiburan,
kau hafalkan al Quran.
Tika remaja meleser di jalanan,
kau khadam rumah Tuhan.

Asyraf yang kukenal bukan satu.
Tetapi kau dipilih kerna ilmu.
Ilmu yang ditambat dalam amal,
takkan malap walau terkenal.
Jadilah kau Imam cekal,
solat dan sabar buat bekal.
Taqwa dan Iman di dada kekal.

Selamat berkhidmat,
doaku kau beroleh rahmat.
Kaulah pewaris mukjizat,
pedoman ke jalan selamat.

Siddiq Osman.
07-08-2010

Wednesday, August 04, 2010

Ramadhan datang lagi ya ayah?

Ayah! sekarang bulan apa?

Bulan Syaaban nak , kenapa?

Bulan Syaaban sebelum Ramadhan kan?

Ya Syaaban sebelum Ramadhan, Kenapa ni, muram ja?

Dah tak boleh makan la nanti?

Eh, kenapa pula tak boleh makan? tak makan macam mana kita nak hidup?

Habis kawan kawan cakap nanti bulan Ramadhan kena puasa bila puasa tak boleh makan?

Oh, tidaklah 24 jam kena puasa, cuma masa siang sahaja itupun dari subuh sampai maghrib sahaja. Lepas tu kita boleh ja nak makan macam biasa.

Ooo, tapi nanti lapar laa masa siang.

Lapar itu sekejap sahaja, Tapi nanti keseronokkannya selamanya.

Amin, tahu mesti dapat masuk syurga.

Bukan itu saja, dalam ramadhan ni banyak ganjaran yang Allah offer dekat kita.

Macam offer kat super market tu ka?

Lagi hebat lagi. Allah offer keampunan yang banyak sangat, Allah Offer syurga dan yang paling bermakna Allah offer satu hadiah misteri yang tak ada lagi orang tahu apa dia hadiah itu.

Ayah tahu tak?

Ayah tak tahu semua pun tak tahu Allah ja yang tahu.

Ada tak lagi keistimewaan Ramadhan?

Ada, banyak sangat istimewa Ramadhan ni. Syaitan yang suka dengki dengan kita tu pun Allah kurung dalam neraka, Pintu neraka semua di tutup, pintu syurga dibuka, setiap malam malaikat memenuhi langit dunia setiap hari malaikat malaikat ini akan meminta ampun untuk kita sampailah kita berbuka. Banyak lagi kelebihan Ramadhan yang lain yang ayah tak tahu pun ada banyak lagi.

Banyaknya....

Hah, habistu kenapa muka masam lagi ni?

Kenapa Ramadhan sebulan ja? kenapa tak setahun terus?

Hahahaha, kalau semua Ramadhan tak speciallah Ramadhan kita.

Sunday, August 01, 2010

Bila seorang yang awam merasakan dia orang yang mutakhassih.

Hari ini seharian aku berseminar di Pusat Islam bersama ulama-ulama ulum quran seperti Tan Sri hassan Az Zahari, Prof. Dr Said Agil, Syeikh alaatofay, Syeikh Asy Syanqiti, Syeikh Sayid Ali Abdul Majid, Syeikh alauddin al Qaisy dan Syeikh Samih Ahmad Khalid Utahimaniah.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut saya merasa hari ini apa yang disebut al Haqir dan perkataan hina sebenar dalam diri. Hari ini kekerdilan itu dapat saya fahami dan rasai dengan benar dan jelas. Hari ini saya mengaku dengan penuh sedar dalam hati dan faham bahawa Ilmu Allah itu maha luas dan saya ini sangat-sangat jahil. Ya Allah ajarkan aku ilmuMu yang luas itu. Ajarkan aku suatu ilmu agar dijadikan ilmu bermanfaat yang bakal kubekalkan ke alam kubur.

Sungguh Syeikh seperti Tan Sri Hassan Az Zahari telah berkhidmat kepada Ummah ini. Beliau masih kukuh mengajar dan menyimbah ilmu tajwidnya yang dalam dan tinggi ke seluruh dunia saban tahun. Sungguh saya kagumi orang tua itu. Masih kemas sebutannya bahkan lebih jelas dari sebahagian remaja yang was was menuturkan ayat ayat Allah. Sungguh menyebabkan aku malu dan tersipu dalam hati. Ya Allah telah banyak ku zalimi diri ini ampunkanlah dosaku.

Syeikh Sayid Ali Abdul Majid begitu hebat bicaranya iqtibas bersusun kemas dalam ucap kata. Sungguh mengkagumkan bagai al Quran sentiasa terbentang dalam mindanya sehingga kalam sepontannya menampakkan keindahan nuzum arabiyah yang segar dan mewah. Ya Allah sungguh kalamku sebelum ini kosong dan aku menyangkanya dakwah kepadaMu lancarkan lidahku fasihkan hatiku.

Syeikh alauddin al Qaisy Syeikhul Qurra' fil Iraq. Sungguh mendalam kefahamannya dengan maqamat tilawah dan sungguh merdu qiraah mufassirahnya. Barulah aku faham bagaimana orang beriman itu bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah Iman mereka. Sahlah kemerduan al Quran dalam nuzumNya memukau keasyikan dan menggamit palingan hati.

Kini aku rasakan bagai sebelum ini aku belum benar-benar pandai membaca al Quran. Ilmu Quran ku masih belum sampai tahap sederhana. Aduh masih jauh kejahilanku untuk menjadi daie kepada Allah bagi ummah ini.Ya Allah ajarilah aku dari sisiMu ilmu yang menyelamatkan aku dari nerakaMu.

Malam ini aku hanyalah orang yang awam dalam keadaan aku tahu aku ini jahil. Sebelum ini aku merasakan gelaran ustaz dan juga belajar di Sudan serta membaca buku-buku arab sudah menambah nilai dari seorang awam kepada seorang yang lebih hampir kepada Allah dalam keilmuan. Sah. Aku masih jauh dari martabat yang sedang aku perasan-perasan seorang diri. Belumpun ada ilmu yang yakin dalam dada ini.

Saturday, July 31, 2010

Finalis Imam Muda dan Juara Imam Muda Acap...

 Pertama sekali tahniah kepada Astro kerana berjaya menghidupkan pengaruh yang baik dalam rancangan yang dipaparkan di skrin mereka. WAlaupun ia berlaku dalam sistem rojak, saya kira Imam Muda merupakan rancangan yang mesti terus dipromosikan.

Gelaran Imam Muda musim ini dimenangi oleh Asyraf. Ustaz Asyraf mungkin, atau kini Imam Asyraf. Satu kemenangan yang mengharumkan namanya, nama ibubapa, nama guru-guru, nama kampung, nama universiti, nama sekolah dan nama-nama mereka yang dekat dengannya. Macam-macam komentar boleh diberi pada kelayakan, kemenangan pemarkahan dan segala yang berkaitan. Tetapi apa yang pasti kini beliau telah membuka ruang untuk dirinya menyebarkan ilmu dan dakwah dengan begitu luas.

Persoalannya, istiqamah itu akan bersamanya atau tidak? kita yang tumpang berbangga tadi perlu tumpang memikul amanah ini. AManah dakwah ini sangat besar dan berat tetapi inilah yang akan memuliakan dia dan kita semua di sisi Allah.

Semoga kepetahan beliau dalam mengutarakan tazkirah dapat dimanfaatkan dalam masyarakat yang semakin haus dan lemas dengan gejala syakhsiah dan peribadi. Semoga Allah membantu Imam-imam Muda kita semuanya. Kesemua finalis dan juga yang tidak dipilih untuk tampil lebih jauh juga memikul beban ini. Semoga Allah memberkati kemenangan Asyraf dan akan terus memenangkan beliau.

Sunday, July 25, 2010

Syeikh Raed Sholah dipenjara hari ini.

Petang tadi 25/7/2010 Syeikh Raed telah mengadakan sidang akhbar sebelum memulakan hukuman penjara 5 bulan bagi kesalahan meludah polis Yahudi pada tahun 2007 yang lalu.

Antara yang menarik semasa sessi media tadi beliau turut ditemani ibunya. Syeikh Raed merupakan pemimpin gerakan Islam 48. Iaitu gerakan tunggal yang bertapak dalam zon hijau iaitu di Tel Aviv. Antara sepanduk yang menarik perhatian tadi tertulis"Setiap kami ialah Raed Sholah."

Saturday, July 24, 2010

Jom Membaca






Salam semalam masa sembang-sembang dengan kawan-kawan kami ada petik statistik terkini mengenai muslim hari ini dengan buku. Sangat menyedihkan kerana didapati orang Islam seolah-olah tidak membaca.

Sedangkan kita tahu bahawa Orang Islamlah yang menjadi pelopor banyak lapangan ilmu. Tetapi kesedaran ini seperti tidak mampu menanggalkan rasa malas membaca di kalangan masyarakat muslim hari ini. Kalau kita lihat dalam statistik yang ada mungkin kita hanya membaca dua buku setahun. Ini sudah dikira sekali dengan komik dan novel novel cinta. Sekarang ini kita dapati majoriti remaja meminati novel sebagai bacaan sehingga industri penerbitan berebut-rebut menerbitkan novel dan meletakkan novel sebagai sasaran pemasaran. Bersyukurlah ada ramai novelis sekarang berminat menulis mengenai Islam. Ramai juga yang menulis berkenaan sejarah .

Namun ini semua bukanlah sesuatu yang layak dibanggakan sebaliknya sesuatu yang mesti dirisaukan dan digusarkan terutama pada khalayak guru dan pendidik. Kelak kita akan meninggalkan anak-anak kita dalam dunia tanpa didampingi oleh rakan terbaik manusia iaitu buku. Islam sangat menekankan budaya ilmu dalam kehidupan pengikutnya namun masalah berlaku apabila Islam hanya diamalkan dalam bab-bab ibadah khusus sahaja.

Sebenarnya hobi membaca ini adalah budaya ulama dan orang-orang Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Dalam menjalani kehidupan seharian kita sepatutnya menghiaskan nilai-nilai keperibadian muslim dalam hidup kita. Sepatutnya orang Islam adalah mereka yang paling tamak kepada Ilmu sebagaimana generasi awal Islam dahulu. Kita lihat Imam asy Syafie begitu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan begitu bersungguh-sungguh juga menanamkan semangat yang sama kepada generasi selepasnya.Nabi  juga selalu berpesan antaranya:

"Kebijaksanaan itu barang yang hilang dari orang mukmin, di mana jua dia menjumpainya maka mesti dia miliki kembali."

Kita juga ada al Quran yang antara ayat awalnya bermaksud:

"Bacalah, dan Tuhanmu Maha Mulia. Dia yang telah mengajar dengan pena."

Kenapa seolah-olah ayat ini tiada dalam al Quran? Seolah - olah ayat ini hanya dibaca oleh orang yang beragama lain? sehingga orang Islam lebih sibuk dengan facebook, twitter dan seumpamanya lebih dari buku bahkan lebih dari al Quran sendiri. Kita lebih sibuk dalam dunia permainan video, hiburan televisyen dan juga musik lebih dari tenggelam dalam dunia ilmu dan juga buku.

Tidak seorangpun menyangkal alangkah berfaedahnya aktiviti membaca tetapi tindakan kita mempamerkan yang sebaliknya. Kita hanya menjadi pembaca apabila akan ada peperiksaan. Jika pelajar ketika ujian dan peperiksaan jika pekerja ketika ingin mendapat kenaikan pangkat sekiranya orang awam ketika ingin ujian memandu misalnya barulah mencari buku.

Budaya yang ada kini harus dibimbangi. Orang Islam lebih kurang membaca berbanding orang agama lain. Ini merupakan penanda aras kepada kedudukan orang Islam dalam dunia ini. Kita ketinggalan kerana sikap kita. Bagaimana kita nak memimpin dunia sekiranya kita adalah orang orang yang tiada pengetahuan? Kita juga diajar bahawa orang yang tidak berilmu merupakan orang yang tidak layak memimpin. Jadi bagaimana kita mahu memimpin dunia?

Benar kita akan memimpin dunia dengan al Quran dan Sunnah. Adakah semua yang ada dalam al Quran itu kita faham dan telah baca dengan penuh penghayatan? berapa kitab hadith yang telah kita Khatam dari ratusan ribu hadith yang ada? Banyak betul khazanah yang telah kita abaikan. Bagaimana kita berani mendabik dada mengatakan kitalah yang paling layak memimpin dunia ini sedangkan kita tidak berani merubah cara hidup kita dari manusia biasa kepada manusia berilmu dan berinovasi.

Sebelum memimpin dunia kita harus menguasai arus dan membentuk arus yang kemudian menjadi perubah keadaan sekeliling. Bagaimana kita sedang berasa selesa sedang hari ini kita adalah penurut arus. Dari makanan sampailah kepada sistem pemerintahan kita menuruti arus mereka, arus bangsa lain arus agama lain. Kita tidak lagi menerima panduan Islam sebagai keputusan hidup. Kita hanya berani menerima Islam sekiranya ia selari dengan dunia hari ini. Kita tidak lagi menjadi kayu ukur baik dan buruk dalam era modern ini. Kita terpaksa menilai semula agama kita dengan penilaian orang lain.

Persoalannya kini bagaimana kita ingin mengubah dunia? mengubah fenomena hari ini? mengubah statistik kita dalam dunia? Jawapannya mudah. Jawapan ini pernah dijawab oleh syed Qutb dalam menghuraikan bagaimana mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Jawapannya mudah tapi mahu merealisasikannya itulah yang perlu difikirkan.

Jawapannya adalah dengan kita merubah diri kita sendiri ke arah itu. Nescaya akan berubahlah persekitaran kita dan ia akan semakin meluas dan meluas. Mula sekarang ubah sekarang nescaya esok pasti lebih cerah. Sudah! Jom buku!

Wednesday, July 21, 2010

Demam Suatu Nikmat

Selalunya manusia mengatakan penyakit itu suatu niqmat atau bala yang dimestikan. Ramai yang gelisah bila ditimpa penyakit. Ramai yang ingin bersegera sembuh walaupun kadang-kadang 4 tahun sekali mereka sakit.

Saya sendiri merasa rimas bila ditimpa penyakit terutama selsema, kita jadi sukar ingin berada dalam majlis dengan kahak dan bunyi-bunyi yang dirasakan akan mengganggu keselesaan majlis. Tetapi bila membaca sirah Imam Ali yang merindui demam dan sakit menyebabkan tersentuh hati ini dengan perbezaan yang wujud antara kami.

Sakit seharusnya disyukuri dan diiringi dengan istighfar dan juga tasbih. Kerana sekiranya itu caranya kita melayani penyakit yang bertandang maka besar kemungkinan Allah mengampuni dosa dosa kita. Kitalah yang sebenarnya mencari kebahagiaan dalam segala kenikmatan yang Allah beri dan setiap penyusunan Allah itu adalah nikmat bagi kita.

Sebenarnya demam itu perlu disyukuri dan dihayati.

Friday, July 09, 2010

Pak Haji Malik A K A Pak Tih Malik.

Assalamualaikum semua MATRIans. Maaf pada pembaca lain kali ini saya nak cerita mengenai seorang legenda pejabat MATRI yang masih hidup. Haji Malik bekas raja tanah di Perlis suatu masa dahulu. Seorang yang dididik oleh Murabbi kami.

Banyak kisah kisah legenda yang menjadi kebanggaan kami melibatkan Haji Malik. Kisah yang menjadi petikan-petikan kehidupan tarbiyah di MATRI. Haji Malik merupakan seorang tua yang berumur lingkungan 69-70 Tahun. Mahir berbahasa Inggeris dan suka berjenaka. Namun agak tegas dan garang dalam masalah disiplin.

Perutnya boroi giginya tinggal 3 batang dan panjang-panjang. Ceria sentiasa. Tempatnya di pejabat MATRi. Ayat saya petang tadi selepas Pak Haji kirim salam pada Isteri saya dia kata "kirim salam kat zaujah anta dia kenai kot ana". Saya kata "Pelajar MaTRI kalau tak kenai Pak Haji, nak kena sembelih la tu."

Pak Haji Malik kini mengidap penyakit darah. Kini sel darah merah Pak Haji mudah mati. Selalunya hayat sel itu 30 hari. Sel darah mati tidak memberi masalah pada Pak Haji pada asasnya tetapi apabila sel darah cepat mati maknanya jumlah darah akan berkurangan dan ini membuatkan hemoglobin yang terkandung dalam darah juga berkurang dari badan. Jadi dia akan menjadi lemah dan juga tidak boleh kawal suhu badan.

Kini Pak Haji akan berulang sebulan sekali untuk berjumpa doktor pakar di Klang dan juga Ampang. Tadi saya berjumpa dengannya temankan dia pergi beli buah di pasar malam sri muda. Alhamdulillah terubat juga rindu pada Matri walau berjumpa seorang sahaja warga MATRI.

Pak Haji bercerita tentang pertemuan dia dengan doktor INDIA.
"Pak Cik hayat Pak cik tinggal 5 tahun saja lagi"
"Nabi saya mati umurnya 63 tahun la ni saya umur 66 tahun, Jadi saya dah dapat extra 3 Tahun, 5 tahun ka 4 ka 3 ka 1 ka saya tak kisah. Lagi cepat lagi bagus boleh saya jumpa pencipta saya."

Selepas itu doktor itu berjumpa dengan seorang doktor melayu namanya Dr Suraya. Dr Suraya mengaku bahawa Pak Haji ni bapa saudaranya.

"Your Uncle very brave lah" Kata doktor India itu.

Dr Suraya tersenyum dan menceritakan semula pada Pak Haji. Pak Haji masih ceria walaupun kini sudah tinggal lebih kurang setahun sahaja lagi jangka hayatnya. Sangat berbeza orang sakit seperti Pak Haji berbanding Orang sakit lain.

Wednesday, July 07, 2010

Angka tentera Zionis yang membunuh diri bertambah.


Al-Quds-Kajian kemalangan bagi Tentera Penjajag Zionis menegaskan peningkatan kes bunuh diri dikalangan tenteranya telah meningkat dengan drastik apabila telah mencecah 19 kes sehingga pertengahan tahun ini berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.

pertamabahan ini meningkatkan lagi kebimbangan dalam khalayak tentera Zionis terutamanya majoriti dari mereka adalah dari rejimen tetap zionis bukan dari tentera simpanannya.

Sebelum ini kes-kes bunuh diri mencapai kemuncaknya pada 2005 sebanyak 35 kes direkodkan berbanding 30 kes pada tahun 2000.
Dalam usaha bagi merawat senario ini Tentera Zionis telah menggariskan plan untuk menghalang atau mengurangkan kes bunuh diri di kalangan tenteranya melalui program khas untuk ketua unit ketenteraan yang bertujuan mengenal pasti sesiapa yang menghadapi masalah tekanan jiwa dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Sumber:Ikhwan

Sunday, July 04, 2010

Kenapa Perlu kepada Mesyuarat?

Pertamanya : inilah Sunnah dalam organisasi rasulullah.

Kedua: Hanya mesyuarat yang mampu mengeluarkan keputusan menyeluruh dan meluas.

Ketiga: sekalipun keputusan mesyuarat itu mungkin salah tetapi ia tetap kurang risiko dari keputusan individu.

Keempat: keputusan mesyuarat akan menghasilkan suasana kerja yang selesa.

Kelima: Mesyuarat adalah proses membaiki dan menghalang kesilapan berulang.

Keenam: agar sesuatu badan dapat merumuskan sebarang tindakan.

Wednesday, June 30, 2010

Mesir akan terpinggir?? Peta Kita Sudah Digambar Tanpa Mesir

oleh :
Di Timur Tengah kini sedang terjadi perubahan strategi amat penting. Sayang Mesir bukan termasuk di dalamnya karena hanya duduk menonton.
(1)
Meski negara-negara maju dan besar masih mengendalikan peristiwa dunia, namun negara membangun sudah mampu "hadir" dalam menentukan masalah peperangan dan perdamaian dunia. Bahkan terkadang akan mustahil diambil keputusan internasional tanpa kehadiran negara-negara membangun itu. Ini inti gagasan dalam tulisan Menteri Luar Brazil Celso Amorim di sebuah situs Project Sindikit. Ia menyampaikan bahwa krisis kewangan dunia telah menaikkan peran negara-negara membangun semacam Amerika Latin (Brazil, Argentina, dan Mexiko), Afrika (Afrika Selatan) dan Asia (Cina, India dan Turki). Negara-negara ini sekarang  memiliki pengaruh di dunia internasional dalam bidang kewangan, ekonomi, sosial, perubahan iklim dan standar hubungan internasional. Bukti terbaru adalah kerjasama Brazil Turki soal solusi pengembangan uranium di program Nuklear Iran. Disamping langkah ini bukti kerjasama antara  kekuatan baru, namun juga bukti adanya tarik menarik politik antara kekuatan negara-negara berkembang dengan kekuatan dominasi klasik yang dipimpin Amerika dan kesatuan  Euro.
(2)
Perubahan dunia internasional ini memiliki jurangnya di paras  kawasan Timur Tengah. Krisis dunia yang memunculkan peranan dunia ketiga di peringkat internasional juga menimbulkan perubahan mendasar di kawasan Timur Tengah. Jika dunia mengalami krisis ekonomi, maka dunia Arab mengalami krisis pembekuan. Hal itu ditandai dengan ketiadaannya Mesir dari kancah Arab setelah berdamai dengan Israel tahun 1979. Ini sama saja mengukuhkan kehadiran Israel. ini artinya, dunia Arab sudah tersesat jalan. Ia sudah menjadi tubuh tanpa kepala. Para saat dunia Arab kehilangan kepemimpinan, Turki justru tampil dan memiliki keupayaan untuk berperanan terutamanya di kawasan Timur Tengah. Disamping setelah Iran melakukan hal yang sama setelah melakukan revolusi Islam. Meski di ada kewaspadaan politik dan madzhab sehingga Arab tidak menyambutnya. Kerana itu, peranan Iran timbul tenggelam, berbeza dengan Turki.
Ada tiga faktor kenapa Turki memimpin perubahan strategi ini, lebih dari sekedar faktor geografi dan  latar sejarah:
1.       Model demokrasi yang diterapkan sehingga mampu memiliki daya tarik dan menjadi kekuatan yang diperhitungkan. Ini tentu selain kebangkitan ekonomi mereka yang mengubah Turki menjadi kekuatan ekonomi yang diperhitungkan di sekelilingnya. Produk Domestik Bruto (PDB) Turki mencapai trilion dolar sehingga ia menjadi  negara ke 16 dalam kekuatan ekononomi dunia. Turki merencanakan akan mencapai rangking 10 pada tahun 2020. Di Eropa sendiri, Turki adalah negara ke 7 dalam kekuatan ekonomi. Ini menyebabkan eksport Turki ke dunia Arab meningkat lima kali lipat pada tahun 2003 hingga sekarang (dari 5 bilion menjadi 27 bilion dolar). Nilai eksportnya ke dunia Islam meningkat dari 11 bilion dolar menjadi 60 bilion dolar.
2.       Dukungan rakyat memberikan kesempatan kepada Parti Keadilan dan Pembangunan menjadi majoriti di parlimen. Sehingga pemerintah yang dikuasainya bebas dalam bersikap dengan sekutunya di kalangan tradisionalis; terutama Amerika dan Israel. Artinya dukungan rakyat majoriti  mampu membebaskan keputusan politik yang kini tidak lagi bergantung  pada kuasa  asing. Ia mampu bersikap berbeza dengan sekutunya. Termasuk dalam sikapnya dengan Iran dan Hamas. Erdogan menolak Hamas disebut sebagai gerakan teroris. Sikap ini yang menjauhkan Ankara dengan Israel.
3.      Kejelasan visi strategi pemerintah penguasa. Visi ini yang disampaikan oleh Menteri Luar Turki Ahmad Daud Aglo dalam banyak kesempatan, "Turki lebih besar dari sekadar jambatan dan koridor antara timur dan barat. Turki adalah memiliki keupayaan  menjadi negara pemilik keputusan. Namun Turki tidak menganggap barat sebagai pilihan satu-satunya. Turki bersama barat dalam geografi, bersama timur secara sejarahnya. Sehingga bidang vital Turki membentang dari Selat Istanbul «Bosphorus » ke Selat Hormuz,  dari wilayah perbatasan antara Turki dan Armenia hingga ke Mauritania  agar peranan Turki bercita-cita untuk memecahkan masalah dengan tetangga-tetangganya tanpa risiko.
(3)
Jika berfikir strategis, stabiliti dan kemajuan di Timur Tengah berdasarkan tiga pilar. Mesir sebagai wakil Arab, Turki dan Iran. Ini yang dilihat Dr. Jamal Hamdan, profesor geopolitik yang menilai sebagai segitiga kekuatan di wilayah ini. Para peneliti mengamati bahwa pemikiran strategis Barat selalu berhati-hati  agar segitiga itu tidak bersatu. Selama ini Turki berputar di  barat sementara generasi penentang Arab  berusaha melakukan pembebasan. Israel yang ingin agar sekutunya Turki mengurung Arab namun justru terbalik. Sementara Arab sampai sekarang masih membisu dari perubahan itu.
 (4)
Di tengah perubahan strategi itu, kita bisa melihat sejumlah indikasi berikut:
-          Turki makin dekat dengan Palestina sehingga menjadi pos kekuatan di Timur tengah. Kata-kata Menlu Turki bahwa negaranya "tangan kanan Arab" ini adalah bahasa baru yang lebih kuat.
-          Turki melakukan beberapa kesepakatan kerjasama strategi dengan Majlis Kerjasama Negara Teluk untuk melakukan perdagangan bebas dan bebas visa dengan Syria, Lubnan, Jordan, Libia dan Iraq. Gagasan yang sama ini pun dilontarkan kepada Mesir.
-          Turki mengumumkan diri ketika digelar forum Arab – Turki di Istanbul bahwa dirinya sudah membentuk Majlis Tinggi dengan Syria dan Jordan dan membangun wilayah bebas transit orang dan barang antara keempat negara itu
-          Ada pendekatan dan kesepahaman antara Turki, Syria dan Qatar.
-          Ada pendekatan dan kesepahaman antara Turki, Syria dan Iran dalam memecahkan masalah Iraq dan soal minyak dan gas. Iran adalah sumber kedua pelaburan Turki dalam tenaga/ janakuasa selepas  Rusia.
-          Damsyik berusaha menjadikan Syria sebagai koridor antara empat laut; teluk, laut meditrania, laut Kaspian  dan laut hitam, disamping laut merah. Ini berarti Syria akan menjadi rangkaian antara timur, barat, dan antara Turki dan dunia Arab.
Ini adalah impian pada mulanya. Tapi realiti sekarang adalah mimpi kemarin. Yang penulis khawatirkan, suatu saat nanti para generasi muda akan bertanya; bukankah dulu ada negara bernama Mesir?? (bn-bsyr)

ULama dan politik.

Dalam kesibukan sejak akhir akhir ini banyak juga perkara yang berlaku yang mengembirakan Islam dan menyedihkan dan mengelirukan orang Islam. Ulama dan Politik adalah isu terbesar dalam pandangan saya.

Dalam kesibukan merekod prestasi pelajar kelas saya sempat saya baca-baca isu 40 ulama masuk umno. Ada yang ditipu untuk hadir ada yang diumpan untuk hadir dan ada pula yang memang bertujuan dan jelas mahu menghadiri.

Tetapi itu bukan perbincangan kita, Saya cuma mahu berbincang tentang bagaimana hubungan ulama dengan politik sejarah ringkas dan juga hakikat sepatutnya kita ambil sikap. Ulama sebenarnya gabungan perkataan tahu dan kerja. Orang yang bergelar alim ini orang yang beramal dengan ilmunya. Jadi ulama adalah kata banyak bagi kata alim.

Jika kita lihat orang kita juga mendapat kefahaman ini dengan mengatakan ibarat yang berbunyi " tak payah nak buat alim lah!" mereka faham bahawa ilmu itu diikuti dengan kerja. Tetapi kini ulama direndahkan taraf pencapaiannya dijadikan orang yang balik belajar jauh jauh, mengaji bidang agama mereka inilah orang alim. Kalau begitu takrifan orang Alim kita ada jutaan orang alim dalam dunia ini. Tetapi kita mesti kekalkan standard Alim itu pada asalnya barulah betul.

Pada zaman dahulu Alim dan Amir(pemimpin) bersatu dalam satu watak . Seperti Rasulullah dan Khulafa' ar Rasyidin dan khalifah Harun ar rasyid dan Umar Abdul Aziz dan banyak lagi. Setelah itu Amir dan Alim berpisah dari satu watak menjadi dua watak tetapi mereka berdua bersahabat. Alim menasihat Amir melaksanakan. Setelah itu pula datang satu masa Amir dan Alim tidak bersahabat tetapi tidak pula bermusuh. Masing - masing dalam dunia masing - masing. Sampailah berlaku satu ketika Amir dan Alim ini bermusuh. Maka di sinilah bermulanya kebinasaan yang tercetus dari pihak atasan.

Jadi apakah ini menunjukkan Ulama mesti mendekati Umara? Pastinya ramai yang mengatakan ya. Jika tidak mana mungkin kerajaan boleh berubah menjadi baik. Sebenarnya itu pandangan yang kurang tepat. Yang tepat adalah Umara' yang mesti mendekati Ulama'. Kerana inilah yang berlaku sebelum ini. Sekalipun Umar al Khattab adalam amir yang alim tetapi beliau sentiasa mendampingi Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, abu Hurairah dan Ali untuk mendapat fatwa-fatwa mereka dalam permasalahan-permasalahan.

Yang kita perbincangkan ini adalah hubungan amir Muslim dan Ulama. Bukan pemimpin kafir. Jadi apa masalahnya seorang menteri mendekati ulama? ramai yang mungkin berfikir nak dekati macam mana ulama bukannya mahu. Ini perlu dilihat mengapa? kerana ulama menolak kemungkinan mereka dipergunakan, Fatwa mereka diambil bila politikus mahu menyelamatkan kedudukan politik mereka bukan kerana mereka mencari ulama untuk melaksanakan kerja mereka.

Jadi sekiranya UMNO benar mahukan ulama. Maka saya rasa banyak sudah saranan Ulama telah diberikan oleh ramai ulama di Malaysia ini. Tetapi saya melihat UMNO kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan sayap ulama kerana mereka mahu pengaruh melayu untuk parti sekular mereka tidak kurang atau hilang.

Thursday, June 24, 2010

Fattah semakin angkuh dengan kezalimannya.

Walaupun bukanlah semua anggota Fatah menyetujui keputusan kepimpinannya namun kepala yang memimpin gerakan yang menguasai Palestin secara haram itu nyata benar benar mempertahankan kerusi mereka sekalipun mereka terpaksa menjual masa depan rakyat Palestin dan akidah umat islam.

Mereka dilaporkan menandatangani dokumen yang menentang usaha Turki dalam isu freedom flotilla. Mereka bersekongkol dengan beberapa kuasa dunia eropah cuba memusnahkan niat murni Turki.

Saya sudah mula bosan melihat perundingan diplomasi dengan puak munafik melampau ini. Mereka sebenarnya tidak menjaga apapun kepentingan ummah melaa inkan jawatan mereka yang sudah tiada makna sebenarnya. Oleh kerana mahu menjadi pemimpin yang boleh sentiasa mengaut keuntungan dunia mereka terpaksa meredhai kebencian Allah walaupun sebagai gantinya hanyalah dicacaikan oleh Zionis sebagai barua mereka.

Sudah tidak ada maruah lagi mereka ini. Mereka sudah tidak tahu halal haram darah bangsa mereka. Mereka inilah yang mesti dihapuskan terlebih dahulu dari bumi al Quds yang mulia itu. Mereka inilah penghalang kemerdekaan Tanah Islam seluruhnya. Kini tempoh untuk membiarkan seluruh umat Islam memahami, mengenali dan nmenilai siapa musuh dan siapa pula pembela. Kelak akan sampai masanya Allah memenangkan yang ikhlas dan menghukum sampah agama dan parasit yang merosakkan umat.

Sementara itu marilah kita berdoa dan kuatkan usaha merubah diri agar bersedia menjadi jentera revolusi Islam yang akan mengembalikan kemuliaan Islam pada tempatnya. Binalah daulah itu dengan meletakkan tapak-tapaknya dalam hati-hati kamu. Insya Allah puncaknya akan tertegak dalam negeri-negeri kamu. Islam itu bukan hanya semangat, bukan sekadar pengetahuan tetapi kehidupan dan peribadi yang cergas dalam hidup bermasyarakat.

Tuesday, June 22, 2010

Pemberontak di Sempadan Turki.

Turki kini disibukkan dengan serangan pengganas di sempadannya yang mengaitkan kejadian kejadian ini dengan pemberontak kurdiy.

Persoalannya apakah ini dendam yang cuba dilunaskan puak yahudi zionis terhadap usaha Turki menyelamatkan saudara mereka di Ghaza? Kini politik luar dan dalam erdogan diuji. Apakah dunia lain sekadar menjadi pemerhati?

Islam mesti bersatu. Jika tidak kita akan terus ditindas dan dibuli semahu mereka. Kita mesti kembali kepada Islam dan sumber perundangan Islam al Quran dan Sunnah.

Monday, June 21, 2010

Apa perkembangan sekarang?

sebenarnya saya juga ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku sekarang di Ghaza, apa yang berlaku pada kapal yang disekat, apa kesudahan kapal Iran yang belayar beberapa hari yang lalu, apa cerita kapal lubnan.

Apa yang saya tahu kini usaha untuk merampas kota al Quds semakin rancak setiap hari ada kampung baru yang dimusnahkan dan tanah di sita dan penghuni dihalau. Mahmud Abbas semakin akrab dengan yahudi dan Amerika mendankannya dengan jumlah yang besar.

Apakah al aqsa akan runtuh di zaman kita? apakah kita akan menjadi mereka yang melihat al Aqsa runtuh? apa usaha kita? sayapun dah tak tahu nak bagi cadangan sayapun sedang berfikir apa yang boleh dibuat untuk selamatkan masjid al Aqsa. Kita boleh berdoa apakah hanya berdoa?

Tidak tahu apa yang boleh buat. Mungkin satu sahaja jalannya kita kembalikan diri kita pada Islam dan ajak kepada Islam sehingga Allah yang mengubah kita menjadi kuat kerana Allah takkan merubah satu kaum sehingga mereka yang mengubah diri mereka. Bantuan Allah takkan turun melainkan setelah kita melaksanakan kerja sedaya upaya kita.

Sila beri komen dan bertindak.

Friday, June 18, 2010

bola sat

Algeria bermain dengan baik sehinggakan hampir 70 peratus permainan dicorakkan Algeria semua bintang inggeris malap dibayangi awanan al Jazair. Walaupun keputusan 0-0 tetapi ia satu kejayaan bagi kelab kerdil seperti Algeria yang tidak berharap banyak.


Semua jentera England bergerak baik walaupun dalam rentak aturan Algeria tetapi saya nampak di sana satu kehilangan apa yang dipanggil tangan jurulatih. Manakala Algeria bermain seperti telah diprogramkan.

England yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan kenyataan sombong kini Fabio Capello tergagap-gagap mahu memberi alasan apa yang tak kena dengan teamnya. Apapun perjalanan liga ini masih jauh. Bola itu bulat. Kaki pula kecil maka ia akan berpindah pada siapa-siapa yang mungkin samada dia mahu atau dia tidak mahu. Kuasa sebenar tiada pada makhluk. Tiada apa yang layak disombongkan.

satu seruan.

Mari kita isra'kan bantuan dan mi'rajkan doa untuk saudara kita di Ghaza.


Sesuaikah tema ini untuk Israk dan Mikraj tahun ini. Sudah lebih 60 tahun kita meraikan israk dan mikraj sedang bumi israk yang masih tegak kita biar yahudi bertungkus lumus untuk merobohkannya?

Apakah cukup dengan bagi 10 ringgit sebulan bagi bantuan ke Ghaza sedang malam malam kita dilunaskan untuk piala dunia anjuran kuffar. Jika dikaji kemungkinan kembali kepada penghinaan Islam juga sejarahnya bola sepak piala dunia itu. Tak salah meminati bola sepak bahkan bagus sahaja mahu jadi juara piala dunia tetapi untuk lupakan saudara kita kerana mahu melihat siaran langsung sangatlah bersalahan.

kalau nak juga tengok bola pastikan anda solat tahajjud sebelumnya dan witir selepasnya serta sunat fajar sebelum subuh esoknya. Bersama doa untuk saudara kita di Ghaza dan aqidah kita di al Quds.

Israk Mikraj antara lain mengajar kita Palestin itu bumi mulia. Kita kena menjaganya.

jom boikot



 

Terjemahan artikel - Hassan Salimi

Beliau ialah salah seorang ulama Saudi yang tidak asing lagi. Salah seorang guru kepada Mufti Saudi sekarang al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah ‘Ali al-Syeikh, Dr. Abdullah ‘Abdul Muhsin al-Turki, Fadhilah al-Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, al-Syeikh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin al-‘Ajlan dan ramai lagi.


------------ ---

Soalan:

Saya telah menghadiri kuliah sebahagian ulama yang diadakan di Masjidil Haram, Mekah. Telah ditanya tentang hukum boikot (barangan) Amerika dan Yahudi. Ulama itu menjawab:

Boikot (barangan) mereka (Yahudi dan Amerika) tidak dibenarkan di dalam Syara’, kerana Rasul s.a.w. tidak memboikot (barangan) Yahudi yang berada di Madinah.

Disebabkan saya memiliki pandangan dalam sebahagian hukum-hakam syarak, maka jawapan syeikh tersebut telah menimbulkan kemusykilan terhadap saya. Maka mpakah hukum (sebenarnya) memboikot Yahudi dan Kristian berdasarkan kandungan ajaran Syariat Islam?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawan dan salam ke atas semulia-mulia para Nabi dan Rasul, iaitulah nabi kita Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya. Amma ba’d:

Pertama: Jika anda pasti, Syeikh tersebut memberi jawapan seperti yang anda nyatakan, maka dia tidak terkeluar dari dua jenis org:

Samada dia jahil tentang sejarah Syariah Islamiah, hukum-hakam dan hikmah-hikmahnya, ataupun dia ada tujuan atau maksud tertentu yang dia sahaja mengetahuinya.

Apapun, Nabi s.a.w. tidak memboikot Yahudi di peringkat awal dakwah kerana mereka orang-orang yang diberi perdamaian, disebabkan tidak terbukti mereka memiliki hasrat memerangi Islam dan kaum muslimin. Apabila Nabi s.a.w. mengetahui hasrat mereka (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian. Nabi memboikot mereka dan memulau perkampungan mereka. Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka, baginda juga menebang pokok-pokok yang ada di perkampungan Yahudi termasuk pokok kurma mereka. Dan pemulauan Nabi s.a.w. terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim telah meriwayatkan kisah ini di dalam kitab Sahihnya. Oleh yang demikian apabila mereka mengkhianati janji, Nabi s.a.w. melakukan pemulauan terhadap mereka, menebang dan membakar pohon-pohon tamar kepunyaan mereka. Lantaran itu mereka menghantar utusan kepada Nabi s.a.w. dan menyatakan mereka akan keluar dari Madinah. Maka baginda menundukkan mereka dengan peperangan/serangan ekonomi. Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran:



ما قطعتم من لينة أو تركتموها قائمة على أصولها فبإذن الله وليخزي الفاسقين

Maksudnya: “Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.” (al-Hasyr: 5)

Sesungguhnya tindakan boikot dan merosakkan tanaman dan kurma mereka yang merupakan tulang belakang kekuatan ekonomi mereka, merupakan kaedah yang paling utama untuk memberi tekanan kepada mereka dan menundukkan mereka dan mengeluarkan mereka dari Madinah.

Demikinlahlaj juga yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. terhadap Yahudi Bani Quraizhah, apabila baginda mengetahui pengkhianatan dan bantuan mereka (kepada tentera kuffar) dalam peperangan al-Ahzab. Baginda memulau mereka sehinggalah mereka dikenakan dengan hukuman Allah, tentera mereka dibunuh, perempuan dan anak-anak mereka ditawan.

Selain itu, membandingkan keadaan Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka pada hari ini dengan Yahudi Madinah yang sedikit jika dinisbahkan dengan umat Islam Madinah, dan mereka tidak mengistiharkan peperangan adalah Qiyas yang Fasid. Ini kerana Amerika, Yahudi, Kristian dan syarikat-syarikat mereka sentiasa melancarakan peperangan ke atas umat Islam di Palestin dan Irak, dan mereka menyokong musuh-musuh Islam dalam peperangan menentang para mujahidin, seperti sokongan mereka kepada Russia yang memerangi Mujahidin di Chechnya, demikian juga sokongan mereka kepada Filipina yang memerangi umat Islam di sana, sama juga dengan sokongan mereka kepada Macedonian memerangi umat Islam di sana.

Mereka adalah golongan yang memerangi Islam kerana kebersamaan mereka dengan musuh-musuh umat Islam Zionis di Palestin. Mereka menyokong dengan harta, senjata dan kepakaran. Kalaulah bukan dengan sokongan mereka yang berterusan sejak 50 tahun lalu untuk negara Zionis, Zionis tidak mampu untuk menduduki Palestin, ini kerana Yahudi adalah makhluk yang paling pengecut seperti yang dicerikan oleh Allah s.w.t. tentang mereka di dalam kitabnya al-Quran al-‘Aziz, ketika Dia berfirman:

لا يقاتلونكم جميعا إلا في قرى محصنة أو من وراء جدر ..

Maksudnya: “Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan di dalam kampung-kampung yang berbenteng atau dari balik tembok..” (al-Hasyr: 14)

Demikian juga Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka ketika Nabi Musa berkata kepada mereka:

ادخلوا الأرض المقدسة التي كتب الله لكم ولا ترتدوا على أدباركم فتنقلبوا خاسرين

Maksudnya: “Wahai kaum-ku, masuklah ke tanah suci yang telah ditentukan Allah untuk kamu semua, dan janganlah kamu semua lari ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu akan menjadi orang-orang yang rugi.” (al-Maidah: 21)

Lalu Allah mengkhabarkan jawapan mereka kepada Nabi Musa a.s. dengan berkata:

قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Maksudnya: “Mereka menjawab (kepada Musa), sesungguhnya kami tidak akan masuk ke dalamnya selama-lamanya, selagi mereka (musuh-musuh) ada di dalamya. Maka pergilah engkau (wahai Musa) dengan tuhan engkau, dan berperanglah kamu berdua dengan mereka, dan kami akan duduk menanti di sini sahaja.” (al-Maidah: 24)

Maka jika bukan kerana sokongan Amerika, British dan kerjasama Yahudi dan Kristian terhadap Zionis, mereka tidak akan mampu untuk menduduki Palestin.

Oleh itu membandingkan mereka yang memerangi Islam dan menaruh dendam terhadap umat Islam dengan segelintir Yahudi di Madinah yg berada di bawah kawalan umat Islam adalah kiyas yang fasid seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Maka apabila umat Islam hari ini tidak mempunyai kekuatan untuk berjihad dengan senjata untuk menentang mereka disebabkan perbezaan yang ada diantara pemimpin umat Islam, dan kelemahan mereka dari mengistiharkan jihad, dan kebanyakan mereka pula ada hubungan dengan negara kuffar, maka sekurang-kurangnya boikot ekonomi berupa serangan kepada mereka dan kepada syarikat-syarikat dan barang-barangan mereka.

Berdasarkan ini semua, maka saya menggalakkan saudara-saudara seislam kita untuk saling tekun dan bersabar dalam melaksanakan jihad ini. Allah s.a.w. berfirman:

يا أيها الذين أمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا ..

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkan kesabaran dan tetaplah bersedia (di perbatasan negeri)…” (Ali Imran: 200)

Dan jangan kamu semua merasa jemu dan malas, kerana sesungguhnya bantuan (Allah)itu bersama orang-orang yang sabar. Dan hendaklah kamu semua bersungguh-sungguh dalam memboikot syarikat-syarikat dan barangan-barangan Amerika, Britain dan Yahudi dengan boikot yang tegas, kuat dan menyeluruh. Allah s.w.t. berfirman:

وتعاونوا على البر والتقوى

Maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan taqwa.” (al-Maidah: 2)

Sabda Nabi s.a.w.:

المؤمنون تتكافأ دماؤهم وهم يد على من سواهم

Maksudnya: “Orang-orang yang beriman itu darah mereka sama, mereka bersatu menghadapi musuh mereka.” (al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai Sahih di dalam Sahih Ibn Majah) Hadith riwayat Ahmad daripada hadith ‘Ali bin Abi Talib.

Dan segala puji bagi Allah apa yg telah kita lalui dan berdasarkan apa yang dinukilkan oleh media tentang kesan boikot yang lalu terhadap ekonomi Amerika, Britain dan Yahudi.

Kesimpulannya bahawa Amerika dan Britain adalah di belakang peperangan disetiap tempat, mereka juga di belakang membantu Zionis di Palestin, mereka di belakang sekatan ekonomi terhadap negara Islam Toliban di Afghanistan. Mereka di belakang sokongan Russia melawan para mujahidin di Chechnya, menokong Kristian melawan saudara kita para mujahidin di Filipina, Indonesia, Kashmir dan di tempat yang lain. Mereka juga di belakang setiap sokongan kepada usaha melemahkan perjuangan jihad islam dan melemahkan umat Islam. Mereka juga di belakang sekatan ekonomi terhadap rakyat Muslim Iraq , dan melancarkan serangan berterusan ke atas Iraq sejak lebih 10 tahun dengan secara zalim dan melampaui batas.

Benarlah firman Allah s.w.t:

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

Maksudnya: “Dan orang-orang Yahudi dan Kristian sama sekali tidak ada redha terhadap mu, sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (al-Baqarah: 120)

Ya Allah kenakan tindakan ke atas Amerika, Britain, Yahudi, Kristian dan penokong-penyokong dan puak-puak mereka. Ya Allah jatuhkan balasan yang keras terhadap mereka seperti balasan terhadap kaum Nabi Yusuf. Demikian juga saya memohon kepada Allah s.w.t. untuk memberikan taufik kepada ulama umat Islam agar mereka menyatakan kebenaran dan mereka tidak bimbangkan celaan orang yang mencela.

Selawat Allah kepada Nabi kita Muhammad s.a.w., kepada para sahabat dan keluarga baginda.

sumber

__._,_.___
Recent Activity:
    "Sesungguhnya mereka adalah PEMUDA-PEMUDA(i) yang BERIMAN dengan Rabb mereka..." (al-Kahfi: 13)

    "Alangkah hebatnya deen ini apabila memiliki PEMUDA/i yang BERJIWA BESAR..." (Ibn Qayyim)

    "Last night's dreams are today's realities" (IHAB)
    MARKETPLACE
    Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

    Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

    Get real-time World Cup coverage on the Yahoo! Toolbar. Download now to win a signed team jersey!
    .

    __,_._,___

    Thursday, June 17, 2010

    Perang Ekonomi Antara Turki dan Yahudi,

    Turki seperti yang kita tahu negara Islam tunggal yang mempunyai hubungan dagangan dengan Kuasa Penjajah Yahudi. Tetapi peperangan ekonomi kini sedang tercetus antara kedua kuasa muda Eropah itu. Turki telah membekukan banyak projek-projek ketenteraan yang diusahakan dua hala dengan Regim Zionis sebelum ini.

    Projek bernilai berbilion ringgit itu dibekukan hari ini ada yang melibatkan jual beli dan juga selenggaraan jentera perang seperti kereta kebai, jet pejuang dan juga senjata seperti roket dan seumpamanya.

    Turki turut mengugut tindakan perdagangan Israel yang memboikot barangan Turki di dalam kawasan jajahannya. Nampaknya perubahan drastik ini merupakan sepak mula permainan dua kuasa ini. Kita mengharapkan tiada tangan ketiga yang menjadi perosak permainan yang bakal disaksikan dunia hari ini.

    Maaf terputus.

    Sebelum saya menjelaskan kenapa laporan di blog ini terputus suka saya sampaikan beberapa sari berita penting tentang Ghazza:

    1- Beberapa Truck perubatan telah bertolak ke Ghazza dari Rafah.
    2- Jordan mempersiapkan kapal untuk menyertai Armada Kebebasan ke 2.
    3- Iran mengecam Israel agar tidak mengganggu kapal yang dibiaya oleh 110 000 rakyatnya.
    4- Majlis Parlimen Indonesia akan mengadakan lawatan ke Ghazza akhir bulan ini.
    5- HAMAS menolak sebarang helah sebagai ganti meruntuhkan tembok yang mengurung Ghazza.
    6- Bashir Asad mengatakan serangan ke atas Armada Kebebasan yang lalu mampu menggugat usaha keamanan rantau itu.

    Saya sebenarnya baru keluar dari zon bebas Internet iaitu Kuala Nerang dan juga Kodiang sepanjang minggu kedua cuti sekolah kali ini. Alhamdulillah sempat berziarah sanak saudara dan beberapa rakan taulan.

    Insya Allah saya akan kembali melaporkan tentang isu Ghazza mulai hari ini seperti sebelum ini. Sila tinggalkan komen anda bagi tajuk tajuk yang berkaitan. Jika ada salah maklumat atau maklumat terbaru. Sekian untuk kali ini. Wassalam

    Friday, June 11, 2010

    Abbas melelong Palestin di Washington.

    HAMAS mengkritik hebat kenyataan Mahmud Abbas di Washington yang bermaksud " Kita akan mempertahankan kewujudan Yahudi di bumi Palestin." Kenyataan ini semamangnya bukan keluar dari mulut rakyat Palestin yang sedar. Mereka yang mengeluarkan kenyataan begini samada sedang mabuk Arak atau mabuk Harta ataupun mabuk rasuah sekiranya tidak nescaya mereka adalah Yahudi atau Pro Zionis.

    HAMAS menyeru rakyat bangkit menentang pernyataan ini dengan seluruh kekuatan dari setiap kelompok pejuang pembebasan Palestin. Kenyataan Abbas ini membuatkan Zionis semakin selesa dan berasa kuat untuk terus memijak bumi umat Islam yang ketiga suci.

    Iran hari ini telah menghantar sebuah kapal ke Ghaza yang akan melalui perairan Oman, Yaman dan Mesir. Kapal yang sarat dengan muatan dan juru bantu seperti jurubina dan doktor serta Atlit akan berlepas dari pelabuhan Khurmisyahr.

    Tuesday, June 08, 2010

    Mlaysia Nyanyuk atau tidak Prihatin atau berpura-pura?

    Bendera Israel berkibar di Malaysia?

    Oleh Zaini Hassan- Utusan malaysia

    BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

    Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

    Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

    Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

    Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

    Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

    Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

    Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

    Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

    Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

    Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

    Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):

    Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

    Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

    Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

    Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

    Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

    Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

    Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

    Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

    Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

    Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

    Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

    Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

    E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

    Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.

    Mesir kawan atau lawan.

    Walaupun penduduk Mesir merupakan bangsa yang paling dekat dengan penduduk Ghaza dari segi geohrafi dan pertalian darah namun kerajaan mesir kini dalam dilema ingin menjadi kawan atau lawan pada rakyat Ghaza.

    Sumber berita dari Info Palestin melaporkan Husni Mubarak terpaksa membuka pintu Rafah baru- baru ini atas tekanan dunia Arab dan rakyat Mesir ke atas pemerintahannya agar membantu Ghaza yang dikepung oleh Yahudi dari sebarang bantuan keperluan asasi.

    Namun setelah lawatan wakil Amerika baru-baru ini menyebabkan ada desas-desus pintu Rafah akan ditutup beberapa hari lagi. Disamping itu sememangnya pembukaan pintu Rafah beberapa hari yang lepas adalah keputusan pengecualian ataupun darurat kerana kerajaan Mesir ditekan hebat oleh masyarakat Mesir dan Arab.

    Baltuji mengatakan Mesir mesti membuka pintu Rafah sebagai sempadan biasa. Kini walaupun Rafah masih dibuka ia hanya membenarkan makanan dan ubatan sahaja melalui sempadan itu. Sebarang bahan binaan ditegah dari memasuki Ghaza melalui Rafah. Alasan yang sama diberikan oleh Mesir dengan Israel iaitu takut kalau bahan-bahan itu digunakan untuk puak pembebasan Palestin mengolah senjata.

    Sekarang saya merasakan masyarakat dunia boleh menyenaraikan kedutaan Mesir sebagai port demo dan tempat penghantaran memorandum bantahan supaya tekanan ke atas mesir melebihi tekanan Amerika. Kerana Mesir berada dalam dilema kita boleh mengubah keputusan mereka dengan mengenakan tekanan-tekanan yang hebat.