Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, January 17, 2011

gawat sana sini.

Tunisia bertukar kerajaan. Sudan sedang dalam proses referendum, Selangor isu SUK. Algeria tunjuk perasaan. Banjir sana sini.

Persolannya apakah kita mengikutinya sebagai penonton? atau apakah mata kita terpejam?

Sepatutnya kita kembali kepada yang paling kukuh dan teguh. Mustahil digugat oleh apa jua badai.

Tuesday, December 28, 2010

mungkinkah?

Mungkinkah kerana bola selepas ini Rakyat Malaysia dan Indonesia berpatah arang? Mungkinkah hubungan yang telah lama wujud retak kerana sukan yang kita katakan boleh menambahkan kasih sayang?

Banyak masa dihabiskan kerana sukan antara negara tetapi apa impak positif yang dituai? apakah perpecahan yang kita usahakan?

Masyarakat Malaysia menyumbang kepada mangsa gempa dan berbagai di Indonesia. Indonesia menjadi pusat pengajian pelajar Malaysia. Hubungan perniagaan dua hala. Malaysia menjadi tempat mencari rezeki bagi buruh indonesia. Indonesia menjadi ladang pada projek projek pertanian rakyat Malaysia. Apakah semua ini akan tergendala dan terhenti kerana satu piala?

Memang benar semangat kenegaraan perlu ditampilkan tetapi bukankah antara patriotisme juga menghormati negara jiran dan juga rakan baik negara kita? segala kemungkinan boleh tercetus sekiranya Islam di letakkan di luar kehidupan. Tetapi hanya kemakmuran yang menjadi kemungkinan jika ISlam sebagai garis pandu kehidupan. Selamat kembali kepada Islam yang sebenar.

Monday, December 27, 2010

Cinta Itu Pasangannya Taqwa

Benarkah?

saya cuma mahu kaitkan ungkapan saya ini dengan Qu anfusakum wa ahlikum naara. Maknanya: peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari neraka.

Nah! ada yang mengatakan cinta itu penamat Taqwa ada pula mengatakan cinta itu pembuka taqwa apapun orang kata bagiku perinsip cinta itu ada tiga.

1- Asal CINTA itu suci dan tempatnya hati.
2- Paksi CINTA itu Tauhid dan Iman.
3- Pasangan CINTA itu haruslah TAQWA. barulah cinta membuahkan bahagia yang hakiki.

Jom bercinta.

Friday, November 12, 2010

Alam Baru Bagi Generasi Masa Kini.

Lama juga saya tidak menulis tajuk sebegini. Alhamdulillah akhir-akhir ini saya dikelilingi dengan nikmat sibuk. Setelah sibuk yang lepas hampir lengang sibuk yang baru pula menjelang. Apapun saya sangat bersyukur kerana dipilih olehNya untuk sibuk di muka bumi ini.

Dalam kehidupan generasi hari ini manusia semakin terkurung dari bebas menghirup udara yang beraneka dalam bentuk bumi yang berbeza-beza. Manusia bukan sekadar sudah terpisah dari alam flora dan fauna malah mereka telah terasing dari manusia sendiri. Kehidupan alaf ini bakal menempatkan manusia dikeliling gadget dan peralatan canggih yang kurang berurusan dengan manusia.

Kehidupan ini akan mengakibatkan banyak adab dan saranan Islam tak dapat dilunaskan. Bukan kerana Islam itu tidak canggih atau kolot. Tetapi ini kerana dunia maya yang disediakan teknologi menyekat kehidupan fitrah yang disediakan dalam sistem kehidupan Islam. Jika sebelum ini kita sering diingatkan tentang adab ziarah, menghormati jiran, beri/jawab dalam, adab di tepi jalan, di pasar, di rumah dan berbagai lagi adab lain. Kini ada ramai manusia yang hanya memerlukan komputer riba dan juga broadband untuk hidup sehari-hari.

Bagus kerana kita sudah maju dan boleh jimatkan banyak masa. Tetapi secara diam diam kita sudah semakin renggang dan jurang antara kita dengan saudara mara dan sahabat handai semakin dalam. Sekiranya dahulu kita ada istilah anak sedara 3 pupu atau 4 pupu. Kini sepupu pun sudah jarang bertandang ke rumah satu sama lain. Bahkan ada yang tidak pernah menziarahi ibu/bapa saudara sebelah ayah atau emak. Malah lebih dari itu mereka tidak kenalpun. Ini sangat merunsingkan sekiranya kita melihat dalam kacamata sosiologi yang sihat. Sepatutnya manusia berhubung, bersentuhan, melihat wajah secara berdepan, menghidu dan merasai saudaranya sebolehnya memahami hati dan perasaan suka dan duka. Tetapi kini tidak lagi sejak wujudnya teknologi komunikasi.

Alam maya lebih gah selepas terbinanya satu portal bernama facebook. Bahkan portal ini sudah mula disebut dalam khutbah-khutbah. Sebenarnya ada baik juga kewujudannya dalam dunia ini. Tetapi mudaratnya boleh tahan besar, kadangkala ia mampu menjadi pembuka atau pencetus kepada kemungkaran. Namun tidak dinafikan banyak juga golongan yang melakukan kebaikan di sana. Inilah yang perlu disedari oleh pendakwah hari ini. Bahawa kini mad'u mereka sudah berada di alam ini. Ramai dan sangat ramai. Pendakwah tidak mungkin boleh mengusir mereka dari berada di zon - zon maksiat alam maya seperti pencegah maksiat menangkap mereka-mereka berkhalwat!

Jadi, perlu disedari kita sudah memasuki ke era keruntuhan sistem kemanusiaan yang total. Kemudian harus juga kita cari jalan pulang dan kenderaan yang sesuai untuk membawa generasi muda kita kembali ke alam jihad dan dunia dakwah.

Kita perlu untuk terjun ke alam maya. Tetapi dengan kepandaian dan keperluan yang lengkap jangan sampai kita pula yang terjebak dengan arus deras alam maya lantas dihanyutkan terus sehingga kita yang lemas dan mati dalam lubuknya yang sangat dalam. Kita sepatutnya menerajui pelayaran menongkah arus dalam lautan internet ini agar senjata taghut yang canggih ini memakan diri mereka dan memenangkan Islam. Kita perlu mengislamkan dunia maya ini sama seperti kita perlu mengislamkan dunia nyata ini untuk akhirat yang bernilai.

Selamatkan generasi akan datang dengan mengubah gaya hidup di alam baru pada generasi masa kini. Tarbiyah itu di tangan kita dan hanya di tangan kita.

Tuesday, October 19, 2010

Benarlah dia seorang murabbi

Mungkin ada yang merasakan coretan ini telah terlambat. Mungkin ada yang merasakan ia bukanlah keperluan atau sesuatu yang tidak penting. Tetapi bagi diri ini coretan ini sebagai tanggungjawab dan masa tidak ada kaitannya dalam penilaian apa yang ingin diriku kongsikan.

Almarhum merupakan ustazku yang sangat disayangi dan lebih lagi disegani. Namanya bukan sekadar sebuah nama tetapi ia membawa lambang dan simbolik yang mengertikan apa itu dakwah, apa itu tarbiyah, apakah medan kalam dan apa pula medan amal, bagaimana disebut tanzim, apa yang diertikan sebagai amal jamaie.
Jawapan bagi seluruh persoalan ini bukan dijawab dengan kaedah dan huraian tetapi dalam tindakan dan contoh.

Apa yang sering memenuhi telinga mentahku ini suatu masa dahulu semakin masak apabila mengulang imbau teori teori itu dengan sikap dan hidup beliau. Dia selalu menyebut qudwah dan masalul a'la, dia juga sering bercakap mengenai keburukan double standard semuanya itu ditampilkan oleh beliau dalam pengajaran dan kehidupannya.

Sungguh dulu aku hairan mengapalah dia ini begitu dihormati. Apakah bezanya dia dari guru-guru lain? Apalah lebihnya dia? tetapi persoalan ini lenyap sejak aku mengenalinya dengan perkenalan yang benar. Aku kenal pelajar-pelajarnya yang awal. Aku kenal usahanya selain di sekolah. Aku bertaaruf dengan sejarah perjalanan hidupnya sebagai daie. Sungguh dia bukan sekadar daie tetapi dia juga murabbi.

Pujian-pujian ini bukan kerana aku muridnya tetapi kerana dia benar-benar murabbi. Orang bercerita tentang ukhuwwah berkajang-kajang tetapi dia bercerita tentang ukhuwwah dalam makan menggunakan talam. Rehlah dan jaulah, dalam senyum dan salam. Aku rindu pelukannya. Aku rindu tawanya bahkan kadang-kadang aku rindukan kemarahannya pada ketidak seriusan kami. Aduh sungguh manis hidup bersamanya. Bagaimanakah para sahabat rasul mengenang baginda? Ini cuma cebisan teladan yang dijelmakan dalam sebuah jasad yang merupakan pengikut Muhammad di akhir zaman.

Beliau mengajar bahawa perlu amal jamaie dengan menggunakan tangannya yang mulia untuk mencuci tandas yang kami gunakan. Dia mengajar kebersihan sebahagian dari iman dengan pakaian dan dirinya yang sentiasa terurus. Tidak pernah aku melihat rambutnya kusut. Bahkan dia sering marah-marah bila ada rakanku berwajah tidak terurus bersemuka dengannya. Rumahnya kemas dan rapi semasa beristeri juga selepas menduda. Aku tidak mengenali siapa-siapapun bersih dan kemas tetapi tidak cerewet sepertinya.

Entahlah adakah ini semua kerana aku suka mencari-cari kebaikannya atau sememangnya dia begitu tetapi percayalah aku pernah mencuba mencari buruknya tetapi tidak pernah aku bersua. Dia sudah tiada tetapi jasanya merata-rata. Kerana dia bukan sekadar membina bangunan Surau sekolah kami, bukan pula sekadar mendermakan harta dan tenaganya untuk sekolah kami. Sebenarnya dia telah membina hati-hati yang ramai. dia telah menyuburkan ruh yang kehausan. Walaupun hidayah bukan di tangannya tetapi tarbiyah dari tangannya yang sering sakit-sakit akibat gout itu sungguh mengesankan.

Dia selalu sahaja menyuruh kami bersungguh-sungguh dia menyuruh kami jadi sepertinya. ya dia memang bersungguh-sungguh. Dia mampu bertahan memandu dalam keadaan tangannya sudah tidak mampu mengangkat sebatang pen. Dia pernah bertungkus lumus menjeritkan nama Allah ketika api sedang galak ingin membakar sekolah kami. Aku lihat itu. Kesungguhannya lebih marak dari api. Aku kadang-kadang keliru mahu memberi perumpamaan seperti apa murabbiku ini. kalau nak dibandingkan dengan api kerana semangatnya dia juga seperti tasik dengan ketenangannya memecah konflik. Jika mahu diibaratkan seperti gunung jasanya dia juga seperti lembah yang mudah didekati. Jika mahu ibaratkan seperti langit maruahnya tawaddhuknya tak pernah meninggalkan bumi. Jika mahu diibaratkan seperti cahaya seri wajahnya kadang-kadang kelam perit kehidupannya sangat suram.

Jika kalian melihatnya seperti aku melihatnya kalian pasti setuju dia inilah alam dalam bentuk anak adam. Semuanya ada padanya lekuk-lekuk bumi, bau-bauan udara, warna-warna cahaya dia mengajarkan perkenalan dengan Muhammad s.a.w dengan segala ruang hidup yang mampu digapainya. Dia mengajar kami solat, mengajar kami puasa, mengajar kami khat, mengajar kami akhlak, mengajar kami izzah, mengajar kami dakwah, mengajar kami riadhah, mengajar kami lughah mengajar kami menyembelih, mengajar kami bersedekah, mengajar kami cintakan alam, mengajar kami kehidupan dan juga mengajarkan kami kematian.

Dia seolah-olah tidak pernah lupa walaupun dia pernah mengatakan manusia itu sifatnya lupa. Aku merasakan dia telah layak untuk syurga. Pernah aku bertanya pada kucing peliharaannya selepas kewafatannya berkenaan ini. Dia seolah bersetuju denganku. Kucing itupun sudah tua walaupun sekadar tua seekor kucing tetapi pasti telah banyak dia belajar dari guruku itu.

Entahlah sejak beberapa hari ini aku sangat merindukannya. Sedang dia sudah sebulan lebih meninggalkan kami. Terasa mahu sahaja mengunjunginya bertanya itu dan ini. Aku rindu pada kelasnya pada cerita kudung kepalanya, pada cerita dia mula-mula belajar bahasa Arab. Pada cerita dia ke Penang, pada kisah dia mula-mula menaiki kapal terbang.

Kini murabbiku telah tiada tetapi kemungkinan aku bersama murabbi yang baru yang sehebatnya masih ada. Kerana Islam adalah dari Allah yang kekal selamanya. Pasti ada guru baru yang dilantik untuk mentadbir pengajaran madrasah hayah ini. Terima kasih Allah kerana memberi ruang untuk diri ini berkenalan dengan murabbi sepertinya.

Thursday, October 07, 2010

7 oktober-pejuang revolusi 20 telah menyerang konvoi tentera AMerika yang melintasi salah satu jalan utama di Utara Bandar Solahuddin. Kumpulan pejuang ini adalah kumpulan dari kelompok Jihad dan Reformasi Iraq. Serangan telah mengakibatkan beberapa trak musnah dan semua di dalamnya didapati mati dan cedera.

Sunday, September 26, 2010

Pengkhianatan kecil kita semua.

Dr. Mahdi Qadhi
Terjemahan: Info Pelstina.
Al-Hamdulillah Rabil Alamin, segala puji bagi Allah yang mengurus sekalian alam, shalawat dan salam tercurah pada penghulu para Nabi dan rasul.

Wahai ummat Islam, penjajahan AlQuds dan Al-Aqsha, masjid haram ketiga serta kiblat pertama ummat tidak akan terjadi, kalau kita tak pernah melalaikan hak-hak Allah atau berpegang teguh pada perintah-perintah Allah. Tak diragukan lagi, kita telah banyak melalaikan hubungan kita dengan Allah serta lalai dalam berpegang teguh pada hak-hak agama ini. Inilah sebab utama bagi berbagaimaca kelemahan dan kehinaan. Disamping meraja lelanya kejahatan dan permusuhan serta jauhnya ummat dari pertolongan yang mengakibatkan hilangnya tempat suci kita. Darah para syuhada mengalir begitu murahnya di sejumlah tempat di muka bumi ini. Oleh karena sunnatullah menuntut bahwa kemenangan dan kejayaan ummat tidak akan terjadi, kecuali jika kita membenarkanNya dan berpegang teguh pada perintah-perintahNya. Allah berfirman, “Jika kalian menolong Allah, maka Allah akan menolong kalian” (Muhammad ayat 7) Rasullullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan Ibnu Umar, “Jika kalian melakukan perdagangan Ienah, memgang ekor-ekor sapi, lebih senang pada pertanian serta meninggalkan jihad, maka Allah akan meliputi kalian dengan kehinaan yang tidak akan diangkat dari diri kalian , hingga kalian kembali pada agama kalian” (Silsilah Hadits Shahih kar. Nashiddin Al-Albani)

Setiap ummat akan mendapatkan balasanya dari sikap melalaikanya, sesuai dengan tingkat keparahanya. Baik melalaikan dalam hak-hak Allahs ecara utuh atau melalaikan dalam tugas da’wah, perbaikan dan reformasinya.

Diantara bentuk pelalaian adalah pengkhianatan ummat dengan membantu musuh-musuh Allah dan menerima terhadap apa yang mereka inginkan yang jelas-jelas merugikan ummat Islam. Jenis pengkhianatan ini jelas sekali. Namun yang paling berbahaya adalah pengkhianatan yang tak tampak jelas. Ummat bahkan bekerja sama dalam masalah ini. Namun ia telah merugikan Islam tanpa merasa bahwa tindakanya tersebut, merupakan bentuk pertolongan terhadap musuh-musuh agama dan membantu dalam mengalahkan kaum muslimin. Sebagaian ummat bahkan melakukan transaksi kesepakatan dengan musuh dalam pengkhianatan ini. Mereka adalah sejahat-jahat pengkhianatan dan paling berbahaya daripada musuh-musuh Islam yang jelas-telas Nampak kejahatanya. Dengan penipuan mereka ini ummat Islam menuju pada kebinasaan, kehancuran dan kelemahan tanpa mereka sadari. Tindakan mereka nyata-nyata telah membantu kejayaan musuh-musuh Islam.
Diantara bentuk pengkhianatan yang paling besar, namun tampak samar di mata sangat banyak, diantaranya. Mencekoki ummat dengan berbagai acara di sejumlah setasiun televise dan media hal-hal yang bertentangan dengan aturan agama dan kebenaran, penuh dengan segala sesuatu yang diharamkan Allah, baik kecil maupun besar. Dimulai dari keluarnya para wanita dengan “tabarruj” memperlihatkan uaratnya. Mereka mempertontonkan semua ini, seolah-olah hal tersebut diperbolehkan secara agama. Akibatnya jutaan kaum muslimin terus meneruss hidup dalam kemaksiatan. Hal ini tentu akan memperlambat pertolongan Allah dan memperpanjang kejayaan musuh-musuh Allah.

Ummat Islam tidak berhak mendapatkan pertolongan dari Allah, sebab kemunkaran yang tidak diridhoinya terpampang siang dan malam, disaksikan ratusan juta kaum muslimin. Kenyataan ini, selain kerusakan moral yang terjadi di kalangan media, hingga banyak para pemuda yang tersesatkan, terutama para pemuda harapan bangsa. Mereka tenggelam dalam berbagai kelakuan gila dan kebobrokan. Ini juga selain kondisi ummat yang tersibukkan dari kewajibannya menyelematkan ummat dari kondisi yang sangat menyedihkan, terutama saat ini, masa yang paling gelap dan hina bagi ummat Islam sepanjang sejarahnya, sebagaimana disebutkan sejumlah pakar dan ulamanya. Suatu masa dimana Al-Aqsha masih terpenjara sejak puluhan tahun silam. Penghinaan, pembunuhan dan pembantaian yang belum pernah terjadi dalam sejarah penjajahan. Sebuah bangsa muslim mati terbunuh dengan sadisnya, sementara ummat Islam hanya bisa melihat dan menyaksikan. Sejarah mencatat, media telah melenakan para pemudanya. Mereka dilalaikan oleh music dan nyanyian, sementara ummat berada dalam kondisi menyedihkan dan sangat berbahaya.

Tak diragukan lagi musuh-musuh agama mempunyai tangan-tangan untuk menciptakan kondisi di atas. Tapi tentunya tidak secara langsung, maka tentu ummat akan berhati-hati. Media-media mereka terutama televise sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia saat ini, bahkan seolah media menjadi agama baru manusia. Dengan kemampuanya, ia dapat menghidupkan manusia dan menuntunnya kepada kebaikan. Tetapi sebaliknya bisa mengarahkan manusia ke jalan kebinasaan dan menjauhkan mereka dari kebahagiaan serta kemuliaan.

Dan yang membuat kita harus semakin berhati-hati adalah bahwa pengkhianatan semacam ini serta para pejabatnya dimana mereka berada adalah sebab utama kehinaan ummat ini, mereka adalah penolong musuh-musuh agama, dengan sadar atau tidak. Mereka datang dan berbicara tentang bagaimana menyelamatkan ummat Islam dan tempat sucinya. Tetapi pada saat yang sama, mereka sendiri yang merealisasikan pembunuhan dan berjalan-jalan di atas mayat-mayat ummat Islam. Kalaulah ummat Islam bisa selamat dari kejahatanya, tentu kondisinya tidak separah ini.

Saya akan mengutif pernyataan Syaikh Muhammad Gazali yang layak ditulis dengan tinta emas dan saya sering melansir ungkapanya diberbagai kesempatan, karena isinya sangat relevan dengan kondisi saat ini.

Syaikh Muhammad Gazali mengatakan, “sesungguhnya agama Islam bagi kita, bukan hanya jaminan bagi kita di akhirat kelak, akan tetapi merupakan pengorbanan dan benteng bagi kita didunia dan tempat berlindung kita di alam fana ini. Oleh karena itu, saya melihat orang-orang yang menyepelekan agama, telah melakukan pengkhianatan terbesar. Sadar atau tidak mereka telah membantu Zionis untuk menghilangkan negara kita, kemuliaan kita dan masa depan kita. Beda kita antara bangsa Arab dulu dengan sekarang adalah ketika mereka melakukan kesalahan mereka mengetahui cara bertaubatnya, kemudian mereka dapat memperbaikinya dan memulai kembali perjuangan serta dapat mengusir kembali musuh-musuhnya.
Kita berharap Allah dapat memberikan kekuatan pada bangsa ini dengan memberikan jalan terbaik untuk membetulkan kesalahanya dari pengkhianatan pada ummat serta apa yang merusaknya dari agamanya, serta mudah-mudahan kejayaan dan kemerdekaan bagi Al-Aqsha dapat dikembalikan, amin. (asy)

Wednesday, September 22, 2010

Palestina bukan lagi sekadar perjuangan agama.


Walaupun bumi berdarah Palestina menempatkan al Quds yang merupakan tempat suci 3 agama langit yang paling berpengaruh di dunia. Tetapi isu di sana bukan lagi sekadar isu 3 agam ini. Ia telah kembali menjadi isu dunia. Atau isu antarabangsa. Walaupun usaha banyak pihak menyembunyikan permasalahan sebenar berkenaan apa yang berlaku namun Kuasa Allah isu ini tersebar terus dan tidak ditinggalkan.

Inilah hadiah yang termahal yang dibayar oleh para Syuhada' kepada ummat manusia seluruhnya. Mereka membeli kelangsungan khabar dan cerita ini dengan nyawa dan darah mereka agar manusia tidak terlupa atau alpa dari kekejaman yang paling dahsyat dalam sejarah kemanusiaan. Isu ini merupakan isu yang mulia dan antarabangsa.

Sekiranya sebelum ini dunia berpecah kepada banyak dalam isu ini dunia berada dalam 2 kelompok sahaja. Menentang kekejaman atau membela kekejaman. Kini isu kekejaman Israel dan sekutunya semakin luas tersebar. Dunia kemanusiaan hari ini dicabar oleh Israel dalam serangan mereka ke atas sukarelawan kemanusiaan. Seolah-olah mereka berkata bersama kami atau dibunuh.

Apakah keupayaan dunia selumpuh ini? Apakah benar ekonomi dunia dipegang yahudi? Apakah ekonomi atas kertas yang menyekat kita untuk mara? Ingat sekiranya semua jawapan pada soalan kita adalah "ya" maka benarlah Manusia sedang dijadikan hamba tanpa belenggu kepada bangsa Yahudi.

Kegergasian Amerika sedang mengerdil. Sekarang masa yang sesuai untuk semua kerajaan dunia ingkar dari usahasama zalim dengan sekutu akrab Zionis. Masanya untuk kembali kepada perjuangan sebenar. Masa untuk membebaskan dunia dari cengkaman kuasa ketamakan.

Selagi ada perjuangan untuk bumi yang menampung al Quds. Selagi itulah ada keberkatan dalam dunia ini.

Tuesday, September 14, 2010

Amerika Ugut akan kenakan Hukuman baru Ke atas Sudan.

Setelah gagal untuk memecah belahkan antara Utara dan Selatan kini Amerika mengugut akan mengenakan tindakan lebih tegas ke atas Sudan. Mereka turut menyenaraikan negara terbesar Afrika itu sebagai tempat pembiakan pengganas yang semakin menggugat kestabilan mereka.


Rabie Abdul 'Atiy menyifatkan bahawa ancaman ini sebagai melepaskan geram dari Amerika. wakil kuasa pelampau dunia iaitu scott gratchen mengadakan pertemuan dengan Hassan Turabi. Usaha untuk menyekat kemajuan di Sudan dan kemakmurannya akan berterusan. Amerika akan terus menerus menjadi anjing yang cemburukan kemajuan negara Sudan yang luas dan berpotensi untuk menjadi negara kuat suatu ketika nanti.

Saturday, August 21, 2010

Iran meneruskan usaha membangunkan tenaga Nuklear.

Hari ini Iran memulakan persepakatan Nuklear dengan Russia walaupun dunia termasuk Malaysia menganggap ia sebagai ancaman kepada keamanan dunia.

Bagaimanapun Iran menganggap ini adalah hak negaranya untuk meneruskan usaha membangunkan negara dan bebas dari kebergantungan dengan kuasa luar. Loji Busyar kini akan beroperasi untuk menghasilkan tenaga dari bahan Uranium.

Russia menyatakan mereka akan bekerjasama dengan Iran dan sebarang pihak lain untuk menjayakan program nuklear.

Friday, August 20, 2010

Saudara Kita di Pakistan memerlukan.

Baru ini PAkistan dilanda bencana alam. Mereka mengalami kemusnahan teruk. Negara mereka memerlukan bantuan dari dunia Islam.

Setakat ini bank besar dunia sudah melihat ini sebagai peluang bagi mereka. ADB menawarkan 6.4 bilion ringgit hampir 5 bilion lebih dari anggaran kerosakan oleh PBB.

ADB atau Bank Pembangunan Asia telah mengirim seratus stuff mereka ke sana dengan tawaran hutang sebanyak 2 bilion USD. ADB menjangka akan membantu PAkistan membaiki kemudahannya di 8 zon utama dengan anggaran masa selama 2 tahun. ADB yang berpusat di Manila telah mengutuskan Juan Mirandabagi membincangkan persyaratan bantuan ini dengan presiden Pakistan segera. Selain penjanaan modal dari sumbangan mereka juga meluluskan 3juta USD dari Tabung Bantuan Bencana.

Persoalan saya mana sistem ekonomi Islam? Mana negara Islam? Mana umat yang sangat prihatin dengan saudara mereka? Kenapa ADB? Kenapa pula Juan Miranda?

Saturday, August 14, 2010

Antologi Puisi GKLN baru.



Judul
: Juzuk
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Hazwan Ariff Hakimi, Muhammad Iqbal A Ghani & Shahkang
Pengarang: 21 penulis luar negara
Penerbit: GKLN Publishing House
Jumlah halaman: 156
Tahun terbitan: 2010
ISBN: 978-967-0110- 00-4

Saya salah seorang dari pengarang puisinya. Sila buat tempahan di GKLN

Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.


Bagaimana Menghidupkan Ramadhan.
Oleh: Muhammad Abduh
Terjemahan : Aiman Osman.
Aku memuji dan mensyukuri  Allah yang mendekatkan kepada kita pintupintu kebaikan , yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNYa. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.
Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah
                                                                Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
hapuskan salahku dengan kemaafan , kemesraan dan kasih-sayang
                                                                Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .
Sekiranya tidak diampunkan bagimu, dan tidak bergenang matamu, tidak luluh hatimu di hadapan Tuhanmu pada bulan ini … maka bilakah ia mungkin berlaku?
Pernahkah matamu basah kerana takutkan Tuhanmu walau sekali? Tidakkah kamu merasai Tuhanmu dekat di hatimu pada bulan ini? Tidakkah kamu yakin di sana ada peluang bagimu untuk bertambah dekat dan khusyu’, dan bertaubat dengan tunduk serta menjadi permulaan yang benar dalam kepulangan kepada Allah dengan pertambahan keakraban dengan Allah.
“Dan orang-orang yang meminta diberi petunjuk akan ditambah padanya hidayah dan diberikan kepada mereka taqwa mereka.”
Wahai Insan!
Ingatlah Allah menegur kita dalam firmanNya:
“Wahai manusia apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu yang Maha Pemurah?”
Ya, wahai insan apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu sehingga kamu terjerumus dalam maksiat kepadanya dan melampaui batas-batasNya? Adakah ikamu mengabaikan nikmat-nikmatNya? Ataupun lupa kepada pengawasanNya dan keagunganNya?! Jangan dilihat pada kecilnya dosa… tetapi lihatlah keagungan siapa yang telah kau derhaka… Janganlah menjadikan Allah remeh bagimu.
Untukmu Khabar Gembira!
Di sini aku bentangkan bagi kalian berita gembira dari Tuhan Kalian Yang Maha Tinggi dan RasulNya sallahu alaihi wa sallam. Allah berfirman:
“Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan dosa), janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
FirmanNya lagi:
“Dan orang-orang yang tidak menyeru bersama Allah tuhan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran dan tidak berzina barangsiapa yang melakukannya maka mereka telah berdosa. Digandakan baginya seksa itu pada Hari Kiamat dan kekal dalam seksaan itu serta terhina. Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amal soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sungguhlah beruntung mereka dan sangat besar kurnia bagi mereka, Allah menukarkan kebejatan mereka sebagai kebajikan… Allah Maha Besar! Tidaklah akan berlengah-lengah dalam tawaran ini melainkan mereka yang bodoh dan tidak mahukan kemuliaan.
Jika kamu mahukan kelebihan ini bertaubatlah!
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai Anak Adam sesungguhnya jika kalian berdoa kepadaKu dan berharap dariKu Aku telah ampukan bagimu apa yang kamu lakukan(dari dosa) tidaklah aku peduli. Wahai Anak Adam, jika dosamu mencecah langit kemudian kamu memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan bagiMu dan Aku tidak kisah.”
Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai hamba-hambaKU, sesungguhnya Kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang dan Aku mengampunkan semua dosa maka pohonlah keampunan dariKu nescaya Aku ampunkan bagimu.”
Sabda Rasul:
“sesungguhnya Allah membentangkan tangaNya pada waktu malam untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu siang, dan membentangkan tangaNya pada waktu siang untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu malam sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.”
Ketika Rasul melihat seorang ibu mencari anak kecilnya dan ketika dia menjumpai anaknya lalu dipeluknya anak itu ke dadanya. Maka Baginda bertanya:  Apakah ibu ini mendapati anakNya dalam api? Sahabat-sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Allah lebih menyayangi hamba-hambaNya daripada wanita ini menyayangi anaknya.”
Allah Maha Besar… Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita acuh tidak acuh dalam taubat?!! Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita berlengah dalam taubat?!! Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Mengasihi , Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pemurah.
Terus Terang Pada Dirimu.
Apakah yang menghalangmu dari taubat dan melalui jalan kebaikan?Seolah aku mendengar kau berkata: Keluarga, masyarakat dan kawan kawan! Aku takut aku bertaubat kemudian aku akan kembali lagi melakukan maksiat! Dosaku banyak maka bagaimana akan diampunkan bagiku! Aku gusar akan harta dan keluargaku! Maka aku menjawab: Apakah kalian merasakan itu jawapan kalian di hadapan Allah ketika hari Pertemuan denganNya? Demi Allah tidak…  bahkan itulah halangan dan kegusaran yang takkan dimusnahkan melainkan oleh sesiapa yang takut pada Tuhannya.
Maka berbanggalah dengan agamamu dan berazamlah dengan tulus kepada kebaikan dan berterusan di atasnya. Berserahlah diri kepada Allah, kemudian ingatlah rahmat Allah dan keluasan pengampunannya.
Jika dia mendatangimu … pada saat ini… Malaikat Maut apakah kamu redha menjumpai Tuhan kamu dalam keadaan kamu ini?
Maaflah… Janganlah kalian lari dari diri kalian dan muhasabahlah ia. Jika kalian tidak bermuhasabah sekarang esok di dalam kubur kalian akan menyesal. Masa itu menyesal sudah tiada guna.
Kelahiran Baru.
Ketahuilah sesungguhnya taubat bukanlah hanya dalam Ramadhan. Bahkan dalam Ramadhan dan semua bulan. Tetapi alangkah baiknya kalian dilahirkan semula dalam bulan berkat dan penuh kebaikan, Manusia boleh dilahirkan dua kali ; hari dikeluarkan dari kegelapan rahim ibunya kepada dunia yang terang, dan hari yang dikeluarkan dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Maka jadikanlah itu dirimu.
Aku berpesan kepadamu… Berdampinglah dengan orang orang yang baik yang memberi manfaat  kepadamu sehingga selepas kamu mati… dengan izin Allah… dengan doa-doa mereka untukmu… berdampinglah dengan mereka pada pemergian mereka dan kepulangan mereka. Bersabarlah bersama mereka sehingga kamu dipanggil Allah maka ketika itu akan dikatakan kepadamu dan mereka. :
“sejahtera ke atas kalian dengan apa yang kalian sabarkan maka alangkah nikmatnya Negeri Akhir itu.”  Ar Ra’d :24
Sebelum Pintu Tertutup.
Sekarang dan jangan berlengah…  Jalan yang kamu sedang lalui di atasnya menjadi laluan bagimu di dunia dan akhirat. Alangkah bahagianya dan alangkah gembiranya, sedang bergembira hati itu dengannya dan berbahagia ketika kembali kepada Tuhannya dalam keadaan yang bertaubat dan menyertai  perahu orang-orang soleh… demi Allah kebahagiaan ini takkan dirasai melainkan oleh mereka yang telah melaluinya.
Andai kalian sudah berazam ingin bertaubat dan berubah… dan kembali kepada Allah serta tunduk… maka ketahuilah bagi taubat ini sayarat-syarat yang mesti dipenuhi:
  1.       Menyesal apa yang telah berlalu.
  2.       Menanggalkan segala dosa.
  3.       Berazam tidak kembali mengulanginya, sekiranya kalian kembali maka ulangilah. Taubat kepada Allah… tetapi keazaman ini mestilah tulus.
  4.       Sebelum nyawa sampai ke kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat.

Saturday, August 07, 2010

Kashmir dibantai lagi.

Sepertimana kita pernah dengar, (jika pernah) bahawa kawasan majoriti Islam Kashmir dijajah oleh India dan menjadi kawasan rebutan antara India dan Pakistan. Kini menjadi mangsa kerajaan Hindu India sejak Jun tahun ini sahaja seramai 50 orang penduduk Kashmir dibunuh oleh anggota keselamatan india. Minggu lepas sahaja seramai 31 orang dibunuh ketika polis India berusaha meleraikan tunjuk perasaan dengan menembak secara rawak ke arah penunjuk perasaan secara aman.

Di mana kerajaan Islam? di mana pembela muslim? dalam akhbar juga tiada cerita apa lagi dalam parlimen dunia Islam.
Sumber: Independent news.

Friday, August 06, 2010

Buatmu Imam Muda.


Kini namamu hebah di muka media.
Dipuji dan disanjung.
Gembira tersimpan dalam wajah kelatmu.
Mungkin kerna itulah kamu.

Asyraf kaulah adik, kaulah imam.
Bukan masyhur daku dambakan,
sekadar berkongsi pesan budiman.
Jangan darat dilupakan, amanah mesti
dipundak perlaksanaan.

Sungguh kau pedoman beliawan,
buat kawan jua lawan.
Tika dunia gilakan hiburan,
kau hafalkan al Quran.
Tika remaja meleser di jalanan,
kau khadam rumah Tuhan.

Asyraf yang kukenal bukan satu.
Tetapi kau dipilih kerna ilmu.
Ilmu yang ditambat dalam amal,
takkan malap walau terkenal.
Jadilah kau Imam cekal,
solat dan sabar buat bekal.
Taqwa dan Iman di dada kekal.

Selamat berkhidmat,
doaku kau beroleh rahmat.
Kaulah pewaris mukjizat,
pedoman ke jalan selamat.

Siddiq Osman.
07-08-2010

Wednesday, August 04, 2010

Ramadhan datang lagi ya ayah?

Ayah! sekarang bulan apa?

Bulan Syaaban nak , kenapa?

Bulan Syaaban sebelum Ramadhan kan?

Ya Syaaban sebelum Ramadhan, Kenapa ni, muram ja?

Dah tak boleh makan la nanti?

Eh, kenapa pula tak boleh makan? tak makan macam mana kita nak hidup?

Habis kawan kawan cakap nanti bulan Ramadhan kena puasa bila puasa tak boleh makan?

Oh, tidaklah 24 jam kena puasa, cuma masa siang sahaja itupun dari subuh sampai maghrib sahaja. Lepas tu kita boleh ja nak makan macam biasa.

Ooo, tapi nanti lapar laa masa siang.

Lapar itu sekejap sahaja, Tapi nanti keseronokkannya selamanya.

Amin, tahu mesti dapat masuk syurga.

Bukan itu saja, dalam ramadhan ni banyak ganjaran yang Allah offer dekat kita.

Macam offer kat super market tu ka?

Lagi hebat lagi. Allah offer keampunan yang banyak sangat, Allah Offer syurga dan yang paling bermakna Allah offer satu hadiah misteri yang tak ada lagi orang tahu apa dia hadiah itu.

Ayah tahu tak?

Ayah tak tahu semua pun tak tahu Allah ja yang tahu.

Ada tak lagi keistimewaan Ramadhan?

Ada, banyak sangat istimewa Ramadhan ni. Syaitan yang suka dengki dengan kita tu pun Allah kurung dalam neraka, Pintu neraka semua di tutup, pintu syurga dibuka, setiap malam malaikat memenuhi langit dunia setiap hari malaikat malaikat ini akan meminta ampun untuk kita sampailah kita berbuka. Banyak lagi kelebihan Ramadhan yang lain yang ayah tak tahu pun ada banyak lagi.

Banyaknya....

Hah, habistu kenapa muka masam lagi ni?

Kenapa Ramadhan sebulan ja? kenapa tak setahun terus?

Hahahaha, kalau semua Ramadhan tak speciallah Ramadhan kita.

Sunday, August 01, 2010

Bila seorang yang awam merasakan dia orang yang mutakhassih.

Hari ini seharian aku berseminar di Pusat Islam bersama ulama-ulama ulum quran seperti Tan Sri hassan Az Zahari, Prof. Dr Said Agil, Syeikh alaatofay, Syeikh Asy Syanqiti, Syeikh Sayid Ali Abdul Majid, Syeikh alauddin al Qaisy dan Syeikh Samih Ahmad Khalid Utahimaniah.

Sebelum kita berbincang lebih lanjut saya merasa hari ini apa yang disebut al Haqir dan perkataan hina sebenar dalam diri. Hari ini kekerdilan itu dapat saya fahami dan rasai dengan benar dan jelas. Hari ini saya mengaku dengan penuh sedar dalam hati dan faham bahawa Ilmu Allah itu maha luas dan saya ini sangat-sangat jahil. Ya Allah ajarkan aku ilmuMu yang luas itu. Ajarkan aku suatu ilmu agar dijadikan ilmu bermanfaat yang bakal kubekalkan ke alam kubur.

Sungguh Syeikh seperti Tan Sri Hassan Az Zahari telah berkhidmat kepada Ummah ini. Beliau masih kukuh mengajar dan menyimbah ilmu tajwidnya yang dalam dan tinggi ke seluruh dunia saban tahun. Sungguh saya kagumi orang tua itu. Masih kemas sebutannya bahkan lebih jelas dari sebahagian remaja yang was was menuturkan ayat ayat Allah. Sungguh menyebabkan aku malu dan tersipu dalam hati. Ya Allah telah banyak ku zalimi diri ini ampunkanlah dosaku.

Syeikh Sayid Ali Abdul Majid begitu hebat bicaranya iqtibas bersusun kemas dalam ucap kata. Sungguh mengkagumkan bagai al Quran sentiasa terbentang dalam mindanya sehingga kalam sepontannya menampakkan keindahan nuzum arabiyah yang segar dan mewah. Ya Allah sungguh kalamku sebelum ini kosong dan aku menyangkanya dakwah kepadaMu lancarkan lidahku fasihkan hatiku.

Syeikh alauddin al Qaisy Syeikhul Qurra' fil Iraq. Sungguh mendalam kefahamannya dengan maqamat tilawah dan sungguh merdu qiraah mufassirahnya. Barulah aku faham bagaimana orang beriman itu bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah Iman mereka. Sahlah kemerduan al Quran dalam nuzumNya memukau keasyikan dan menggamit palingan hati.

Kini aku rasakan bagai sebelum ini aku belum benar-benar pandai membaca al Quran. Ilmu Quran ku masih belum sampai tahap sederhana. Aduh masih jauh kejahilanku untuk menjadi daie kepada Allah bagi ummah ini.Ya Allah ajarilah aku dari sisiMu ilmu yang menyelamatkan aku dari nerakaMu.

Malam ini aku hanyalah orang yang awam dalam keadaan aku tahu aku ini jahil. Sebelum ini aku merasakan gelaran ustaz dan juga belajar di Sudan serta membaca buku-buku arab sudah menambah nilai dari seorang awam kepada seorang yang lebih hampir kepada Allah dalam keilmuan. Sah. Aku masih jauh dari martabat yang sedang aku perasan-perasan seorang diri. Belumpun ada ilmu yang yakin dalam dada ini.

Saturday, July 31, 2010

Finalis Imam Muda dan Juara Imam Muda Acap...

 Pertama sekali tahniah kepada Astro kerana berjaya menghidupkan pengaruh yang baik dalam rancangan yang dipaparkan di skrin mereka. WAlaupun ia berlaku dalam sistem rojak, saya kira Imam Muda merupakan rancangan yang mesti terus dipromosikan.

Gelaran Imam Muda musim ini dimenangi oleh Asyraf. Ustaz Asyraf mungkin, atau kini Imam Asyraf. Satu kemenangan yang mengharumkan namanya, nama ibubapa, nama guru-guru, nama kampung, nama universiti, nama sekolah dan nama-nama mereka yang dekat dengannya. Macam-macam komentar boleh diberi pada kelayakan, kemenangan pemarkahan dan segala yang berkaitan. Tetapi apa yang pasti kini beliau telah membuka ruang untuk dirinya menyebarkan ilmu dan dakwah dengan begitu luas.

Persoalannya, istiqamah itu akan bersamanya atau tidak? kita yang tumpang berbangga tadi perlu tumpang memikul amanah ini. AManah dakwah ini sangat besar dan berat tetapi inilah yang akan memuliakan dia dan kita semua di sisi Allah.

Semoga kepetahan beliau dalam mengutarakan tazkirah dapat dimanfaatkan dalam masyarakat yang semakin haus dan lemas dengan gejala syakhsiah dan peribadi. Semoga Allah membantu Imam-imam Muda kita semuanya. Kesemua finalis dan juga yang tidak dipilih untuk tampil lebih jauh juga memikul beban ini. Semoga Allah memberkati kemenangan Asyraf dan akan terus memenangkan beliau.

Sunday, July 25, 2010

Syeikh Raed Sholah dipenjara hari ini.

Petang tadi 25/7/2010 Syeikh Raed telah mengadakan sidang akhbar sebelum memulakan hukuman penjara 5 bulan bagi kesalahan meludah polis Yahudi pada tahun 2007 yang lalu.

Antara yang menarik semasa sessi media tadi beliau turut ditemani ibunya. Syeikh Raed merupakan pemimpin gerakan Islam 48. Iaitu gerakan tunggal yang bertapak dalam zon hijau iaitu di Tel Aviv. Antara sepanduk yang menarik perhatian tadi tertulis"Setiap kami ialah Raed Sholah."