Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, July 05, 2008

puisi ku tembus lagi... MM 6 Julai 2008.



Dari Kitab Alam.

Ayam menyambut kepulangan suria.

Cahaya kuning padat cerita.

Menyuluh seluruh lukisan berita.

Memeri warna merinci rahsia.

Bagai tinta menulis

atas kertas alam.


Aku kagum teruja, terpana

memandang saujana maya.

Rasa ingin memuja.

Meletus buak gelora jiwa.

Ghairah dalam jeda.

Khali memandu pancaindera.


Unggas keriuhan menghantar senja.

Pena suria pudar jua.

Kelam digulung lapisan malam.

Seraya rembulan menyuluh segan.

Tangan menuding pegunkan cahaya.

Lidah ingin membutir kata.


Dari bahasa alam.

Aku melihat aturan.

Dari cerita mentari.

Aku membaca keindahan.

Dari bisikan malam.

Aku mendengar ketenangan.


Rasa melonjak mencari Tuhan.

Pancaindera bergegar merasa kebesaran.

Ghairah merenggut kepala ke tanah.

Dari kitab alam aku membina iman.

Zikir lidah berbutir namaMu Allah.


Siddiq Osman.

3 Julai 2008

International University Of Africa.

Khartoum, Sudan

3 comments:

Nurul Zahar said...

wah tahniah ustaz..ana tak tgk lagi MM tu sebab kat sarawak ni, surat khabar semenanjung tengahari baru sampai. jadi selalunya ana baca newspaper petang2..huhu

ASaL said...

tahniah! karya dpt dikongsi di dalam akhbar, entah bila ana dapat menulis puisi sebagus anta...
moga-moga satu hari.
teruskan usaha, dn sentiasa menunggu puisi2 anta yg lain

Aishahtur said...

wahh, mabruk. dpt tembus lagi..