Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, August 06, 2008

Sungai Nil Suam Meraikan Mereka.




5 ogos menjadi saksi pertemuan pejuang dari Bumi Suci dengan bumi berdebu. Persisiran Nil menjadi saksi obor semangat yang ditiup. Aku dan rakan-rakan turut memeriahkan keakraban dua watan. Mendengar lafaz cinta dua bangsa. Cinta yang sangat suci dan jitu. Bermadahkan Al Quran, bermaharkan perjuangan.


Khaled Mesyal berdiri megah menongkat kalimah tawakkal dan jihad, beliau adalah antara ribuan Salehuddin Al-Ayubi yang bangkit semula di bumi berkah Palestin. Khaled atau lebih dikenali Abu Walid mengungkapkan bait-bait peyatuan antara Palestin dan Sudan. Mereka terpisah oleh kewujudan Mesir, Mereka terbeza oleh hitam dan putih. Dataran Zaitun dan Tin berbeza dari dataran Kacang Tanah dan Gandum. Namun Akidah yang sejahtera dan keberanian Arab menjadikan mereka bersatu, bersepadu dan sebulat suara. Cinta mereka satu, cita mereka jitu dan musuh mereka beribu. Aku mengiyakan kata-kata beliau dalam diam dan jeda.
Dalam keadaan genting di Gaza, Khaled menjanjikan kemenangan bukan di Palestin tapi di dunia. Dia berpesan kepada seluruh pemimpin. Berpeganglah dengan Islam jangan gadaikan agama. Genggamlah Senjata jangan dihias di dinding kebaculan.
Aku sekali lagi mengangguk setuju. Ayat-ayat Quran bersusun dalam setiap baris ucapan. Semuanya dilontarkan dari hati yang faham dan praktis yang benar. 45 minit sangat pantas menemui ajal. Semoga jodoh Sudan dan Palestin akan berkesudahan dengan cambahan benih kebenaran.
Datangnya Khaled Mesyal untuk memberi sokongan sebagai Muslim yang sejasad terasa sakit bila Presiden Sudan Omer Al Basyiir yang berhadapan dengan ancaman mahkamah antarabangsa di bawah seliaan Yahudi , mencanangkan tuduhan-tuduhan busuk yang tidak pernah wujud.





3 comments:

Rebecca Ilham said...

Salam,

wah, suatu majlis yang tak dapat saya bayangkan kemeriahannya! Tahniah atas kehadiran anda di sana =)

umaq_eiman said...

sloga bergema setiap kali beliau menarik nafas atau meneguk liur.

antara slogannya:
1 khaibar khaibar wahai yahudi.
tentera muhammad dah kembali.

2 buka mata hoi occampo
hamas dah turun padang.

3 takbir dan tahlil.

4 kembalikan kemuliaan kepada agama.
atau tumpah darinya darah.
kembalikan ketinggian pada agama .
atau tumpah darinya darah.

Kalam Puncak said...

Boleh berderau darah kalau ada di sana apa?

Allah,kobarkan roh jihad yang makin hari makin padam!