Hari ini merupakan hari keempat ramadhan 1429 di awal pagi terasa malas mahu meninggalkan tempat tidur tetapi mindaku mengingatkan ayat 1-11 surah al mukminun. Aku gagahkan juga menghadiri sessi rakaman bagi program Bagaimana Mereka Memeluk Islam. Memang agak janggal jika tajuk ini dijadikan sandaran kenapa aku dijemput untuk temramah, tetapi disebabkan bersempena ramadhan maka perbualan berkitar tentang penghayatan ramadan di Malaysia dan juga kegiatan dakwah tanah air.
Setelah aku hadir dalam keadaan terpaksa membuatkan emosi jadi tak menentu ditambah dengan kelembapan Sudan yang tak terkawal membuat aku rasa nak marah yang amat sangat. Ada patut dia datang lewat 2 jam. aduh.
Masa sembang sembang sebelum start rakaman aku ada buat satu kesimpulan sainstifik ala ala genetik campur sosiologi
"Sudan tak maju dan bermasalah kerana adat mereka menghalang kemajuan genetik. Derang suka kawen ngan sepupu. "
Eh apa yang aku melalut nih. oklah Ramadhan Kareem wa soumul maqbul.
4 comments:
oh masuk radio eh, wah
-siaran langsung ke
femes la ustaz pas ni..ada benarnya kata ustaz tu...
agaknya sebab lama sgt kt kot sudan..
dah muak dgn kelembapan puak2 arab ni..
balik la ke mesia..
sahabt2 menanti..
he3
asslammualaikum...
tersesat kt cni...salam perkenalan n sgt puitis ayat tu
Post a Comment