Assalamualaikum.
pertama sekali maaf kerana jarang sangat muncul di rumah sendiri. Kedua entri kali ini akan kita bicarakan aktiviti saya semenjak tidak menulis blog beberapa sengkang masa. Sebenarnya kita masih menulis untuk majalah persatuan dan juga sayembara puisi islami sampai hari ini masih mencari satu lagi puisi islam untuk dipertandingkan.
sejak pergi berkelah tempoh hari banyak peristiwa yang menghalang proses penulisan. Alasan yang paling tulus adalah malas, diikuti dengan alasan alasan lain seperti sibuk dan banyak hal lain. sebenarnya blog ini kini menjadi alasan paling kuat saya berinternet. berbanding dulu, blogging hanyalah aktiviti sampingan saya di internet. banyak kerja lain dilakukan di samping blog. tetapi kini hanya kerana blog barulah saya surf internet.
seterusnya baru baru ini rumah kami dirompak oleh penyamun yang tidak bertarbus tapi telah menyusutkan aset peribadi, keluarga dan seluruh rumah sewa saya. dengan kesedihan itulah saya lagi kehilangan idea untuk menulis.
sejak akhir akhir ini saya kembali belajar bermain badminton yang menjadi pemain paling tidak digemari sejak zaman kanak kanak lagi tetapi oleh kerana semangat kesukanan yang terhad saya terpaksa belajar bermain badminton semula biarpun dikalahkan oleh azeem mengikut cara kiraannya sendiri 41-27. saya pun tak tahu sejak bila BAM buat sistem kiraan begitu.
doakan saya untuk sayembara puisi islami, yang ingin bersaing dengan saya sabar ya masih belum cukup combo saya. lagi satu insya Allah 29 november akan saya kirim ke admin pertandingan.
Cek Yah : link ke sana trpaksa digantung untuk sementara bagi mengelakkan soalan cepu emas dan laporan yang tak disukai.
6 comments:
aik. 41-27? sejak bilakah? sejak lee chong wei kalah final olimpic ke apa ni? hep hep. tulis terus tulis. puas jenguk2 tunggu karya baru tp tak ada2 jgk.
Ya Zoool... Harami?
Ya Zooool....
Harami Harami Harami...
Teringat pulak kisah penculikan kharuf kenduri dulu...
salam.. terkejut dan sedih sgt dpt berita dr yaakub tadi pasal umah masuk pencuri.. semoga Allah menggantikan yang lebih baik.. cuma nk tanya.. pintu umah baiki tak lagi.. rumah tu byk pintu.. masing2 kena disiplin diri sentiasa kunci pintu bila nk keluar atau tido mlm.. ari tu tak per la.. bulan pose.. ramai org tak tido.. jiran2 pon ramai tk tido..
pepe pon.. sekali lagi.. semoga Allah menggantikan yang lebih baik.. Allah maha kaya..
kafarah
Macam mane keadaan etihad sekarang? eceyhhh. hehe
Post a Comment