Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, April 10, 2009

Kenapa benci mereka?

Ada seorang penanya bertanya kepada yang ditanya. Kenapa yang ditanya benci BN, bukankah mereka pemimpin yang ditanya? Yang ditanya menjawab "aku bukan benci mereka kerana mereka adalah mereka. Tetapi benciku kerana 5 perkara."

1- mereka mmg tolak Islam sebagai cara hidup yang lengkap.
2- Mereka menggunakan Islam yang mereka benci macam bahan mainan.
3- Mereka asalnya pejuang perkauman, kini mereka hanya pejuang kebendaan. Eh mereka pejuangkah?
4- Mereka adalah kelompok manusia yang bacul untuk menerima hakikat.
5- Mereka merupakan musuh Islam yang berselimut dalam wajah Islam.

"Keras bahasa kamu wahai yang ditanya!" Yang ditanya pula bertanya "Wahai yang bertanya kenapa kamu cinta mereka?" Yang bertanya pula menjawab " Sebenarnya, err, kamu jangan tulis dalam blog kamu, Saya bukan cinta mereka tapi ada 3 sebab saya bersama mereka."

1- Mereka menyediakan hiburan yang sangat banyak.
2- Bersama mereka keselesaan terjamin.
3- Aku senang cari makan, maklumlah ada buat kontrak kecil-kecil.

Yang bertanya menyambung. " tapi kalau PR naik aku join PR lah orang diapun bijak-bijak." Yang ditanya menepuk dahinya.

siapakah anda?

4 comments:

Muhammad Teja said...

1. bila hiburan sangat banyak disediakan, diladeni, dinikmati; ia menjadi darah dan daging dalam kehidupan. Maka, strategi pemanipulasian semakin mudah. Katakan sahaja; "Mahu kami potong siaran ini dan gantikan dengan ceramah agama? Mahu?" Pasti ramai yang bersungguh-sungguh menggeleng.

2. Keselesaan terjamin? Siapa agaknya? Aku tak pernah selesa kalau dilayan dengan kesombongan dan kebongkakkan jika berurusan di pejabat kerajaan. Aku tak pernah selesa jika dipandang aneh jika berbahasa Melayu betul di negara sendiri.

3. Aku rasa, di Malaysia masih susah untuk mencari makan. Kalau senang, kenapa masih ada orang merompak dan meragut? Barangkali, dunia bisnis adalah dunia yang telah dimonopoli oleh sesetengah kelompok.

emann said...

bukan masalah siapa yang berbicara, tapi apa yg dibicarakan...
p
ilihanraya di Indonesia yg br berlangsung 2 hari lalu turut membuat saya resah,walaupun bukan negara saya sendiri. Inikan negara orang Islam, salahlah bila saya tak peduli dan tak resah.
Melihat politik harus dengan pandangan agama, tak boleh dipisahkan. Jadi kalau yg ditanya suka satu pihak tanpa melihat karakteristik agamanya, dia sebenarnya telah mengabaikan agamanya sendiri...(kalaupun dia punya...)

ahmad said...

orang yang bertanya adalah orang yang tidak tenang. harap-harap, lama-lama dia akan tenang dengan Islam. Islam yang benar-benar Islam.

Anonymous said...

salam...sangat setuju kenapa tidak menyokong BN. dan sesungguhnya amat nyata.. BN menghamburkan remaja n muda mudi zaman sekarang dgn HIBURAN. sana sini konsert lah, artis dipuja2, dan membuatkan mereka asyik n terleka. sebaliknya, ceramah agama disekat dan dibatas, teks perlu di'filter' dahulu dan mcm2 lg halangan. hmm.. sampai bilakah harus begini??