Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, June 01, 2010

Siapa Tangkap Siapa?

Hari ini israel mengumumkan akan mengantar pulang 48 orang relawan dengan segera dan akan menahan 480 lagi relawan untuk penyiasatan lanjut.

Erdogan mengecam Israel agar membuka tembok pemisahnya segera, beliau memberi amaran agar Israel tidak mencabar kesabaran Turki. Beliau juga berkata kami takkan berpaling dari membantu Ghaza kami akan terus menerus membantu Ghaza.

Kini kita melihat seolah olah Israel yang menawan kebebasan dan kemanusiaan. Sebenarnya keadaan sekarang ini merupakan tekanan terhebat buat Israel. Penjajah ini sedang runtuh moralnya. Kini hanya tinggal mereka yang membenci Islam dan kejam sahaja yang bersama dengan Israel. Manakala mereka yang bebas dan berakal sudah mula membenci Israel bahkan sebahagian mereka adalah beragama Yahudi.

Setelah serangan Israel semalam jumlah Syahid kini adalah 20 orang dan jumlah yang cedera mencapai 60 orang. Bagaimanapun  beberapa sumber melaporkan sememangnya 16 orang yang terkorban sememangnya disenaraikan oleh rejim zionis itu untuk dibunuh. Maklumat ini terbongkar apabila senarai 16 orang yang dikehendaki jatuh dari komando Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara. ke 16 mereka telah dibunuh.

Berita tentang kematian syeikh Ra'id Solah merupakan usaha yang dilancarkan Israel untuk membunuhnya. Syeikh Ra'id kini dalam tahanan Israel bersama aktivis aktivis lain.

No comments: