Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, February 07, 2011

Menanggapi sebuah kritikan.

Ramai di kalangan kita mengakui mereka bersifat terbuka. Tetapi apabila mereka dikritik ,respon mereka jelas berbeza. Sebagai orang yang mindanya terbuka dia perlu akur bahawa tindakannya tidakkan mampu merebut kesenangan semua pihak. Ini berlaku pada semua manusia hatta Rasul sendiri. Bahkan tindakan Allah juga manusia pertikai?!

Bila kita redha kita tawakkal kita sebenarnya bersifat terbuka. Meyakini semua yang menyentuh kita luar dan dalam adalah penyusunan Allah akan membuat kita kurang kisah apa yang ingin orang kata. Contohnya memberi peringatan. Ramai penceramah hari ini memberi peringatan yang memang orang mahu dengar. Ada juga penceramah terpaksa mendiamkan beberapa peringatan kerana takut dikritik. Sepatutnya penceramah memberi peringatan yang perlu didengar oleh sasarannya. Dia mesti mempertahankan kebenaran agar kehendak sasaran selari dengan kebenaran bukan kebenaran harus menuruti kehendak.

Kalau ulama dahulu berani mereka menerima ancaman bunuh. Ilmuan hari ini bacul mereka boleh menjadi agam dengan hanya kritikan pihak kedua atau ketiga. Ini berakar dari ilmu yang dituntut tanpa keikhlasan yang mutlak. Kemudian ikhlas menegur juga kurang maka lahirlah nasihat-nasihat yang kosong dan paling menyedihkan hanya menajdi hiburan kaki-kaki masjid.

Pujian "ustaz ini best la dia pandai buat lawak" sebenarnya penghinaan kepada golongan pentazkirah yang sepatutnya mengalirkan air mata keinsafan tetapi telah menelanjangkan ketawa yang bakal mematikan hati. Apakah ini yang kita kira sebagai proses membaiki ummah?

Cukuplah memenuhi kehendak kuantiti marilah kita membina tuntutan kualiti. Golongan mukmin yang menang itu selalunya jumlah mereka sedikit.

No comments: