Islamiyah al Quds… Apakah maknanya?
Oleh: Dr Muhammad ‘Ammarah.
Terjemahan: Abu ‘Aliyah.
Al Quds, Seluruh tanah al Quds adalah tanah haram yang suci. Sebagaimana bumi Mekah seluruhnya adalah tanah haram yang suci. Al-Quran telah menyebutkan bandar ini dengan perkataan Masjid, sebelum ia dimasuki oleh orang Islam, serta sebelum dibina di dalamnya masjid-masjid orang Islam. Maka ia adalah masjid sepertimana Mekah adalah masjid (yang mana ia sebagai Kiblat Sujud) ia bermula pada 2 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun berlakunya Israk Mikraj.
“Maha suci Allah yang memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid al Aqsha yang kami berkati sekitarnya bagi kami menunjukkan antara tanda-tanda Kami, sesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – al Isra’:1
Maka Israk itu telah berlaku dari Mekah (sebagai sebuah Masjid) ke al Quds (sebagai sebuah Masjid). Israk menjadi pengikat antara dua tanah haram yang suci ini. Ia juga merupakan tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Peristiwa ini menjadikan ikatan yang menjasadkan kesatuan agama Allah merentasi semua kenabian dan risalah… Masjid al Haram adalah rumah Allah yang pertama dibina untuk manusia di muka bumi. Ia juga adalah Kiblat bagi umat risalah penutup. Ketika Allah mengikat antara Mekah dan al Quds melalui peristiwa Israk, iaitu antara kiblat nabi-nabi yang terdahulu dengan kiblat nabi terakhir melambangkan kepada kesatuan risalah uluhiyah dan kepada kesempurnaan Islam dan kepada menghimpun semua Aqidah Islam yang beriman dengan setiap rasul-rasul dan risalah-risalah dari Adam a.s hinggalah kepada Muhammad s.a.w tidak kami bezakan seorangpun dari rasul-rasulNya. Jika orang Muslim yang menamakan kota ini “al Quds” dan “al Quds al Syarif” dan “Baitul Muqaddis” dan “al Haram al Qudsiy”, Sejak mereka mula membuka kota ini pada tahun 15 H, iaitu ketikamana namanya ketika itu dikenali sebagai “Iliya al Kubro”. Mereka telah menukarkan namanya dengan nama-nama mulia ini bagi menyebarkan kemuliaannya. Pada hal ketika itu belum dibina satupun masjid orang Islam, dan belum ada seorangpun penduduknya memeluk Islam!
Mereka telah berinteraksi dengan al Quds dengan muamalah sebagai Kota Haram yang suci. Telah jelas pegangan ini dalam peristiwa-peristiwa pembukaan. Maka sebagaimana Mekah Haram yang suci oleh itu diharamkan pembunuhan di dalamnya… begitulah juga pejuang Islam ketika membuka bandar al Quds, mereka mengepungnya di bawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah, sehinggalah penduduknya cenderung kepada perdamaian tanpa tercetus peperangan; kerana ia adalah tanah Haram yang diharamkan padanya pembunuhan… bahkan kesucian ini menjadi akidah yang dipelihara sepanjang plot-plot sejarah.
Maka walau tentera Salib yang menumpahkan dan dan menakluki al Quds pada 496h/1099m telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Muslim selama 7 hari. Tidak seorangpun di kalangan mereka menyerahkan al Aqsha sehinggalah mereka disembelih oleh tentera Salib, sehingga mengalir darah di Masjid seperti sungai, dan mencemarkan tentera Salib dengan ladam kuda-kuda mereka! Walaupun begitu Salahuddin al Ayyubi 532-579h/1137-1193h melayani al Quds sebagai kota haram yang suci, tidak boleh dan haram menumpahkan darah padanya… maka beliau mengepungnya 583h/1187m sehinggalah tentera Salib mencari perdamaian dan menyerah… maka ia bukanlah sekadar kota… bahkan ia adalah tanah haram sebagaimana yang diungkap oleh Solahuddin :
“ Ia adalah warisan kita dan warisan semua agama… di dalamnya berkumpul para malaikat… darinya diangkat Nabi kita ke langit.”
Kesucian al Quds.
Kerana Islam menganggap al Quds sebagai kota yang suci, dengan menganggapnya sebagai masjid dan tanah haram dan kiblat bagi kenabian yang lalu… oleh kerana Islam sahaja yang menjadikan keimanan pada semua nabi dan semua risalah yang lalu sebagai sebahagian dari akidahnya. Pemerintah Islam memiliki keistimewaan melalui sejarah ketuanan politik bagi Daulah Islamiyah di Kota al Quds dengan menyebarkan kesuciannya bagi semua penduduk al Quds dari setiap agama samawi.
No comments:
Post a Comment