Seluruh umat ini memandang tinggi kerja dakwah. Seluruh umat ini juga mengagumi mereka yang terlibat dalam usaha ini. Tetapi persoalannya apakah itu mencukupi?
Semestinya tidak. Kerana seluruh umat mesti merasakan keperluan dia bergabung dengan kerja dakwah. Kenapa? kerana hanya dakwah yang akan memastikan akidah umat ini akan terus lurus dan kukuh. Tanpa dakwah iman akan malam , rapuh dan runtuh. Betulkah begitu , bagaimana ia berlaku?
Apabila kita hanya melaksanakan islam tanpa menyebarkannya maka penghayatan kita terhadap Islam adalah sekadar sahaja. Perkara ini akan mereput dari satu generasi ke generasi berikutnya. Kalau hari ini mereka memahami Islam dengan kefahaman yang jitu mungkin 10 tahun lagi separuh dari mereka akan memiliki generasi pelapis yang tidak lagi memahami Islam dengan kefahaman mereka sekiranya dakwah dari kalangan ayah-ayah mereka. Inilah yang kita lihat lahirnya "mat rempit" dari rumah "kaki masjid".
Sekiranya kita mengatakan Iman itu lebih penting dari makanan untuk kehidupan yang sejati. (kehidupan untuk akhirat). Maka pastilah dakwah itu lebih wajib dan utama dari makan. Seandainya rehat itu lebih remeh dari taqwa maka semestinya dakwah itu lebih utama dari tidur.
Ini kerana kalau kita tidak makan dan tidak tidur kita hanya sakit di dunia ini yang paling lama pun ia akan berlangsung mengikut jangka hayat kita. Tetapi seandainya tiada dakwah penyakit dalaman ini akan menular ke seluruh keturunan kita dan penyakitnya akan dideritai di akhirat yang tiada tempoh atau tarikh tamat.
Anda mahu atau tidak ia adalah kewajipan anda. sebagaimana anda tidak mahu menjadi tua dan anda pasti akan tua. Maka begitu jugalah sekalipun anda tidak mahu berdakwah anda tetap akan dipersoalkan tentangnya. Anda rela atau terpaksa ia adalah perlu anda pikul sebagaimana bencinya anda pada berat badan anda tetap anda perlu galasnya.
Tetapi sekiranya anda menerimanya dengan sepenuh hati Allah menjanjikan kebahagiaan yang luar biasa. Rasulullah berkata maksudnya "Sesiapa yang menunjuki suatu jalan kebaikan maka baginya pahala mereka yang melaluinya tanpa berkurang sedikitpun." bukankah ini MLM yang menawarkan keuntungan yang luar biasa?
Allah bertanya di dalam al Quran untuk menampilkan kelebihan dakwah "Siapakah yang lebih baik kata-katanya dari mereka yang mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan berkata sesungguhnya kami orang-orang yang berserah diri(muslimin)".
Sudah jangan fikir lagi. Ini tawaran dari maha kaya! Jom mulakan gerak kerja dakwah kita.
No comments:
Post a Comment