12 mei 2008 Berita mengenai pergolakan di Omdurman dan bandar Mogran saya kira sudah tersebar ke pengetahuan umum. Setelah mendengar taklimat dan penerangan dari pihak bertanggungjawab dapat saya simpulkan keadaan terkawal walaupun tahap keselamatan kini berada di paras pertama bahaya iaitu alert zone.
Namun begitu berlaku beberapa kekecohan di Bandar Sunut iaitu satu kawasan berhutan yang sedang dalam pembinaan bandar masa depan, dan berlaku tembak menembak berhampiran stadium dipercayai tempat simpanan senjata puak pemberontak.
Sehingga kini sebanyak 400 pemberontak terkorban dan 100 pihak tentera termasuk rakyat tempatan menjadi mangsa pertempuran yang tercetus sejak hari jumaat. Bagaimanapun kelihatan penduduk tempatan bergerak seperti biasa hari ini. beberapa syarikat dari luar masih belum dibuka.
Bagaimanapun Khalil Ibrahim masih belum mengaku kalah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ini baru siri pertama serangan. Namun sumber mempercayai itu hanyalah propaganda pemberontak bagi meraih sokongan dan menimbulkan situasi panik di sudan. Kesediaan SPLA dari selatan sudan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan merupakan perkara yang positif dalam menyelasaikan konflik.
Orang kanan Khalil Ibrahim disahkan terkorban semalam semasa pertempuran hebat di antara dua pihak. Seorang saksi melaporkan sekitar 20 trak yang membawa sekitar 200 orang dilihat menyerang balai polis omdurman sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
sekian setakat ini.

4 comments:
400ratus terkorban. mak aii. tak bole ramai lagi ke.
nak 401 leh. pergilaa buat buat nak serang istana presiden.
alhamdulillah kalau dah kembali terkawal. Mary singapore br sat sms ana die kata keadaan masih tak menentu walau dah kembali terkawal so no guarantee
400 ek kak?? alaa janji kalah. sebok je nk serang2. >:P baru kene lawan skali da kalah
Post a Comment