13 Mei 2008- khartoum kembali sibuk. Kenderaan Awam telah kembali memenuhi jalan raya pergerakan kembali lancar post post chekpoint telah dikurangkan. Pagi tadi saya sempat meninjau kawasan perniagaan masih banyak kedai belum dibuka kerana majoriti peniaga kelas sederhana adalah berasal dari omdurman.
Dalam perjalanan kelihatan beberapa Pick up yang membawa askar bantuan meninggalkan post mereka dan kembali ke kem. Sudan mengumumkan percubaan pemberontak gagal. Walaupun begitu Khalil Ibrahim ketua pemberontak menyatakan kerajaan silap jika menyangka akan hanya ada satu lagi serangan susulan.
Kapal Terbang kembali mendarat membuatkan airport khartoum agak sesak menerima tetamu yang telah tersangkut di lapangan terbang transit seperti dubai mesir dan qatar. Bagaimanapun rakyat Malaysia masih diingatkan agar berada dalam keadaan berjaga jaga. Reaksi yang sama diambil oleh pihak universiti bila melanjutkan cuti hingga 18 Mei 2008.AJK bertindak kecemasan telah ditubuhkan semalam.
semoga blog ini dapat terus memberikan makluman yang menenangkan rakyat malaysia di luar Khartoum.
3 comments:
x mustahil ada serangan lain pas ni tp selalunye die nak nakut2kan je..anyway, i pray for you guys don't worry..
hehehe no worry but happy jamiah cuti maa.
mm best juga sebenarnya sbb kalau apa2 jadi kena evacuate and then MAS surely dtg Sudan bawa balik org M'sia, eh ustaz leh balik free ape...sorry gurau je (^-*)
Post a Comment