Ya, memang tiada sebarang pertuduhan rasmi ke atas bakal PM malaysia tetapi begitu nyaring sembang sembang di persekitaran rakyat Beliau adalah suspek paling relevan dengan motif pembunuhan Altantuya Syaribu. Saya tidak ingin mengukuhkan pertuduhan tetapi apakah kredebiliti seperti ini layak jadi PM sekiranya pertuduhan palsu ke atas Anwar telah mengheretnya ke penjara selama beberapa tahun sehingga beliau dibuktikan tidak bersalah.
Saya sekali lagi tertanya-tanya kemanakah halatuju Malaysia selepas ini? menjadi sarang jenayah atau merudum sebagai negara tak berkredebiliti atau tiada maruah? Bukankah kita negara berdaulat? Atau mungkin selepas ini orang luar akan memanggil kita bangsa berulat? semua pemimpin ada kes jenayah.
Apa ni? kami generasi muda mahukan masa hadapan yang baik. Jangan kerana gilakan jawatan masa hadapan kami jadi medan pertaruhan. Yang tak layak tak payahlah nak tamakkan kuasa jangan jadikan politik pasar jawatan. Jangan jadikan dewan rakyat bursa pangkat. Sultan-sultan perlu kembali mencampuri politik negara sehingga keadaan kembali bersih.
Rakyat takkan tenang jika hidup di negara yang terpisah rakyat dan kerajaan. Kerajaan adalah rakyat dan rakyat adalah kerajaan. Idea ini perlu jelas kerana ini disentuh nabi dalam Hadis Addinu nasihah.
Semoga Allah menyenaraikan Malaysia dalam bumi yang dirahmati.
1 comment:
Ana setuju. Ana pun tak yakin dgn bakal PM baru tu, terlalu byk teka teki. Mmg kita patut risau dgn masa depan negara kalau diletakkan dibawah kepimpinan yg tak mendapat kepercayaan jitu dr rakyat. Lebih2 lagi mereka yg terang2 gilakan kuasa. Kita mahukan pemimpin yg telus, yg blh brjuang utk rakyat, utk agama tanpa ada agenda tertentu.
Post a Comment