Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, March 06, 2009

Perancangan Awal Barat yang Gagal di Sudan.

Sudan sememangnya menjadi sasaran barat kerana menyatakan sokongan kepada HAMAS dan mujahidin di seluruh dunia dalam setiap konflik barat dan Islam. Ini menggusarkan barat dan sangat mengancam mereka apabila Sudan semakin maju dengan minyak dan kestabilan Politik yang semakin baik.

Darfur dijadikan isu perkauman. Bermula dari situ mereka menjangkakan akan dapat menekan kerajaan dan melagakan pengaruh politik dalaman Sudan. Setelah mereka beroleh beberapa kepala munafik di Darfur yang lebih popular dengan pengajian Al Quran dan penternakan. Akhirnya mereka mencipta fitnah yang sangat jauh dari peribadi presiden Sudan. Mereka menuduh beliau sebagai penjenayah perang dan telah mengakibatkan kematian 300 ribu nyawa sejak 2002. Beliau jua tidak terlepas dari tuduhan merogol beramai-ramai. Ini semua bertentangan sekali dengan Basyir yang merupakan seorang pemimpin Islam yang berusaha melaksanakan sistem Islam di Sudan.

Barat menjangkakan selepas pengisytiharan waran tangkap Untuk Basyir akan berlaku perang saudara ataupun rusuhan yang bakal menjadi lesen untuk mereka menceroboh negara ini. Tetapi sangkaan itu meleset sama sekali. Mereka kemungkinan akan terpaksa menarik balik kes ini atau menangguhkannya. Kita akan tunggu dan lihat.

Sebelum ini saya masih meragui keikhlasan perjuangan Basyir dalam melaksanakan Islam. Tetap apabila keluarnya waran tangkap dari ICC maka jelaslah beliau benar-benar berusaha ke arah mengislamkan pemerintahan Sudan. Ini kerana banyak ayat Al Quran menegaskan bahawa orang kafir ini takkan redha dengan Orang Muslim selagi mereka tidak menuruti agama lain. Ini jelas dalam hubungan baik Amerika Mesir, Saudi dan bermacam negara teluk lain. Tetapi kenapa Sudan dimusuhi? kenapa Sudan dikenakan sekatan?

Ini kerana Sudan menyokong Hamas. Ini kerana Sudan membuka gerbang dakwah ke seluruh Afrika. Ini kerana Sudan mengukuhkan ketenteraan dan menolak sebarang pelaburan barat dalam membangunkan negaranya. Lebih tepat Sudan mengamalkan Islam sekadar kemampuannya. Sudan tidak mewajibkan wanitanya berfurdah. Sudan tidak mengharamkan rakyatnya berhibur. Sesiapa yang menetap di Sudan tidak akan melihat perbezaan besar antara Islam di Malaysia dan di Sudan. Tetapi disebalik tabir Islam disanjung dan disemat baik dalam masyarakat. Sistem pendidikan Sudan diepnuhi dengan Asas asas Islam. Dari sekolah rendah rakyatnya didedahkan dengan Tafsir dan Hadith. Namun ini semua memerlukan masa kerana kewangan yang terhad dan juga kepakaran yang sedikit.

Saya yakin Sudan mampu pergi jauh jika mereka mengekalkan cara hidup sebegini. Jauh bukan seperti MAlaysia jauh yang akan menyesatkan. Kita lihat apa kemajuan lakukan pada anak bangsa kita. Dulu anak luar nikah sangat mengaibkan sehingga mampu membawa kepada bergolok berparang. Tapi kini ianya kebiasaan bakan bagi kalangan anak muda kini tidak berpacaran adalah satu keaiban. Inilah yang membuat saya menaruh harapan agar Sudan maju materialnya tetapi kukuh moral mereka.

Bagi saya ICC ini satu ujian dan juga teguran Allah kepada Basyir agar menjaga Islam dalam dirinya dan rakyatnya. Saya lebih sayangkan Presiden Sudan dari PM MAlaysia. Entahlah kenapa perasaan ini begitu. Sedangkan sekalipun saya belumpernah bersalaman dengan Basyir. Sekalipun Basyir belum pernah melihat wajah saya. Bukan kerana itu tetapi mungkin kerana cita-cita saya ada kaitan dengan apa yang Basyir usahakan. ALLAH engkaulah yang memelihara HambaMu.

No comments: