Turabiy menyatakan: Umat Islam patut bersedih di atas pemergiannya sekalipun kita tidak sehaluan dengannya. Dia telah memilih syahid dari kehinaan ditawan.
Kerajaan Saudi : Merupakan cita-cita mereka untuk menamatkan kempen keganasan, dan menyifatkan perjuangan Ben Laden sebagai kesesatan dalam memahami makna jihad.
Hamid Karzai: Sepatutnya Taleban menghentikan serangan-serangan mereka dan mengambil pengajaran dari kematian Ben Laden. Kematiannya suatu berita penting.
Yaman : menyambut baik kematian Ben Laden, dan menyifatkan kematiannya sebagai penamat kepada keganasan.
Iraq: Ini merupakan pukulan moral bagi al Qaedah Iraq dan mudahan ia akan menjanjikan keadaan yang lebih aman. Turut menambah dalam kenyataan rasmi kerajaan Iraq " Ben Laden telah mendapat balasannya di dunia kerana menumpahkan darah atas nama jihad dan menyerang Iraq serta beberapa tempat lain."
Setiausaha OIC Ihsan ughlu: Penentangan Pengganas harus bermualah dengan sebab sebenar mengapa berlakunya keganasan seperti kezaliman politik dan penindasan rakyat.
Jurucakap Kementerian Luar Iran : Berita kematian Ben Laden ini hanyalah menjadi alasan agar Amerika dan sekutunya ingin terus beroperasi di Afghanistan.
Jurucakap NATO Rasmason: Kita perlu terus berada di Afghanistan untuk memastikan kelangsungan keamanan di rantau itu. Disamping menyifatkan kematian Ben Laden satu kemenangan Besar NATO.
Zionis, England dan Perancis : Ini adalah kemenangan besar ke atas Pengganas.
German, Itali dan Sepanyol: Ini adalah kemenangan besar bagi tentera keamanan.
Presiden Austarlia : Keadilan telah direalisasi, walaupun begitu dia tidak menggalakkan rakyatnya berpesta.
Vatican : "Ke atas Usamah Ben Laden sekarang ini menjawab soalan tuhan mengenai nyawa yang telah dicabutnya dan menggunakan agama untuk melahirkan rasa benci dalam masyarakat."
No comments:
Post a Comment