Tuesday, May 24, 2011
Jordan diintai puak kuil yahudi.
Puak Biara Yahudi menyerahkan memorandum 6000 tandatangan dari seluruh dunianya menegaskan bahawa Jordan adalah sebahagian dari palestin dan semua permasalahan Palestin mesti diselesaikan di sana.
Bagaimanapun kedutaan besar Jordan menolak petisyen itu. Pihak gereja yahudi ini akan menyerahkan memorandum bantahan yang sama ke 7 kedutaan Jordan yang lain. Yahudi sebenarnya sangat yakin mereka akan dapat membentuk Israel Raya yang bersempadankan dua sungai utama kawasan rantau iaitu Furat dan Nil.
Kita boleh terus menerus memejam mata dan memekakkan telinga dengan angkara Yahudi pelampau ini di tanah wakaf kita. Tetapi sedarlah ia akan merebak dan membiak sampai ke dalam rumah kita. Saat itu kita sudah terlewat untuk menghalang mereka dari mencabul hak dan maruah kita.
Mulakan sekarang! pertahankan kubu terakhir ummah. Boikot keluaran yang mendukung ZIONIS. Kalaupun ada kepentingan dalam diri kita pada produk yahudi. Minimakan sehingga sifar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment