Saya akan kembalikan nyawa blog ini bersempena semangat merdeka saya yang telah kembali ke jiwa.
Saya punya senjata baru dan tenaga baru. Saya hanya perlukan rakan seperjuangan dan sebuah peperangan. Ayuh gempur musuh musuh Tuhan!!!
Monday, January 12, 2015
Sunday, January 20, 2013
Monday, November 12, 2012
Syria selangkah ke arah kedamaian.
Syeikh Mu'az al Khatib merupakan ketua pembangkang yang dipilih menjadi ketua pembangkang Syria yang akan menjadi ikon revolusi dalam menggantikan regim Basyar, persetujuan ini dimeterai di Doha oleh persidangan pihak pihak pembangkang Syria sebagai mencari jalan keluar bagi isu kemanusiaan di Syria.
Kita mendoakan kejayaan penyatuan ini dalam mengembalikan keamanan di negara Umat Islam Syria atau bumi penuh barakah Syam.
Friday, October 26, 2012
Khartoum di bom Israel
25 Oktober 2012. kawasan berhampiran kilang al Yarmouk yang merupakan gudang dan kilang persenjataan ringan di utara Khartoum telah di bom oleh 4 jet pejuang Israel. Pencerobohan ini telah meragur 4 nyawa setakat ini manakala telah merosakkan 35 unit apartment. Bagaimanapun presiden Sudan Umar Bashir menyatakan "Tindakan Israel itu melambangkan kelemahan dan ketakutannya." Beliau turut menambah "Pencerobohan ini tidak akan melemahkan atau menjejaskan Sudan dan negara ini akan terus melalui jalan yang telah mereka lakar tanpa menukar sebarang dasar."
Ini tanda kepada provokasi yahudi yang ingin mencetuskan huru hara di timur tengah. Sama samalah kita mendoakan sahabat handai serta saudara mara kita yang sedang berjihad di sana.
Ini tanda kepada provokasi yahudi yang ingin mencetuskan huru hara di timur tengah. Sama samalah kita mendoakan sahabat handai serta saudara mara kita yang sedang berjihad di sana.
Wednesday, October 17, 2012
Sembelihan tangan sakti atau ilmu rinci.
Antara karier yang telah semakin pupus kerana kembalinya ustaz-ustaz muda ke tanah air... ialah tukang sembelih... Dulu kerja menyembelih ini macam ada sakti... berbagai momokan kononnya silap sembelih nanti daging busuk silap sembelih daging liat tak empuk... Tetapi bila ustaz ustaz muda buka kitab sembelihan mereka try sendiri dan ajar orang yang nak berkorban sembelih "hantu tukang sembelih" pun hilang.
Bagaimanapun upah kepada tukang sembelih wujud dalam kitab fikah. Ini menunjukkan kerjaya ini adalah harus di dalam syarak dan adakalanya jadi fardhu kifayah. Inilah keindahan Islam dalam ibadah kita juga dapat membaiki ekonomi ummah.
Masalahnya adalah apabila ada usaha memonopoli mana-mana ruang ekonomi dengan mereka-reka kurafat dan tahyul yang bermacam. Bagaimanapun antara yang saya tahu dari orang tua dahulu beberapa petua orang lama dalam ibadah sembelih. Jika menyembelih janganlah pisau bergerak bertentangan dengan betis kering kerana nanti dagingnya liat atau keras. Jangan pula ia dicelah kelangkang kerana nanti dagingnya mudah busuk atau berbau. Tiada nas atau sumber dari agama tetapi inilah pengalaman orang tua-tua.
Inilah bezanya kita dalam menjalani kehidupan bersyariat, ada yang lurus dan taat, ada pula yang kona-kona ikut selera dan paling banyak yang menanti mangsa di jalan yang sunyi. Sudahlah mari kita kembali menjadi penganut yang taat dan setia. Siapa nak belajar sembelih belajarlah di hari raya korban ini.
Tuesday, October 09, 2012
zionis melakukan latihan mengejut yang meluas.
Berdasarkan laporan al Jazeera kini Tentera Penjajah Zionis sedang menjalani latihan mengejut di Utara Palestin bagi persediaan menghadapi Hezbollah dan Syria baru. Ini berikutan dari ancaman dari Iran.
Antara kawasan latihan adalah bukit Golan. Bagaimanapun pihak berkuasa Ghaza sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan baru dari regim zionis secara besar-besaran rentetan kerisauan mereka kepada kekuatan HAMAS pasca kemenangan Morsiy di Mesir.
Bagaimanapun dilaporkan Greece juga turut menyertai latihan bersama Amerika - Israel di timur laut meditteranien yang mana bertujuan menjaga kepentingan ekonominya yang sangat bergantung kepada sokongan kuasa besar itu.

Thursday, September 20, 2012
Mereka Hina Nabi . Lagi dan lagi. Kita?
Orang Kafir di Amerika dan Perancis sekali lagi menghina nabi kita yang mulia. Persoalannya bukan kita marah atau tidak. Persoalannya kenapa ia berlaku dengan mudah dan heboh.
Inilah fenomena penghinaan berganda kita dibunuh, didera, didiskriminasi dan nabi kita juga di hina. Inilah keadaan Makkah. Keadaan awal awal Islam. Apakah kita ini bertindak sama seperti generasi awal Islam lakukan?
Kita ini ada harta, ada suara, ada negara, ada kuasa dan ada al Quran yang sempurna bersama sunnah mulia. Tetapi kita di mana kita. Kita masih di takah lama. Kita tinggal tali penyatuan, kita londeh pusaka warisan. Akhlak kita hancur ibadah kita luntur aqidah kita kabur. Di mana kristian yang takut dalam perang dengan ayubi, di mana yahudi yang menikus di kota khaibar. Tidak ada lagi yang ada kini queen elizabeth dan juga presiden barrack Obama.
Di mana Abu Bakar as Siddiq yang membebaskan Bilal ibnu Rabah? Di mana Ruqayyah yang menyapu tanah dari kepala baginda Rasulullah? Yang ada gadis gadis sekolah yang berjoget Gangnam style. Yang tinggal mat rempit yang meragut.
Kita terkesima bila pemuda arab bakar kedutaan Amerika di negara mereka kita pun berarak ke kedutaan sama. Nah kita terus perhati dan perhati. Kita kemudian berkelahi ada yang kata tak payah demo dulu nabi kena hina pun sahabat tak berdemo. Ada yang kata kalau bacul jangan keluar berdemo duduk diam diam sudah jangan pula kritik orang yang cinta nabi. Ada pula yang kata demo ramai solat subuh kering..
Kata-kata ini benar jika kita menuding pada hidung kita tetapi tersasar bila kita suluh punggung orang lain. Marilah kita kembali kepada kecintaan nabi yang sebenar-benarnya iaitu membina semula ummah dan menegakkan kalimah islamiyah. Tidak lain dan tidak bukan tarbiyah diri dan amalakan dakwah. Jom ubah hala tuju Ummah mari robohkan berhala hiburan dan bina jalan ketaqwaan/

Friday, September 07, 2012
Menulis antara glamour dan dakwah.
Menulis adalah medan dakwah yang telah lama menjadi kegiatan ulama besar , bahkan ia juga menjadi medan menikam Islam dari luar dan dalam oleh musuh-musuh Allah yang bertopeng atau yang telanjang. Tetapi persoalan yang ingin kita bahaskan penulis yang menggunakan wadah ini kini ada beberapa kategori.
Ustaz-ustaz muda yang segar dari pusat keilmuan dalam dan luar negara menggunakan majalah majalah baru dan juga blog serta web untuk menyampaikan fikrah mereka dengan cara baru dan segar dengan ilmu yang dilambakkan dalam penulisan mereka untuk dipilih oleh pembaca atau pelanggan dakwah era kini.
Ustaz-ustaz muda yang dibayar untuk menulis di akhbar dan majalah ternama untuk menongkah arus masyarakat dengan mendatangkan nas nas terpencil dan dihurai dengan aliran terpilih. mereka ini ada tiga golongan : yang menerima dengan silat pulut mereka tersendiri menyampaikan mesej secara halus kepada pasaran dakwah dengan mengguna kaedah tauriyah dan sebagainya dalam penulisan mereka agar mesej diberi untuk memberi manfaat kepada agama tanpa menyinggung musuh agama. kedua yang menerima dan mengikut setiap saranan dan arahan. dan yang terakhir memilih untuk menolak secara jelas dan menganggap minyak dan air tidak boleh bercampur.
seterusnya ada anak anak muda yang ilmunya masih mentah tetapi berani dan lantang menulis di dalam blog milik mereka dengan mengeluarkan pandangan peribadi mereka serta berasa yakin pada hujjah-hujjah mereka dan mereka ini mempromosikan idea mereka serta merasakan inilah kebenaran yang orang tua perlu lihat. Kacamata mereka lebih tajam dari pengalaman orang tua yang sudah kabur. Mereka memberi wajah baru pada banyak perkara banyak perkara negatif yang dipositifkan dan perkara positif yang ditampilkan sudut negatifnya. Anak -anak ini akan memetik nas-nas dan pandangan pandangan ulama yang mereka belum menguasai dan dengan yakin menjadikannya sandaran pada hujah mereka. Kadangkala guru mereka lebih muda dari tokoh yang cuba mereka selar.
sebelum ini beberapa tahun yang lalu saya ada menulis bagaimana menjadi penulis muslim dan juga penulis mukhlis. Sebenarnya sebelum itu sepatutnya saya menulis siapa penulis itu atau bagaimana anda dikira sebagai penulis. Sebenarnya penulis bukanlah mereka yang berani atau boleh menulis. Penulis selayaknya adalah seorang pembaca dan pelajar yang tekun. Yang hadam dalam ilmu ilmu yang ingin ditulisnya. Penulis sejati bukanlah menulis apa yang masyarakat ingin tahu atau baca tetapi penulis sejati menulis apa yang perlu masyarakat baca dan memaksa masyarakat membaca mesejnya itu dengan keupayaan dan bakat penulisannya yang halus.
menjadi popular dan kaya dengan penulisan adalah perkara yang biasa tetapi menjadi hamba Allah dalam penulisan adalah perkara ajaib di sisi makhluk langit. Mereka hanya menerima ibadah kita kepada Nya jadi tulisan kita di bumi ini tidak akan dibaca mereka kecuali apabila tulisan kita itu ubudiyah yang tulus suci dan murni untuk Allah tanpa risau atau gusarkan keredhaan atau kebencian manusia. Allah sahaja matlamat mereka. Muhammad Ahmad ar Rasyid mengingatkan bahawa kebarangkalian peroses penulisan kita itu hanyalah proses menghitamkan kertas atau mungkin juga pengulangan idea lama tetapi tidak mustahil kita akan menumpahkan idea baru yang Allah cetuskan dalam minda kita untuk santapan masyarakat. Menjadi penulis bukanlah merebut gelar tetapi melalui sukar agar menyubur mekar akar-akar perubahan dalam minda sejagat. Sehingga menggerak ummah yang sedang tersadai atau membangkit ummah yang lena panjang.
Dakwah kita bukan hanya dalam pena tetapi dakwah kita di mana-mana. Seandai pena sudah bertukar wajah maka dakwah kita tetap di sana. Seandai senjata berubah bentuk maka dakwah kita turut menjelma. Dakwah dan jihad umpama jasad dan bayang dibawah cahaya terang benderang. Menulislah dan bergeraklah wahai diri yang punya nyawa. mengalirlah wahai tinta yang punya warna. Tumpahlah wahai idea yang bergeliga berkumpullah kalian di bawah panji kebenaran mendukung tegaknya wahyu Tuhan.

Sunday, July 08, 2012
Jom jadi Salesman Islam.
Manusia dan MLM ramai manusia merasakan perniagaan MLMnya adalah yang terbaik sekali di dunia. Kawan saya percaya Herbalife sebagai bisnes terbaik, Bapa Saudara saya percaya Usana sebagai bisnes terbaik. Ada yang kata HPAlah yang terbaik kerana ia syarikat Muslim.
Kawan saya berjaya dalam MLMnya dan menjadi duta Herbalife yang aktif dan sibuk. Bapa saudara saya lagi hebat dalam Usana masyhur namanya sebagai usahawan Muslim dalam bisnes Usana. Saya kagum dengan kesungguhan mereka membantu masyarakat dalam kesihatan. Ini akan menjadikan rakyat Malaysia semakin baik ekonomi dan semakin sihat tubuh badan.
Tetapi harapan saya semua peniaga MLM bergiat sama dalam perniagaan yang Allah sendiri kata inilah perniagaan sebenar iaitu beriman dengan Allah dan Berjihad di jalan Allah dengan harta dan nyawa kamu dan demikian itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.
Agama ini memerlukan harta jadi berniagalah carilah kekayaan tetapi pejuang agama ini tidak boleh dipikulkan pada orang lain selain penganutnya. Jangan hulurkan duit sahaja hulurkan juga tenaga sebagai tentera Allah. Saya bukan menafikan usaha mana mana agen MLM tetapi saya cemburu bila orang boleh bercerita tentang produk jualan mereka tetapi gagal bercerita tentang agama kecintaan jiwa mereka. Jika saya cemburu apatah lagi Allah yang maha cemburu.
Alhamdulillah sekiranya harta kita dari jalan yang halal seperti berniaga dan melabur tetapi ke arah mana itu yang sukar kita pastikan. kerana kita jarang berhati-hati membelanjakan duit kita. paling malang kita ada harta yang banyak tetapi kita terlupa kewajiban kita seperti nafkah untuk ibu bapa , sedekah kepada fakir miskin dan juga zakat kita. Betapa malangnya anak yang disebut sebagai dermawan tetapi ibunya mengenalinya sebagai tidak mengenang budi. Binasalah akibat orang mengenali mereka sebagai hartawan yang budiman sedangkan Allah mengira mereka al mutakasirin dan al bukhala' dan dari golongan ar riya'.
Jom Ramadhan dah dekat kita banyakkan sedekah dan ibadah mudahan ramadhan ini adalah penawar bagi kita.
Wednesday, June 27, 2012
contoh skrip MC majlis penyerahan dana.
Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri
selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.
1. PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan
ketibaan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan
Negeri bagi kawasan Sri Muda.
Bismillahirrahmanirrahim
marilah sama sama kita mulakan majlis ini dengan membaca ummul Furqan...
Untuk menambah
seri dan barakah pada majlis petang ini dipersilakan Ustaz HajiDaniel Salehi
Bin Abdul Hamid untuk memanjatkan doa kepada Allah.
2. Bacaan Doa
Terima
kasih diucapkan kepada .Ustaz Haji Daniel Salehi Abdul Hamid.atas bacaan doa
sebentar tadi.
3. KATA ALU-ALUAN PENGACARA
MAJLIS
- Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin
Shafiei
selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan
Sri Muda.
- Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Solehan Bin Haji Tahir,
Selaku Ketua
kampung Jalan Kebun
Merangkap pengerusi
JKKK Jalan Kebun
- Yang Berusaha
Tn.Hj Samsudin bin Shaari,
Nazir Masjid an
Naim, jalan kebun.
- Yang dihormati Tuan
Hj, Nur Halim Bin Sirom
Wakil Majlis
Perwakilan Penduduk.
- Yang dihormati
Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar
Penegerusi Lembaga
Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.
- Pengetua-pengetua , para guru
besar,
- Para jemputan, Tuan-tuan dan
Puan-puan
Asalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Hadirin yang dihormati,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi
menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri
selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.
Saya bagi pihak Jawatankuasa
Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat serta hadirin semua ke majlis ini.
5. UCAPAN ALU-ALUAN PLP SIK
Yang berhormat , Tuan-tuan dan
puan-puan,
Majlis pada ptg
ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang
Berusaha Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar
Penegerusi Lembaga
Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.
. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Tuan Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
6. UCAPAN PERASMIAN OLEH Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin
Shafiei
Kini
tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan penyempurnaan Majlis
Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan
Sri Muda. menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis ini. Dipersilakan
Begitulah ucapan Majlis Penyampaian Dana kerajaan
negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda. Pihak majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian
Yang Berhormat menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis pada ptg ini.
7. PENYAMPAIAN DaNA
Hadirin yang dihormati,
Majlis pada petang ini diteruskan
dengan penyampaian Dana kepada wakil bagi setiap sekolah yang terpilih.
Dengan segala hormatnya majlis
menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan mengiringi Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei menyampaikan
dana tersebut.
Dipersilakan
8. PENYAMPAIAN
CENDERAMATA
Terima kasih
diucapkan kepada Yang Berhormat.
Sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih kami , pihak majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan untuk
menyampaikan cenderamata kepada
Yang
Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei
9. UCAPAN
PENUTUP & JAMUAN
Tuan-tuan dan
puan-puan,
Maka sempurnalah sudah Majlis
Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda. Sekali
lagi pihak majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan . Shuhaimi Bin
Shafiei dan tetamu jemputan atas kesudian
hadir bersama kita pada ptg ini.
Terima kasih atas
segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun
lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis mempersilakan Tn Mokhtar Bin
Hamdan menjemput dan mengiringi Yang Berhormat serta tetamu jemputan ke bilik
jamuan.
Sekian, wabillahitaufik
walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Thursday, June 14, 2012
Rohingya Muslim terpinggir ... kenapa tiada kempen pembelaan sehebat Palestin dan Syria?
Rohingya sebenarnya kelompok Muslim dari Bangladesh yang tidak diterima oleh negara Bangladesh lalu mereka melarikan diri ke Myanmar atau nama lamanya Burma. Apa yang berlaku kini?
Mereka ini telah lama menetap di Myanmar sehingga dianggap sebahagian dari Myanmar. Kemudian baru-baru ini mereka difitnah merogol seorang perempuan myanmar. Mereka ditangkap oleh orang kampung untuk dibunuh lalu polis sempat mengambil tindakan dan membawa mereka ke balai. Bagaimanapun orang kampung masih belum berpuas hati.
Jadi oleh kerana isu ini adalah isu perkauman dalam Myanmar jadi permasalahan ini belum jelas apakah disebabkan agama atau apa?
Bagaimanapun sebagai Muslim kita bersedih dan ingin melakukan sesuatu untuk memuliakan Muslim di serata dunia. Tetapi kita sangat berhati-hati dalam melancarkan kempen kerana kita perlu tahu siapa yang sedang kita musuhi dan kenapa.
Maka isu Rohingya masih dalam kajian beberapa NGO kemanusiaan. Kajian ini sepatutnya segera tetapi ia tergendala kerana NGO kita memang miskin dan juga kurang tenaga apa lagi kepakaran. Kita tidak memiliki dana tersimpan seperti NGO NGO Dunia. Bagaimanapun beberapa NGO sudah mula mengambil tindakan awal.
Saya rasa ia perlu difahami dan janganlah kita melatah menghamun mereka yang sedang fokus untuk beberapa negara yang sangat kritikal berlawanan dengan musuh yang berbentuk kerajaan.

Saturday, June 09, 2012
zakat mas dan perak
sesiapa yang membeli dan menyimpan emas dan perak jangan pula dilupa zakatnya... zakat emas mesti dibayar sekiranya sudah mencukupi setahun tempoh simpanan dengan kadar 85 gram ataupun 20 dinar emas. manakala zakat perak pula sekiranya mencukupi setahun dengan kadar atau berat 595 gram ataupun bersamaan 200 dirham. Kadarnya adalah 2.5% dari jumlah emas dan perak tersebut.
Walaupun berat emas itu lebih ringan tetapi nilainya lebih tinggi jadi ia lebih banyak boleh disimpan untuk dikenakan zakat ini mungkin kerana kenaikannya yang agak lambat. manakala perak walaupun kelihatan lebih berat tetapi nilainya lebih sedikit ini mungkin kerana nilainya yang sangat cepat melonjak..
selamat melabur dan menyimpan kalau nak lagi selamat pastikan berzakat... sekian rumusan dari fikah zakat Dr Qaradhawiy.

Tuesday, June 05, 2012
menjadi penceramah
Assalamualaikum... Mungkin ada di kalangan orang yang buka blog ini pernah menghadapi masalah dalam mempersiapkan diri untuk memberi ceramah, talk, ucapan, Khutbah dan sebagainya. Saya bukanlah pakar dalam tajuk yang ingin saya tulis ini bahkan saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki teknik pengucapan saya.
Tetapi saya suka untuk berkongsi Tips untuk kalian manfaatkannya:
1- penyampai.
Sebelum pengucapan dibuat kita harus menjadi bakal penyampai yang menarik perhatian. Pakaian kita mesti menarik walaupun sederhana.
Gaya kena ada tak kisahlah gaya ranggi ka, stailo ka apa ka, yang penting bergaya.
Ready dengan penyampaian yang nak disampaikan.
2- Nada.
Bila bercakap jangan senada. walaupun kumpulan senada tu suara depa sedap tapi kalian bukan bernasyid.
Intonasi itulah visualisasi yang sangat subjektif.
jangan malu untuk menjerit, merintih dan mengejek. Inilah sound efek yang anda miliki.
3-cerita.
Selitkan sedikit cerita jangan sampai jadi pertandingan bercerita sudahlah.
Cerita ini diperlukan bila anda hilang mula tidak diendahkan oleh audience sebaiknya sebelum mereka meninggalkan anda dengan melukis atau bersembang.
4- cari sentuhan baru.
Majoriti apa yang kita nak cakap orang dah tahu. So kita bukan nak beritahu kita cuma nak ingatkan dan nak tambah kesan.
Melainkan kalau kita ceramah hasil kajian terbaru dalam bidang kita. Itupun mungkin banyak fakta yang kita nak kongsi orang dah tahu. Benda selalu dengar ni kena bina kelainan sikit. sedikit sahaja mencukupi.
5- Do'a
Ini adab dan keimanan kita pada ALlah ilmu itu dari Allah bukan dari kita.
ok dah itu ja selamat mencuba!

Saturday, May 12, 2012
Taubat, dah ke belum?
Sentiasalah
Kembali kepada Allah.
Bila
menyebut kata kembali kita selalu faham kita kini di kejauhan. Jika diterjemahkan dalam kata Bahasa Melayu
yang tidak kita gunakan merujuk kepada makna pergi kepada asal dari tempat yang
lain. Pulang juga membawa makna yang sama tetapi mungkin bezanya jarak temapt
lain itu. Jauh atau dekat, mungkin juga bezanya masa keberadaan kita di tempat
lain itu sekejap atau lama.
Masalahnya
bukan takrifan itu tetapi perlu juga disentuh untuk membuka fokus baru agar
kita segar. Seperti kita menukar ulaman atau manisan pada makanan rutin kita.
Kenyang yang dicari dari ruji itu juga tetapi tetap diubah penemannya.
Begitulah
ilmu yang pentingnya amalannya kerana sekadar tahu ia membeku. Jika diamalkan
barulah dihitung sebagai kebaikan. Kembali yang dirujukkan kepada Allah ini
bukanlah kembali yang membawa jasad atau ruh atau minda dari suatu tempat ke
tempat yang lain. Kembali ini hanyalah berkitar dalam tiga perkara ; ilmu , hal
ehwal dan perbuatan atau amalan.
Kerana itu
kata sentiasa dikepilkan agar tidak difahami kembali kepada Allah itu mati atau
bahasa yang dilembutkan oleh mereka yang sayangkan dunia dengan kata meninggal
dunia. Kembali kepada Allah yang ingin dibincangkan di sini adalah kembali
dalam keadaan hidup. Bahkan mungkin sebelum kembali mereka ini mati tetapi
tatkala mereka telah kembali kepada Allah maka mereka barulah hidup. Paling kurang
sebelum mereka kembali mereka sengsara bila sudah kembali mereka bahagia.
Jadi
kembali kepada Allah ini selalu kita alih bahasakan ke dalam bahasa Arab dengan
ungkapan Taubat. Bila disebut taubat fahamlah orang ramai apa yang diingini
olehku dengan tajuk di atas. Mungkin ada yang bertanya untuk apa dihurai
sehingga empat perenggan? Perlu untuk diketahui letak duduk taubat itu kerana
kalaulah dijelaskan kembali pada Allah itu taubat sahaja maka tidak cerah
taubat itu bagaimana dan apa.
Betapa cantik
bahasa Arab itu taubat itu maknanya kembali rujuk pula pulang. Bila disebut rujuk
maka kita faham akan masalah cerai atau talak. Disebabkan rujuk ini ada iddah
maka difahamilah akan pulang atau rujuk itu masanya singkat. Jadi taubat ini
lebih panjang. Mungkin juga lebih umum. Jika sudah bercerai di luar tempoh
iddah sudah tidak boleh rujuk. Mungkin inilah perkiraannya.
Mari kita
masuk ke dalam kota taubat ini. Maka jumpalah kita akan papan tandanya iaitu
Allah. Papan tanda kota ini tertulis Allah ini bermakna kota taubat ini daerah
Allah yang mana daerah Allah ada banyak dan yang masyhur Taubat, Tawakkal,
Redha, Iman, Hubb, Taqwa dan Rajak. Banyak lagi yang lainnya tetapi inilah yang
masyhur. Kenapa kita menceritakan perihal Taubat ini pada mulanya?
Inilah
kisahnya. Pintu kota ini menyatakan taubat yang sebenar itu atau kembali yang
hakiki itu mestilah beralamatkan Allah. Jika kita beralamatkan benda , keluarga
atau rakan sebaya maka sesatlah kepulangan kita dan berakhirlah di neraka. Maka
kita perlu pulang atau kembali dari selain Allah hanya kepada Allah. Jauh atau
dekat kita tersasar mesti kembali berpatah balik samada di lampu Isyarat atau
bulatan apatah lagi jika sudah terjumpa isyarat pusingan U. Maka pusingkan arah
kita untuk kembali kepada Allah.
Kemana
agaknya kita akan pergi selain kepada Allah bukankah Allah itu tidak mengambil
atau diambil ruang? Kita perlu ulang ingat kita bukan memindahkan salah satu
atau keseluruhan jasad kita. Tetapi kita mengubah dan pulangkan kepercayaan,
kecintaan, ketaatan, kepatuhan, ketakutan dan juga pengharapan hanya kepada Allah.
Bagaimana? Mestilah persoalan ini memerlukan jawapan yang tuntas. Boleh dikhabarkan
berubahlah... atau segeralah bertaubat… tetapi ini bukan jawapan yang tuntas
bahkan ia hanyalah jawapan yang pantas dan ringkas. Sebelum kita mahu kembali
kita mestilah mendapat keinginan kembali. Bagaimana mungkin orang sedang makan
sedangkan dia tidak inginkan makanan itu. Inilah yang berlaku di negara orang
yang kaya raya. Mereka membuang makanan kerana mereka benar –benar yakin makanan
itu aka nada gantinya. Manakala di negara orang papa kedana mereka akan makan
sehinggalah tiada apa lagi yang boleh dimakan kerana mereka benar-benar yakin
itulah makanan terakhir untuk mereka.
Masalahnya
dunia hari ini ramai orang kaya di negara miskin. Kita sering berasa kaya
amalan, kaya pahala dan kadangkala perasan kita menggunung sehingga kita percaya
Allah sangat kasih pada kita, sampaikan ucapan istighfarpun kita lupa. Alpa
kita seolah kita ini kaya dari Allah dan Allah pula yang mengemis simpati kita
dalam merayu istighfar hambaNya. Inilah orang miskin yang perasan kaya. Jelas
jawatannya hanyalah hamba. Biarlah hartanya dari Russia sampai Australia sekalipun
dia hanyalah hamba yang miskin dalam daerah orang miskin.Maka bagaimana orang
yang tidak tahu dia miskin sanggup mengemis?
Ada juga
yang faham dan percaya dengan sepenuh hati dia adalah si miskin yang melarat
tetapi dia tetap tidak mengemis. Ini bunyinya macam bagus, tetapi jika kita tahu
kerajaan mahu memberi kepada siapa yang miskin harta yang banyak asalkan dia
mengemis kemudian dia tidak mengemis juga maka apakah bagus atau budus namanya?
Maka sudah kenal diri perlu pula kenal Ilahi. Allah maha pemberi, maha pemaaf,
maha memberi Azab, maha gagah, maha penyayang dan maha pencinta. Minta sahaja
dengan tulus dan mulus maka terkabullah.
Ilmu yang
kita sebut di atas tadi itulah ilmu hakiki dalam mencari taubat yang tak
henti-henti. Bila kita kenal keperluan kita pada taubat dan kemampuan serta
kekuatan yang kita taubatkan diri dan jiwa padanya maka pastilah kita akan
sentiasa bergantung dengan taubat bagai pengemis dengan telapak tangan mereka,
atau bagai peniaga dengan barang jualan mereka, atau panglima dengan pedang
mereka mungkin juga supir dengan stering mereka.
Bertaubat adalah
hal perubahan keadaan diri dari satu jenis ke jenis yang lain. Dari jenis yang
hina ke jenis yang kurang hina. Dari jenis yang maksiat ke ibadat, dari yang
buta kepada yang celik mata dan dari yang pekak kepada yang peka. Mengubah hal
ini panjang juga kisah ceritanya kerana hal lebih susah diubah dari benda. Walaupun
kadangkala hal itu lebih kecil dari benda. Misalnya seorang perokok mungkin
sudah mencuba berpuluh kali untuk berubah tabiat menghisap sekotak rokok
sehari. Padahal kilang rokok telah mengubah berkapal rokok setiap hari.
Bagaimana mahu
berubah hal ini? Ada tiga perkara sebelum ubah kesemuanya pertama bersendiri
ketika ini kita kurung diri kita dari kehadiran selain kita. Agar terarah kita
melihat hanya salah sendiri. Kedua diam dari sebarang kata atau bicara biar
jangan ada alasan keluar dari lidah kita. Dan yang ketiga makan yang halal
semata agar darah dan daging menjadi wangi untuk membawa udara ke otak
merancang kehidupan yang paling akrab dengan Allah. bunyi seperti mudah kerana
bunyi bukanlah beban ia hanya getaran. Yang susah itu amalan kerana anggota itu
bukanlah daya tetapi beban yang akan digerakkan oleh iman.
Perbuatan
inilah yang menjadi pokok persoalan. Ia akan membawa kepada hukum dan atur
cara. Hukum bertaubat wajib dari dosa sunat dari alpa. Atur cara :sesal, tinggal,
azam, pulangkan hak kepada pemiliknya dan berterusan dalam kebaikan. Mudahkan? Memanglah
mudah Allah bukan suruh hafal Allah
suruh buat. Cuba buat sekali dulu! Gagal ? buatlah lagi! Gagal lagi? Buatlah lagi
! sampai bila? Sampai bila-bila! Berapa kali hadnya? Sampai nyawa di tenggorok
atau matahari timbul sebelah barat mana dulu itulah had.
Ok, baca
dan faham kemudian jom beramal.
Monday, May 07, 2012
Pesta Buku Malaysiawi.
Seperti biasa saya adalah orang yang sangat teruja untuk ke pesta buku. Setiap tahun saya ke pesta buku tahunan. sejak kecil lagi saya adalah pengunjung pesta buku. Sejak saya meminati hardi boys sehinggalah ke siri anak anak hadi, kemudian menggemari ramli awang mursyid, seterusnya berkenalan dengan faisal tehrani, hlovate, andrea hirata, HAMKA dan kini sudah menjadi pembaca bebas yang mengutip aksara dari seseiapa sahaja yang disukai atau dibenci.
Saya agak liberal dalam membaca saya sering dijeling kawan kawan yang menemani saya baik ketika di Malaysia atau di Sudan. Saya tidak menapis pembacaan saya. Kerana mungkin saya bukan pembaca yang taat. Saya sebenarnya pembaca yang lembab. Satu buku sekalipun novel tak dapat saya habiskan dalam 24 jam melainkan novel aininaufal dan kawan kawannya.
Ok baru ini saya pergi ke Pesta Buku yang baru selesai ahad lalu. Sangat aneh di Malaysia ini kerana bagi saya buku yang paling tiada harga itulah yang paling laku. Buku yang mahal pula yang terpaksa dilelong. Gempak Starz terpaksa memberi tiket giliran untuk menyusun para pembayar. Manakala pustaka syuhada terpaksa lelong buku buku penulis besar seperti said Hawwa dan abdullah azzam.
Manusia di Malaysia sangat baru dalam dunia pembacaan ini kerana ada ibu bapa yang bawa anak tapi tak tahu nak beli buku apa untuk mereka. Bagus mereka bawa anak tetapi membiarkan anak mereka membeli komik bukanlah perkara yang mithali.
Saya melihat banyak buku-buku yang dipamerkan tetapi harganya tidaklah sebagaimana yang diharapkan. Sangat jauh jika nak dibandingkan dengan pesta buku di tanah arab. Antara yang menyedihkan juga saya dapati lebih ramai manusia yang mengunjung untuk isi masa lapang dari yang benar benar mencari bahan bacaan yang berkualiti. Sebab itulah agaknya pengunjung lebih banyak dari buku.
Tetapi saya yakin kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Tuesday, April 17, 2012
Soalankanlah!
kalau orang bertanya apa cita-citaku?jawabku mudah ahli syurga.
kalau orang tanya apa hobiku ?
jawabku mudah dakwah.
kalau orang tanya apa kerjaku?
jawabku mudah tarbiyah.
kalau orang tanya siapa idolaku?
jawabku mudah Rasulullah dan orang soleh.
kalau orang bertanya apa bangsaku?
jawabku mudah Islam.
Kalau orang bertanya apa agamaku?
jawabku mudah La ilaha illa Allah.
Kalau orang bertanya apa tugasku?
jawabku mudah Ibadah.
Kalau orang bertanya siapa yang mengajarku?
jawabku mudah kehidupan.
kalau orang bertanya apa harapanku?
Jawabku mudah menjadi hamba yang ikhlas.
tetapi seandainya orang bertanya apakah yang telah aku lakukan?
aku terus gundah mencari-cari jawapan dalam parah.
Jom Puasa 19 April 2012
jom puasa sunat esok untuk menyatakan sokongan kita pada tawanan Palestin yang sedang melangsungkan mogok lapar mereka. Mari kita rasai penderitaan saudara kita dan doakan mereka semasa iftar kita.
Wednesday, March 21, 2012
Bila Allah bagi tugas Allah bagi kekuatan, Dont worry be lucky.
Allah TUHAN. Itu sudah mencukupi untuk kita menjadi orang yang bersemangat untuk melakukan kerja Islam.
Isu kemampuan tidak akan timbul kerana Allah yang menjadi pembantu kerja kita. Pembantu yang MAHA AGONG akan membantu kita. Apa lagi yang mustahil selepas itu?
Bila Allah beri kerja Allah juga beri kuasa. Kerja kita, kerisauan kita, tanggungjawab kita, usaha kita adalah dalam menjayakan saham akhirat kita. Yang lain lain Allah akan beri.
Jom bekerja Untuk ISlam!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)