
Thursday, June 26, 2008
Semboyan Dari Silam.

Tuesday, June 24, 2008
cerpen ni menang di GKLN.

Tahalul ini bertujuan untuk membatalkan ihram. Maka dengan simbolik memotong rambut, bolehlah aku kembali melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika berihram. Selepas bertahalul, terasa seperti hilang letih ketika bertawaf dan saie. Pandangan mataku menyapu kedai-kedai makan yang tersusun di balik perkarangan bilik air besar. Sewaktu mencari kedai yang sesuai dengan selera, aku terpandang seorang anak muda yang lebih muda dariku. Kelihatan comot dan compang-camping. Telahanku, remaja ini pengemis. Sekumpulan hujaj dari Turki menghulurkan beberapa riyal kepadanya.Aku menganggap ini fenomena biasa kerana di mana ada umat Islam, di sana pasti ada pengemis dan penderma.
Aku membeli sebuku syawarma resepi Mesir dan juga segelas jus. Oleh kerana suasana sibuk di kedai itu, aku kembali semula ke atas bangunan bilik air yang lapang itu untuk menjamah makanan tadi.
Sambil mengamati keheningan fajar, aku menghabiskan syawarma. Subuh belum menjelma, namun jemaah di dalamnya sudah mulai sesak walaupun orang masih belum melimpahi kawasan luar masjid Haram, Sesekali aku bertasbih dan bertahmid memuji Allah kerana menerimaku sebagai tetamu-Nya pada kali ini. Dalam keheningan ini, remaja yang aku lihat sebentar tadi melintas di hadapanku. Tidak pula dia berhenti untuk meminta dariku. Dalam benakku sebenarnya, sudah berkira-kira berapa riyal yang akan aku sedekahkan kepadanya. Namun perkiraan itu berakhir dengan sifar.
Pertentangan yang menarik.Bisik nafsu, aku selamat kali ini. Imanku mendengus, seharusnya aku mengikuti remaja itu. Akalku bersuara, remaja ini bukan layak untuk meminta.
Dia mendekati sekelompok kanak-kanak yang sedang bermain, berbual dengan mereka seolah-olah menantikan sesuatu. Dari sudut berpakaian aku mengagak mereka sudah lama di Saudi atau mungkin orang Saudi yang berasal dari pedalaman.
Kembara haji aku ini baru sahaja bermula. Lagi empat hari baru akan bermalam di Mina sebagai amalan sunat bagi haji. Ini bermakna aku berada di luar ihram untuk tempoh empat hari lagi. Dalam memenuhi empat hari ini aku bercadang untuk berpuasa, sebagai pilihan kedua dari membayar dam wajib untuk ibadah haji tamattuk.
Kembali kepada remaja peminta sedekah tadi. Sambil aku memerhatikan mereka, muncul seorang lelaki yang membawa makanan. Hatiku mengatakan inilah ketua sindiket peminta sedekah kumpulan ini. Namun telahanku meleset. Dari cara berinteraksi, kelihatan seperti mereka setaraf dan akrab. Mereka makan bersama-sama. Seketika aku terpesona pada keakraban mereka seakan sebuah keluarga, walaupun rupa paras mereka jauh berbeza. Terdetik di hatiku untuk menyapa mereka. Namun perasaan tidak kena meruntun aku untuk terus duduk di tempatku.
Hari sudah terik, berjuta-juta jemaah haji ini menanti mentari tergelincir untuk menunaikan solat qabliyah zohor atau sunat zawal. Aku menatap kubus berselubung hitam yang kelihatan gah dan menawan. Damai jiwa melihatnya. Aku memuja Allah, empunya kubus ini. Aku memuji-Nya. Terkenang aku Ibrahim Alaihissalam dan Ismail Alaihissalam membina Rumah Allah ini. Lantas aku mencari Maqam Ibrahim. Seperti biasa ramai orang mengerumuninya. Terasa sebak ketika berselawat ke atas junjungan besar Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dan juga keluarga baginda.
Tumpuanku kini beralih kepada sekumpulan lelaki Asia Barat. Mungkin dari Pakistan atau Bangladesh. Mereka berbaju biru dan termaktub nama Bin Laden padanya. Aku teringat Osama atau Usamah Bin Laden yang diburu oleh Amerika laknatullah. Lelaki-lelaki ini bukanlah pengebom berani mati yang mencabar kuasa dunia itu. Mereka hanyalah mencari sesuap rezeki bagi menyambung kehidupan. Walaupun begitu mereka juga patut dihargai. Begitu pantas dan cekap, mereka membersihkan lantai di perkarangan masjid haram dalam keadaan manusia bersesak-sesak mengelilingi kubus suci itu.
Teringat pada peminta sedekah pagi tadi. Perlukah dia meminta sedekah lagi, sedangkan peluang pekerjaan di sini banyak? Pelbagai mata pencarian tercipta dengan kehadiran jutaan pengunjung ke sini, tapi dia memilih untuk meminta sedekah? Pertanyaan itu menyerang benak fikirku.
Usai solat Zohor, aku keluar mencari makan tengah hari. Aku memilih untuk keluar melalui pintu Madinah. Dengan melangkahkan kaki kiri di setiap gerbang keluar disertakan dengan doa agar Allah bermurah hati padaku. Aku meninjau di perkarangan Syamiah. Ada sebuah kedai makan yang tertera nama "Restoran Pintu Madinah". Aku mendekati kedai itu. Aku memesan kebab sayur. Resepi ini adalah adunan beberapa negara. Aku kira inilah hasil pertembungan budaya dalam penghasilan makanan. Aku menghulurkan dua keping not dua riyal sebagai bayaran kepada kebab sayur dan jus oren yang sungguh menyegarkan.
Tiba-tiba retinaku menangkap susuk tubuh si remaja pengemis pagi tadi. Apakah pertemuan ini petanda bahawa niatku untuk bersedekah kepadanya telah bertukar menjadi hutangku yang belum langsai? Nekadku, kalau dia meminta dariku akan kuserahkan apa saja yang ada dalam poket kananku.
Sekali lagi, penggunaan unsur sastera yang menarik.Dia melintas lagi dihadapanku. Dia berhenti, entah mengapa budak ini membuatku menjadi berdebar. Setiap kali melihat kelibatnya, aku terpanggil untuk memerhati gerak-gerinya. Dia tidak meminta dariku tetapi meminta dari seorang lelaki dari Iran. Kali ini dia dihampakan. Lelaki itu sekadar mengatakan " Allah Kareem." Dia tidak mendesak dan terus berlalu. Aku melihat lelaki Iran itu. Lelaki itu tersenyum kepadaku. Aku membalas senyumannya. Senyuman itu sedekah yang mudah.
Aku sudah tidak merasakan aku terlepas dari tuntutan. Malah hatiku kini mempersoalkan, kenapa bukan aku? Kenapa dia tidak menadah tangan kepadaku? Aku menyudahkan suapanku sebelum kembali ke Masjid Haram. Kali ini aku beristighfar. Menyesali dengan sikap bakhilku. Menyesali sikap sangka burukku. Kini aku bernekad, andai aku terlihat lagi budak itu, akan aku berikan apa yang ada dalam poket kanan jubahku.
Seusai solat Asar, aku bersalaman dengan jemaah di kiri dan kananku. Lalu aku mendapatkan tempat air zam-zam untuk membasahkan hausku. Sungguh tidak disangka-sangka aku berjumpa dengan seorang sahabat yang sudah lima tahun tidak bertemu. Kami bersalaman dan berpelukan. Dia sudah jauh berbeza, kelihatan agak berisi dan tampak jauh lebih matang. Janggutnya yang agak panjang menampakkan dia bertambah warak biarpun dia hanya berkemeja dan berkopiah putih.
Akram hanya mengukir sekuntum senyuman yang jernih dengan kerinduan. Dia menceritakan bahawa dia terpilih untuk menunaikan haji dari keputusan cemerlang di universitinya. Pertama kali aku mendengar mengenai hadiah kecemerlangan sebegini. Ketika berbual, aku bercerita mengenai pengemis tadi.
"Biasalah, kanak-kanak banyak yang dijadikan mangsa sindiket peminta sedekah." Dia lalu menceritakan. "Di tempat ana ada kanak kanak yang dipotong tangan sejak lahir untuk tujuan meminta sedekah. Ada yang sengaja dikudungkan kaki mereka. Ada juga yang dibiarkan buta."
"Siapa mereka itu?" tanyaku separuh menyelidik.
"Ibu bapa merekalah." Jawapannya membuat aku susah menelan liur.
"Bukankah tempat anta semuanya muslim?" aku semakin sukar untuk mempercayainya.
"Memanglah muslim. Tapi dasar ekonomi masih kapitalis." Dia menghabiskan air zamzam di tangannya.
Sejak dialog itu aku sering berdoa agar Allah mengampuni umat ini. Aku mengingati semula tragedi-tragedi di dunia Islam. Apakah bala untuk umat ini? Aku memandang kaabah dengan air mata. Bukankah Empunya Kaabah ini telah mensyariatkan zakat dan sedekah. Apakah pemimpin-pemimpin muslim lakukan dengan syariat itu?
Selesai Isya aku pulang ke tempat penginapanku di kaki Bukit Ajyad. Di sana aku bersama rakan-rakan lain. Kami lebih suka bergerak sendiri sementara menunggu masa haji. Kami bebas bergerak kerana masing-masing mampu berbahasa Arab. Kami lebih suka bergaul dengan jemaah dari negara lain, bagi meluaskan konsep taaruf dan ukhuwah yang merupakan hikmah sampingan ibadah haji.
Hari berikutnya, aku ternanti-nanti pengemis muda semalam. Namun kelibatnya tidak dapat dikesan. Begitu juga hari berikutnya. Keesokannya, aku mengelilingi Masjid Haram, sengaja ingin menjejaki pengemis muda itu. Terdetik di hatiku, apakah remaja itu benar-benar manusia, atau lelaki karomah? Rasa serba salah dan tidak keruan menyeliputi sanubariku. Aku menoleh ke arah Kaabah, ingin meraih ketenangan dengan melihatnya. Aku penuhi setiap langkah dengan istighfar memohon keampunan. Untuk Zohor kali ini, aku mendapat tempat di hadapan multazam.
Selepas solat, aku berdoa untuk semua kaum keluarga dan sahabat handai. Aku berniat untuk beriktikaf sahaja sampai maghrib nanti. Oleh kerana aku sudah menyediakan tiga butir tamar untuk berbuka tidak perlulah aku keluar lagi dari masjid. Selesai solat, aku mengambil tempat berhampiran Bukit Safa. Aku membuka lembaran buku doa yang disediakan oleh kerajaan Saudi. Aku membaca doa-doa yang diajarkan nabi di dalamnya. Berpuasa membuatkan aku cepat letih untuk menunaikan tawaf sunat. Aku sekadar berdoa berselang-selikan dengan tilawah. Asar masih lambat lagi, jadi aku bersandar di salah satu tiang berhampiran, sambil melunjurkan kaki menghilangkan lenguh bersila.
Aku terlihat kelibat seorang pemuda yang kurasakan mengenalinya, lalu aku memerhatikannya dengan lebih teliti.
"Wahai anak muda, kenapa kau mengemis? " Soalku tatkala mendapati dialah remaja yang aku tercari-cari beberapa hari lalu.
"Kerana aku memerlukan makan." Jawab remaja itu.
"Di mana orang tuamu?"
"Mereka ada di rumah menjaga adik-adikku." Jawabnya ringkas.
"Apa jadi dengan mereka?" Aku masih belum berpuas hati.
"Ibuku kudung tangannya, manakala ayahku buta." Jawabnya selamba.
"Bagaimana mereka menerima nasib itu?" Aku terus ingin tahu.
"Kami sememangnya mengemis sejak turun temurun. Ibuku memang kudung sejak lahir. Ayahku pula buta kerana demam panas lima tahun lepas. Sejak dia buta aku yang mengemis untuk keluarga." Cerita remaja itu. Namun kali ini dia tidak berpakaian comot. Dia berbaju putih yang bersih.
“Aku telah nekadkan untuk bersedekah kepadamu duit ini." Aku menghulurkan seratus riyal. Remaja itu memandang aneh padaku.
"Kamu simpan sahajalah duit itu."
"Aku ikhlas untuk bersedekah kepadamu." Terus si remaja itu berlalu tanpa berpaling. Aku memanggilnya berkali kali….
"Saudara bermimpi ya?" Ada sejalur suara mengejutkanku. Aku kaget apabila melihat remaja pengemis itu, apatah lagi penampilannya serupa seperti dalam mimpiku.
"Ya aku mimpi bertemumu." Jawabku.
"Pernahkah kita bertemu sebelum ini?" Soal remaja itu.
"Beberapa hari lalu aku mencarimu. Aku pernah melihat engkau mengemis, pada hari pertama aku tiba. Beberapa kali kau melintasiku namun kau tidak menyedari kewujudanku." Aku bercerita kepadanya.
"Sungguh aneh," katanya. "Sudah empat hari aku di sini bermunajat dari Subuh hingga ke Isya memohon bantuan dari Allah.”
"Sungguh, aku memang melihat kau mengemis, dengan pakaianmu yang comot kau meminta dari seorang ke seorang yang lain. Bahkan kau ada kawan-kawan untuk bermain dan bersembang. Aku melihat semuanya pada hari pertama aku di sini," bersungguh-sungguh aku menjelaskan.
"Sememangnya aku kesempitan tetapi aku yakin hanya Allah yang dapat menolong aku ini. Ayahku jatuh sakit sehingga buta matanya. Ibuku pula sudah puluhan tahun kudung. Masa ayahku sihat, dia menjaga ramai anak yatim. Namun aku tidak tahu apa kerjanya. Katanya dia hanya pengemis di kota larangan. Dia memberitahuku bahawa dia sering memohon Allah membantunya setiap hari memberi makan anak-anaknya, iaitu aku dan adik-adik angkatku."
"Tahun ini kami benar-benar hilang tempat pergantungan. Aku tinggal berhampiran persimpangan Kudal. Dahulu aku mengisi air zam-zam dan menjualnya kepada penduduk sekitar itu. Selepas kerajaan menutup paip zam-zam di Kudal aku terpaksa berulang alik dari Haram ke rumah, aku hanya mampu membawa tiga tong sehari kerana jarak yang jauh. Lalu ayah menyuruhku mengemis di kota larangan sepertinya. Sejak itu, baruku tahu bahawa ayah aku hanyalah seorang pengemis di masjid Haram," ceritanya lagi.
"Jadi betullah kamu si …." belum sempat aku meneruskan soalan dia bingkas bangun dan berkata "…demi Allah, aku tidak pernah meminta sesama hamba. Aku hanya memohon dari Tuan Yang Maha Kaya."
Aku diam. Aku cepat-cepat menyeluk saku kananku untuk mengeluarkan isinya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati sebanyak empat puluh ribu riyal berada dalam saku itu. Sambil memejamkan mata, sambil aku serahkan kepadanya
Dia terus bersujud mensyukuri pemberian Tuannya. Aku turut sama sujud mensyukuri keajaiban ini. Kami berpelukan sambil menangis. Aku menangis kerana istighfarku kini diterima Allah. Dia menangis kegembiraan kerana terkabul doanya. Berkat dia mentauhidkan Allah dalam meminta bantuan semasa kesusahan. Aku menyedari bahawa segala yang berlaku dalam dunia ini Allah jadikan sebab agar mengaburi insan dari melihat kuasanya secara zahir.
Aku bertemu pengemis sebenar di Kota Larangan.
Saturday, June 21, 2008
Jinak Bangsa Hamba.
Dari hujan ada rahmat.
Dalam air ada nikmat.
Keduanya kandung bala.
Alam aturan Pencipta.
Ada kuasa, punya mangsa.
Timbul kuat, zahir lemah.
keduanya punya hikmah.
Wujud manusia dengan bangsa.
Haiwan semua makhluk bernyawa,
hidup bersama menghindar ajal.
Keduanya punya jiwa.
Semua dicipta sebagai tanda.
Besar Pencipta jadi cerita.
Agung Yang Esa jadi berita.
Sebagai jinak bagi bangsa,
supaya cakna agar tega.
Hanya yang merasa mulia,
bangga jadi hamba.
Siddiq Osman.
di akhir lorong sepi.
22 Jun 2008.
Friday, June 13, 2008
Legenda atau lagenda?

Wednesday, June 11, 2008
apa kata Tun...
rujuk http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html
Monday, June 09, 2008
Berjimat cermat.
Ibuku berkata cermat itu selamat.
Bahkan AlQuran mengajar boros itu keji.
Nabi Bersabda walau disungai
berpadalah dalam wudhukmu.
Semuanya kukhatam sedari kecil.
Kini seekor sahabat Syaitan,
ingin mengajar masyarakatku.
Ajaran ini mungkin baru,
bagi sekolah Islam Hadhari.
Dahulu duit negara dibuang,
kini duit rakyat diburu.
Katanya kita perlu berjimat.
Katanya kita sentiasa fikirkan rakyat.
Sedangkan tilamnya derita sejagat.
Hidangannya jerih berdaulat.
Pakaiannya kebencian kesumat.
Berjimatlah perkataanmu,
cermatlah laung serumu.
Kerana inilah jalan selamat.
Melambat tarikh keramat.
Sumpah seranah ini bukan hanya meluat.
Tetapi doa yang keramat.
Jangan kau ajar kami jimat.
Jangan kau suruh kami cermat.
Sedang kau jahil amat.
sedang kau kufur nikmat.
Jimat cermat telah kami semat
zaman berzaman sebagai adat.
Rakyat yang murka.
di bumi orang susah.
9 Jun 2008
Friday, June 06, 2008
seperti kera.

menjaga makan minum rakyatnya.
Keselamatan dipelihara, tiada siapa
mampu mengancam sejahtera.
Bahagia mereka jadi agenda.
Ada cedera segera dibela.
Kini pemerintah macam kera.
Pisang diupah lupa segala.
Kelapa yang bergayut ditendang ke tanah.
Keselamatan sang sabut dikopek kupas.
Disepak berguling kelapa ke tangan peraih.
Sudah dibogel dibelah pula.
Dari bersatu berpecah dua.
Belum puas hati sang kera.
Walau kelapa menangis bertimba.
Diparut parut kantung mereka.
Sudah diparut diperah pula.
Mengalirlah darah suci tiada noda.
Ditadah hirup mereka durjana.
Tempurung minda dijemur pula.
Biar kering hilang semua.
Sudah dijemur dicukur semua,
dikikis licin dipotong ceria.
Inilah kemajuan yang dibangga.
Rakyat ibarat kelapa.
Jadi santapan yang berkuasa.
Siddiq Osman
Khartoum, sudan
Thursday, June 05, 2008
minyak oh minyak

Tuesday, June 03, 2008
Alahai Minyak!

mcam mana aku tak kesah minyak kami banyak.
Wednesday, May 28, 2008
Ucapan Pembukaan.
Segala puja dan puji hanya selayaknya bagi Allah Yang mencipta tujuh petala langit dan bumi. Allah berfirman "Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang baik amalannya." selawat dan salam ke atas Makhluk yang paling baik amalannya Rasulullah Allazi sammahu Ahmad. dan ke atas ahli keluarga serta sahabat handai baginda serta mereka mereka yang mengikuti jalan jalan kebaikan.
Pengerusi Majlis sahabat saya yang di kasihi. Abang abang dari PETRONAS yang disegani serta kakak kakak PETRoNita yang dihormati, ihkwah dan Akhawat yang didoakan. Semoga Allah merahmati perhimpunan kita pada pagi yang berkah ini.
Diskusi buku merupakan agenda keilmuan yang kita sematkan pada taqwim saban tahun. Buku buku pilihan setiap diskusi akan menghidangkan intipati yang digilapkupaskan oleh panel panel yang berusaha. Membudayakan pembacaan adalah seruan pertama yang Allah perdengarkan kepada bumi melalui telinga rasulNya.
Ingin sekali saya ingatkan diri saya dan semua hadirin biarlah perkumpulan kita pagi ini bukan semata untuk ilmu. Tetapi Iman. Iman ini menjanjikan ukhuwah yang lebih akrab dari keturunan. Iman ini menjanjikan harta lebih lumayan dari dunia dan isinya. Andai iman kita jadikan paksi tiada rasa kecewa akan bertandang.
seterusnya selari dengan tajuk buku yang amat bernilai ini marilah kita gilapkan bakat dakwah kita. Agar setiap hela nafas kita, setiap tutur bicara kita, merupakan usaha untuk menyebarkan Islam. Sesungguhnya inilah amal yang paling utama. Dakwah bukan kefahaman, dakwah bukan syarahan tetapi dakwah itu kehidupan.
Semoga Allah menetapkan langkah kita dalam jalan dakwah. Marilah kita jernihkan kembali niat kehadiran kita di sini agar majlis ini terus dipayungi oleh Malaikat dan rahmat Allah. Aquulu qauli haza wa astaghfirullahu li walakum.
Tuesday, May 27, 2008
Cinta Perantau.
Meluncuri langit perasaan.
Burung cinta menghinggapi hati.
Ranting ranting rasa bergoyang bahagia.
Di bawah mandian suria,
rintik peluh menemani langkah.
Menjinjing seluruh jiwa.
Mengheret seribu rasa.
mencari sebuah cinta.
Cinta suci pasti ada dimana mana.
Cinta itu dicari dan ditimba.
Namun cinta kecil dipinta jua.
Bakal menghiasi sebuah kembara.
Cinta sebahagian agama,
berpimpin menuju syurga.
Bibit cinta jadi ubudiah.
Damba rasa jadi tasbih.
Mencari bahtera empat ciri.
Cantik paras, jelas asalnya.
Banyak bekalnya, Bagus kemudinya.
Andai tiada berkumpul semua.
Kemudi yang benar itu mestinya.
Aku nakhoda di laut bergelora.
Tanpa kemudi yang jitu,
aku bisa sesat dan tiada sampai.
Andai salah memilih,
bahtera bakal memesongkan jalanku.
Cinta perantau,
bukan pada bahteranya.
Cinta perantau,
hanya pada kembaranya.
Siddiq Osman
khartoum,
27 Mei 2008
Sunday, May 25, 2008
dialog si bodoh.
Si cerdik: Kami berebut sebuah pulau.
Si Bodoh: Ya sebab pulau itu saya yang punya.
Raja: kenapa kamu nak rebut dia punya.
Si cerdik : dulu nenek moyang dia dah kasi pada kami.
Si Bodoh : Pulau itu hak milik kami turun temurun.
Raja : mana bukti nenek moyangnya bagi kamu?
si cerdik bawa surat yang dah kusam.
si Bodoh : tetapi pulau itu lebih dekat dengan kami.
Si cerdik : bukannya sultan buta. tapi dah bagi kat kami, hak kamilah.
Raja : macam nilah kamu amik pulau tu. dan si bodoh kamu dapat terumbu karangnya.
si Bodoh: yey dapat terumbu karang. kamu ingat kamu cerdik sangat????
Si cerdik terpinga pinga sebentar kemudian tersenyum.
Saturday, May 24, 2008
berputih mata di Batu Putih

Friday, May 23, 2008
Aku Mahu Pulang!!!

Tuesday, May 20, 2008
Adik...
Tetapi hidupmu,
dalam jalur akidah yang satu,
menjadikan kita sentiasa sama.
Adik, sambutlah salam kasih,
bersih putih dari abangmu.
Pertemuan kita mengukir senyum dilangit.
Pertemuan taqwa layak dibangga.
Adik aku ingin kasihimu lebih dari erti sebuah kasih,
namun kusedar diri ini hanya hamba.
Kasih yang jitu dan satu itu
perlu kita damba.
Adik, keindahan kata ingin dititip padamu,
agar mampir rasa rindu yang mendayu.
Adik, kecantikan bahasa ingin ditiup ke hatimu,
moga terpinggir resah yang menderu.
Adik, kataku hanyalah doa,
Bahasaku hanyalah nasihat.
Imanmu yang daku damba,
Taqwamu yang ingin kulihat.
Gelak tawa kalian nostalgia,
jerit sorak jadi lukisan bahagia.
Aku yakin sejuta rasa,
pasti mengukir tangis ceria.
Adik- adikku,
aku sayang kamu.
Abang Umar
Blok c, Mansyia Khartoum.
20 Mei 2008.
Sunday, May 18, 2008
kata kata yang membuatkan aku tersandar.
"seorang penyair itu hanya layak dikenali melalui syairnya, sekiranya syairnya tidak memperkenalkan penyairnya maka tidak layak penyair itu dikenali."
"Syair yang baik adalah syair yang terhasil dari jiwa penyair, bukan dari pihak lain. Sekalipun ia kurang tepat tetapi jauh lebih baik dari puisi yang terhasil dari bukan jiwanya."
Apapun kata kata nih menarik. Ahmad Faris Asy Syidyaaq:
hitamnya dakwat lebih indah dari warna warni barangan lain.
Thursday, May 15, 2008
Puisi Saat Buhsan.
Tuesday, May 13, 2008
Khartoum Dalam keadaan berjaga jaga.

Monday, May 12, 2008
Kembali terkawal..

Namun begitu berlaku beberapa kekecohan di Bandar Sunut iaitu satu kawasan berhutan yang sedang dalam pembinaan bandar masa depan, dan berlaku tembak menembak berhampiran stadium dipercayai tempat simpanan senjata puak pemberontak.
Sehingga kini sebanyak 400 pemberontak terkorban dan 100 pihak tentera termasuk rakyat tempatan menjadi mangsa pertempuran yang tercetus sejak hari jumaat. Bagaimanapun kelihatan penduduk tempatan bergerak seperti biasa hari ini. beberapa syarikat dari luar masih belum dibuka.
Bagaimanapun Khalil Ibrahim masih belum mengaku kalah dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ini baru siri pertama serangan. Namun sumber mempercayai itu hanyalah propaganda pemberontak bagi meraih sokongan dan menimbulkan situasi panik di sudan. Kesediaan SPLA dari selatan sudan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan merupakan perkara yang positif dalam menyelasaikan konflik.
Orang kanan Khalil Ibrahim disahkan terkorban semalam semasa pertempuran hebat di antara dua pihak. Seorang saksi melaporkan sekitar 20 trak yang membawa sekitar 200 orang dilihat menyerang balai polis omdurman sekitar jam 4 petang waktu tempatan.
sekian setakat ini.
Sunday, May 11, 2008
Sudan Bergolak

Namun di sekitar Khartoum masih kelihatan pergerakan yang perlahan dalam keadaan berhati hati. di mana mana tempat stratergik diletakkan kawalan oleh pihak berkuasa.
Pada 11 Mei 2008 kenderaan awam dari Khartoum Bahri dan Khartoum Utara telah dibenarkan bergerak cuma usaha memburu pakatan pemberontak masih dijalankan. menurut sumber yang boleh dipercayai Pemimpin JEM telah diberkas dan pemberontakannya telah ditewaskan. kerajaan Sudan mengesyaki ada sokongan kuat terhadap serangan ini dari negara jiran iaitu Chad. dengan serta merta kerajaan sudan memutuskan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.
dijangka 12 mei khartoum akan kembali seperti biasa. Rakyat Malaysia di Sudan berada dalam keadaan berjaga jaga. maklumat keselamatan sentiasa disebarkan oleh pihak kedutaan dan juga PETRONAS. Bagaimanapun semua kegiatan masih dilakukan dalam pengawasan pihak tentera yang berkawal di pos pos stratergik.
PPN-08

Buat julung kalinya tiga persatuan dapat berkumpul semeja menghidangkan sebuah program yang berpusatkan pemikiran pelajar pelajar Nusantara di Sudan. Program yang memakan masa 8 jam lebih itu telah di sertai oleh hampir 110 peserta yang menghidangkan 3 tajuk perbincangan. Forum yang membincangkan bagaimana menyampaikan Gambaran Islam sebenar kepada dunia merupakan pembuka kepada perbahasan yang memanaskan minda peserta. Sambutan yang hangat telah dihiasi dengan Panel Panel yang berwibawa. Setelah itu kumpulan Nasyid dari pelajar Indonesia menggegarkan dewan dengan suara emas mereka dalam menyampaikan sebuah beberapa buah lagu.
Ceramah kedua dipanaskan lagi dengan sebuah tajuk yang sering menggugah kesatuan ummat iaitu kerajaan dan politik dari kacamata Islam. kupasan dari penceramah begitu luas dan menyeluruh namun pembentangan ini mengundang berbagai reaksi dari peserta perbahasan menjadi panas sehingga hilang kehangatan musim panas yang sedang membakar di lar dewan.
setelah solat zohor dan makan tengah hari pentas diperindahkan dengan ceramah yang dinanti nantikan iaitu wanita dan peranannya. sungguhpun peserta wanita tidak sampai 1/4 tetapi kehangatan tajuk ini diluar dugaan sehingga penceramah menyatakan "lihatlah bagaimana perhatian priya yang begitu tinggi terhadap wanita." sungguhpun keletihan menyeluruhi isi dewan namun semangat ingin bersama menjadikan suasana sentiasa meriah.
semoga PPN o8 merupakan permulaan bagi kerjasama yang baik antara 3 negara. selari dengan tema kali ini diharap akan terlaksana kesinambungannya. "Berukhuwwah dalam menjejaki jalan Dakwah."
Wednesday, May 07, 2008
Puisi Ilmu
.jpg)
Selama alam bernyawa,
selagi maya berdiri
manusia pinta cahaya.
Suria zahir pudar dalam gerhana.
Gemilau batiniah kekal purnama.
Syafie melatar enam paksi;
Asa, upah, jerih, guru,
usia dan geliga.
Paksi terbina lantera memancar.
Enam dilatar bukan sekadar angka,
buat dikira dihitung berapa.
Syafie melanjut kalam Ali.
Lantera ini menyuluh buana.
Andai didunia ia memacu.
diakhirat sana ia memandu.
Ghazali menebar anwa' cahaya.
Fardhu untuk semua, wajib didamba.
Wajib separuh, sunat dierti.
Haram didatangi, melengkap anwa' bertiga.
Menuntut sinar bagai berburu.
Perlu ditambat untuk dibela.
Buat tunggangan bagi yang perkasa.
Buat hidangan pada yang meminta.
Hubungnya cahaya dengan manusia.
Tiada berhubung malap petaka.
Songsang berhubung bala berganda.
Sunnah berhubung diajar baginda,
bukalah cerita kurun pertama.
Awal berita kita bersua.
Andai bersemi dalam nurani
megah manusia pasti dicerna.
Hidup terbela mati mulia.
Maka cukup diterang perihal semua.
simpul diikat dalam kata :
Sinar tidak kunjung sirna.
Siddiq Osman
Bersama saksi dihari muka.
8 Mei 2008
Sunday, May 04, 2008
puisi kebenaran.
Duri Penawar
Melata kepalsuan dalam kealpaan.
Keliru bersepuh dungu mengaburi,
kanta nilai balar diguris kikis.
Kala ini menegak kebenaran
tiadalah bagai menegak benang yang kering.
kebenaran bisa merenggut nyawa dari kelongsong badan.
Kebenaran boleh menepu resah.
kebenaran itu hak dan keadilan.
kebenaran itu pasca kepalsuan.
Hak itu pastikan tegak,
tiada tenggelam dek demokrasi manusiawi.
Hak itu pastikan merebak,
takkan terkepung oleh pagar komunis meninggi.
Hak itu pastikan marak,
takkan dipijak diktatoris kuku besi.
Hak itu sifatnya tinggi,
sentiasa terjulang
di pundak para pejuang.
Biar dicantas tempang,
tetap berlari menabur berani.
Andai di lautan lemah,
ia mengapung kesatuan.
Tika di gunung gagah,
ia menunjang kasih ihsan.
Kala dalam payah,
ia menghulur gulungan harapan.
menggenggamnya bagai menggenggam duri,
menjunjungnya bagai menatang api,
peminjamnya dihantar ke dalam bumi.
Tanpanya hidup tiada peri.
keadilan pra kebenaran.
bila hak tuntas di minda,
keadilan tersulam di jiwa,
kebenaran bukan lagi duri.
tetapi nyawa.
kala itu,
kepalsuan yang terhegeh membina megah,
akan direntap kebenaran yang menugu tulus.
saat itu, saat dinanti.
mizan buana jadi saksama,
hukum alam terfitrah semula.
bilah duri jadi penawar.
Siddiq Osman
Wednesday, April 30, 2008
promosi GKLN
Pencarian 50 orang penyajak luar negara SUDAH BERMULA!Grup Karyawan Luar Negara kini sedang memerhati dan mencari ahli-ahli GKLN dari seluruh dunia yang aktif menyumbangkan idea dan tulisan, serta konsisten berkarya terutamanya dalam penulisan puisi. Puisi-puisi yang bermutu akan diberi penghargaan dan penghormatan. Masih belum terlambat untuk mengangkat pena anda! Nantikan makluman lanjut pada masa akan datang!
1) Semua ahli diminta menghantar butir diri kepada Adibah Abdullah di adiba_308@yahoo.com bagi memudahkan penyusunan database gkln.
2) Maklumat terkini aktiviti GKLN boleh didapati di http://gkln.blogspot.com
jom laa bersajak.
Saturday, April 26, 2008
Tertidur dan Terjaga
.jpg)
Terjaga dari mimpi.
Tidurku dibuai mimpi kepayang.
Terasa hidup bakal berbaki, tiada hilang.
Mimpi yang dibalut noda dan dosa.
Namun, raja sudah dirampas takhta.
Selaput celaka menyelimuti singgahsana.
Dirantai sumpahan sihir bergumpal.
Ku mencari penawar serapah.
ingin miliki kerajaan diri.
Dari ufuk cahaya aku kesamaran.
Ke jurang gelita telapak geluncuran.
Balutan jijik berduri jadi pakaian.
Ku rasa megah walau semakin melembah.
Pipiku merapati acar berpayakan serakah.
Di muara gersang kulihat kerdip.
Tertancap kelibat menawan kalbu.
Terpana hati mencari faham.
Aku mencari kerdipan bintang.
Santau dipasang merentap hingga tersungkur.
Terbenam jasad di lumpur laknat.
Mimpi indah kian gelisah.
Nadiku kini berombak bimbang.
Dunia terasa kian menghilang.
Aku sesat dalam aku.
Mencari cari sebuah pintu.
Bunyi syahdu menggoncang jiwa.
Iman yang luka bagai terawat.
Ifrit yang bertandang keras ditendang.
Santauan futur terlerai pergi.
Aku terjaga
tatkala diri kembali di takhta.
Kala ini,
Khannas bercangkung menanti dipancung.
Mimpi semalam ku kibas tenang.
Dimandikan muntahan cahaya purnama.
melalui pintu yang bergelar taubat.
Kala ini telinga kudusmu mendengar.
Saat ini gegendang sucimu bergetar.
Tika ini ruhmu menduga peperangan besar.
Di sana semboyan mujahadah dilancar.
Siddiq Osman.
27 April 2008
mencari sinar mujahadah.
Wednesday, April 23, 2008
hakikat doa
Sunday, April 20, 2008
Maafkan Daku.
meruntun penyesalan merenggut kesedaran.
Mendengar khabar dari angin,
mendengar cerita ditiup bayu.
Khabar berputar berkitar bagai taufan,
Melanda jiwaku hancur remuk
pecah bagai kaca dihempas.
cukupkah segala rasa dan resah,
sedang bibirku dibasahi kola
lidahku giur mendengar KFC.
Aku berbisik kepada nafsu.
Diam kamu, tetap di tempatmu.
Jangan berani kamu mengusik aku saat ini.
Saat aku mencari rumah yang lapang.
Saat aku mengadu kepada kiriman debu debu oleh angin.
Rumah kalian dirampas diroboh
diganti pula dengan kedinginan salju,
dipayungi oleh terik mentari.
Air ditadah dari titisan embun.
Jangan bicarakan keenakan lagi duhai nafsu.
Jangan khuatirkan lagi ulahan alam.
Saudaramu sudah tidak mengerti bagaimana nikmat senyum.
Saudaramu sudah lupa cara ketawa.
Mereka hanya dirundung syahdu dalam doa.
Atma berselubung harap yang semakin pudar.
Sukma mereka berkecamuk bila diusir
dihalau oleh saudara satu agama,
satu budaya.
Kicauan burung turut berlagu sedih.
Kesedihan ini menjalari air mata yang luruh bermusim.
Musim ini tidak mengizinkan air mata itu membanjiri pipi.
Bahkan tidak memenuhi kolam dipinggir mata,
Sekadar menjadi fatamorgana, yang menipu sebuah ukhuwwah.
Maafkan aku duhai putera-puteri Palestina.
Jangan bicarakan aku di mahkamah agung.
Aku takut, aku kalut.
Friday, April 18, 2008
kerja banyak tapi malas.
ermmm di saat beginilah selalunya seseorang melangkah ke daerah yang bernama futur. di saat ini kata kata perangsang dan sahabat sejati sangat diperlukan. kalau tak dapat nak buat cemana?
ok for me. yang memang sangat suka bermalas malasan ini akan mencari seorang rakan karib yang lebih kuat imannya dan lebih giat atau rajin. akan melihat kerajinannya dan mencontohi.
kalau ini tidak didapati? saya ada dua cara mudah yang hanyakan diri anda dan sedikit dari masa dalam hidup anda.
1 membaca Al Quran dan berbicara dengannya. setiap soalan hati kita ada jawapannya di dalam Al Quran tak percaya bacalah dan fahami.
2 berdoa dan bebual dengan Allah dalam bentuk prolog. Semoga Allah menjawab kita dengan rasa hati yang Allah sendiri bolak balikkan.
Allahumma inni A 'uzubika minal hammi wal hazan wa A 'uzubika minal "ajzi wal kasal .... Allahumma Amiiin.
Tuesday, April 08, 2008
Hina Nabi Cerca Al Quran.
Barat yang dikenali dengan penegak hak kebebasan bersuara telah melampaui batas. Dengan alasan yang sama tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mempersendakan teras Islam.
Seolah olah manusia bebas berbuat apa sahaja dalam tuntutan demokrasi yang pincang. Saya memang menolak demokrasi apatah lagi kebebasan bersuara yang dilancarkan oleh yahudi selepas era komunis.
Sememangnya lidah manusia itu lembut tetapi merupakan senjata yang boleh memusnahkan segalanya. Lidah modern bukan hanya dalam mulut tetapi sebarang media yang mampu menaburkan propaganda dan juga berita adalah lidah modern. Kartun , filem , rencana merupakan bahasa baru kepada lidah modern ini.
Kini barat semakin galak berkarya mengenai perkara yang mereka tidak tahu. Dalam filem Fitna mereka cuba bercerita tentang jihad dalam syariat Islam. Mereka memutar ayat ayat Allah bertemankan gambar-gambar propaganda. Ini satu penghinaan yang di kategorikan dalam karya seni bagi mereka, ini disebut sarkastik. Tetapi bagi kita umat yang berteraskan akhlak ia disebut biadab.
Sebelum ini pihak orientalis telah berjaya melahirkan penghina teras Islam dari kalangan umat Islam sendiri. Sampai hari ini pengkhianat itu dibela dan disanjung barat. Apakah ini akan berlarutan jika kita semua berdiam diri? Soalan apakah ini? Sudah pastilah ini akan bertambah-tambah mungkin mereka akan membawa genre baru dalam hiburan khusus untuk menghina Islam. Oh! Sudah ada. Black Metal. Di tanah air sudah begitu dahsyat apalagi di barat.
Wahai buih buih dilaut berhentilah menurut ombak laut. Kita sebagai muslim mukmin adalah harapan untuk membela Nabi. Lupakah kalian barangsiapa tidak berselawat ke atas baginda tatkala nama baginda disebut akan dilaknat kelak? Ini lebih besar. Bila kita tidak membela baginda ketika baginda dihina, difitnah.
Semuanya hanya percakapan dan artikel semata kalau iman tidak di hati. Dakwah tidak di lisan dan qudwah bukan di amalan. Semua ini perlu pada pendidikan dan pembentukan peribadi yang berani. Bukan muslim yang dayus dan bacul seperti pemimpin dunia Islam hari ini. Berpeluk bersalam bahkan berlaga laga pipi dengan musuh-musuh Allah.
Ingin saya ulangi kata kata Khubab Ibnu Hadi ketika beliau diseksa oleh Abu Sufyan “Aku tidak redha sedang aku diikat dan diseksa di sini sedang rasulullah tercucuk duri di Madinah.” Inilah keberanian, inilah umat Muhammad. Bukan dayus dayus yang mengaku cinta Nabi apabila tempoh pengundian sudah dekat.
Apa yang boleh kita lakukan? Kita hanya orang biasa. Di sinilah peranan ulama untuk menjawab, mengajar dan memberitahu. Oleh kerana kita bukanlah orang yang layak untuk menyenaraikan langkah langkahnya maka say sertakan apa yang telah Al Qaradhawi gariskan iaitu lima hal yang yang harusdilakukan umat Islam adalah;
Pertama, PENOLAKAN. Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yangmenyebutkan baginda seorang yang haus darah danseorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harusdilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepadaorang-orang yang selama ini memiliki imej burukterhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akankemuliaan Rasulullah saw.
Monday, March 31, 2008
Nubia sebuah empayar yang dilupai.
Alhamdulillah pada mac 2008 Allah mengizinkan saya melihat saki baki peninggalan empayar silam yang pernah bertapak di bumi Sudan bahagian utara. Sudan sememangnya menjadi tapak awal peradaban manusia, kalau dilihat dari kronologi sejarah peradaban awal maka ada beberapa ketamadunan kecil pra Firaun telah dibina di negara pertemuan dua Nil ini.
Tuesday, March 25, 2008
Dari Tenggara.
ada melekat banyak juga yang meleket.
Kuusung ke tengah negara, ibu kota.
Debu-debu bergetaran, kagum dan kegusaran.
Debu yang kuusung sedikit demi sedikit kusisihkan.
Mata mata dikota melihat debu ikhlas dan rendah hati satu kejelekan.
debu-debu dari palitan pohon peradaban ini perlu dibersihkan.
disiram dengan air pembangunan yang berbaur baunya.
Siraman perlu dimulai dengan membogelkan dari rasa malu dan segan.
Diikuti dengan salinan angkuh dan ketamakan.
Siraman ini siraman baru yang bertamadun.
Asasnya titis titis airmata yang dizalimi.
Sadurannya titik jerih yang lemah.
Buih buih sabunnya gelak tawa penuh noda.
Sisa yang mengalir dari siraman ini darah tiada dosa.
Debu debu ini kuusung dari tenggara,
angin dari barat sedikit sedikit mengibasnya dari jiwa.
Aku terpana dengan hinaan yang bertiup ke bangsaku.
Terpesona dengan kemegahan obor kekufuran.
Inilah yang akan kuceritakan bila pewaris bertanya...
Inilah yang bakal kukisahkan bila keceluparan menyinggah cuping.
Tuesday, March 18, 2008
Jalan Jalan cari idea...
Esok saya akan melangkahkan satu pejalanan ke tenggara Sudan mungkin 10 jam dari Khartoum. kami pergi satu bas 24 org.
Trip kali ini agak unik sebab kali ini trip saya nak cari idea untuk menuruskan hobbi penulisan saya. Semoga apa yang saya cari nanti akan diketemui.
Saya juga telah meacang 2nd journey selepas itu untuk musim cuti ni ke utara pula. Semoga Allah mudahkan perjalanan esok dan juga mengizinkan perjalanan yang akan datang...
dinder sebelum dongola. bestnyeee...
cuti nih cuti secuti cuti sebenar, kuag kuang..
Saturday, March 08, 2008
PRU12 suatu Bantuan.

Thursday, March 06, 2008
Keluarga Badar.
Keping keping hati bagaikan gong tembaga.
Harta Abu Sufyan cuma alasan.
Janji Tuhan itu rebutan.
Takbir yang berlantunan di sahara,
ditelan oleh ombak masa,
cuba dijerit lagi , khali tiada bunyi.
Takbir kini takbir sepi,
dibunuh omongan yang mati.
Jihad sudah diselubung resah.
Umat sudah tersasar arah,
ajakan dan seruan bukan lagi pada Tuhan.
Keluarga Badar kami memerlukan,
jelmakan pada umat ini, Tuhan.
Jelmakan 314 dari seluruh belulang,
belulang yang Engkau kadarkan
sebagai bangsa Adam.
Tuhan, keluarga kami
diheret buntu.
Keluarga yang dibelenggu
rantai dunia jua tali ketakutan.
mengikat menjerut
hingga kalut merengkut.
siddiq_osman
khartoum ,7 mac o8.
mencari sinar dalam hikayat badar.
Mencari sinar.
Wednesday, March 05, 2008
Umat Rindu
Salam
seribu solat seribu salam.
menjunjung namamu ,
berselubung rindu memenuhi kalbu.
Jiwa terkenang saat kau menyebut kami,
berembun cemburu dalam khalayakmu.
Kau merindui kami sebagai ikhwahmu,
Kami selayaknya memenara syahdu.
Kala kau di hina kami tiada.
Kini kala ada , hilang upaya.
Kami hanyalah Umat rindu,
Ampunkan Kami wahai Kekasih pada kekasih.
Tiada daya, tiada asa.
Hanya memohon Engkau,
hanya berserah padaMu.
Sunday, February 10, 2008
posting sebelum peksa....

saya dapat mailforward yang saya kira baik untuk tatapan lelaki dan wanita juga..
hayati yaa>>>!
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua: - Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: - Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman Allah S.W.T.: -
Tuesday, February 05, 2008
Tuesday, January 29, 2008
sibuk sey...
nanti saya upload gambar rumah baru,..
Monday, January 21, 2008
aku sendiri,..

Sepi itu merosakkan.
Seolah aku dalam rahim ibu,
bersendiri tanpa sebarang mimpi.
Aku merasa dibelai tapi jauh.
Seolah aku anak bulan di kelam langit.
Menanti ditemani bintang ribuan.
mengejar suria namun tersungkur di birai langit.
Aku kesepian dalam diri sendiri.
Dalam sepi ada bisikan,
bisikan dari makhluk pendahulu ingkar.
Dia berkata:
Sendiri itu memudahkan kamu dengan amalan,
dekat dengan Tuhan.
Aku hampir terpedaya.
Kuduga ianya bisikan teman.
Namun kitabNya kubuka.
Ar Rahman mengajarkan kitab itu.
Hidup perlukan teman.
Aku bukan bulan, bukan pula suria.
Aku dicipta berpuak dan berbangsa.
Aku diberikan kalam dan qalam.
Aku diertikan bayan.
Aku sendiri perlu berdiri.
Diriku perlu bergabung dengan satu arus.
Arus yang menuju keramaian.
Keramaian yang suci.
Arus yang dibawa ombak ukhuwwah.
Arus yang ditebingkan Mahabbah.
Aurnya lillah muaranya rahmah.
Aku tidakkan sendiri.
Aku mesti berani.
siddiq Osman.
mansyiah.
jan 2008
Sunday, January 13, 2008
Pilih Cara Islam Selesai Masalah.
Nyawa sudah tidak selamat, anak anak sudah tidak aman, harta sentiasa terancam. Apa lagi yang boleh diharapkan. Polis sibuk dengan urusan yang tak perlu mereka sibukkan. Pemimpin sibuk memperjuangkan kuasa, pendidik sibuk dengan mencari duit lebih. Siapa yang boleh kita pecayakan?
Sistem yang ada sudah berpuluh kali dikaji. Lepas satu kajian adalah bajet yang akan ditelan. Masalah bahkan meruncing. Kes lalu semakin menimbun yang baru berpusu pusu menanti. Siapa yang akan menyelesaikan?
Harga barang naik tak pernah turun. Minyak yang kita banggakan juga menjadi tekanan. Peniaga sudah terdesak dengan hutang pembeli apatah lagi. Siapa yang boleh kita pinjam lagi?
Projek pembangunan insan di hebah hebahkan. Modal insan jadi slogan tapi yang nampak mat rempit merata jalan dan gadis gadis berpeleseran. Sudah bukan rupa insan. Siapa akan kita tinggalkan?
Kita sembang pasal Negara maju, pasal ekonomi mapan, pasal islam hadhari. Ada membela ada menghentam siapa yang betul kala dua dua asyik berbalah? Duit berjuta juta dibuang merata rata. Sampai atas angkasa pun kita belanja. Hasilnya apa dia?
Saya Cuma ada satu pandangan. Kembali pada cara hidup Islam. Pemimpin berfikir untuk kebajikan rakyat. Negara dibina untuk melindung rakyat. Polis ditubuh bagi menjaga rakyat. Pendidikan Islam mengangkat nilai budi dan menolak nilai dunia. Maruah diletakkan lebih utama dari mata benda. Undang undang ikut apa yang Allah kurnia. Guru dipilih dari yang ikhlas berjasa. Nikmat dunia tidak dibolot sesiapa. Kerajaan membayar kepada rakyat bukan sebaliknya. Ekonomi sebagai cara bukan tujuan. Bangunkan budaya berteraskan keimanan. Bukan meniru merata rata. Simpulannya buka Quran ubah perlembagaan. Bukan buka nafsu pinda kemahuan. Hanya yang mengamankan dari kelaparan dan ketakutan mampu mengatur hidupnya insan.
Monday, January 07, 2008
hijrah satu analisa
Segala puji dan puja bagi Allah yang mengutuskan nabi sebagai penutup sekalian rasul pada umat ini, insan yang sangat bepekerti tinggi. Firman Allah:
(Dan sesungguhnya kamu memiliki pekerti yang tinggi) surah Al Qalam: ayat 4
Sungguh umat Islam mengetahui hakikat ini, tetapi sahabat yang menyaksikan ketinggian pekerti baginda lebih memahami hakikat ayat ini. Kebijaksanaan atau hikmah merupakan anatara 4 kepala pekerti tinggi. Maka dalam memimpin umat Islam di Makkah rasulullah banyak menunjukkan kebijaksanaan dan kelembutannya dalam berdakwah. Ini telah Allah rakamkan dalam menyatakan antara nikmat Allah itu adalah menjadikan nabi seorang yang lembut hati dan lunak pekertinya. Allah sifatkan nikmat ini sebagai sebab penyatuan umat Islam generasi awal.
Maka kita tahu bahawa Islam itu dibawa oleh rasul dengan penuh kasih sayang. Bukan dengan paksaan atau desakan kebendaan. Ini menjadikan umat Islam pada tahap awal sangat kuat berpegang dengan akidah tauhid. Biar ditawarkan dengan harta atau diancam nyawa, mereka terus menerus mempertahankan akidah yang sahih. Hal ini berlaku secara jelas dalam peristiwa pnyeksaan kaum muslimin yang lemah di Makkah.
Perkara ini membawa kepada hijrah yang pertama ke Habsyah. Di Habsyah umat Islam tidak berpeluk tubuh. Mereka terus melaksanakan usaha dakwah. Rasul terus menerus mencari tapak perkembangan Islam di bani bani luar makkah. Dari satu bani ke satu bani sehinggalah baginda ditemukan dengan bani aus dan khazraj. Mereka menyetujui untuk berbaiah dengan nabi kerana mereka menyedari bahawa hanya nabi akhir zaman yang akan menyatukan mereka. Kehidupan mereka sentiasa diapi apikan oleh kaum Yahudi. Mereka merupakan penduduk asal Yathrib namun pedagang pedagang Yahudi sering mencetuskan perbalahan di antara peribumi agar dapat menguasai tanah Yathrib. Yahudi sering menceritakan bahawa akan ada nabi akhir zaman akan turun dan akan menyertai mereka bagi menakut nakutkan puak aus dan khazraj.
Setelah bertemu dengan mereka nabi tidak terus meminta bantuan. Nabi Cuma memeterai satu perjanjian agar segala kejahatan jahiliyah ditinggalkan dan berjumpa semula di tempat yang sama tahun hadapan.
Pada tahun berikutnya, maka perjanjian tersebut pun diikat. Dengan jumlah yang lebih ramai berganda. Setelah itulah barulah turunnya suruhan berhijrah. Jadi dengan dua peristiwa ini sepatutnya jelas bagi kita bahawa hijrah ke Madinah bukanlah melarikan diri. Tetapi sebenarnya satu stratergi memperkasakan dakwah. Meramaikan agen dakwah dan mengkader penyeru penyeru ke jalan Allah secara intensif.
Setelah semua perjalanan sahabat di susun secara kelompok kelompok barulah rasul membuat persiapan berangkat. Semasa penyusunan ini dibuat kita dapat lihat betapa rasulullah mementingkan aspek keselamatan dan kesejahteraan umat. Secara majoritinya umat Islam berhijrah secara sembunyi. Bagi menjadikan projek perpindahan satu projek yang progres. Sekiranya berhijrah secara terang terangan ia akan menyebabkan penduduk Madinah panik dan penduduk Makkah berpeluang menggagalkan projek mega ini.
Ini kita dapat lihat apabila projek ini diciplak oleh Yahudi hari ini. Mereka berpindah ke Palestin secara sedikit demi sedikit. Bahkan pada peringkat awal rakyat palestin sendiri yang menjual tanah mereka kepada pendatang Yahudi. Taktik yang sama dimainkan oleh Amerika di Teluk. Dari menjadi pengaman Iraq-Kuwait sehingga hari ini mereka bertapak di sana, bahkan telah menguasai sebahagian dari ruang udara dan laut teluk. Bukan itu sahaja system maklumat kerajaan Saudi juga di selitkan device pengintipan Amerika.
Inilah taktik yang mereka adaptasikan dari peristiwa penaklukan fikrah Islam di Madinah. Fikrah penyatuan yang disalin ke otak semua umat Islam didengki oleh Yahudi Madinah. Hal ini membawa kepada suatu peristiwa perbalahan semasa nabi telah memimpin Madinah. Namun kebijaksanaan dan kewibawaan nabi meleraikan permusuhan yang cuba dinyalakan semula oleh Yahudi.
Ini juga berlaku hari ini, Yahudi melagakan umat Islam yang lemah fahamannya dengan sogokan sogokan keduniaan dan penipuan penipuan besar besaran. Hasilnya Fatah dan HAMAS terus bermasalah.
Setelah Rasul mendapat mandate dari seluruh rakyat peribumi madinah maka baginda menyatukan aus dan khazraj dan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Inilah dalil dari sejarah bahawa Islam itu menyeru kepada penyatuan dan persaudaraan bukan pecah belah dan huru hara.
Hal ini berbeza dengan teori kristian dan juga Yahudi. Kita dapat lihat bagaimana yahudi dan kristian memecah belahkan rakyat mereka agar mereka senang menginjak nginjak kepala rakyat dan memenuhkan temolok masing masing. Mereka lakukan hal yang sama di tanah tanah jajahan mereka. Inilah yang mereka gelar sistem federal. Iaitu pecah dan perintah. Mereka menyedari bahaya bakal mengundang tetapi mereka lebih rela membiarkan rakyat menanggung bala bahaya itu dari kuasa mereka tidak memberi untung kepada diri dan kerabat mereka. Padahal Hijrah mengajar betapa umat Islam disarankan bersatu dan bersaudara.
Adapun pemilihan madinah sebagai tapak penyebaran Islam secara gelombang adalah kedudukan stratergiknya yang lebih baik dari Makkah untuk di jadikan pusat pentadbiran. Madinah adalah kawasan Paling utara di tanah Hijaz yang merupakan jalan pnyambung Makkah dan Syam. Bahkan madinah juga dekat dengan bumi Najd yang lebih banyak kabilahnya dari Bumi Hijaz. Ini semua menjadikan Madinah sebuah kota ilmu yang mudah didatangi. Keadaan muka buminya juga agak landai berbanding Makkah. Kerana Makkah dikepung oleh 4 buah bukit yang besar. Makkah merupakan Bandar yang sukar didatangi. Namun Makkah adalah sebuah Kota pertahanan yang paling kukuh.
Kalau kita lihat pula dari sosiologisnya Madinah menempatkan kader kader yang paling akrab kepada sifat daie. Ini kerana daie itu memerlukan kepada lemah lembut, penyayang dan juga kebijaksanaan. Maka keadaan di Madinah jauh lebih terbuka kepada latihan intensif yang bakal melahirkan guru guru dakwah yang berkualiti.
Hal ini dapat dilihat sehingga kini. Suasana di Madinah lebih damai dari di Makkah. Pun begitu siapa yang pernah ke sana akan merasai betapa tenangnya berada di Masjid Haram jika dibandingkan ketenangang di Masjid Nabi. Walaupun secara zahir di Madinah lebih tenang dan tersusun ia berbeza dari apa yang dirasai oleh benak kita. Masyarakat Madinah lebih terpelajar dan berbahasa ini mungkin kerana mereka tidak terdedah kepada kunjungan orang luar seperti di Makkah.
Fenomena kacau di mana mana ibu kota adalah berpunca dari kedatangan orang luar ke sana. Ini berlaku kerana tujuan manusia berhijrah meninggalkan tanah mereka adalah kerana desakan keduniaan. Jadi Hijrah rasul ini berbeza sekali dengan hijrah hijrah lain. Hijrah rasul seperti Hijrah bani hawari ke bumi palestin. Hijrah bagi menyahut suruhan Allah.
Maka secara umumnya dapat kita simpulkan Hijrah itu adalah satu peristiwa yang sangat besar. Dalam menjayakannya generasi awal melakukan perancangan yang teliti. Dilaksanakan secara tekun dan tersusun. Kepatuhan mereka kepada Rasul bukan sekadar kerana rasul memiliki mukjizat yang dahsyat. Tetapi lebih kepada cinta dan sayang mereka kepada kekasih Allah. Ini jelas kalau kita soroti kisah kewafatan baginda. Semoga Allah menghijrahkan kita dari senario kacau bilau jahiliyah modern ke kedamaian Madinah nabawiyah.
Sunday, December 30, 2007
Antara Mina dan Muna
Antara Mina dan Muna
Sunday, December 02, 2007

Cahaya Yang Dinanti.
Terbit suatu sinar di ufuk silam,
merangkak menerangi buana.
Perlahan tiada berbunyi,
bagai anai anai merobohi.
Sinar itu kini sirna, sejak lama.
Disisakan silau malap pelita suram,
pelita itu ada di mana mana.
Timur , barat, selatan mahupun utara.
Asal dan isinya punya beza.
Walau fungsinya sama namun tiada sekata.
Bayang kelam seram kembali,
menunggang badai yang membingitkan.
Menyelubungi jagat dengan selimut durjana.
Berupa cantik bagai Kupu-kupu. Beracun.
Meracun dengan suka dan sendawa.
Kini buana merintih nestapa.
Menanti cahaya penggabungan cahaya.
Biarlah apa jua rupa ; lilin, pelita, jamung,
lampu, suria atau purnama.
Fungsinya hanya membunuh sirna bahagia.
Menyelamat Sinar segera.
Akukah, kamukah.
Pelitakah, Bayangkah?
Bila bila selagi ada.
Mana mana selagi bersama.
Siddiq Osman
28 11 07

