Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, January 15, 2012

Asal usul nama Palestin.

Nama Palestin ini dikatakan dalam buku-buku sejarah berasal dari nama tempat Balest yang merupakan utara Mesir dan Selatan Palestin hari ini. Di kisahkan ada sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Kreit mengalami kebuluran atau musibah yang dahsyat. Ini menyebabkan mereka mula menyerang persisiran pantai Mesir dan Syam. Ramsis 3 mempertahankan bumi Syam dan Mesir ini dari serangan mereka dan Ramsis enggan membenarkan mereka tinggal di tanah jajahannya. Akhirnya dia menyepakati sebuah perjanjian dengan mereka untuk meletakkan mereka di Ghaza sekarang. Tempat ini dinamakan Balest dan mereka yang menetap di sana digelar Balestiniyyin.

Dalam pada itu mereka juga berjiran dengan dua bangsa lain iaitu Kan'an dan juga Yabus dan mereka ini adalah penduduk asal bumi Palestin. Selepas masa berlalu Balestiniyyin ini menyerap masuk ke dalam Bangsa Kan'an dan sudah tidak meninggalkan apa-apa kesan sejarah di bumi Palestin melainkan di sebut dalam kitab kitab kuno berkenaan peperangan kuno yang masyhur iaitu peperangan Louzin yang berlaku antara mereka dengan kerajaan Mesir Ramsis.

Setelah zaman beredar namanya kini dikenali sebagai Palestin.

Tuesday, January 03, 2012

Top 5 artikel di BACALAH.

Pertama : Buah Hawa @ Buah Zuriat 6630 views dengan 15 komentar.
kedua : Puisi Ilmu 3045 views 1 komentar
ketiga : Hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah 1583views
keempat : Mukjizat al Quran 1550 views
kelima : Penentangan terhadap penjajahan british 1917-1920 1105 views.

Perkiraan ini diambil berdasarkan berapa kali paparan di blog ini di baca sejak 2007 sehingga 3 januari 2012.  

Tuesday, December 27, 2011

Ya ALlah selamatkan Syria!

mungkin artikel ini agak lewat menemui pembaca di sini. Tetapi dari terus menyepi saya merasa terpanggil untuk menyeru para pembaca mendoakan kesejahteraan saudara kita seagama di Syria. Mereka sangat memerlukan doa kita. Berkata Uwais al Qarni " doa kepada sahabat semasa ketiadaannya lebih baik dari menziarahi mereka kerana dalam ziarah itu mungkin timbul riya'. "

Kenapa mendoakan Syria?

Kini syria dalam ancaman yang hebat. Bukan ada penjajahan bukan perang saudara tetapi kezaliman diktator Basyar al Fasad. Mereka dipaksa menerima Basyar atau memilih kematian. Kini Basyar sedang menunjukkan taringnya yang paling ganas. Sejak 10-11 bulan yang lalu sudah belasan ribu rakyat syria di bunuh ada yang bersebab dan tidak bersebab.

Kezaliman yang tidak layak dimaafkan.

baru ini saya ada mendengar dari seorang kenalan dari syria dia menceritakan bahawa jirannya dikehendaki oleh penguasa syria lalu melarikan diri dan dia sebenarnya baru setahun berkahwin. Dia melarikan diri dengan meninggalkan isteri dan anak yang baru berusia seminggu. Apabila mereka mengetahui rumahnya lalu rumahnya diserbu dan isterinya disoal tentang kedudukannya. Malangnya si isteri tidak mengetahui keberadaan suaminya. Lalu diugut dengan memegang bayi itu secara songsang. andaikata si isteri tidak bekerjasama maka akan di hempas anak ini ke tanah. Si isteri memang tidak boleh bekerjasama kerana dia tidak mengetahui maklumat yang mereka inginkan lalu anaknya terpaksa menerima pembunuhan yang ngeri di hadapannya. Inilah kezaliman pihak berkuasa syria.

Rakyat Syria memilih maut berbanding mengiktiraf Basyar.

Dalam kisah yang lain seorang pemuda di tangkap semasa tunjuk perasaan dan dia sedang melaung jahanam Basyar! lalu dipaksa dia melaung hidup Basyar dengan pukulan -pukulan ganas tetapi dia enggan lalu di pukul secara beramai-ramai dan di letakkan gambar Basyar di hadapannya lalu dipaksa dia sujud pada gambar itu sebelum sempat dia menyentuh lantai lalu diludahnya potret diktator itu sebelum dibelasah sampai mati.

Ada pihak beranggapan tunjuk perasaan di Syria ini adalah di dalangi Amerika dan sekutunya. Sebenarnya ia tidak ada kena mengena dengan spekulasi ini. apa yang berlaku di sana semata-mata adalah kebangkitan rakyat yang sudah mual dengan kezaliman pemerintahan syiah alawiyy. Syria kini bersekongkol dengan Yahudi dalam menaja beberapa pemberontakan di Turki agar pemimpin Turki tidak mengganggu operasi kezaliman mereka di lokasi masing-masing.

Semoga Allah membantu saudara kata di sana dan membebaskan semua negara umat Islam dari pemerintahan yang zalim.

Thursday, October 20, 2011

Another one down... Abdullah Ali Salleh will be next?

Ini pengajaran tambahan bagi yang gila dan tamakkan kuasa. Akhirnya kematian yang hina. Kita selalu doa kita hidup mulia dan mati dalam keadaan yang baik.

mudahan pemimpin yang ada mengambil pengajaran. Kematian Gadafi satu lagi kemenangan buat pejuang revolusi. BN jangan biarkan gerakan revolusi menjatuhkan kalian. Bersihkanlah SPR dari sekarang.

Wednesday, October 19, 2011

2000 Dolar seorang sebagai saguhati kepada bekas tawanan.


Alhamdulillah Kejayaan Pmebebasan 1027 tawanan HAMAS dari tahanan ZIonis telah berjalan lancar dan khaled Mesy'al mengungkapkan penghargaannya pada kerajaan baru Mesir. HAMAS bagaimanapun ditekan oleh presiden Perancis supaya mengiktiraf Israel dan menghentikan serangan ke atas Yahudi di dalam tanah jajahan mereka. 

Bagaimanapun ini tidak ada kaitan dengan kehendak HAMAS dalam membebaskan Jil'ad Syalit melainkan membebaskan tahanan mereka dari penjara Yahudi. Ismael Haniyeh mengisytiharkan cenderahati bagi bekas tawanan ini setiap orang 2000 US Dolar yang mana jumlah keseluruhan adalah 588 ribu dolar untuk tujuan itu.

Khaled Mesy'al menyifatkan ini merupakan 1/3 dari kejayaan intifadhah kali ini.

HIMPUN pertahan agama atau diperalatkan?

Pada 22 hari bulan ini akan dianjurkan satu kempen perhimpunan sejuta umat untuk membela dan mempertahankan akidah umat islam melayu malaysia. Persoalannya berbaloikah? Berkesankah? Relevankah?

Saya setuju kita mempertahankan umat dari gejala murtad bahkan kita mesti memerangi gejala ini. Persoalannya bagaimana kita perangi? di mahkamah? di media? dalam pentas politik? di sekolah? Buat perhimpunan damai?

Sebenarnya Umat Islam perlu sedar dan jelas Murtad bukan masalah siapa-siapa melainkan masalah kita semua. Untuk apa kita himpun dan hebahkan? kita nak beritahu yang kita dah tak boleh nak jaga penganut sendiri pada orang kafir? jadi bolehlah lepas ini orang kafir takut atau simpati dengan kemurungan dakwah kita dan diam tak buat dakyah mereka pada umat kita?

Kita sebenarnya perlu sedar murtad ini berlaku kerana kekurangan kita dalam dakwah dan tarbiyah dalam umat. Bahkan Islam di Malaysia sangat lembab berkembang pada yang bukan Islam. Kita dikagumi sebagai negara Islam yang paling bersistematik dalam pengurusan. Tetapi kita menguruskan benda dan dokumen sahaja. Kita tak mampu mengurus modal insan dan juga peribadi rakyat.

Sekolah kita tak mampu melahirkan pelajar yang cintakan agama dan tanah air. Sekiranya mereka menjadi pegawai besar mereka terlibat dalam rasuah. Sekiranya menjadi pegawai kecil mereka pecah amanah, sekiranya menjadi buruh mereka bermalasan bahkan ketika mereka menjadi guru mereka cuma melepaskan batuk di tangga. Bukanlah semua tetapi inilah yang menjadi fenomena.

Tambahan kini kita sudah downgrade kementerian pendidikan kepada kementerian pelajaran. Kita hanya mahukan kulit isinya kita biarkan berulat. Kalau revolusi pendidikan tidak berlaku kita takkan dapat selamatkan akidah umat ini walaupun kita buat demo berjadual.

Bagaimana mahu merombak sistem pendidikan kalau pemerintah sendiri suka melihat peranan agama dalam pelajaran diremehkan. Mari kita lihat di universiti contohnya: fakulti agama lebih menekankan kajian lapangan walaupun dalam pengajian falsafah keagamaan seperti usul fiqih dan lain lainnya. Sedangkan kita memerlukan kajian-kajian bahan lebih lagi kerana sampai kini kita belum memiliki silibus dan juga enakmen yang kuat dalam perlaksanaan agama di negara kita.

Kita masih gagal melaksanakan pembahagian faraid dalam harta pusaka. Kita masih gagal menjadikan masjid institusi terpenting dalam komuniti Islam. Masjid sekadar menjadi tempat solat bagi sesetengah penduduk di Malaysia.

Dari sini kita mungkin mengatakan apa salahnya kita mulakan dengan perhimpunan sejuta umat ini?
Soalan ini saya sangsikan dengan soalan siapakah sebenarnya pendukung perhimpunan ini? apakah motif sebenar mereka?

Mungkin tiada bukti untuk mengatakan Himpunan ini hanyalah untuk menempel di celah celah isu yang sangat banyak perlu dijawab oleh kerajaan. Sehinggakan sudah menjadi trend kerajaaan hari ini mengelak dari menjawab isu dengan menimbulkan isu baru. akhirnya kita hanya ada persoalan dan tiada jawapan.

Saya mengesyaki kes murtad ini dijadikan isu tenggelam timbul kerajaan BN ini kerana kenapa kerajaan tidak menyediakan satu enakmen yang kukuh dan jitu untuk membendung gejala murtad ini? Apakah dengan alasan kita negara majmuk kita boleh mengabaikan perlembagaan yang Islam ini agama rasmi? Bukanlah kita mahu memaksakan Islam pada semua. Tetapi kedaulatan Islam tidak boleh dicabul dalam negara ini. Apakah yang lebih menghina Islam dari menanggalkan ISlam dari jiwa penganutnya???

Sudahlah! jangan buang masa rakyat dengan kempen-kempen buang duit dan masa ini. Perbetulkan diri kita dan sama sama kita ubah negara ini ke arah Negeri yang baik dan mendapat keampunan Allah.

Monday, October 17, 2011

pertukaran tawanan.

jil'ad Shalit akan ditukarkan dengan lebih 1027 tawanan HAMAS dalam penjara Zionis akan dibebaskan dua peringkat Shalit akan dipindahkan ke Mesir dahulu sebelum diserahkan kepada ZIONIS. Manakala pertukaran pengintip Zionis Iylan Ghrabel dengan semua tawanan Mesir di penjara Zionis. Setakat hari ini sudah lebih 400 orang.

kita mendoakan kejayaan pertukaran tawanan ini.

Monday, September 19, 2011

Israel mula memasuki timur Ghaza.



semalam 19-9-2011.Tentera Zionis, Sempadan timur Ghazza, berikutan dakwaan mereka jatuhnya roket di Naqab.

Sumber tempatan Zionis berkata "sesungguhnya tentera penjajah diperkuatkan dengan beberapa kereta kebal yang dibawa oleh 2 trailer Tentera memasuki sejauh 300 meter dari perlintasan Syuhada " Nahil Auz" Timur Ghazza,"



Wednesday, September 14, 2011

saya terjemahkan khas untuk rosmah mansor dan Najib Razak,

Allah merahmati mereka yang mengetahui kadar dirinya.
Terjemahan Abu Aliyyah.

Telah sampai kepada Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz bahawa salah seorang anaknya menempah cincin dari perak bernilai 1000 Dirham. Maka Umar pun mengutuskan surat kepada anak baginda:

"Aku mendapat tahu anaknda menempah cincin perak berharga 1000 dirham, maka juallah ia, dan sedekahkan pada 1000 orang yang lapar dengan harganya, dan tempahlah cincin dari besi dan tulislah di atasnya; Allah merahmati seseorang yang tahu kadar dirinya."

Sunday, September 11, 2011

Tarbiyah selepas Ramadhan..

Kita mungkin pernah dengar hadith... maksudnya lebih kurang

"sekiranya kamu menyembah Ramadhan, ramadhan telah berlalu. Sembahlah Allah! Allah Maha Hidup takkan Mati."

Tetapi memahaminya membawa kita kepada meletakkan diri kita dalam skop tarbiyah pasca Ramadhan.
Apa maknanya?

Kita terus menerus melakukan ibadah yang kita lakukan secara bersemangat dalam Ramadhan. dari segi puasa, qiyam, tilawah, menjaga diri dari maksiat, menjaga pandangan, makan sekadarnya dan segalanya.

Serta matlamat Ramadhan juga kita adaptasikan ke dalam hidup selepas ramadhan iaitu mencari ketaqwaan. Seterusnya mencari keredhaan Allah sebanyak-banyaknya untuk bekalan mati.

di sinilah kita melihat betapa maksud hadith ini bertepatan dengan kita :

"Katakanlah aku telah beriman dengan Allah kemudian beristiqamahlah."

Istiqamah itu ciri orang bertaqwa. Nak mencapai istiqamah ini kena ada muhasabah, muraqabah dan muaqabah. Selamat mendidik hati. Banyakkan membaca tentang bagaimana menjaga hati.

Tuesday, September 06, 2011

Risalah untuk pemuda Islam.

Pendahuluan :

Di sana beberapa perkara yang mesti difahami dan dijelaskan sebelum bercakap mengenai negara dan agama pada zaman sekarang. Juga sebelum kita menghukum betul atau salah menjadikan agama antara tunggak terbinanya negara pada abad ke dua puluh[1] ini. Kurun kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan kemanusiaan dan globalisasi.

1. Hakikat Pertama: Agama dan negara dalam pergolakan politik serta kebebasan memerintah dalam masyarakat Eropah.

Sekiranya gereja di Rom tidak membolot peranan kekuasaan dan kerajaan (sejak Kristinisasi berpindah ke Eropah) tidak akan wujud di eropah perebutan kuasa antara puak “agama” dan puak “negara”, dan tidak akan dikenali falsafah yang muncul selepas revolusi Perancis pada akhir kurun ke 18 yang menjadi pemisah antara dua pihak dalam menyerahkan kuasa dalam masyarakat Eropah.

Seandainya Gereja Kristian Rom hanya memperluaskan pengawasannya pada perlaksanaan peribadi kristian dari segi akhlak, tanpa melihat dirinya sebagai badan politik tidak mungkin akan tercetus haluan sekular, dalam pemisahan negara dari agama dalam peraturan kuasa masyarakat barat. Maka golongan sekular ketika melihat kepada tiada hak campur tangan agama dalam negara, sebenarnya ia memaksudkan “agama”adalah (gereja) sebagai badan pemilik kuasa. Tetapi bukanlah ia bermaksud menafikan secara mutlak nilai-nilai agama kristian atau tidak beramal dengannya dan menjaganya.

Adapun masyarakat Perancis ketika ini[2] (adalah yang kelima dalam salasilah republik-republik selepas Revolusi Perancis.) masih lagi mempamerkan diri mereka sebagai pemelihara mazhab katholik di dunia ini. Manakala British mendokong mazhab Protestan di mana jua.[3]

Adapun Ruh al Masih tertera dalam undang-undang kerajaan sekular di masyarakat-masyarakat Eropah dan Amerika (terutamanya dalam undang-undang kekeluargaan). Sepertimana juga ia diambil sebagai panduan dalam mengambil keputusan dalam dan luar negara. Negara Sweden- negara yang paling bebas dari beragama di Eropah sejak perang dunia kedua. Tetapi dalam menanggapi peperangan saudara di Nigeria antara Biavara dan orang Islam merekalah yang mendahului dunia dalam membela puak Biavara kerana mazhab katholiknya.

Tiada keraguan sama sekali bahawa maksud memisahkan agama dan negara dalam tanggapan Sekular adalah memisahkan kuasa gereja dari kuasa negara.

2. Hakikat kedua: Makna kerajaan Tuhan , ia sebenarnya adalah kerajaan gereja Katholik.

Maka gereja ini berpendapat: dia memerintah di dunia ini sebagai ganti bagi Allah mereka mendakwa Allah sebagai tuhan bapa, dan ruh Quds, maka baginya tiada kesalahan dalam perkataan dan ketaatan padanya adalah menjadi kewajipan penganutnya. Pihak gereja sahaja berhak mentafsirkan kitab suci. Pope merupakan ketua kerajaan tuhan yang mewarisi 3 perinsip:

a- Maksum perkataannya.

b- Penganut Katholik wajib taat padanya.

c- Mempunyai hak mentafsirkan kitab Suci.

Dalam peribadi Pope diangkat dari manusia biasa ke peringkat yang Suci, setelah dia menjasadkan di dalam dirinya gereja dan dirinya menjadi jasad kepada 3 peranan tuhan dalam trinity : Ayah , Anak dan Ruh qudus.

Sekiranya yang menggambarkan perbezaan dalam halatuju sekular antara agama dan negara sebenarnya ia khilaf dalam prinsip-prinsip kristian itu sendiri. Negara dalam masyarakat Eropah dalam halatuju urusan mereka … telah salah dalam hubungan antara keduanya , beginilah gambaran yang salah dalam menggambarkan kehidupan kerajaan Islam semasa zaman Rasulullah( atau sehingga zaman Khilafah ar Rashidah) dengan menganggap ia kerajaan Tuhan iaitu satu kerajaan yang maksum dari kesalahan , atau kerajaan suci, dengan aggapan Pemimpin sebagai pengganti Allah di muka bumi, serta dia berhak mentafsir al Quran.

Maka dalam Islam ada perinsip Ijtihad:

a- Dalam lingkungan bukan maksum dari kesalahan dalam pandangan dan perkataan di sisi keterangan asas-asas Islam, disamping menjaga manusia muslim peringkat kemanusiaannya di antara salah dan tepat.

b- Seterusnya memberikan dalam masa yang sama untuk Fikah Islam perbaikan kepada peristiwa-peristiwa dan perkembangan-perkembangan dalam kehidupan masyrakat insan.

Mana-mana individu, atau kerajaan Islam melaksanakan Kitab Allah maka dia tidak terkeluar dari lingkungan “Ijtihad” dalam perlaksanaan. Iaitu berkitar antara silap dan tepat dalam tindakannya. Oleh itu tiada kerajaan Tuhan dalam Islam. Sepertimana tiada agama dan negara di dalamnya; iaitu tiada dua penguasa : yangmana satu menguasai agama maka dialah pihak yang dimuliakan untuk memegang pemerintahan.

Maka kerajaan Islam adalah kerajaan kemanusiaan yang bersandarkan kepada kitab Allah dalam perlaksanaan.

Islam Menekankan kepada sikap individu dan politik umat bersama-sama. Tidak dikenali dalam Islam campur aduk dalam kekuasaan dan tidak pula pemisahan antara agama dan negara.

Adapun keraguan dalam 2 hakikat ini merupakan hasil dari ikut-ikutan dan perpindahan dari pemikiran barat tanpa di sana keaslian dalam memahami perinsip-perinsip Islam pada peniru-peniru atau penyalin budaya.

Maka beginilah : perinsip-prinsip Kristian adalah rukun utama dalam sistem Sekular yang berdiri di atas pemisahan di antara dua kuasa: Agama dan masa; dalam kelakuannya, perundangannya dan pendiriannya. Kemungkinan kita tidak dapati dalam masyrakat mereka hari ini( ia berbeza dengan masyrakat Atheis yang Materialis) Kuasa semasa akan menidakkan Prinsip kristian sekalipun ia mungkin menimbulkan perbalahan dengan kuasa Gereja.

Kalaupun tidak disebut dalam perlembagaan Sekular Ungkapan kristian sebagai Agama rasmi maka ini kerana sistem ini mahu menunjukkan (sekurang-kurangnya dari sudut zahir) dengan prinsip “sama-rata” dan “tidak membeza-bezakan” dengan sebab agama dalam menjaga individu-individu dan melaksanakan undang-undang yang dikeluarkan.




[1] Risalah ini dibukukan pada April 1970.

[2] Ketika risalah ini di tulis.

[3] Ini dibuktikan dalam pendirian Britain dalam perang saudara Nigeria sejak ditubuhkan pada 1968 menentang Biavara manakala Perancis menyokong Biavara kerana Biavara berpegang dengan mazhab Katholik. Begitu juga halatuju pemerintahan Perancis sentiasa cenderung dengan keinginan Vatikan dan keakraban Perancis dengan Amerika Latin adalah kerana mazhab agama mereka ini menunjukkan agama masih menjadi pemacu kepada pemerintahan Sekular Perancis yang mendokong Katholik.

tulis.

[3] Ini dibuktikan dalam pendirian Britain dalam perang saudara Nigeria sejak ditubuhkan pada 1968 menentang Biavara manakala Perancis menyokong Biavara kerana Biavara berpegang dengan mazhab Katholik. Begitu juga halatuju pemerintahan Perancis sentiasa cenderung dengan keinginan Vatikan dan keakraban Perancis dengan Amerika Latin adalah kerana mazhab agama mereka ini menunjukkan agama masih menjadi pemacu kepada pemerintahan Sekular Perancis yang mendokong Katholik.

Wednesday, August 24, 2011

Ghaza kembali bergolak.

Penjajah sedang bertempur hebat dengan Saraya al Quds. Saraya al Quds adalah sayap ketenteraan bagi harakah Jihad Islamiy.

Penjajah telah membedil beberapa kawasan di sekitar Ghaza manakala Saraya al Quds melepaskan beberapa roket al Jarrad ke sekitar tanah jajahan.

untuk hari ini 25 ogos, sudah 3 syuhada' gugur beserta 4 dari harakah saraya al Quds cedera manakala ramai orang Awam yang turut menjadi mangsa.

Monday, August 22, 2011

jom berubah

Saya pernah diperi tahu, Turki takkan boleh kalahkan Israel, Iran lagilah mustahil, Syria dah jelas takkan mampu, Sudan memang jauh, Saudi tidak pernah serius, Mesir yang barupun takkan sanggup.

Lalu saya meneka mungkin kita semua akan mengusir Yahudi dari tanah suci sekiranya kita bersatu. Tetapi saudara itu menegaskan itupun adalah tak mungkin. Saya bertanya habis apakah hanya HAMAS yang mampu? memandangkan dia orang HAMAS. Dia kata nauzubillah untuk dia beriktikad begitu, hanya ALlahlah yang akan membebaskan tanah sucinya.

Saya melopong. Mereka bekerja siang dan malam untuk membebaskan tanah itu dari bangsa yang memusuhi Allah. Tetapi sedetikpun akidah mereka pada kuasa Allah tidak terjejas.

Apatah lagi kita yang memang tidak buat apapun dan tidak korbankan apapun untuk mengusir kezaliman dari tanah air kita. Apakah kita rasakan kita yang akan meruntuhkan kezaliman ini? Nauzubillah dari perkiraan sebegitu.

Mungkin ada yang bertanya untuk apa usaha kita semua? Inilah yang dinamakan oleh Said Nursiy doa dengan lisan al Hal. Iaitu bahagian kedua bagi doa. Doa dengan tindakan. Selepas doa dengan lisan. jangan lupa pula setiap amalan kita ke arah kebaikan itu ada pahala dan merupakan pelaburan yang Allah simpan di akhirat.

Allah tidak bertanya nanti apa hasil kerja kita, Allah bertanya apa kerja kita... Jom bekerja dan berdoa.

Sunday, August 21, 2011

Regim ketiga yang tumbang... bila giliran regim seterusnya.

Kini rakyat Libya merayakan kebebasan mereka dari Ghaddafi. Seolah syawal telah menjelma di sana. Apapun mudahan kemenangan ini akan mendekatkan lagi mereka dengan Allah.

Apapun kita masih menanti dua lagi regim tumbang iaitu di Syria dan Yaman. Kemusnahan regim regim ini diharap dapat mempercepatkan pembebasan Palestin.

Semua menolak kewujudan pemimpin dari jalur yang sama melebih 3 dekad. Malaysia apakah kita juga sudah sampai masanya berubah>?

Monday, August 15, 2011

kesucian al Quds.

Islamiyah al Quds… Apakah maknanya?

Oleh: Dr Muhammad ‘Ammarah.

Terjemahan: Abu ‘Aliyah.

Al Quds, Seluruh tanah al Quds adalah tanah haram yang suci. Sebagaimana bumi Mekah seluruhnya adalah tanah haram yang suci. Al-Quran telah menyebutkan bandar ini dengan perkataan Masjid, sebelum ia dimasuki oleh orang Islam, serta sebelum dibina di dalamnya masjid-masjid orang Islam. Maka ia adalah masjid sepertimana Mekah adalah masjid (yang mana ia sebagai Kiblat Sujud) ia bermula pada 2 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun berlakunya Israk Mikraj.

“Maha suci Allah yang memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid al Aqsha yang kami berkati sekitarnya bagi kami menunjukkan antara tanda-tanda Kami, sesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – al Isra’:1

Maka Israk itu telah berlaku dari Mekah (sebagai sebuah Masjid) ke al Quds (sebagai sebuah Masjid). Israk menjadi pengikat antara dua tanah haram yang suci ini. Ia juga merupakan tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Peristiwa ini menjadikan ikatan yang menjasadkan kesatuan agama Allah merentasi semua kenabian dan risalah… Masjid al Haram adalah rumah Allah yang pertama dibina untuk manusia di muka bumi. Ia juga adalah Kiblat bagi umat risalah penutup. Ketika Allah mengikat antara Mekah dan al Quds melalui peristiwa Israk, iaitu antara kiblat nabi-nabi yang terdahulu dengan kiblat nabi terakhir melambangkan kepada kesatuan risalah uluhiyah dan kepada kesempurnaan Islam dan kepada menghimpun semua Aqidah Islam yang beriman dengan setiap rasul-rasul dan risalah-risalah dari Adam a.s hinggalah kepada Muhammad s.a.w tidak kami bezakan seorangpun dari rasul-rasulNya. Jika orang Muslim yang menamakan kota ini “al Quds” dan “al Quds al Syarif” dan “Baitul Muqaddis” dan “al Haram al Qudsiy”, Sejak mereka mula membuka kota ini pada tahun 15 H, iaitu ketikamana namanya ketika itu dikenali sebagai “Iliya al Kubro”. Mereka telah menukarkan namanya dengan nama-nama mulia ini bagi menyebarkan kemuliaannya. Pada hal ketika itu belum dibina satupun masjid orang Islam, dan belum ada seorangpun penduduknya memeluk Islam!

Mereka telah berinteraksi dengan al Quds dengan muamalah sebagai Kota Haram yang suci. Telah jelas pegangan ini dalam peristiwa-peristiwa pembukaan. Maka sebagaimana Mekah Haram yang suci oleh itu diharamkan pembunuhan di dalamnya… begitulah juga pejuang Islam ketika membuka bandar al Quds, mereka mengepungnya di bawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah, sehinggalah penduduknya cenderung kepada perdamaian tanpa tercetus peperangan; kerana ia adalah tanah Haram yang diharamkan padanya pembunuhan… bahkan kesucian ini menjadi akidah yang dipelihara sepanjang plot-plot sejarah.

Maka walau tentera Salib yang menumpahkan dan dan menakluki al Quds pada 496h/1099m telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Muslim selama 7 hari. Tidak seorangpun di kalangan mereka menyerahkan al Aqsha sehinggalah mereka disembelih oleh tentera Salib, sehingga mengalir darah di Masjid seperti sungai, dan mencemarkan tentera Salib dengan ladam kuda-kuda mereka! Walaupun begitu Salahuddin al Ayyubi 532-579h/1137-1193h melayani al Quds sebagai kota haram yang suci, tidak boleh dan haram menumpahkan darah padanya… maka beliau mengepungnya 583h/1187m sehinggalah tentera Salib mencari perdamaian dan menyerah… maka ia bukanlah sekadar kota… bahkan ia adalah tanah haram sebagaimana yang diungkap oleh Solahuddin :

“ Ia adalah warisan kita dan warisan semua agama… di dalamnya berkumpul para malaikat… darinya diangkat Nabi kita ke langit.”

Kesucian al Quds.

Kerana Islam menganggap al Quds sebagai kota yang suci, dengan menganggapnya sebagai masjid dan tanah haram dan kiblat bagi kenabian yang lalu… oleh kerana Islam sahaja yang menjadikan keimanan pada semua nabi dan semua risalah yang lalu sebagai sebahagian dari akidahnya. Pemerintah Islam memiliki keistimewaan melalui sejarah ketuanan politik bagi Daulah Islamiyah di Kota al Quds dengan menyebarkan kesuciannya bagi semua penduduk al Quds dari setiap agama samawi.

Thursday, August 11, 2011


kisah pagi ini: ada 2 pemuda masuk ke dalam masjid. Mereka mendapati ada seorang lelaki sedang bersolat sunat. sedang mereka duduk-duduk mereka sedikit kagum dengan solat pemuda yang seorang itu. Lalu mereka memuji solatnya sujudnya yang baik, rukuknya yang cantik dan qiyamnya yang panjang.

    • Penjebat Tuah bisik-bisik mereka ini sampai ke telinga orang yang sedang solat lalu di tambahlah panjang solatnya sehingga mereka berdua menambah pujian ke atasnya.
      Lebih kurang seminit yang lalu · 
    • Penjebat Tuah Semasa dia masih dalam solat belum sempat memberi salam kedua pemuda tadi bangun dan keluar dari masjid. cepat-cepat lelaki yang solat tadi menamatkan solatnya lalu mengejar mereka berdua.
      beberapa saat lalu · 
    • Penjebat Tuah Dengan wajah yang terpinga-pinga 2 pemuda ini memandang lelaki tadi. Lalu dengan muka yang bersungguh-sungguh lelaki ini menyatakan :" aku juga tak tinggal puasa isnin dan khamis."
      2 saat yang lalu · 

Sunday, July 31, 2011

Tahniah....!

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang masih hidup untuk ramadhan kali ini. Ingat perlepasan dari neraka sedang diedarkan pada malam-malamnya. Keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda pada setiap detiknya.

Jangan anda mati sebelum ajal.

Friday, July 29, 2011

urgent

msg dr presiden PMRAM Mesir: 
Salam, kami drpd pihak PMRAM ada masalah.Pihak Kedutaan Malaysia memberikan maklumat yg slh kpd pihak Al-Azhar,Justeru mrka mahu mengharamkan PMRAM...mhn pd smua buat solat hajat utk kami, Slmtkan PMRAM n mahasiswa Mesir....mhn sebarkan seruan ini dlm web masing2....syukran

Wednesday, July 27, 2011

PMku tak suka Kuning, Rakyatnya sedang jatuh cinta dengan kuning.

Bila org kata jangan itulah yang seronok sangat. Itulah perangai orang bawahan, tidak kiralah anak, staf, cucu, pelajar, adik ataupun rakyat.

Bila kita mengaku jadi orang atasan kita kenalah bertindak sebagai orang atasan. Jangan dibebalkan kepala atau disenakkan hati memang kita akan pertahankan ego dan berlakulah persengketaan. Selalu manusia akan salahkan yang di bawah kononnya orang bawahan ini sedikit sembab dan lembab. Tapi apa kebijakan orang atasan kalau sekadar mempertahankan ego?

Kalau ibu kata jangan pakai baju baru anak memanglah masih geram tak dapat pakai sebab baju itu baharu. Kalau cikgu kata jangan pakai pen merah murid memanglah suka yang merah itu sebab ianya cantik. Jika abang kata jangan naik motor abang memanglah adik teringin sangat nak naik motor abang yang power.

Masalahnya bila PM kata jangan pakai baju kuning... apasal tak boleh? kenapa plak salah pakai baju kuning? sejak bila kuning ini jadi warna dosa? Sami kena tukar kaler rasmilah? Habis kaler kat bendera kita tuh buat apa ? nak tukar? Ini kira menghina warna kebangsaan. ha, sudah. PM menghina warna kebangsaan?

Celik la sikit hati tuh. kot-kot PM pernah kena demam kuning. Demam kuning ni bahaya dengan warna kuning. Kalau PM dah demam kan kita kena tukar yang baru? Susah juga nak cari PM yang pandai jaga duit rakyat ni. Sapa nak jaga duit rakyat lepas ni?

Dahlah pakailah baju warna lain. Sian PM. Ke kamu ni dah tak suka PM ni wujud kat dunia ni?

Monday, July 25, 2011


Jom Siapkan diri anda. BONANZA Pahala datang lagi. 
1 Ibadah Sunat= 1 Ibadah Fardhu.
1 Ibadah Fardhu = 70 Pahala fardhu
1 huruf = 10- 7000 pahala.

Special offer at night:
setiap malam akan ada 10000 dibebaskan dari list ahli neraka.

Special offer for last night of Ramadhan;
100,000 akan direwardkan dengan perlepasan dari ahli neraka.

ready to rumble...!