Ghaza masih belum aman selagi Israel tidak diselesaikan. Petang Ahad semalam Israel mengebom Bandar Ghaza dan juga sebelah sempadannya. Israel kini dalam kempen pilihanraya dan kempen mereka seperti kempen di kalangan syaitan. siapa yang menjanjikan kerosakan paling besar bagi umat manusia maka merekalah yanga akan terpilih.
Kini netenyahu mencanang akan memerangi Iran jika dia menjadi perdana menteri. Benarlah kata Erdogan mereka ini berperibadi penggganas dan perangai mereka menjadi bukti kepada jenayah mereka.
Mahmud Abbas kini dalam usaha menggagalkan percubaan HAMAS mewujudkan satu ikatan baru perjuangan Pembebasan Palestin dan mendakwa HAMAS cuba menghapuskan PLO. Inilah yang berlaku Israel menyerang secara fizikal pengkhianat pengkhianat menyerang dari sudut politikal. Ini sungguh menyedihkan.
Kenapa HAMAS perlu pertahankan kuasa di Ghaza dan merebutnya di Ramallah dari tangan Fatah? Soalan ini akan diajukan bagi mereka yang membaca dan mendengar dari sumber sediaan barat seperti AFP Reuters dan seumpamanya. Saya tidak menyatakan semua sumber Arab menyebelahi HAMAS bahkan Ramattan kadang-kadang mempertikaikan HAMAS. Jadi saya berasa bersyukur apabila sudah ada orang Malaysia sendiri di Ghaza. Walaupun sebagai doktor ia sangat berbaloi. Kita harap selepas ini wartawan akan menyertai NGO bagi menyeludup berita sebenar keluar.
clik sini untuk catatan wakil Haluan di Ghaza.
No comments:
Post a Comment