Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Tuesday, February 24, 2009

HAMAS serahkan pilihan ditangan rakyat Palestin.


HAMAS menyatakan segala pilihan terbuka kepaada rakyat Palestin bagi menentukan masa depan kesucian dan keadaan bangsa Palestin. Dalam seruan HAMAS pada semua pejuang kemerdekaan Palestin dan pembelaan bangsa itu dari ditindas rejim Zionis agar bersatu di bawah satu panji perjuangan iaitu Islam.


HAMAS turut mendedahkan rancangan-rancangan yahudi bagi merobohkan masjid Al Aqsa dan mengusir penghuni Palestin di sekitarnya. HAMAS menyifatkan perancangan jahat ini boleh dihadapi oleh Palestin sekiranya mereka bersatu. Inilah fungsi yang dimainkan oleh Fatah bagi pihak yahudi. Mereka akan mengapikan perpecahan dan menjadi talibarut yahudi bagi kepentingan politik yang tidak akan pergi ke mana.


mereka telah digelapkan dari pandangan yang lurus dengan dunia dan dosa-dosa mereka. hal ini sangat menyedihkan kerana mereka masih mendapat kepercayaan beberapa negara Islam contohnya Malaysia.


Bagaimanapun saya ingin maklumkan bahawa Ulama seluruh dunia sekarang ini sedang memepersiapkan beberapa perkara yang menjurus ke arah pembentukan semula Khilafah Islam. Beberapa siri seminar Ulama antarabangsa sedang berlangsung dan akan terus berlangsung sehinggalah tertegaknya sebuah Khilafah. Jadi sesiapa yang merasakan Islam takkan menang ketahuilah bahawa ISlam sedang menghampiri kemenangan dan ingatlah pertolongan Allah itu hanya pada mereka yang Ikhlas.


Jangan kita terlalu pesimis dengan khabar-khabar yang dibawa ejen propaganda sebenarnya Islam sedang menuju ke puncak kemenangan dengan lancar dan tersusun. Ingatlah ALLAH adalah Tuhan sekalian alam dan takkan pernah tewas. Maka sertailah Parti ALlah dan perangilah parti Syaitan. Mulakan hari ini.

No comments: