nagi menjawab beberapa persoalan yang diajukan saya meneydiakan artikel ringkas ini. Saya tampilkan nota ringkas ini berdasarkan apa yang ada dalam kepala saya sekali lalu. jika ada maklumat yang salah atau kurang tepat harap betulkan dalam komen.
HAMAS singkatan dari harakah muqawamah Islamiyah. Beerti gerakan penentangan (terhadap penjajahan Israel) Islamiy. perkataan HAMAS itu sendiri adalah beerti bisikan jihad atau suara semangat. ditubuhkan pada 1987 oleh As-Syahi Syeikh Yassin yang merupakan anggota Ikhwan yang dibuang negeri. Diasaskan Hamas bersama dengan Syahid Abdul Aziz Rantissi. kedua dua mereka Syahid pada tahun 2006. untuk makluman Syeikh Yassin lumpuh semasa hidupnya tetapi syahid dibom oleh Apatchi.
Hamas menubuhkan sayap ketenteraannya di atas nama pejuang Izzuddin Qassam dan dinamakan kataib Izzuddin Qassam juga digelar Tullab Ayyash sempena nama pereka bom pertama untuk HAMAS. Sayap tet\ntera ini ditubuhkan pada tahun 1992 setelah lima tahun barulah gerakan HAMAS melancarkan Intifadhah pertama. Ini adalah hasil didikan HAMAS kepada pejuang pejuangnya. Pengem\bom berani mati dari HAMAS bukanlah seperti yang barat gambarkan dalam filem-filem mereka. Mereka diberi training yang lengkap dan mereka bukanlah dipilih secara rambang atau semberono. Ramai yang mendaftar diri untuk operasi suci ini tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja berpeluang mati sebagai Syahid. Semua latar belakang diambil kira.
Setelah beberapa lama HAMAS berjuang untuk membebaskan Palestin akhirnya pada 2007 Mereka dipilih rakyat untuk memimpin perjuangan ini secara menyeluruh dalam pilihanraya parlimen. Mereka memenangi majority percalonan. Ini menjadikan HAMAS memerintah tebing barat dan Ghaza. Namun semua bantuan kemanusiaan ditarik oleh PBB dan kesatuan eropah. Ditambah pula dengan sekatan ekonomi dan tekanan dari dlaam oleh FATAh. setelah HAMAS digulingkan di tebing barat mereka memusatkan penguasaan ke atas Ghaza. Sebelum serangan terbaru Israel ke Atas ghaza. Mereka telah mengepung Ghaza dari sebarang kegiatan ekonomi selama enam bulan.
HAMAS telah melahirkan 15000 kanak kanak Huffaz dalam masa tidak sampai 2 tahun. Mereka menjadikan 90 peratus dari sumber kewangan Ghaza untuk kemudahan rakyat dari segi makanan perubatan dan pendidikan. Inilah yang dunia katakan jenayah. menegakkan keadilan dan memperjuangkan kemerdekaan serta menyalurkan keadilan adalah jenayah kini.
Jika ditanya saya siapa pula Fatah Saya akan jawab Fatah itu umpama UMNO di Malaysia. Berunding untuk mengemis kemerdekaan dari penjajah. Semoga Allah bantu pejuang yang berani dan bermaruah dan musnahkan pemimpin munafiq dari perjuangan. Sekian wassalam.
2 comments:
route map dgn yahudi hanyalah helah semata2.......fatah byk membuang masa dgn bersidang dgn rejim zionis.
Apa yg diperjuangkan HAMAS patutnya disokong krn mrk menolak berdamai dgn perompak yg mau berkongsi rumah dgn empunya asal.........
Allahumman suril Islam wa 'aizzal muslimin!!!
Salam Umaq...
Saya hargai keperihatinan saudara di atas BUMI Palastine.
Satu persoalan sahaja...
UMNO adalah FATAH?
Dan FATAH adalah UMNO?
agak radikal Pemikiran Saudara.
Perlukah semua perjuangan membabitkan senjata?
Jika rundingan itu gagal maka mungkin senjata adalah medium rundingan yang efektif.
Selagi peperangan boleh di elak.
UMNO kini mungkin FATAH..
Tapi bukan UMNO di bawah PIMPINAN Dato' Onn dan Tunku.
Ayman Siddiq
Post a Comment