Mungkin kalau orang filem baca analisa rambang ini mereka akan rasa ia satu analisa cetek seorang penonton yang tak berpengalaman. Sebenarnya baru baru ini aku dan rakan rakan baru pasang TV satelite yang ada 322 channel dan 1## tidak perlu berbayar. Jadi, kami berpeluang mengikuti perkembangan dunia dan juga perkembangan dunia perfileman.
Dalam banyak-banyak siaran negara arab yang selalu kami tonton boleh dikatakan 70 peratus darinya filem Inggeris. Aku hampir menyoal diri kenapa orang Islam tidak larat nak buat filem sebaik Hollywood atau sekurang-kurangnya semacam Bollywood. Aku baru sahaja menonton Slumdog Millionaire katanya itu filem orang Islam dari mesir tetapi dilakonkan di India. Aku kurang selidik tapi jalan ceritanya bagus dan lakonannya juga hidup gambar yang real. seolah olah melihat reality. Begitu juga filem filem Iran yang berkaliber sehinggakan baru-baru ini sudan menjemput Iran membuka kelas perfileman di negara mereka.
Masalahnya sekarang kita tahu Amerika filemnya propaganda yahudi. Kita tahu British filemnya propaganda kristian. Apakah usaha kita untuk menentang mereka dalam arus ini? saya juga baru selesai menonton filem antoo fighter dan cicakman. kesimpulan yang saya buat setelah membandingkan beberapa filem inggeris, china, iran, India dan filem kita (Malaysia). Saya nampak mentaliti penonton bagi filem filem ini sangat berbeza. Hollywood suka mempamerkan kebijakan mereka sampai kadang kadang mereka menipu untuk mengatakan mereka bijak. China dengan harga diri mereka yang kononnya tinggi tak boleh dibeli dengan dunia. Iran dengan nilai kemanusiaan mereka yang kreatif diolah dalam filem yang menyentuh jiwa. India menipu dunia dengan kisah cinta sedangkan mereka lebih dikenali dengan hati kering dan kejam (terbukti dalam peristiwa MAsjid Babri). Tetapi filem kita? Saya hairan kenapa orang filem negara kita suka mempamerkan gaya bodoh dan dialog lemah dalam filem.
Antoo Fighter grafiknya agak baik tapi filemnya sampah. Cicakman begitu meniru filem superhero barat dan kostum yang buruk. Kita tengok puteri Gunung Ledang gebang modal juta juta itu sudah menggiurkan naluri hantu movie saya untuk menonton tapi dialognya hancur. Saya suka filem melayu seperti Leftenan Adnan Embun Paloh bukan kerana sejarah tetapi kerana bahasa dan latarnya bagus. Kita lihat orang kita cuba mementaskan mesej dengan seni. Tetapi ya ada adegan adegan Haram yang mesti dielakkan dalam cerita-cerita itu.
Saya tak pasti berapa kali pengarah kita ulang tonton filemnya sebelum di layar perakkan. Tetapi saya pasti ianya sekadar nak bagi siap. Penonton melayu bukan kisah sangat yang penting mereka ada cerita nak pergi panggung. Inilah sebab orang kita tak maju dalam industri ini. Sudahlah tidak menguntungkan bangsa, merugikan pula. kita ada penulis-penulis yang bagus. Ramlee Awang Mursyid ada banyak novel thriller yang baik untuk difilemkan. Faisal Tehrani juga bagus dalam karya fiksyen sejarahnya. Kisah cinta tak perlu diberi saranan orang melayu sudah pandai buat cerita cinta sedangkan kini cinta hanya jadi pemanis mulut dalam cerita.
kita perlu belajar buat filem dalam keadaan menjaga adat, jaga agama dan juga jaga seni. cukuplah cerita-cerita bodoh seperti zombi kampung pisang, antoo fighter dan seumpamanya. Kita sudah berada di era membangun. Bangunkan anak bangsa kita bina jati diri. sepatutnya kita sudah filemkan konflik politik negara. Konflik poltik negara kita menarik dan unik penuh satira jadi apa salahnya kita jadikan ianya filem?
6 comments:
apa pendapat enta dengan karya Yasmin Ahmad, pernah nonton? namanya dan filemnya agak gah di mata orang kita dan juga antarabangsa.
ana lebih kepada filem berunsur sejarah kerana kita tak blh nafikan bahawa dialognya bagus (sudah tentu skripnya dipelihara kerana ia cerita sejarah).
Cerita sejarah juga tidak akan pernah lari dari elemen cinta. Paloh, Embun, Leftenan Adnan juga begitu.
Kombinasi tersebut yang membuatkan ia nampak hidup dan bertambah bagus.
Teruskan menulis.
Yasmin Ahmad ada agenda jahat dalam seni pentas. Dia bagai pejuang liberal yang berjuang dalam karya.
Filem terbarunya yang bakal terbit lebih banyak noda dari yang lepas. Kekeliurannya pada agama disebar dan diterjemah sesuka hati merupakan ancaman pada akidah org kita.
penat menonton movie yg merapu
(-_-)
penat jugak baca novel2 cinta yg xde motif
Ana dan Yasmin Ahmad sekampung. Tetapi tidak pernah mengenalinya sehinggalah dia popular.
Ana juga pernah terfikir perkara yang sama saat pertama kali menonton karyanya.
Sayang sekali. Dia punya idea yang bagus akan tetapi dia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Bagaimana kita mahu terangkan kepada orang sebegini bahawa apa yang dia sampaikan adalah biasan dari kekeliruan agama kerana mungkin kurang pemahaman terhadap agama itu sendiri.
Sayang seribu kali sayang. Bagai jatuh ditimpa tangga, generasi muda pula semakin ghairah. Menyokong membuta tuli.
liberal dan orang yang mengamalkannya lalu menterjemahkan di dalam filem-ibarat lantana..mata agama juga mata nafsu tidak sama malah tidak boleh sama sekali di samakan..
mata nafsu dan mata agama tidak sama&tak boleh di samakan sama sekali..
Post a Comment