Thursday, March 05, 2009
Mahdi Akif : Mahakamah ICC anti Arab.
Setelah mahkamah ICC memutuskan pengesahan waran tangkap untuk Basyir semalam Rata rata pendukung politik Islam mengutuk mahkamah itu dan mempertikaikan keputuisannya yang jelas menunjukkan sikap anti Islam dan Arab.
Mahdi Akif yang merupakan mursyidul am Ikhwan di Mesir menyatakan bahawa semua negara Arab mesti menarik diri dari menjadi anggota mahkamah jenayah antarabangsa itu sebagai protes kepada tindakan terhadap basyir yang dianggap sebagai anti Arab.
Manakala naibnya mempertikaikan di mana Mahkamah ICC ketika Ghaza diganyang oleh Israel dan apakah tindakan kepada penjenayah perang Israel ehud Olmert dan lizniy?? Muhammad Habib merupakan naib mursyidul Am ikhwan di Mesir.
Tunjuk perasaan mengutuk pengadilan berunsurkan politik ini turut diadakan di Jordan,Lubnan dan Palestin. China menggesa PBB menghentikan keputusan Mahkamah jenayah antarabangsa. manakala Amerika menyeru agar Sudan men\uruti keputusan MAhkamah.
Bagaimanapun naib presiden 2 Ali Usman Toha menyatakan Basyir tetap akan menjalankan tugas sebagai presiden Sudan seperti biasa dan mahkamah jenayah perlu berurusan dengan kementerian dlaam negara. Adapun kesatuan Afrika akan bersidang di Addis Ababa bagi mencari penyelesaian bagi kes Basyir dan ICC. Ali Usman Toha turut menyatakan Khartoum akan meletakkan isu ini di bawah skop memebebaskan Sudan dari sebarang penjajahan kuasa asing.
Disamping itu Naib presiden 2 ini turut menegaskan negara-negara Arab dan Afrika serta kumpulan negara negara G77 menyokong Basyir dan ia bukanlah satu Mujamalah atau cakapa kosong tetap[i sebagai bukti ketuanan Sudan diiktiraf dan diperakui dunia luar yang bebas dari cengkaman Yahudi dan AMerika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
serangan barat kali ni lbh hebat dr dulu2.
sudan sudah biasa hidup dlm parit yg diserang hendap. dan sudan berjaya melepasinya.
apa yg penting (ni bkn ayat wonder pet), doa dan bergantung sepenuhnya pada Allah maha tinggi.
sesetengah penganalisis terlalu yakin dengan politik sudan yg bijak dan licik. sehingga kadang2, seolah2, lupa pada Allah yang maha mengatur.
teringat pada hadis nabi yg dibca umar basyir dalam satu perhimpunan (kalu tak silap kat Saahatul Khadra'): kalaulah mereka berhimpun utk memudaratkan engkau dengan sesuatu, mereka tdk dpt memudaratkan engkau dengan sesuatu pun melainkan dengan apa yg telah ditetapkan oleh Allah.
Post a Comment