Semalam aku habiskan sekitar 200 ringgit cari buku buku untuk di belek belek sepanjang masa lapang. Dalam sedang pilih pilih buku aku terfikir buku apa yang nak aku baca dan beli sedangkan banyak lagi buku aku di Malaysia yang belum habis di baca.Tapi bila fikir ttg kekosongan yang ada disekeliling aku maka tangan ini dengan selamba menukarkan not 50 usd untuk dihabiskan di kedai buku.
Belek punya belek akhirnya aku buat keputusan untuk beli beberapa buku bacaan dan buku rujukan. Aku beli kitah Tafsir Fathul Qadir Imam Syaukani sebab semua kitab tafsir aku dah hantar balik. Mereka Yang Memegunkan Aku Ramadhan al Buthiy. Dewan Hassan Ibnu Thabit dah lama tak baca buku syair saja nak bagi biasa balik ngan bacaan Syair Arab. Dua buah buku penting untuk sem depan ilmu lughah dan juga fiqhul Lughah. Mengambil Jalan Selamat adalah buku ustaz Abdul Halim yang ingin aku dapatkan kupasan mengenai masalah tasawwuf dan tareqat.
Masa balik dari kedai buku aku tertanya apakah yang boleh aku lakukan untuk memastikan aku beramal dengan ilmu yang aku duk belajar sekarang ni. Aku terasa musim aku lalui di sudan ini sangat panjang dan kosong. hampir 8 tahun aku tempuhi dari seorang yang tekun belajar sehingga menjadi seorang senior yang malas dan kaku.
Aku tertanya tanya apakah dengan memberi ceramah umum pada manusia kita dikira mengamalkan ilmu atau itu hanya medan kalam? ada sesapa yang nak jawab? Aku bersoal sendirian apakah niat sebenar aku mnyampaikan sebuah ceramah? apakah ingin mengajar? memperlihatkan ilmu? mendidik? berkongsi? atau hanya mencari duit?
Sehinggakan persoalan itu terbawa kepada penulisan blog ini? untuk apa wujudnya blog ini? apakah ada orang yang mendapat manfaat darinya atau hanya menjadi tempat longgokan karya aku sahaja? melihat hits yang boleh tahan membuatkan aku bersemangat untuk menaip di sini. Tetapi apakah kalian semua ini mendapat manfaat dari himpunan aksara pada layar skrin maya ini?
Aku memang melalui musim yang lapang dan lohong. Kalian sibukkanlah diri kalian dengan ilmu dan ibadah. Doakan diri ini kembali bersemangat dan hidup.
3 comments:
"sampaikan padaku walau satu ayat"
It is 3 in 1 ustaz. You teach,educate and share the knowledge. And we appreciate it. So keep blogging in your own way with your own style.
dah lama tak bergelumang dgn buku2.
lagha sungguh!. byk bc benda lain. tgk la nanti. tgh pk nak bawak buku2 berkotak2 tu ke uia.
Apa-apa pun kita buat, ingat untuk tebus segala dosa, supaya dapat bersama-sama dengan para anbiya' dan orang-orang soleh. Paling bermakna dan kekal.
Insya'Allah.
Biasalah, semangat kita akan turun dan naik. Macam iman...
Post a Comment