Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Monday, September 19, 2011

Israel mula memasuki timur Ghaza.



semalam 19-9-2011.Tentera Zionis, Sempadan timur Ghazza, berikutan dakwaan mereka jatuhnya roket di Naqab.

Sumber tempatan Zionis berkata "sesungguhnya tentera penjajah diperkuatkan dengan beberapa kereta kebal yang dibawa oleh 2 trailer Tentera memasuki sejauh 300 meter dari perlintasan Syuhada " Nahil Auz" Timur Ghazza,"



Wednesday, September 14, 2011

saya terjemahkan khas untuk rosmah mansor dan Najib Razak,

Allah merahmati mereka yang mengetahui kadar dirinya.
Terjemahan Abu Aliyyah.

Telah sampai kepada Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz bahawa salah seorang anaknya menempah cincin dari perak bernilai 1000 Dirham. Maka Umar pun mengutuskan surat kepada anak baginda:

"Aku mendapat tahu anaknda menempah cincin perak berharga 1000 dirham, maka juallah ia, dan sedekahkan pada 1000 orang yang lapar dengan harganya, dan tempahlah cincin dari besi dan tulislah di atasnya; Allah merahmati seseorang yang tahu kadar dirinya."

Sunday, September 11, 2011

Tarbiyah selepas Ramadhan..

Kita mungkin pernah dengar hadith... maksudnya lebih kurang

"sekiranya kamu menyembah Ramadhan, ramadhan telah berlalu. Sembahlah Allah! Allah Maha Hidup takkan Mati."

Tetapi memahaminya membawa kita kepada meletakkan diri kita dalam skop tarbiyah pasca Ramadhan.
Apa maknanya?

Kita terus menerus melakukan ibadah yang kita lakukan secara bersemangat dalam Ramadhan. dari segi puasa, qiyam, tilawah, menjaga diri dari maksiat, menjaga pandangan, makan sekadarnya dan segalanya.

Serta matlamat Ramadhan juga kita adaptasikan ke dalam hidup selepas ramadhan iaitu mencari ketaqwaan. Seterusnya mencari keredhaan Allah sebanyak-banyaknya untuk bekalan mati.

di sinilah kita melihat betapa maksud hadith ini bertepatan dengan kita :

"Katakanlah aku telah beriman dengan Allah kemudian beristiqamahlah."

Istiqamah itu ciri orang bertaqwa. Nak mencapai istiqamah ini kena ada muhasabah, muraqabah dan muaqabah. Selamat mendidik hati. Banyakkan membaca tentang bagaimana menjaga hati.

Tuesday, September 06, 2011

Risalah untuk pemuda Islam.

Pendahuluan :

Di sana beberapa perkara yang mesti difahami dan dijelaskan sebelum bercakap mengenai negara dan agama pada zaman sekarang. Juga sebelum kita menghukum betul atau salah menjadikan agama antara tunggak terbinanya negara pada abad ke dua puluh[1] ini. Kurun kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan kemanusiaan dan globalisasi.

1. Hakikat Pertama: Agama dan negara dalam pergolakan politik serta kebebasan memerintah dalam masyarakat Eropah.

Sekiranya gereja di Rom tidak membolot peranan kekuasaan dan kerajaan (sejak Kristinisasi berpindah ke Eropah) tidak akan wujud di eropah perebutan kuasa antara puak “agama” dan puak “negara”, dan tidak akan dikenali falsafah yang muncul selepas revolusi Perancis pada akhir kurun ke 18 yang menjadi pemisah antara dua pihak dalam menyerahkan kuasa dalam masyarakat Eropah.

Seandainya Gereja Kristian Rom hanya memperluaskan pengawasannya pada perlaksanaan peribadi kristian dari segi akhlak, tanpa melihat dirinya sebagai badan politik tidak mungkin akan tercetus haluan sekular, dalam pemisahan negara dari agama dalam peraturan kuasa masyarakat barat. Maka golongan sekular ketika melihat kepada tiada hak campur tangan agama dalam negara, sebenarnya ia memaksudkan “agama”adalah (gereja) sebagai badan pemilik kuasa. Tetapi bukanlah ia bermaksud menafikan secara mutlak nilai-nilai agama kristian atau tidak beramal dengannya dan menjaganya.

Adapun masyarakat Perancis ketika ini[2] (adalah yang kelima dalam salasilah republik-republik selepas Revolusi Perancis.) masih lagi mempamerkan diri mereka sebagai pemelihara mazhab katholik di dunia ini. Manakala British mendokong mazhab Protestan di mana jua.[3]

Adapun Ruh al Masih tertera dalam undang-undang kerajaan sekular di masyarakat-masyarakat Eropah dan Amerika (terutamanya dalam undang-undang kekeluargaan). Sepertimana juga ia diambil sebagai panduan dalam mengambil keputusan dalam dan luar negara. Negara Sweden- negara yang paling bebas dari beragama di Eropah sejak perang dunia kedua. Tetapi dalam menanggapi peperangan saudara di Nigeria antara Biavara dan orang Islam merekalah yang mendahului dunia dalam membela puak Biavara kerana mazhab katholiknya.

Tiada keraguan sama sekali bahawa maksud memisahkan agama dan negara dalam tanggapan Sekular adalah memisahkan kuasa gereja dari kuasa negara.

2. Hakikat kedua: Makna kerajaan Tuhan , ia sebenarnya adalah kerajaan gereja Katholik.

Maka gereja ini berpendapat: dia memerintah di dunia ini sebagai ganti bagi Allah mereka mendakwa Allah sebagai tuhan bapa, dan ruh Quds, maka baginya tiada kesalahan dalam perkataan dan ketaatan padanya adalah menjadi kewajipan penganutnya. Pihak gereja sahaja berhak mentafsirkan kitab suci. Pope merupakan ketua kerajaan tuhan yang mewarisi 3 perinsip:

a- Maksum perkataannya.

b- Penganut Katholik wajib taat padanya.

c- Mempunyai hak mentafsirkan kitab Suci.

Dalam peribadi Pope diangkat dari manusia biasa ke peringkat yang Suci, setelah dia menjasadkan di dalam dirinya gereja dan dirinya menjadi jasad kepada 3 peranan tuhan dalam trinity : Ayah , Anak dan Ruh qudus.

Sekiranya yang menggambarkan perbezaan dalam halatuju sekular antara agama dan negara sebenarnya ia khilaf dalam prinsip-prinsip kristian itu sendiri. Negara dalam masyarakat Eropah dalam halatuju urusan mereka … telah salah dalam hubungan antara keduanya , beginilah gambaran yang salah dalam menggambarkan kehidupan kerajaan Islam semasa zaman Rasulullah( atau sehingga zaman Khilafah ar Rashidah) dengan menganggap ia kerajaan Tuhan iaitu satu kerajaan yang maksum dari kesalahan , atau kerajaan suci, dengan aggapan Pemimpin sebagai pengganti Allah di muka bumi, serta dia berhak mentafsir al Quran.

Maka dalam Islam ada perinsip Ijtihad:

a- Dalam lingkungan bukan maksum dari kesalahan dalam pandangan dan perkataan di sisi keterangan asas-asas Islam, disamping menjaga manusia muslim peringkat kemanusiaannya di antara salah dan tepat.

b- Seterusnya memberikan dalam masa yang sama untuk Fikah Islam perbaikan kepada peristiwa-peristiwa dan perkembangan-perkembangan dalam kehidupan masyrakat insan.

Mana-mana individu, atau kerajaan Islam melaksanakan Kitab Allah maka dia tidak terkeluar dari lingkungan “Ijtihad” dalam perlaksanaan. Iaitu berkitar antara silap dan tepat dalam tindakannya. Oleh itu tiada kerajaan Tuhan dalam Islam. Sepertimana tiada agama dan negara di dalamnya; iaitu tiada dua penguasa : yangmana satu menguasai agama maka dialah pihak yang dimuliakan untuk memegang pemerintahan.

Maka kerajaan Islam adalah kerajaan kemanusiaan yang bersandarkan kepada kitab Allah dalam perlaksanaan.

Islam Menekankan kepada sikap individu dan politik umat bersama-sama. Tidak dikenali dalam Islam campur aduk dalam kekuasaan dan tidak pula pemisahan antara agama dan negara.

Adapun keraguan dalam 2 hakikat ini merupakan hasil dari ikut-ikutan dan perpindahan dari pemikiran barat tanpa di sana keaslian dalam memahami perinsip-perinsip Islam pada peniru-peniru atau penyalin budaya.

Maka beginilah : perinsip-prinsip Kristian adalah rukun utama dalam sistem Sekular yang berdiri di atas pemisahan di antara dua kuasa: Agama dan masa; dalam kelakuannya, perundangannya dan pendiriannya. Kemungkinan kita tidak dapati dalam masyrakat mereka hari ini( ia berbeza dengan masyrakat Atheis yang Materialis) Kuasa semasa akan menidakkan Prinsip kristian sekalipun ia mungkin menimbulkan perbalahan dengan kuasa Gereja.

Kalaupun tidak disebut dalam perlembagaan Sekular Ungkapan kristian sebagai Agama rasmi maka ini kerana sistem ini mahu menunjukkan (sekurang-kurangnya dari sudut zahir) dengan prinsip “sama-rata” dan “tidak membeza-bezakan” dengan sebab agama dalam menjaga individu-individu dan melaksanakan undang-undang yang dikeluarkan.




[1] Risalah ini dibukukan pada April 1970.

[2] Ketika risalah ini di tulis.

[3] Ini dibuktikan dalam pendirian Britain dalam perang saudara Nigeria sejak ditubuhkan pada 1968 menentang Biavara manakala Perancis menyokong Biavara kerana Biavara berpegang dengan mazhab Katholik. Begitu juga halatuju pemerintahan Perancis sentiasa cenderung dengan keinginan Vatikan dan keakraban Perancis dengan Amerika Latin adalah kerana mazhab agama mereka ini menunjukkan agama masih menjadi pemacu kepada pemerintahan Sekular Perancis yang mendokong Katholik.

tulis.

[3] Ini dibuktikan dalam pendirian Britain dalam perang saudara Nigeria sejak ditubuhkan pada 1968 menentang Biavara manakala Perancis menyokong Biavara kerana Biavara berpegang dengan mazhab Katholik. Begitu juga halatuju pemerintahan Perancis sentiasa cenderung dengan keinginan Vatikan dan keakraban Perancis dengan Amerika Latin adalah kerana mazhab agama mereka ini menunjukkan agama masih menjadi pemacu kepada pemerintahan Sekular Perancis yang mendokong Katholik.

Wednesday, August 24, 2011

Ghaza kembali bergolak.

Penjajah sedang bertempur hebat dengan Saraya al Quds. Saraya al Quds adalah sayap ketenteraan bagi harakah Jihad Islamiy.

Penjajah telah membedil beberapa kawasan di sekitar Ghaza manakala Saraya al Quds melepaskan beberapa roket al Jarrad ke sekitar tanah jajahan.

untuk hari ini 25 ogos, sudah 3 syuhada' gugur beserta 4 dari harakah saraya al Quds cedera manakala ramai orang Awam yang turut menjadi mangsa.

Monday, August 22, 2011

jom berubah

Saya pernah diperi tahu, Turki takkan boleh kalahkan Israel, Iran lagilah mustahil, Syria dah jelas takkan mampu, Sudan memang jauh, Saudi tidak pernah serius, Mesir yang barupun takkan sanggup.

Lalu saya meneka mungkin kita semua akan mengusir Yahudi dari tanah suci sekiranya kita bersatu. Tetapi saudara itu menegaskan itupun adalah tak mungkin. Saya bertanya habis apakah hanya HAMAS yang mampu? memandangkan dia orang HAMAS. Dia kata nauzubillah untuk dia beriktikad begitu, hanya ALlahlah yang akan membebaskan tanah sucinya.

Saya melopong. Mereka bekerja siang dan malam untuk membebaskan tanah itu dari bangsa yang memusuhi Allah. Tetapi sedetikpun akidah mereka pada kuasa Allah tidak terjejas.

Apatah lagi kita yang memang tidak buat apapun dan tidak korbankan apapun untuk mengusir kezaliman dari tanah air kita. Apakah kita rasakan kita yang akan meruntuhkan kezaliman ini? Nauzubillah dari perkiraan sebegitu.

Mungkin ada yang bertanya untuk apa usaha kita semua? Inilah yang dinamakan oleh Said Nursiy doa dengan lisan al Hal. Iaitu bahagian kedua bagi doa. Doa dengan tindakan. Selepas doa dengan lisan. jangan lupa pula setiap amalan kita ke arah kebaikan itu ada pahala dan merupakan pelaburan yang Allah simpan di akhirat.

Allah tidak bertanya nanti apa hasil kerja kita, Allah bertanya apa kerja kita... Jom bekerja dan berdoa.

Sunday, August 21, 2011

Regim ketiga yang tumbang... bila giliran regim seterusnya.

Kini rakyat Libya merayakan kebebasan mereka dari Ghaddafi. Seolah syawal telah menjelma di sana. Apapun mudahan kemenangan ini akan mendekatkan lagi mereka dengan Allah.

Apapun kita masih menanti dua lagi regim tumbang iaitu di Syria dan Yaman. Kemusnahan regim regim ini diharap dapat mempercepatkan pembebasan Palestin.

Semua menolak kewujudan pemimpin dari jalur yang sama melebih 3 dekad. Malaysia apakah kita juga sudah sampai masanya berubah>?

Monday, August 15, 2011

kesucian al Quds.

Islamiyah al Quds… Apakah maknanya?

Oleh: Dr Muhammad ‘Ammarah.

Terjemahan: Abu ‘Aliyah.

Al Quds, Seluruh tanah al Quds adalah tanah haram yang suci. Sebagaimana bumi Mekah seluruhnya adalah tanah haram yang suci. Al-Quran telah menyebutkan bandar ini dengan perkataan Masjid, sebelum ia dimasuki oleh orang Islam, serta sebelum dibina di dalamnya masjid-masjid orang Islam. Maka ia adalah masjid sepertimana Mekah adalah masjid (yang mana ia sebagai Kiblat Sujud) ia bermula pada 2 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun berlakunya Israk Mikraj.

“Maha suci Allah yang memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Haram ke Masjid al Aqsha yang kami berkati sekitarnya bagi kami menunjukkan antara tanda-tanda Kami, sesungguhNya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” – al Isra’:1

Maka Israk itu telah berlaku dari Mekah (sebagai sebuah Masjid) ke al Quds (sebagai sebuah Masjid). Israk menjadi pengikat antara dua tanah haram yang suci ini. Ia juga merupakan tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Peristiwa ini menjadikan ikatan yang menjasadkan kesatuan agama Allah merentasi semua kenabian dan risalah… Masjid al Haram adalah rumah Allah yang pertama dibina untuk manusia di muka bumi. Ia juga adalah Kiblat bagi umat risalah penutup. Ketika Allah mengikat antara Mekah dan al Quds melalui peristiwa Israk, iaitu antara kiblat nabi-nabi yang terdahulu dengan kiblat nabi terakhir melambangkan kepada kesatuan risalah uluhiyah dan kepada kesempurnaan Islam dan kepada menghimpun semua Aqidah Islam yang beriman dengan setiap rasul-rasul dan risalah-risalah dari Adam a.s hinggalah kepada Muhammad s.a.w tidak kami bezakan seorangpun dari rasul-rasulNya. Jika orang Muslim yang menamakan kota ini “al Quds” dan “al Quds al Syarif” dan “Baitul Muqaddis” dan “al Haram al Qudsiy”, Sejak mereka mula membuka kota ini pada tahun 15 H, iaitu ketikamana namanya ketika itu dikenali sebagai “Iliya al Kubro”. Mereka telah menukarkan namanya dengan nama-nama mulia ini bagi menyebarkan kemuliaannya. Pada hal ketika itu belum dibina satupun masjid orang Islam, dan belum ada seorangpun penduduknya memeluk Islam!

Mereka telah berinteraksi dengan al Quds dengan muamalah sebagai Kota Haram yang suci. Telah jelas pegangan ini dalam peristiwa-peristiwa pembukaan. Maka sebagaimana Mekah Haram yang suci oleh itu diharamkan pembunuhan di dalamnya… begitulah juga pejuang Islam ketika membuka bandar al Quds, mereka mengepungnya di bawah pimpinan Abu Ubaidah ibnu Jarrah, sehinggalah penduduknya cenderung kepada perdamaian tanpa tercetus peperangan; kerana ia adalah tanah Haram yang diharamkan padanya pembunuhan… bahkan kesucian ini menjadi akidah yang dipelihara sepanjang plot-plot sejarah.

Maka walau tentera Salib yang menumpahkan dan dan menakluki al Quds pada 496h/1099m telah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Muslim selama 7 hari. Tidak seorangpun di kalangan mereka menyerahkan al Aqsha sehinggalah mereka disembelih oleh tentera Salib, sehingga mengalir darah di Masjid seperti sungai, dan mencemarkan tentera Salib dengan ladam kuda-kuda mereka! Walaupun begitu Salahuddin al Ayyubi 532-579h/1137-1193h melayani al Quds sebagai kota haram yang suci, tidak boleh dan haram menumpahkan darah padanya… maka beliau mengepungnya 583h/1187m sehinggalah tentera Salib mencari perdamaian dan menyerah… maka ia bukanlah sekadar kota… bahkan ia adalah tanah haram sebagaimana yang diungkap oleh Solahuddin :

“ Ia adalah warisan kita dan warisan semua agama… di dalamnya berkumpul para malaikat… darinya diangkat Nabi kita ke langit.”

Kesucian al Quds.

Kerana Islam menganggap al Quds sebagai kota yang suci, dengan menganggapnya sebagai masjid dan tanah haram dan kiblat bagi kenabian yang lalu… oleh kerana Islam sahaja yang menjadikan keimanan pada semua nabi dan semua risalah yang lalu sebagai sebahagian dari akidahnya. Pemerintah Islam memiliki keistimewaan melalui sejarah ketuanan politik bagi Daulah Islamiyah di Kota al Quds dengan menyebarkan kesuciannya bagi semua penduduk al Quds dari setiap agama samawi.

Thursday, August 11, 2011


kisah pagi ini: ada 2 pemuda masuk ke dalam masjid. Mereka mendapati ada seorang lelaki sedang bersolat sunat. sedang mereka duduk-duduk mereka sedikit kagum dengan solat pemuda yang seorang itu. Lalu mereka memuji solatnya sujudnya yang baik, rukuknya yang cantik dan qiyamnya yang panjang.

    • Penjebat Tuah bisik-bisik mereka ini sampai ke telinga orang yang sedang solat lalu di tambahlah panjang solatnya sehingga mereka berdua menambah pujian ke atasnya.
      Lebih kurang seminit yang lalu · 
    • Penjebat Tuah Semasa dia masih dalam solat belum sempat memberi salam kedua pemuda tadi bangun dan keluar dari masjid. cepat-cepat lelaki yang solat tadi menamatkan solatnya lalu mengejar mereka berdua.
      beberapa saat lalu · 
    • Penjebat Tuah Dengan wajah yang terpinga-pinga 2 pemuda ini memandang lelaki tadi. Lalu dengan muka yang bersungguh-sungguh lelaki ini menyatakan :" aku juga tak tinggal puasa isnin dan khamis."
      2 saat yang lalu · 

Sunday, July 31, 2011

Tahniah....!

Saya mengucapkan tahniah kepada semua pembaca yang masih hidup untuk ramadhan kali ini. Ingat perlepasan dari neraka sedang diedarkan pada malam-malamnya. Keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda pada setiap detiknya.

Jangan anda mati sebelum ajal.

Friday, July 29, 2011

urgent

msg dr presiden PMRAM Mesir: 
Salam, kami drpd pihak PMRAM ada masalah.Pihak Kedutaan Malaysia memberikan maklumat yg slh kpd pihak Al-Azhar,Justeru mrka mahu mengharamkan PMRAM...mhn pd smua buat solat hajat utk kami, Slmtkan PMRAM n mahasiswa Mesir....mhn sebarkan seruan ini dlm web masing2....syukran

Wednesday, July 27, 2011

PMku tak suka Kuning, Rakyatnya sedang jatuh cinta dengan kuning.

Bila org kata jangan itulah yang seronok sangat. Itulah perangai orang bawahan, tidak kiralah anak, staf, cucu, pelajar, adik ataupun rakyat.

Bila kita mengaku jadi orang atasan kita kenalah bertindak sebagai orang atasan. Jangan dibebalkan kepala atau disenakkan hati memang kita akan pertahankan ego dan berlakulah persengketaan. Selalu manusia akan salahkan yang di bawah kononnya orang bawahan ini sedikit sembab dan lembab. Tapi apa kebijakan orang atasan kalau sekadar mempertahankan ego?

Kalau ibu kata jangan pakai baju baru anak memanglah masih geram tak dapat pakai sebab baju itu baharu. Kalau cikgu kata jangan pakai pen merah murid memanglah suka yang merah itu sebab ianya cantik. Jika abang kata jangan naik motor abang memanglah adik teringin sangat nak naik motor abang yang power.

Masalahnya bila PM kata jangan pakai baju kuning... apasal tak boleh? kenapa plak salah pakai baju kuning? sejak bila kuning ini jadi warna dosa? Sami kena tukar kaler rasmilah? Habis kaler kat bendera kita tuh buat apa ? nak tukar? Ini kira menghina warna kebangsaan. ha, sudah. PM menghina warna kebangsaan?

Celik la sikit hati tuh. kot-kot PM pernah kena demam kuning. Demam kuning ni bahaya dengan warna kuning. Kalau PM dah demam kan kita kena tukar yang baru? Susah juga nak cari PM yang pandai jaga duit rakyat ni. Sapa nak jaga duit rakyat lepas ni?

Dahlah pakailah baju warna lain. Sian PM. Ke kamu ni dah tak suka PM ni wujud kat dunia ni?

Monday, July 25, 2011


Jom Siapkan diri anda. BONANZA Pahala datang lagi. 
1 Ibadah Sunat= 1 Ibadah Fardhu.
1 Ibadah Fardhu = 70 Pahala fardhu
1 huruf = 10- 7000 pahala.

Special offer at night:
setiap malam akan ada 10000 dibebaskan dari list ahli neraka.

Special offer for last night of Ramadhan;
100,000 akan direwardkan dengan perlepasan dari ahli neraka.

ready to rumble...!

Wednesday, July 20, 2011

Dunia Bayanganku

Saya membayangkan dunia melangkah ke belakang dalam sistem sosialnya. Saya membayangkan masyarakat yang pemalu, saya membayangkan masyarakat yang prihatin.

Dalam masa yang sama saya membayangkan manusia sudah tidak pedulikan sijil berfail-fail. Tidak menghiraukan duit berikat-ikat.

Dalam membayangkan yang indah dan tenang itu saya membayangkan kembali manusia hidup tanpa arah tujuan. Saya membayangkan pula manusia hidup dengan bermalas-malasan.

Tetapi bayangan ini diteruskan dengan angan-angan kepada manusia yang berkasih-sayang dan berurusan atas dasar itu. Bercita-cita kepada dasar bantu membantu. kadangkala saya berbayang-bayang apakah ada orang lain membayangkan situasi dunia yang kembali berpegang pada kata-kata lebih dari kertas?

Apakah peribadi itu dinilai oleh kertas yang bercetak? Kaya dengan wang, pandai dengan sijil, warga dengan kad pengenalan, ikatan dengan sijil-sijil, mulia dengan akuan dan penghargaan, jasa dengan pingat dan begitulah saya bayangkan dunia yang orang makan apa yang ditanam dan ternak, saya bayangkan pemimpin menggunakan  hartanya untuk kebajikan, saya bayangkan rakyat yang sayang kepada pemimpin.

Tapi sayang tidak semua yang kita bayangkan itu adalah apa yang orang lain bayangkan.

Monday, July 18, 2011

Sheikh Raid Solah dibebaskan.

Syeikh Raid Solah dibebaskan selepas direman 3 minggu dalam penjara Bedford Utara London

Kemudian Syeikh telah menuju ke penginapannya di London, selepas dibebaskan dengan keputusan dari mahkamah tinggi yang dikeluarkan Jumaat dengan ikat jamin dan syarat-syarat yang lain , antaranya tidak dibenarkan memberi Khutbah ataupun ucapan politik.

Pertubuhan -pertubuhan Islam di Britain menyifatkan pembebasan Syeikh dengan jaminan adalah kemenangan besar dan penghujahan akan disediakan bagi menjawab pembohongan-pembohongan Zionis bagi mempertahankan Syeikh.

Hakim mahkamah tinggi London memutuskan wang ikat jamin Syeikh sebanyak 20,000 pound Sterling dan mengarahkan pemasangan pagar elektronik dan memastikan keberadaannya setiap hari.

Hakim berkata bahawa : sesungguhnya tiada bukti yang menunjukkan Syeikh Solah boleh menggugat keamanan rakyat Britain atau membahayakan orang awam.

pendengaran semula kes Syeikh Raid pada September akan datang.


Thursday, July 14, 2011

Siapa Raid Solah?
Beliau adalah pemimpin gerakan Islam di "ISrael" yang disebut sebagai tanah 48. Beliaulah yang membongkarkan penggalian terowong di bawah masjidil Aqsha. 
Kini beliau di tahan di Britain atas desakan zionis. Tanpa sebarang kesalahan. Beliau ditangkap sebaik sahaja turun dari pesawat di lapangan terbang.

Tuesday, July 12, 2011

Ramadhan apa persediaannya?

Ramadhan dah dekat dah. Adakah kita sudah bersedia untuk menjadikan ramadhan kali ini ramadhan terbaik dalam hayat kita?

Kalau belum mari sama-sama kita persiapkan. Apa yang perlu disiapkan?
Pertama: ilmu dalam masalah dan juga ibadah Ramadhan.
Kedua: kesediaan hati dalam mengejar taqwa yang dijanjikan dalam ramadhan.
Ketiga : Persediaan jasad untuk mengumpul sebanyak mungkin kemuliaan yang ditawarkan dalam Ramadhan.

Ramadhan sedang mendatang. Kerinduan kita akan terubat, tetapi apakah Ramadhan kali ini menjanjikan kemuliaan atau sebaliknya untuk kita? rugi jika kita bertemu ramadhan tanpa apa apa peningkatan.

Get ready to the fiest.

Saturday, July 09, 2011

Polis Vs Rakyat = Najib Takut

Bersih 2.0 merupakan ujian pada pendirian pasukan pengaman negara. Rakyat mahukan keadilan dalam pilihanraya tetapi ia seolah kemahuan yang berdosa bagi Kerajaan Malaysia kini. Rakyat mahukan negara yang lebih bebas dalam meluahkan pandangan tetapi kerajaan merasakan kebebasan bersuara boleh menggugat keamanan.


Oleh kerana kerajaan tidak selesa dengan perhimpunan bersih maka diarahkan Polis dan juga FRU menyuraikan perhimpunan walau dengan apa jua cara. Rakyat dan Polis sebenarnya tiada permusuhan. Tetapi masalahnya Polis dan FRU digunakan sepenuh kehendak oleh PM dan sekutunya.

Kisah permusuhan ialah rakyat dan kerajaan. Polis pula dikudakan dan diarahkan menjadi perisai politik kerajaan. Walaupun bukan semua rakyat terlibat dalam demonstrasi bukanlah jadi sebab untuk mereka yang keluar dibelasah, diikat dan dizalimi. Hak mereka untuk menyatakan pandangan mereka sepatutnya diberi. Sekalipun Malaysia tak mahu dijadikan negara ISlam sekurang-kurangnya jadikanlah Malaysia negara merdeka yang bebas untuk berfikir dan berpendirian.

Polis dan rakyat sebenarnya sentiasa dalam kesepakatan pandangan. Rakyat mahukan keamanan begitu juga polis. Rakyat mahukan kemajuan begitu juga polis. Rakyat mahukan kebenaran begitu juga polis. Tetapi masalahnya Polis mesti menjaga kerusi Pemimpin Kerajaan bagaimana terukpun pemimpin itu. Jadi api permusuhan antara polis dan rakyat sudah lama menyala. Sejak Polis terpaksa membela kerajaan yang jahat.


kisah Berih 2.0 memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia hari ini bukanlah mesra rakyat. Kempen 1 Malaysia hanyalah usah untuk mempertahankan kuasa yang semakin lusuh dan lapuk. Rakyat kini bukanlah lagi rakyat yang boleh ditipu dengan mudah dengan rasuah pilihanraya atau media wakil BN.

Ketakutan hilang kuasa sangat jelas pada wajah PM dalam ucapannya akhir-akhir ini. Malaysia kini menjadi ikon diktator kepartian yang berjaya setelah BN mampu mempertahankan penguasaannya ke atas negara beraja sejak mendapat kemerdekaan dari British. Kekuasaan percuma yang dinikmati oleh Najib merupakan kenikmatan yang sangat takut dilepaskan atau kehilangan. Kuasa yang sebelum ini menjadi idaman kini sedang rapuh digoncang oleh pakatan pembangkang yang lebih cenderung memperjuangkan hak rakyat.

Kerajaan BN tidak menjamin apa-apa kemudahan baru kepada rakyat melainkan bangunan-bangunan tinggi yang membawa keuntungan pada kroni mereka. Kerajaan BN hanya memberi hadiah tekanan kos kehidupan yang tinggi dilapik alasan-alasan merepek. Inilah dia yang bakal mencetus kepada sebuah revolusi rakyat yang sebenar. Tekanan begini takkan mengecutkan kemaraan rakyat bahkan akan menjatuhkan BN dan bakal menghukum pemimpin-pemimpinnya dengan kehinaan dan hukuman yang sangat berat.

BN harus belajar dari apa yang berlaku di timur tengah. Jika akal pemimpin masih segar nescaya mereka akan mula mempertimbangkan pandangan rakyat dan mula berhenti menelan harta negara.

Friday, July 08, 2011

Mesir Apa Kesudahannya?

Seperti sekutu Amerika yang lain Musyarraf, Saddam dan beberapa lagi pemimpin dunia Islam disingkirkan tanpa pembelaan oleh rakyat dan dengan ignorant sekutu mereka itulah hakikatnya keadaan kekasih bush anak bapa dan presiden amerika yang juga ada hubungan dengan Israel ini sedang alami. Mubarak sedang terkapai dalam kesedihan dan ketakutan.

Amerika melalui lidah akhbar mereka hanya mampu memberi pandangan-pandangan yang membawa kepada putus asa bagi Mubarak. Inilah akibatnya bersahabat dengan penjahat. Kebenaran pasti akan menerjah biar sekebal manapun penipuan menjadi empangan kekejaman. 30 Tahun sudah menjadi tempoh tua sebuah empayar modern. Kita bukan lagi di zaman Rom dan Farsi. kita kini di zaman duit duit kertas yahudi.

Syiah terus berangan mengembalikan zaman kegemilangan fatimiyyin di tanah Arab. Dalam masa Barat mempromosi puppet baru yang bernama el baradey agar dapat diangkat ke pentas parlimen mesir. Sedang itu juga IMF sudah bersedia menabur modal untuk membiaya pembangunan semula Mesir. Pastilah riba yang bakal ditawarkan dengan pembangunan maddiy.

Ramai orang menduga Ikhwan bersuara tetapi sampai kini kita belum jelas apa pendirian mereka. Inilah yang sedang berlaku. Mesir telah dibuka pada era Umar al Khattab dan Peristiwa Surat Umar kepada Nil begitu masyhur dalam kitab sirah.

Apakah akan terjadi pada Mesir selepas ini.