Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, February 05, 2009

Isu Politik dalam negara.

Kekecohan berlaku setelah berlaku penukaran calon. Saya amat tertarik kepada senario ini. Pertama saya ingin melihat apa reaksi Anwar kedua Saya ingin mendengar apa kata Umno. Ini kerana sebelum ini kita digemparkan dengan ceramah Anwar yang malaysia akan beralih kuasa dengan taktik lompat parti. Tetapi sehingga kini belum berlaku. Sebaliknya sebuah negeri yang agak besar di Malaysia goyah dan kacau kerana lompat parti berlaku ke atas calon  pakatan rakyat. Kini UMNO menganggap ianya suatu yang adil sedang ssebelum ini mereka menyatakan ianya satu pengkhianatan pada undi rakyat.

Ok itu zahirnya, Batinnya? Baik sebelum kedua-dua calon PKR tukar parti mereka dituduh atas tuduhan rasuah. Ini dibahasakan oleh Umno Perak seolah olah kedua-duanya mmmg telah dibicarakan dan bersalah. Kini di mana pertuduhan itu? Ketiga-tiga Adun ini dikhabarkan mendapat imbuhan lumayan. Benarkah? Saya secara buktinya tak dapat mengesahkan perkara ini. Tetapi saya sebenarnya ingin benar mendengar apakah alasan mereka ini tukar parti. Sedang mereka sedang dibela oleh Menteri Besar dan dalam masa yang sama mereka adalah dalam golongan yang menang. Motif untuk beralih angin amatlah sedikit dan kalau bukan ada keuntungan apakah relevannya mereka bertindak sedemikian.

Secara rumusnya saya hanya ingin menyatakan inilah kecacatan sistem buatan tangan manusia penuh dengan penipuan kesangsian dan persengketaan. Alangkah baiknya kita bina orde baru yang dihasilkan oleh wahyu. Saya yakin Allah takkan menerima apa jua serahan melainkan ianya benar benar bersih. KIta boleh lihat bagaimana undang - undang yang diwar-warkan mulia dipijak oleh mereka yang hanya pentingkan dunia. Sudahlah jangan buang masa rakyat dengan percaturan politik kotor. Fokuslah pada pendidikan rakyat dalam rangka kita mencapai kemenangan sebenar.

Mereka yang kotor sanggup makan najis untuk menyembunyikan diri mereka itu kotor dan semakin mereka berusaha semakin itulah mereka membuka pekung mereka sendiri. Politik ini medannya berliku dan setiap liku itu perlukan tipu daya. Bijaksana sahaja belum cukup untuk menjadi jaguh politik. Ia menuntut banyak pengorbanan. Moral yang selalu terkorban. Contohilah Rasul dalam politiknya. Pengorbanan yang tak pernah merugikan. Kasih-sayang yang tak pernah bertepi. Ketegasan yang tiada penghujung. Tauladan yang tidak terhitung. Kita bukan berkempen untuk parti bukan untuk tokoh tapi kepada Allah. Bangunlah bersama Islam dan hanya Islam.

2 comments:

Sengoku said...

kalau syariat Islam diletak dibelakang nafsu inilah natijah yg kita dapat lihat.

Manusia berebut2 kuasa dan jawatan, sedangan amanah mereka masih tidak dilaksanakan.Pemimpin lupa....lupa adanya akhirat.

Abrar Haron said...

takbir 3x