Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, February 27, 2009

PPSMI satu pengkhianatan halus.

PPSMI jikayang belumkenal singkatan ini ia merujuk kepada agenda yang merugikan Bangsa dan bahasa melayu dari sudut budaya dan keilmua. Iaitu membahasa Inggeriskan pengajaran Math dan Sains di sekolah-sekolahMalaysia.

Secara rambang saya berpendapat ini adalah satu kerja sia-sia yang akan memusnahkan kerja keras penggiat dan pembangun bangsa sejak sebelum merdeka. Proses seperti ini berlaku di banyak negara yang terjajah minda. Saya sekalipun tidak menganggap bahasa Inggeris sebagai jenayah tetapi masih terasa sedikit geli dengan penggemar bahasa penjajah itu. Seolah olah mereka berbangga dengan kemampuan mereka meniru budaya tinggalan penjajah.

Kita orang melayu telah kehilangan tulisan asal melayu. iaitu tulisan jawi sebagai tulisan ilmu. Ini berlaku setelah kita menghadkan tulisan bangsa kita dalam pengajian agama sahaja. Kini rata-rata anakmelayu gagal menguasai warisan emas itu. Sedangkan orang-orang di asia barat yang agak jauh kemajuan teknologimereka dari kita seperti Pakistan masih menggunakan tulisan urdhu dalam sastera mereka.

Secara telitinya kita kini sedang berhadapan dengan pengkhianat bangsa yang secara sedar atau tidak sedang memusnahkan melayu dari menuju ke arah ketamadunan melayu baru kepada terjerumus kepada bangsa yang menumpang tamadun barat yang sesat. Kalau kita kaji secara pendek kita akan dapati bahawa bahasa asal Sains dan Teknologi bukanlah Bahasa Inggeris, Astronomi asalnyadari Greek dan Arab. Falsafah asalnya dari Yunani dan Arab. Matematik dari Arab. secara biadabnya orang inggerisitu asalnya perompak dan penjajah sahaja. Mereka orang kasar, orang tiada tamadun. Tetapi setelah berjumpa dengan Empayar ilmu yang besar iaitu Islam baru mereka sedar ilmu itu sangat penting.

Jati dirilah sebenarnya penyumbang kepada kemajuan ilmu. Kalau dilihat kepada zaman emas semua ketamadunan Ilmu kita akan dapati Penterjemahan bahasa asing ke bahasa ibunda adalah aspek utama. baik kita lihat dalam era kegemilangan ilmu zaman abbasiyah atau zaman renaissance eropah. Atau gerak kerja pemulihan era ali basha di Mesir. Sebenarnya kita perlu perbaiki dan mengayakan bahasa kita untukmaju. bukan membunuhnya kemudian menumpang bahasa penjajah kerana kebodohan kita untuk menganalisa kelemahan sendiri.

Saya yakin setiap mereka yang berusaha menjayakan pengalihan ini akan dikenang sebagai pengfkhianat bahasa dalam buku-buku sejarah akan datang. Sebagaimana berlaku kepada Sultan Sultanyang menjualtanah kepada penjajah yang kita baca hari ini sebagai tindakan bodoh yang cetek. Saya yakin rakyat yang faham akan menolak pengunduran tamadun yang sedang kerajaan ura-urakan sebagai pemantapanbangsa. Persetankan ego kalian lihatlah masa depan anak bangsa. Perlemabagaan Bahasa Rasmi mesti di ulang rujuk.

3 comments:

Anonymous said...

Almustasyriqin. Mereka mengkaji kehidupan orang-orang timur dengan mendalam. Sehingga mereka berjaya menindas. Hingga kini tidak dinafikan mereka di atas kaum-kaum arab/muslim yang dahulu terkenal dengan tokoh-tokoh dari segenap bidang. Sepatutnya kita menjadi almustaghribin. Membalasi kaum-kaum perosak itu. Baharulah kita boleh mengambil balik tempat kita dahulu sebagai kaum islam yang berjaya dari segenap bidang.

Bahasa inggeris? Sememangnya sudah menjadi-jadi penggunaannya. Tidak dinafikan ianya bahasa dunia, mahu tidak mahu kena pelajari untuk mengikuti arus kemajuan. Tapi kenapa rakyat eropah berjaya memajukan tanah mereka tanpa? Pergi ke spain. Jangan berangan hendak bertutur inggeris. Apatah lagi arab. Sepatutnya kita juga begitu. Di Malaysia kita harus pertahankan bahasa kita. Biar orang luar harus belajar sekiranya ingin ke Malaysia.

Ayman Siddiq said...

Salam Umaq,
PPSMI satu pengkhianatan dalam bentuk baru.
Secara peribadinya saya sendiri tidak bersetuju dengan PPSMI ini.
Namun, setiap dasar yang di laksnakan oleh kerajaan melalui proses perbincangan yang teliti sebelum di laksanakan.
Walau pun sesetengah pihak mengatakan ia betentangan dengan akta pelajaran dan sebagainya.
Ayman Merasaka dasar kerjaan ini tidak mungkin dapat di ubah dimana
Hishammuddin Tun Hussein sendiri agak jelas pendiriannya.
Sejauh Mana pun kita melangkah...
Adat dan bahasa ibunda tetap kita pertahankan.


Ayman Siddiq

Dr Kamarul said...

Dua hari lepas baru borak dengan cikgu yg mengajar di luar bandar.. mereka memang mengeluh dan membantah PPPPSSMI tue.. sekarang budak bukan reti 3 M lagi.. ada yang dah darjah 5 pun tak reti membaca... ini nak standard menggunung.. tapi hasilnya kelaut..

Secara peribadi, kamau sokong ada medium english nie.. cuma bukan drastik seperti ini.. bagilah pelan pelan.. mungkin tahap matrik ke atas oklah.. yang sekolah menengah pun ada pendedahan... bukan total dari sekolah rendah..