Wahankah Kita ?.. Di manakah Uluwwul Himmah Pelajar Agama?
Assalamualaikum salam terindah buat semua rakan seperjuangan di bumi penuh dugaan ini. Segala kepujian bagi Allah yang menjanjikan bersama kesusahan itu kesenangan-kesenangan. Selawat serta salam bukti rindu dan cinta umat ini buat Muhammad utusan rahmat. Sungguh tajuk kali ini akan membidas kelalaian kita atau menghempap keselesaan kita.
Wahan seperti yang kita tahu satu ujian juga boleh bertukar bala yang bakal menghinakan mereka yang selesa dengannya. Apalah yang lebih lekeh dari mencintai dunia dan menakuti kematian. Dua kebodohan yang disimpulkan dalam satu kalimah. Al Wahnu.
Apa pula kali ini?! Mari kita teliti. Sahabat sudah jelas kebodohan apabila kita mengumpulkan benda yang kita pasti akan meninggalkan benda-benda itu. Jadi untuk apakah kita mengumpul dunia jika sudah jelas dunia ini akan kita tinggalkan? Belum cukup dengan itu kita juga diperbodohkan oleh wahan andai kita takutkan perkara yang pasti akan kita temui tanpa bersedia menyiapkan tuntutannya. Bodohlah siapa yang ditipu oleh penyakit wahan ini. Usahlah ditampilkan sijil univarsitas mana sekalipun kalau wahan di dalam hati. Syarak tetap akan menyatakan ianya satu kejahilan dan kebodohan.
Gejala ini sangat sukar dikesan kendatipun ianya suatu yang terang lagi bersuluh.
Ini mungkin disebabkan letaknya di jiwa, tempatnya di pelusuk paling dalam yang dipagari oleh kerlipan kerlipan kepalsuan. Asalnya kita faham dan sedar dunia ini satu wasilah untuk ke akhirat tetapi dasar ini belum cukup utuh pasaknya sehingga dihanyutkan oleh arus dan diterbangkan oleh badai dipertengahan perjuangan. Badai yang lekang dari ketenangan iqna' (berasa puas dan cukup). Arus yang dibawa oleh tamak dan haloba. Sehinggakan akal jadi sempit lalu mengangkat wasilah menjadi ghayah. Wasilah hanyalah sebuah medium atau jalan untuk kita sampai kepada puncak kehidupan iaitu ghayah.
Segala inilah yang mendorong kepada percambahan mahasiswa yang penakut dan lembik. Mahasiswa yang bergegar ditiup bayu ugutan. Mahasiswa yang mudah terlentang mengharungi arus pinggiran tasik. Dunia dikejar namun tidak pernah digenggam. Kesenangan manusia dijadikan ukuran sehingga meraih murka tuhan. Tuhan itu Maha Pengampun. Sungguh berimanlah manusia dengan sifat ini untuk menjadikan lesen mereka kepada kemaksiatan. Azab Allah itu sangat pedih. Ayat ini jika diulang-ulang tuduhan pelampau dan taksub akan singgah pada yang menggemari ulangan ayat ini. Remaja kini sudah terlalu pincang sehingga maruah sendiri sanggup diniagakan untuk mendapat sedikit perhatian.
Oleh kerana mahu nampak cantik sanggup mendedahkan apa yang Allah haramkan. Kalaulah mereka melihat azab yang dilihat Nabi ketika mikraj baginda ke langit pasti berbungkus baik hiasan-hiasan dalaman mereka itu. Oleh kerana mahu dilihat gagah dan jantan sanggup menggadai nyawa di atas jalan. Ini pasti bukan gejala siswa berasas agama. Tetapi inilah yang perlu kita fikirkan. Bagaimana mahu menongkah arus menyelamatkan yang masih bernyawa?
Ini tidak, setelah empat lima tahun merantau mencari pengalaman dan ilmu pulang hanya sebagai cikgu yang membacakan buku panduan mengajar kepada anak-anak murid yang rata-rata sudah boleh membaca dengan baik. Hanya mahukan gaji ribuan ringgit untuk menyara keluarga seperti orang-orang biasa. Mungkin selama empat atau lima tahun itu belum pernah terbaca ayat yang bermaksud :"sesungguhnya kamu sebaik baik ummah yang dikeluarkan kepada manusia menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan dan beriman dengan Allah." Bahkan secara logiknya berpuluh puluh lagi ayat menyebut pengertian ini.
Apakah majikan kita yang memberi rezeki. Apakah dengan membuat kerja Islam kita akan kebuluran dibiarkan Allah merempat? Bumi siapakah ini? Andai kita menjadi daie siapakah majikan kita? Soalan ini akan dijawab begini ; eleh belum berada di Malaysia bolehlah cakap banyak… Anta bujang lagi mana anta faham… anta tak palah mak ayah anta orang senang… semua ini seolah-olah kalau buat kerja lain orang lain yang bagi rezeki. Bukan majikan dakwah. The Big Boss. Kembalilah kepada keimanan bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Semata mata Allah. Sedarlah segala yang berlaku di dunia itu dengan izin Allah semata-mata Allah.
Ish… itu semua pun tahu. Mana ada orang Islam tidak faham hal ini. Emmm, sungguhlah manusia itu seringkali mencari alasan. Cuba renung ayat ayat Allah yang menceritakan bagaimana dialog manusia yang menjadi calon neraka? Bandingkan dengan apa yang sedang kita perkatakan.
Dakwah sangat memerlukan kita. Masalah dakwah sangat besar. Isu Murtad sepatutnya sangat-sangat menginsafkan muslim melayu Malaysia. Gejala sosial yang seolah-olah tiada jalan keluar menanti sukarela-sukarela agama yang tekun berkhidmat dengan ikhlas. Kalau dulu kita lihat sahabat-sahabat Nabi menyerahkan seluruhnya untuk mendapat syurga Allah. Jiwa, harta, masa, tenaga bahkan keluarga dilaburkan dalam saham jihad di bursa dakwah. Namun kita hari ini, kalau adapun yang bekerja untuk dakwah mengharapkan upah dari kerja kerja yang dibuat secara malas-malasan.
Kalau kita merujuk kepada perinsip produktiviti maka kita akan faham mengapa dakwah Islam masih di takat ini. Modal insan yang dibekalkan dalam jasad kita perlu kita gembur-suburkan untuk memajukan industri dakwah tanahair. Bukan kita leburkan hanya untuk mencari sesuap nasi atau kemewahan sementara. Muslim meletakkan dunia di tangan mereka tidak di hati.
Carilah kekayaan sebanyak-banyaknya melalui jalan yang betul dan lurus. Binalah kemajuan segemilang mungkin dengan binaan iman dan taqwa. Garaplah kecemerlangan setinggi-tingginya dengan asas aqidah dan ubudiyah yang jelas. Barulah dunia mengejar kita dan kebahagiaan akhirat menanti kita. Sekiranya kamu menolong Allah, nescaya Allah pasti akan menolong kamu. Apalah yang boleh kita tolong bagi Kuasa Yang Maha Hebat. Tetapi apalah pula hajat kita yang tidak boleh Tuan Yang Maha Kaya mudahkan?
Cukuplah masa untuk melancong di bumi berdebu ini. Kita jadikan pula masa masa itu medan menyiapkan diri untuk medan dakwah yang pasti lebih mencabar. Jangan kita merasakan kita akan bersenang-lenang di akhirat kalau kita bermudah-mudah tentang urusannya.