Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Saturday, May 12, 2012

Taubat, dah ke belum?


Sentiasalah Kembali kepada Allah.
Bila menyebut kata kembali kita selalu faham kita kini di kejauhan.  Jika diterjemahkan dalam kata Bahasa Melayu yang tidak kita gunakan merujuk kepada makna pergi kepada asal dari tempat yang lain. Pulang juga membawa makna yang sama tetapi mungkin bezanya jarak temapt lain itu. Jauh atau dekat, mungkin juga bezanya masa keberadaan kita di tempat lain itu sekejap atau lama.
Masalahnya bukan takrifan itu tetapi perlu juga disentuh untuk membuka fokus baru agar kita segar. Seperti kita menukar ulaman atau manisan pada makanan rutin kita. Kenyang yang dicari dari ruji itu juga tetapi tetap diubah penemannya.
Begitulah ilmu yang pentingnya amalannya kerana sekadar tahu ia membeku. Jika diamalkan barulah dihitung sebagai kebaikan. Kembali yang dirujukkan kepada Allah ini bukanlah kembali yang membawa jasad atau ruh atau minda dari suatu tempat ke tempat yang lain. Kembali ini hanyalah berkitar dalam tiga perkara ; ilmu , hal ehwal dan perbuatan atau amalan.
Kerana itu kata sentiasa dikepilkan agar tidak difahami kembali kepada Allah itu mati atau bahasa yang dilembutkan oleh mereka yang sayangkan dunia dengan kata meninggal dunia. Kembali kepada Allah yang ingin dibincangkan di sini adalah kembali dalam keadaan hidup. Bahkan mungkin sebelum kembali mereka ini mati tetapi tatkala mereka telah kembali kepada Allah maka mereka barulah hidup. Paling kurang sebelum mereka kembali mereka sengsara bila sudah kembali mereka bahagia.
Jadi kembali kepada Allah ini selalu kita alih bahasakan ke dalam bahasa Arab dengan ungkapan Taubat. Bila disebut taubat fahamlah orang ramai apa yang diingini olehku dengan tajuk di atas. Mungkin ada yang bertanya untuk apa dihurai sehingga empat perenggan? Perlu untuk diketahui letak duduk taubat itu kerana kalaulah dijelaskan kembali pada Allah itu taubat sahaja maka tidak cerah taubat itu bagaimana dan apa.
Betapa cantik bahasa Arab itu taubat itu maknanya kembali rujuk pula pulang. Bila disebut rujuk maka kita faham akan masalah cerai atau talak. Disebabkan rujuk ini ada iddah maka difahamilah akan pulang atau rujuk itu masanya singkat. Jadi taubat ini lebih panjang. Mungkin juga lebih umum. Jika sudah bercerai di luar tempoh iddah sudah tidak boleh rujuk. Mungkin inilah perkiraannya.
Mari kita masuk ke dalam kota taubat ini. Maka jumpalah kita akan papan tandanya iaitu Allah. Papan tanda kota ini tertulis Allah ini bermakna kota taubat ini daerah Allah yang mana daerah Allah ada banyak dan yang masyhur Taubat, Tawakkal, Redha, Iman, Hubb, Taqwa dan Rajak. Banyak lagi yang lainnya tetapi inilah yang masyhur. Kenapa kita menceritakan perihal Taubat ini pada mulanya?
Inilah kisahnya. Pintu kota ini menyatakan taubat yang sebenar itu atau kembali yang hakiki itu mestilah beralamatkan Allah. Jika kita beralamatkan benda , keluarga atau rakan sebaya maka sesatlah kepulangan kita dan berakhirlah di neraka. Maka kita perlu pulang atau kembali dari selain Allah hanya kepada Allah. Jauh atau dekat kita tersasar mesti kembali berpatah balik samada di lampu Isyarat atau bulatan apatah lagi jika sudah terjumpa isyarat pusingan U. Maka pusingkan arah kita untuk kembali kepada Allah.
Kemana agaknya kita akan pergi selain kepada Allah bukankah Allah itu tidak mengambil atau diambil ruang? Kita perlu ulang ingat kita bukan memindahkan salah satu atau keseluruhan jasad kita. Tetapi kita mengubah dan pulangkan kepercayaan, kecintaan, ketaatan, kepatuhan, ketakutan dan juga pengharapan hanya kepada Allah. Bagaimana? Mestilah persoalan ini memerlukan jawapan yang tuntas. Boleh dikhabarkan berubahlah... atau segeralah bertaubat… tetapi ini bukan jawapan yang tuntas bahkan ia hanyalah jawapan yang pantas dan ringkas. Sebelum kita mahu kembali kita mestilah mendapat keinginan kembali. Bagaimana mungkin orang sedang makan sedangkan dia tidak inginkan makanan itu. Inilah yang berlaku di negara orang yang kaya raya. Mereka membuang makanan kerana mereka benar –benar yakin makanan itu aka nada gantinya. Manakala di negara orang papa kedana mereka akan makan sehinggalah tiada apa lagi yang boleh dimakan kerana mereka benar-benar yakin itulah makanan terakhir untuk mereka.
Masalahnya dunia hari ini ramai orang kaya di negara miskin. Kita sering berasa kaya amalan, kaya pahala dan kadangkala perasan kita menggunung sehingga kita percaya Allah sangat kasih pada kita, sampaikan ucapan istighfarpun kita lupa. Alpa kita seolah kita ini kaya dari Allah dan Allah pula yang mengemis simpati kita dalam merayu istighfar hambaNya. Inilah orang miskin yang perasan kaya. Jelas jawatannya hanyalah hamba. Biarlah hartanya dari Russia sampai Australia sekalipun dia hanyalah hamba yang miskin dalam daerah orang miskin.Maka bagaimana orang yang tidak tahu dia miskin sanggup mengemis?
Ada juga yang faham dan percaya dengan sepenuh hati dia adalah si miskin yang melarat tetapi dia tetap tidak mengemis. Ini bunyinya macam bagus, tetapi jika kita tahu kerajaan mahu memberi kepada siapa yang miskin harta yang banyak asalkan dia mengemis kemudian dia tidak mengemis juga maka apakah bagus atau budus namanya? Maka sudah kenal diri perlu pula kenal Ilahi. Allah maha pemberi, maha pemaaf, maha memberi Azab, maha gagah, maha penyayang dan maha pencinta. Minta sahaja dengan tulus dan mulus maka terkabullah.
Ilmu yang kita sebut di atas tadi itulah ilmu hakiki dalam mencari taubat yang tak henti-henti. Bila kita kenal keperluan kita pada taubat dan kemampuan serta kekuatan yang kita taubatkan diri dan jiwa padanya maka pastilah kita akan sentiasa bergantung dengan taubat bagai pengemis dengan telapak tangan mereka, atau bagai peniaga dengan barang jualan mereka, atau panglima dengan pedang mereka mungkin juga supir dengan stering mereka.
Bertaubat adalah hal perubahan keadaan diri dari satu jenis ke jenis yang lain. Dari jenis yang hina ke jenis yang kurang hina. Dari jenis yang maksiat ke ibadat, dari yang buta kepada yang celik mata dan dari yang pekak kepada yang peka. Mengubah hal ini panjang juga kisah ceritanya kerana hal lebih susah diubah dari benda. Walaupun kadangkala hal itu lebih kecil dari benda. Misalnya seorang perokok mungkin sudah mencuba berpuluh kali untuk berubah tabiat menghisap sekotak rokok sehari. Padahal kilang rokok telah mengubah berkapal rokok setiap hari.
Bagaimana mahu berubah hal ini? Ada tiga perkara sebelum ubah kesemuanya pertama bersendiri ketika ini kita kurung diri kita dari kehadiran selain kita. Agar terarah kita melihat hanya salah sendiri. Kedua diam dari sebarang kata atau bicara biar jangan ada alasan keluar dari lidah kita. Dan yang ketiga makan yang halal semata agar darah dan daging menjadi wangi untuk membawa udara ke otak merancang kehidupan yang paling akrab dengan Allah. bunyi seperti mudah kerana bunyi bukanlah beban ia hanya getaran. Yang susah itu amalan kerana anggota itu bukanlah daya tetapi beban yang akan digerakkan oleh iman.
Perbuatan inilah yang menjadi pokok persoalan. Ia akan membawa kepada hukum dan atur cara. Hukum bertaubat wajib dari dosa sunat dari alpa. Atur cara :sesal, tinggal, azam, pulangkan hak kepada pemiliknya dan berterusan dalam kebaikan. Mudahkan? Memanglah mudah Allah  bukan suruh hafal Allah suruh buat. Cuba buat sekali dulu! Gagal ? buatlah lagi! Gagal lagi? Buatlah lagi ! sampai bila? Sampai bila-bila! Berapa kali hadnya? Sampai nyawa di tenggorok atau matahari timbul sebelah barat mana dulu itulah had.
Ok, baca dan faham kemudian jom beramal.

Monday, May 07, 2012

Pesta Buku Malaysiawi.

Seperti biasa saya adalah orang yang sangat teruja untuk ke pesta buku. Setiap tahun saya ke pesta buku tahunan. sejak kecil lagi saya adalah pengunjung pesta buku. Sejak saya meminati hardi boys sehinggalah ke siri anak anak hadi, kemudian menggemari ramli awang mursyid, seterusnya berkenalan dengan faisal tehrani, hlovate, andrea hirata, HAMKA dan kini sudah menjadi pembaca bebas yang mengutip aksara dari seseiapa sahaja yang disukai atau dibenci.

Saya agak liberal dalam membaca saya sering dijeling kawan kawan yang menemani saya baik ketika di Malaysia atau di Sudan. Saya tidak menapis pembacaan saya. Kerana mungkin saya bukan pembaca yang taat. Saya sebenarnya pembaca yang lembab. Satu buku sekalipun novel tak dapat saya habiskan dalam 24 jam melainkan novel aininaufal dan kawan kawannya.

Ok baru ini saya pergi ke Pesta Buku yang baru selesai ahad lalu. Sangat aneh di Malaysia ini kerana bagi saya buku yang paling tiada harga itulah yang paling laku. Buku yang mahal pula yang terpaksa dilelong. Gempak Starz terpaksa memberi tiket giliran untuk menyusun para pembayar. Manakala pustaka syuhada terpaksa lelong buku buku penulis besar seperti said Hawwa dan abdullah azzam.

Manusia di Malaysia sangat baru dalam dunia pembacaan ini kerana ada ibu bapa yang bawa anak tapi tak tahu nak beli buku apa untuk mereka. Bagus mereka bawa anak tetapi membiarkan anak mereka membeli komik bukanlah perkara yang mithali.

Saya melihat banyak buku-buku yang dipamerkan tetapi harganya tidaklah sebagaimana yang diharapkan. Sangat jauh jika nak dibandingkan dengan pesta buku di tanah arab. Antara yang menyedihkan juga saya dapati lebih ramai manusia yang mengunjung untuk isi masa lapang dari yang benar benar mencari bahan bacaan yang berkualiti. Sebab itulah agaknya pengunjung lebih banyak dari buku.

Tetapi saya yakin kali ini lebih baik dari sebelum ini.