Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Wednesday, April 30, 2008

promosi GKLN

AKAN DATANG! JULAI INI

Pencarian 50 orang penyajak luar negara SUDAH BERMULA!Grup Karyawan Luar Negara kini sedang memerhati dan mencari ahli-ahli GKLN dari seluruh dunia yang aktif menyumbangkan idea dan tulisan, serta konsisten berkarya terutamanya dalam penulisan puisi. Puisi-puisi yang bermutu akan diberi penghargaan dan penghormatan. Masih belum terlambat untuk mengangkat pena anda! Nantikan makluman lanjut pada masa akan datang!


1) Semua ahli diminta menghantar butir diri kepada Adibah Abdullah di adiba_308@yahoo.com bagi memudahkan penyusunan database gkln.
2) Maklumat terkini aktiviti GKLN boleh didapati di http://gkln.blogspot.com

jom laa bersajak.

Saturday, April 26, 2008

Tertidur dan Terjaga


Terjaga dari mimpi.




Tidurku dibuai mimpi kepayang.


Terasa hidup bakal berbaki, tiada hilang.

Mimpi yang dibalut noda dan dosa.

Namun, raja sudah dirampas takhta.




Selaput celaka menyelimuti singgahsana.

Dirantai sumpahan sihir bergumpal.

Ku mencari penawar serapah.

ingin miliki kerajaan diri.




Dari ufuk cahaya aku kesamaran.

Ke jurang gelita telapak geluncuran.

Balutan jijik berduri jadi pakaian.

Ku rasa megah walau semakin melembah.

Pipiku merapati acar berpayakan serakah.




Di muara gersang kulihat kerdip.

Tertancap kelibat menawan kalbu.

Terpana hati mencari faham.




Aku mencari kerdipan bintang.

Santau dipasang merentap hingga tersungkur.

Terbenam jasad di lumpur laknat.




Mimpi indah kian gelisah.

Nadiku kini berombak bimbang.

Dunia terasa kian menghilang.

Aku sesat dalam aku.

Mencari cari sebuah pintu.




Bunyi syahdu menggoncang jiwa.

Iman yang luka bagai terawat.

Ifrit yang bertandang keras ditendang.

Santauan futur terlerai pergi.




Aku terjaga

tatkala diri kembali di takhta.

Kala ini,

Khannas bercangkung menanti dipancung.

Mimpi semalam ku kibas tenang.

Dimandikan muntahan cahaya purnama.

melalui pintu yang bergelar taubat.




Kala ini telinga kudusmu mendengar.

Saat ini gegendang sucimu bergetar.

Tika ini ruhmu menduga peperangan besar.

Di sana semboyan mujahadah dilancar.




Siddiq Osman.

27 April 2008

mencari sinar mujahadah.


Wednesday, April 23, 2008

hakikat doa


Allah berfirman:
"berdoalah nescaya aku akan penuhi."
"Hanya sanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadamu kami memohon sebarang bantuan."
Kini Aku melihat doa itu dalam dua sudut satu sudut jasad sebuah doa, satu lagi ruhnya. Doa perlu ada adab ada seni ada langkahnya. Tetapi itu bukan hakikatnya. Ruh sebuah doa itu yang lebih besar.
Allah telah menjamin setiap doa akan dimakbulkan ini satu insurans yang sangat penting dalam hidup seorang muslim. sememangnya antara takrif Ilah adalah tempat bergantung harap. sebenarnya memiliki harapan adalah satu asa untuk meneruskan kehidupan.
Secara ruhnya Doa adalah satu usaha hamba mencapai janji Tuhannya. Namun jika dilihat dari jasad maka usaha juga sejenis jasad bagi doa. menurut kitab taklimat dari siri rasail nur berdoa itu ada tiga doa dengan hati, doa dengan meminta melalui lisan dan yang ketiga berdoa dengan asa dan ikhtiar.
Saya ingin berkongsi dalam meminta ada beberapa martabat. jika kita lihat dalam ayat AlQuran Allah sering mengingatkan kita tentang hinanya kita di sisi Allah dan KeagunganNya dan KebesaranNya. Seolah olah Allah menyatakan kalian ini lemah dan sangat memerlukanNya.
Jadi saya tertanya apakah doa kita sebelum ini ada ruhnya. atau sekadar jasad yang lengang dari sifat kehinaan dan memuja Pemberi segalanya. kita belajar adab adab doa itu memuji-muja Allah menyebut nyebut rasulNya dan umat umatNya yang soleh seterusnya menghinakan diri dengan ayat seperti sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami dan seumpamanya.
Tetapi apakah adab adab itu diberikan dalam bentuk yang hidup, dalam jasad yang berisi ruh. dengan menjiwai apa yang kita sebutkan. bukankah kita disunatkan pura pura menangis kalaupun hati kita ini keras untuk menangis? jadi kenapa kita simpan bakat lakonan yang Allah minta kita sembahkan. Kalau kita bisa merakamkan rintihan rindu kita pada ibu bapa, isteri, kekasih, sahabat dan saudara mara kenapa tidak pada yang mencipta mereka bahkan mencipta rindu itu sendiri.
kita perlu menilai di mana darjat doa kita,
1 sebagai upacara ibadah yang kaku.
2 sebagai adat menyampaikan hajat kot kot dimakbulkan.
3 sebagai dialog denganYang maha besar.
4 Sebagai satu pengaduan pada Yang Maha Penolong.
5 sebuah pergantungan harap dan satu satunya pergantungan.
6 sebuah rintihan dan pengaduan yang sayu dan hina .
pilihlah mungkin kita mampu mencapai darjat yang lebih baik. ingat Doa itu ibadah yang sangat akrab dengan kekuatan akidah dan iman.

Sunday, April 20, 2008

Maafkan Daku.

Salam sendu menghinggut jasad,
meruntun penyesalan merenggut kesedaran.
Mendengar khabar dari angin,
mendengar cerita ditiup bayu.

Khabar berputar berkitar bagai taufan,
Melanda jiwaku hancur remuk
pecah bagai kaca dihempas.
cukupkah segala rasa dan resah,
sedang bibirku dibasahi kola
lidahku giur mendengar KFC.

Aku berbisik kepada nafsu.
Diam kamu, tetap di tempatmu.
Jangan berani kamu mengusik aku saat ini.

Saat aku mencari rumah yang lapang.
Saat aku mengadu kepada kiriman debu debu oleh angin.
Rumah kalian dirampas diroboh
diganti pula dengan kedinginan salju,
dipayungi oleh terik mentari.
Air ditadah dari titisan embun.

Jangan bicarakan keenakan lagi duhai nafsu.
Jangan khuatirkan lagi ulahan alam.
Saudaramu sudah tidak mengerti bagaimana nikmat senyum.
Saudaramu sudah lupa cara ketawa.
Mereka hanya dirundung syahdu dalam doa.
Atma berselubung harap yang semakin pudar.

Sukma mereka berkecamuk bila diusir
dihalau oleh saudara satu agama,
satu budaya.

Kicauan burung turut berlagu sedih.
Kesedihan ini menjalari air mata yang luruh bermusim.
Musim ini tidak mengizinkan air mata itu membanjiri pipi.
Bahkan tidak memenuhi kolam dipinggir mata,
Sekadar menjadi fatamorgana, yang menipu sebuah ukhuwwah.

Maafkan aku duhai putera-puteri Palestina.
Jangan bicarakan aku di mahkamah agung.
Aku takut, aku kalut.

Friday, April 18, 2008

kerja banyak tapi malas.

Assalamualaikum...

ermmm di saat beginilah selalunya seseorang melangkah ke daerah yang bernama futur. di saat ini kata kata perangsang dan sahabat sejati sangat diperlukan. kalau tak dapat nak buat cemana?

ok for me. yang memang sangat suka bermalas malasan ini akan mencari seorang rakan karib yang lebih kuat imannya dan lebih giat atau rajin. akan melihat kerajinannya dan mencontohi.

kalau ini tidak didapati? saya ada dua cara mudah yang hanyakan diri anda dan sedikit dari masa dalam hidup anda.

1 membaca Al Quran dan berbicara dengannya. setiap soalan hati kita ada jawapannya di dalam Al Quran tak percaya bacalah dan fahami.

2 berdoa dan bebual dengan Allah dalam bentuk prolog. Semoga Allah menjawab kita dengan rasa hati yang Allah sendiri bolak balikkan.

Allahumma inni A 'uzubika minal hammi wal hazan wa A 'uzubika minal "ajzi wal kasal .... Allahumma Amiiin.

Tuesday, April 08, 2008

Hina Nabi Cerca Al Quran.




Barat yang dikenali dengan penegak hak kebebasan bersuara telah melampaui batas. Dengan alasan yang sama tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mempersendakan teras Islam.

Seolah olah manusia bebas berbuat apa sahaja dalam tuntutan demokrasi yang pincang. Saya memang menolak demokrasi apatah lagi kebebasan bersuara yang dilancarkan oleh yahudi selepas era komunis.

Sememangnya lidah manusia itu lembut tetapi merupakan senjata yang boleh memusnahkan segalanya. Lidah modern bukan hanya dalam mulut tetapi sebarang media yang mampu menaburkan propaganda dan juga berita adalah lidah modern. Kartun , filem , rencana merupakan bahasa baru kepada lidah modern ini.

Kini barat semakin galak berkarya mengenai perkara yang mereka tidak tahu. Dalam filem Fitna mereka cuba bercerita tentang jihad dalam syariat Islam. Mereka memutar ayat ayat Allah bertemankan gambar-gambar propaganda. Ini satu penghinaan yang di kategorikan dalam karya seni bagi mereka, ini disebut sarkastik. Tetapi bagi kita umat yang berteraskan akhlak ia disebut biadab.

Sebelum ini pihak orientalis telah berjaya melahirkan penghina teras Islam dari kalangan umat Islam sendiri. Sampai hari ini pengkhianat itu dibela dan disanjung barat. Apakah ini akan berlarutan jika kita semua berdiam diri? Soalan apakah ini? Sudah pastilah ini akan bertambah-tambah mungkin mereka akan membawa genre baru dalam hiburan khusus untuk menghina Islam. Oh! Sudah ada. Black Metal. Di tanah air sudah begitu dahsyat apalagi di barat.

Wahai buih buih dilaut berhentilah menurut ombak laut. Kita sebagai muslim mukmin adalah harapan untuk membela Nabi. Lupakah kalian barangsiapa tidak berselawat ke atas baginda tatkala nama baginda disebut akan dilaknat kelak? Ini lebih besar. Bila kita tidak membela baginda ketika baginda dihina, difitnah.

Semuanya hanya percakapan dan artikel semata kalau iman tidak di hati. Dakwah tidak di lisan dan qudwah bukan di amalan. Semua ini perlu pada pendidikan dan pembentukan peribadi yang berani. Bukan muslim yang dayus dan bacul seperti pemimpin dunia Islam hari ini. Berpeluk bersalam bahkan berlaga laga pipi dengan musuh-musuh Allah.

Ingin saya ulangi kata kata Khubab Ibnu Hadi ketika beliau diseksa oleh Abu Sufyan “Aku tidak redha sedang aku diikat dan diseksa di sini sedang rasulullah tercucuk duri di Madinah.” Inilah keberanian, inilah umat Muhammad. Bukan dayus dayus yang mengaku cinta Nabi apabila tempoh pengundian sudah dekat.

Apa yang boleh kita lakukan? Kita hanya orang biasa. Di sinilah peranan ulama untuk menjawab, mengajar dan memberitahu. Oleh kerana kita bukanlah orang yang layak untuk menyenaraikan langkah langkahnya maka say sertakan apa yang telah Al Qaradhawi gariskan iaitu lima hal yang yang harusdilakukan umat Islam adalah;
Pertama, PENOLAKAN. Menolak pendustaan ke atas Rasulullah saw yangmenyebutkan baginda seorang yang haus darah danseorang haus seks, secara ilmiah. Penolakan ini harusdilakukan secara menyeluruh, hingga sampai kepadaorang-orang yang selama ini memiliki imej burukterhadap Rasulullah dan orang yang tidak tahu akankemuliaan Rasulullah saw.


Kedua, Melalui kaedah politik, sikap negara-negaraIslam besar harus berdiri secara jantan untuk membelaIslam dan Rasul-Nya.


Ketiga, Penolakan massa dengan menekan pemerintahankaum Muslimin untuk memiliki sikap tegas berdasarkankeimanan bahawa umat Islam masih hidup dan masihmemiliki kecintaan besar terhadap keyakinannya.


Keempat, Qaradhawi menyerukan agar ada penolakan dilapangan seni dan budaya. Beliau menerangkan upaya itumisalnya, drama, filem atau drama bersiri untukmeluruskan imej yang selama ini tertutup dari Islam.


Kelima, Pemboikotan ekonomi terhadap negara-negarayang mengizinkan penduduknya mencederai kesucianIslam. Pemboikotan ini adalah senjata yang mampumenyakitkan suatu negara.


selamat menyintai nabi dan agama.