Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, September 20, 2012

Mereka Hina Nabi . Lagi dan lagi. Kita?

Orang Kafir di Amerika dan Perancis sekali lagi menghina nabi kita yang mulia. Persoalannya bukan kita marah atau tidak. Persoalannya kenapa ia berlaku dengan mudah dan heboh.

Inilah fenomena penghinaan berganda kita dibunuh, didera, didiskriminasi dan nabi kita juga di hina. Inilah keadaan Makkah. Keadaan awal awal Islam. Apakah kita ini bertindak sama seperti generasi awal Islam lakukan?

Kita ini ada harta, ada suara, ada negara, ada kuasa dan ada al Quran yang sempurna bersama sunnah mulia.   Tetapi kita di mana kita. Kita masih di takah lama. Kita tinggal tali penyatuan, kita londeh pusaka warisan. Akhlak kita hancur ibadah kita luntur aqidah kita kabur. Di mana kristian yang takut dalam perang dengan ayubi, di mana yahudi yang menikus di kota khaibar. Tidak ada lagi yang ada kini queen elizabeth dan juga presiden barrack Obama.

Di mana Abu Bakar as Siddiq yang membebaskan Bilal ibnu Rabah? Di mana Ruqayyah yang menyapu tanah dari kepala baginda Rasulullah? Yang ada gadis gadis sekolah yang berjoget Gangnam style. Yang tinggal mat rempit yang meragut.

Kita terkesima bila pemuda arab bakar kedutaan Amerika di negara mereka kita pun berarak ke kedutaan sama. Nah kita terus perhati dan perhati. Kita kemudian berkelahi ada yang kata tak payah demo dulu nabi kena hina pun sahabat tak berdemo. Ada yang kata kalau bacul jangan keluar berdemo duduk diam diam sudah jangan pula kritik orang yang cinta nabi. Ada pula yang kata demo ramai solat subuh kering..

Kata-kata ini benar jika kita menuding pada hidung kita tetapi tersasar bila kita suluh punggung orang lain. Marilah kita kembali kepada kecintaan nabi yang sebenar-benarnya iaitu membina semula ummah dan menegakkan kalimah islamiyah. Tidak lain dan tidak bukan tarbiyah diri dan amalakan dakwah. Jom ubah hala tuju Ummah mari robohkan berhala hiburan dan bina jalan ketaqwaan/

Friday, September 07, 2012

Menulis antara glamour dan dakwah.

Menulis adalah medan dakwah yang telah lama menjadi kegiatan ulama besar , bahkan ia juga menjadi medan menikam Islam dari luar dan dalam oleh musuh-musuh Allah yang bertopeng atau yang telanjang. Tetapi persoalan yang ingin kita bahaskan penulis yang menggunakan wadah ini kini ada beberapa kategori.

Ustaz-ustaz muda yang segar dari pusat keilmuan dalam dan luar negara menggunakan majalah majalah baru dan juga blog serta web untuk menyampaikan fikrah mereka dengan cara baru dan segar dengan ilmu yang dilambakkan dalam penulisan mereka untuk dipilih oleh pembaca atau pelanggan dakwah era kini.

Ustaz-ustaz muda yang dibayar untuk menulis di akhbar dan majalah ternama untuk menongkah arus masyarakat dengan mendatangkan nas nas terpencil dan dihurai dengan aliran terpilih. mereka ini ada tiga  golongan : yang menerima dengan silat pulut mereka tersendiri menyampaikan mesej secara halus kepada pasaran dakwah dengan mengguna kaedah tauriyah dan sebagainya dalam penulisan mereka agar mesej diberi untuk memberi manfaat kepada agama tanpa menyinggung musuh agama. kedua yang menerima dan mengikut setiap saranan dan arahan. dan yang terakhir memilih untuk menolak secara jelas dan menganggap minyak dan air tidak boleh bercampur.

seterusnya ada anak anak muda yang ilmunya masih mentah tetapi berani dan lantang menulis di dalam blog milik mereka dengan mengeluarkan pandangan peribadi mereka serta berasa yakin pada hujjah-hujjah mereka dan mereka ini mempromosikan idea mereka serta merasakan inilah kebenaran yang orang tua perlu lihat. Kacamata mereka lebih tajam dari pengalaman orang tua yang sudah kabur. Mereka memberi wajah baru pada banyak perkara banyak perkara negatif yang dipositifkan dan perkara positif yang ditampilkan sudut negatifnya. Anak -anak ini akan memetik nas-nas dan pandangan pandangan ulama yang mereka belum menguasai dan dengan yakin menjadikannya sandaran pada hujah mereka. Kadangkala guru mereka lebih muda dari tokoh yang cuba mereka selar.

sebelum ini beberapa tahun yang lalu saya ada menulis bagaimana menjadi penulis muslim dan juga penulis mukhlis. Sebenarnya sebelum itu sepatutnya saya menulis siapa penulis itu atau bagaimana anda dikira sebagai penulis. Sebenarnya penulis bukanlah mereka yang berani atau boleh menulis. Penulis selayaknya adalah seorang pembaca dan pelajar yang tekun. Yang hadam dalam ilmu ilmu yang ingin ditulisnya. Penulis sejati bukanlah menulis apa yang masyarakat ingin tahu atau baca tetapi penulis sejati menulis apa yang perlu masyarakat baca dan memaksa masyarakat membaca mesejnya itu dengan keupayaan dan bakat penulisannya yang halus.

menjadi popular dan kaya dengan penulisan adalah perkara yang biasa tetapi menjadi hamba Allah dalam penulisan adalah perkara ajaib di sisi makhluk langit. Mereka hanya menerima ibadah kita kepada Nya jadi tulisan kita di bumi ini tidak akan dibaca mereka kecuali apabila tulisan kita itu ubudiyah yang tulus suci dan murni untuk Allah tanpa risau atau gusarkan keredhaan atau kebencian manusia. Allah sahaja matlamat mereka.  Muhammad Ahmad ar Rasyid mengingatkan bahawa kebarangkalian peroses penulisan kita itu hanyalah proses menghitamkan kertas atau mungkin juga pengulangan idea lama tetapi tidak mustahil kita akan menumpahkan idea baru yang Allah cetuskan dalam minda kita untuk santapan masyarakat. Menjadi penulis bukanlah merebut gelar tetapi melalui sukar agar menyubur mekar akar-akar perubahan dalam minda sejagat. Sehingga menggerak ummah yang sedang tersadai atau membangkit ummah yang lena panjang.

Dakwah kita bukan hanya dalam pena tetapi dakwah kita di mana-mana. Seandai pena sudah bertukar wajah maka dakwah kita tetap di sana. Seandai senjata berubah bentuk maka dakwah kita turut menjelma. Dakwah dan jihad umpama jasad dan bayang dibawah cahaya terang benderang. Menulislah dan bergeraklah wahai diri yang punya nyawa. mengalirlah wahai tinta yang punya warna. Tumpahlah wahai idea yang bergeliga berkumpullah kalian di bawah panji kebenaran mendukung tegaknya wahyu Tuhan.