Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, February 15, 2007

warkah untuk adik...


assalamualaikum. salam penuh suci ucapan memenuhi syurga.

kehadapan adik yang sentiasa di hati dan doa. Abang di sini tiada punya apa apa ingin dikirimkan apalagi untuk dihadiahkan. namun ingin abg kongsi rasa kasih suci yang kita simpulkan dari jalur genggam yang sama iman billah. Tautan kasih ini bukan sahaja atas darah yang sama dari salur adam dan hawa bahkan dari ajaran yang satu dari guru sepanjang zaman Muhammad rasul akhir zaman.

adik , hidup ini tidak seindah lukisan walaupun adakalanya lukisan itu comot. hidup ini juga tidak ada pahitnya kerana setiap kepahitan itu kita akan temankan dengan sabar dan redha. Adik sudah lama bahkan bergenarasi kita bermain main di pinggiran medan kalam. ayuhlah kita mengintai ngintai peluang medan amal. medan pertempuran ilmu dan tenaga. sudahlah jangan asyik bersorak di stadium liga super cuma sudah lama yahudi bergasak di pentas piala dunia.

Adik. esok itu sudah banyak kali abg lafazkan janganlah kalian juga ulangi lafaz itu untuk kerjamu. jadikan esok itu jaminan bagi adik adikmu. Abg sudah melangkah meninggalkan semalam dengan tenang. engkau janglah meninggalkan hari ini dengan riang kerana keriangan itu membawa kepayahan dan derita.

Adik, Abah dan Atuk keluarga dakwah ini tidak tinggalkan rumah untuk dijaga tidak pula kereta untuk diguna. mereka meninggalkan ukhuwwah untuk bersama dan juga dakwah untuk disampaikan. Adik, esok hari kamu hari ini hari kita. marilah kita berukhuwwah hari ini dan berdakwah saat ini juga.

jgn bertanya kepadaku ttg jalannya kerana ku malu untuk menyatakan ianya qudwah. andai kau dapatinya dariku maka itulah sisa orang lalu. kalian perlu jadi lebih baik dariku. aku hanya utas utas rapuh yang menyampaikan laluan lalu untuk kalian jejaki. Kalian perlu lebih tabah. kerana kami sudah banyak bermain. maafkan abg kerana meninggalkan dunia yang semakin punah untuk kalian diami.

Adik hanya Islam yang mampu menerangi kegelapan, hanya iman yang mampu menjadi tali pergantunga, hanya Tuhan menjadi kiblat segala perasaan, hanya rasul layak kita pandukan, abg dan ayah terdahulu hanyalah contoh contoh yang tercemar dengan suasana yang kotor dan jiwa yang tawar.

Adik kesempurnaan Islam itu dalam kasih sayang dan juga keterbukaan yang dipandukan Tauhid. Adik jangan terpedaya dengan tambahan di belakang kalimah islam. islam itu hanya satu sejak zaman Ayahnda Adam sampailah bila bila. Jika ditambah satu nafas maka ia bukan lagi Islam yang satu itu. jika dikurang satu habuk juga bukanlah ia.

aduh sudah panjang abg berceloteh. takut nanti terkurang masa kita untuk beramal. sampaikan salam abg untuk adik adik lain. doa kalian amat abg harapkan dalam dunia yang sangat banyak kerja ini bahkan masanya terlalu pendek pula. salamullahi alaikum...

3 comments:

Ainin Naufal said...

Fuuuh... menyentuh sanubari adik, bang. Teruskan ukhuwah.

umaq_eiman said...

eh,, adik?? insya Allah kak.

Anonymous said...

Apalah gunanya manusia yang ada nama tidak bermakna,ada hati telahpun mati,ada akal tidak berpangkal,ada diri bukan sendiri.Terima kasih atas titipan amanah yang amat besar ini.Moga kami adik2mu mampu menggalasnya sebagai suatau amanah bekalan hingga ke syurga.Teruskan perjuangan abangku.Semoga Allah berkatimu..