mungkin ramai dari kita pernah mendengar sabda nabi bermaksud: "katakanlah aku telah beriman kemudian beristiqamahlah."
namun dua perkara dalam hadis ini merupakan suruhan yang menuju kepada ganjaran yang besar dan sangat sangat berharga. apakah mudah dua suruhan ini? amanah ini umpama amanat seorang general tentera kepada komando komandonya. singkat dan padat. Siapa yang mencapai tahap pemahaman komando pada setiap arahan adalah mereka yang mengenali general yang memberikan arahan.
Hadis ini mudah dihafal juga mudah dibaca. Apakah ia mudah difahami untuk disusuli dengan amalan? sebenarnya bila menyebut Iman maka takkan terlepas seseorang itu dari amalan 3 aspek kemanusiaan iaitu hati, akal dan anggota. Hati perlu merasai semua perasaan yang sesuai dengan apa yang diimani. Akal mesti memikirkan apa yang menjuruskan kepada keimanan. Apabla kedua aspek awal sudah memenuhi hajat keimanan maka mudah bagi jasad untuk menghabiskan keringat ke arah tuntutan tuntutan iman. maka inilah yang dimaksudkan katakanlah aku beriman.
suruhan kedua lebih ringkas dan lebih mampat. beristiqamahlah. nah ! satu perkataan sahaja. tetapi maksudnya sangat dalam dan ruang lingkupnya sangat-sangat luas. dari saat kamu beriman sehinggalah kamu berjumpa apa yang kamu imani. misi iman ini misi seumur hidup. kontrak iman ini kontrak mati. Iman ada tahap tahapnya. makin tinggi takat iman itu makin berat tugas yang mesti komando iman itu perlu pikul. Misi ini kadang kadang meminta nyawa. kadang kadang meminta darah. kadang kadang meminta keluarga. kadang kadang mendesak perpisahan. Harta dan masa perkara yang biasa dikorbankan terhadap misi untuk iman ini.
maka berdasarkan itu perintah kedua datang. untuk menjayakan misi ini perlu tabah, perlu sabar, perlu kepada sokongan sokongan kepada ingin meneruskan pengorbanan. itulah arahan istiqamah. Kekal dalam menitip perjalanan sehingga noktahnya tiba.
bertahan hingga mati. berjalan hingga mati. melangkah hingga mati. tiada sebarang peluang untuk bercuti. misi ini date line nya adalah mati. semua orang akan mati tapi tak ramai yang mati dalam misi. maka rebutlah peluang untuk mati dalam misi. mati dalam keadaan sedar. mati dalam keadaan bersedia. Mati itu datang dengan tiba tiba bagi mereka yang leka. Mati itu sangat lambat bagi mereka yang menanti. maka misi ini menyiapkan kita untuk kebahagiaan selepas mati. Hanya iman yang menjadi jaminan. tiada istiqamah tanpa iman. lemah iman itu tanpa istiqamah. sedia dan sedia.
No comments:
Post a Comment