Api.
Aku memandang kepada api.
Aku mencari hikmah untuk diri.
Api meliuk lentuk menuturkan bicara.
Membiarkan mataku menangkap suara cerita.
Aku ibarat Ilmu.
Aku ibarat Nafsu.
Aku punya mujarab,
andai terhijab.
Api membiarkan aku terpana,
Api terus mencerita dalam bahasanya.
Ilmu umpama aku.
Nafsu umpama aku.
Andai dibendung lindung,
akan memberi cahaya beruntung.
Kini api mendengus.
Kalian, kalianlah mentadbir kami.
Aku, ilmu dan nafsu.
Api membeliak.
Aku kalian ibaratkan kejahatan.
Aku kalian contohkan kesirnaan.
Sedangkan Tuhanku, jua Tuhanmu,
Berkata manusialah yang membinasakan.
Kini api itu ku padam.
Kerana aku tahu satu kata.
Bila kecil jadi kawan bila besar jadi lawan.
Aku enggan terima.
Kerana aku manusia yang miliki keangkuhan api.
Siddiq Osman
malam malam akhir bersama kekasih.
khartoum sudan.
1 comment:
Macam kenal je gamba ni :)
Anyway,sedap sajak ni.
Post a Comment