Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Thursday, August 28, 2008

Rinduku Kembali.


Kau penawar luka setahun.

Kau pengubat batin yang lumpuh.

Berseri senyum sang iman.

Mekar kuntuman bunga taqwa.


Kami mengintaimu dengan doa.

Kami menjengah terjinjat-jinjat menanti

ketibaanmu membawa sejuta erti.

Setengah tahun menanti buat diri berhati-hati.

Dijunjung amal dikilik bekal.

Bersedia menerima didikan sepurnama.


Siangmu menjanjikan sabar.

Malammu menyediakan rahmat.

Tidur bersamamu beroleh berkat.

Jaga disisimu bernilai amat.

Sehari bersamamu menambah tahun usia.

Tuhan aku pohon Kau temankan hitung dan percaya,

ketika aku bertemu rinduku.

Tuhan kuatkan jiwaku memenuh tawaranMu,

menuntut tugasku dengan bantuMu.


Wahai diri, pertemuan ini jangan kau bersegan silu.

Jangan lambat memesra rinduku.

Hangati kebersamaan ini melebihi bulan madu.

Biar terluah semua kasih terbalas segala dendam.

Kerana purnama cuma sekali mengambang,

membawa sepanduk nama Ramadhan.

Tuhan berkati pertemuan kami.


Siddiq Osman

27 Syaaban 1429

khartoum, Sudan.

2 comments:

fairuzsallehuddin said...

SubhanAllah.
Maha Heba Allah memberi abg umaq idea utk menulis secantik ini!

Cik LuLu said...

Hebat, lebih mantap dari karya Bulan keramat ramadhan tahun lepas..(^-^) bila menulis dgn penuh minat, pasti hasilnya pun baik. Keikhlasan penulis mampu terpancar dari tulisannya.