Semalam mimpiku datang lagi.
Dia berkata,
duhai pendekar cinta!
Aku keliru membisu,
lalu menjawab.
Aku tiada perkasa.
Serunya bergema,
perkasa beza makna.
Kau perkasa rasa.
Sabar tepu penuh jiwa.
Jeda dan khali memenuh maya.
Sangga kukuh di sisi kulepasi.
Kini aku teguh bagai kersani.
Terpasak pada kaki sendiri.
Akukah?
Mimpiku telah pergi.
Kini tinggal butir-butir koka.
kuusap bersama tutur cinta.
Terasa jiwa mekar perkasa.
Menyerap zat dari penawar bicara.
Kain kasa tertera sabda baginda.
Ku tatap baca,
tiada iman sehingga cinta bagi saudara,
cinta seutuh cinta bagi diri.
Inilah azimat inilah keramat.
Bisikan serapah.
Aku bertanya, mengapa?
Datang suara menyapa.
Sebagai teman, sebagai cermin.
Bisikan hati bergetar, kemana?
Kukatakan pada hati. Akulah kembara itu,
kerana akulah pendekar cinta.
Siddiq Osman
mahu berjuang.
3 comments:
copy erk.. masuk blog saya
I luv it. Makin lama makin bagus karya ustaz. u should compile them into a book.
karya yang baik mampu membina apresiasi dalam minda pembaca. Dan karya ini telah berjaya mengundang daya penghayatan yg tinggi. Seterusnya membuahkan kenikmatan. Dan ana menikmatinya setiap kali membaca. Teruskan berkarya.
Post a Comment