26 Sep. 2009, Khartoum- Stadium University Africa menyaksikan perlawanan pertama Malaysia - Acheh setelah kedua-dua pasukan menyepi lebih satu musim dari persada bola sepak asia di Sudan. Malaysia yang menjadi tuan rumah perlawanan kali ini menyambut pasukan Aceh dengan formasi awal 4-3-3 yang mana menyaksikan serangan pada separuh masa pertama seimbang walaupun Malaysia mendahului 1-0 pada 15 minit awal.
Jaringan bernasib baik dari Yaakob Ismail menambahkan kerancakan perlawanan dengan serangan dari kedua-dua pihak. Bagaimanapun kubu Malaysia yang di ketuai oleh Zaimuddin kelihatan begitu kukuh sehingga membolehkan penjaga gawang Irfan Azmi berehat sepanjang permainan tanpa asakan berbahaya. Pemain-pemain Aceh gagal untuk melepasi benteng pertahanan awal yang terdiri dari Akmal, Umar dan Luqman.
Separuh masa kedua menyaksikan Skuad Malaysia melakukan beberapa penukaran seperti Roy Ramzi yang menggantikan Azhan, Firdaus Abu Jalil yang menggantikan Akmal dan Nizam menggantikan Osman memantapkan lagi bahagian pertahanan dengan formasi 5-3-2 bagaimanapun dengan formasi pertahanan ini telah menyumbang 3 lagi gol tambahan untuk membenamkan terus skuad Aceh dari mengumpul sebarang gol. Hasil gandingan Roy Ramzi dan Haron Mad Hassan sebagai penyerang telah membuka peluang bagi Roy melakukan Hatrick sebelum pulang ke Langkawi pada malamnya.
Pengadil dari Niger mengucapkan tahniah kepada Kapten Malaysia iaitu Osman Mohammad. Perlawanan ini telah mencetuskan keyakinan pada skuad Malaysia untuk kembali bertapak di persada bola sepak asia di Sudan. Ini adalah kemenangan ke lima berturut-turut ke atas Aceh sejak 2006. Kemungkinan sabtu akan datang menemukan Malaysia dan Indonesia. Marilah kita mendoakan kemajuan Sukan PMMS di arena bola Sepak.
Sekian dahulu buat kali ini laporan dari pusat sukan Arkawet persing 48. oleh Wartawan sukan : Siddiq Osman
Monday, September 28, 2009
Friday, September 18, 2009
kembali kepada fitrah ketaqwaan
Khutbah Pertama
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر . وللهِ الحَمْدُ .
أَشهَدُ أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه , لَه الْمُلْكُ وَلَه الحَمْدُ وَهُوَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِ ين, وَعَلَى آَلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِ ين لهَمُ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ
. فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,
وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Wahai muslimin dan muslimat,
Saya berpesan kepada diri saya dan kita semua agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan muslim.
Sidang Aidil Fitri sekalian,
Marilah bersama-sama kita mengucapkan Takbir, Tahmid dan Tasbih dalam mensyukuri dan mengagungkan Allah dengan penuh penghayatan. Di atas nikmat Allah yang banyak dalam kehidupan kita sehari-hari, ditambah pula dengan nikmat yang terulung dan paling berharga iaitu Iman, Islam dan amal-amal soleh.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Setelah sebulan kita memburu Taqwa dalam ibadah Ramadhan kita dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah maka tibalah hari ini. Hari Kesyukuran dan Kebesaran Umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hari yang diperintahkan ke atas kita bergembira dan membesarkan Allah seperti Firman Allah:
وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa sebulan Ramadan), dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan / mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah 185)Jika Ramadhan merupakan perlumbaan ketaqwaan maka kini Syawal membawa perintah kesyukuran. Inilah nilai-nilai yang perlu kita rebutkan dalam kehidupan. Nilai sebenar yang Allah lihat dalam kehidupan penuh ujian ini. Pangkat-pangkat yang Allah dan makhluk langit pandang dan jawatan-jawatan yang mendapat ganjaran di Hari Akhirat kelak. Pangkat Mukmin, Pangkat Muttaqiin dan Pangkat Syakiriin merupakan darjat kebesaran yang ada nilai di sisi Allah.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai Manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan pula kamu berbagai bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan, sesungguhnya yang paling mulia di sisi kamu adalah yang paling bertaqwa sesungguhnya Allah maha Mengetahui dan Dalam PengetahuanNya.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Hari ini adalah hari di mana kita kembali kepada fitrah kita. Kembali kepada kesucian, tetapi perlu kita fahami bahawa bukanlah kesucian ini memenuhi setiap jiwa. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasainya.
Mari kita renung sabda Rasulullah yang berbunyi::
رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Maksudnya : Betapa ramai orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang-orang yang bangun ibadah di malam hari namun tidak mendapat apa-apa dari qiyamnya kecuali hanyalah berjaga malam sahaja. (Riwayat Ibu Majah)Maka Hari ini Saya menyeru diri saya dan sidang jemaah sekalian agar kita memuhasabahkan diri kita sebagaimana yang diriwayatkan mengenai salafussoleh bahawa mereka menanti Ramadhan enam bulan sebelum bulan itu tiba dan bermuhasabah sepanjang enam bulan setelah ia berlalu. Adakah amalan kita mencapai piawaian Ramadhan. Piawai keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah.
Dua piawai inilah yang menjadi prasyarat pengampunan dosa yang telah Rasul sebutkan dalam hadits yang sangat masyhur;
Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan Iman dan mengharapkan ganjaran maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.
Inilah standar Ramadhan yang bakal melahirkan ketaqwaan. Bukanlah Ramadhan yang dihiasi dengan tidur dan hiburan pada siang hari dan makan serta minum di malam hari. Yang mana Ramadhan bertukar dari bulan bersusah dan bertungkus lumus kepada bulan berehat-rehat dan berpesta. Dengan pembaziran seperti mercun makanan yang melampau-lampau dan juga di sudahi dengan pakaian mewah yang berlebih-lebihan di hari raya. Bahkan pakaian yang ditempah dan dibeli mendedahkan pula aurat. Baik bagi yang dewasa mahupun remaja.
Cukuplah Aidil Fitri yang sudah-sudah menjadi medan keduniaan kita ubahlah mulai hari ini menjadikan Aidil Fitri Medan kehambaan dengan rasa syukur bersama pakaian yang baru cantik tetapi sederhana dan menepati kehendak Syarak.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Sidang Jemaah sekalian mari kita renung dalam diri kita,
Apakah wujud Taqwa yang dicitakan oleh amal ramadhan pada diri kita? Bagi menjawab persoalan ini mari kita renung kata-kata Imam Ali Ra dalam menyatakan makna Taqwa, menurutnya:
Taqwa itu takut kepada Allah, Beramal dengan al Quran, cukup dengan sedikit dan bersedia untuk kematian.
Apakah sifat-sifat ini ada pada diri kita? Dalam kita bertakbir di bibir adakah tercetus takut kita kepada Allah Yang Maha Besar di dalam hati. Dalam melaungkan kalimah Tahmid apakah bersinar rasa berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah di dalam kalbu kita? Atau kalimah ini hanyalah lagu lagu zikir yang kita dendangkan tanpa ruh dan penghayatan? Islam bukanlah agama jasad sahaja, bukan pula akal sahaja, bukan hanya penyerahan hati sahaja. Tetapi Islam menuntut penyerahan penuh dan menyeluruh. seperti firman Allah:masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah Syaitan...
Adakah cukup sekadar kita solat dan puasa tanpa memahami tuntutan kedua ibadah itu? sudah pastilah tidak. Sebab inilah yang mengakibatkan solat kita tidak mencegah kita dari kemungkaran. Puasa kita tidak mendinding kita dari maksiat dan sedekah kita tidak memadam kejahatan kita. Mari kita renung Firman Allah dalam surah al Mukminun:قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ | |
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ | |
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ | |
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ | |
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ | |
إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ | |
فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ | |
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ | |
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ | |
أُوْلَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ | |
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ |
Sememangnya fitrah kita adalah taqwa. Tetapi tempelan duniawi yang menipu daya telah memesongkan kita dari fitrah. Kita telah mengikat janji dengan Allah sejak alam Ruh lagi. Jika kita tidak bersetuju dengan tawaran ketaqwaan di alam Ruh maka tidak ada kita di dunia ini.
Inilah yang disifatkan Nabi saw dalam sabda baginda:
Setiap yang lahir itu lahir dalam keadaan fitrah maka ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau majusi.
Marilah kita kembali kepada fitrah kita secara sedikit demi sedikit dengan usaha yang sempurna merangkumi semua aspek hidup. Ini menuntut kita kepada mendambakan tarbiyah yang tersusun dan berpanjangan. Tarbiyah yang bersifat rabbani. Tarbiyah yang bersumberkan wahyu iaitu al Quran dan Sunnah. Kita mendidik diri dan persekitaran kita dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa ketamadunan manusiawi yang hakiki.Muslimin- muslimat sekalian.
Islam tidak memandang enteng mengenai institusi kekeluargaan kerana di sanalah madrasah pertama ketaqwaan manusia. Institusi yang menyemai sikap dan tingkah laku. Ini boleh kita lihat bagaimana Allah memilih keturunan Rasulullah saw. Walaupun dari kalangan Arab yang jahil tetapi keluarga Nabi kita adalah dari bangsawan yang terpelihara. Islam sangat menekankan pendidikan anak-anak baik dari segi pendidikan jasad, pendidikan minda , pendidikan peribadi dan juga sensitiviti ataupun kita sebut sebagai pendidikan hati dan perasaan.
Allah berfirman :
Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari Api Neraka adapun bahan bakarnya adalah dari kalangan manusia, jin dan batu.
Maka di hari yang mulia ini saya dengan penuh kasih sayang menyeru marilah sama-sama kita berganding bahu menjaga keluarga besar Malaysia di sini saling bantu membantu dalam menyelamatkan diri kita semua dari azab Allah. Kita memelihara amal kita dan saudara kita, kita menutup aurat kita juga saudara kita, kita membina kebahagiaan masyarakat Islam dengan menyampaikan pesanan pesanan yang baik di kalangan kita. Kita mesti menjadi agen kepada promosi ke Syurga Allah. Tidak cukup kita sahaja menuju ke Syurga sedangkan di sekeliling kita kita lupakan. Marilah kita hayati firman Allah:
وَالْعَصْرِ | |
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ | |
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ |
Sabda Rasul yang bermaksud:
Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal mengenai pimpinannya.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
Muslimin muslimat yang diberkati Allah,
Di pagi yang mulia ini dituntut kita berkasih sayang bersalaman dan berpelukan sesama saudara kita kerana Rasulullah bersabda mafhumnya:
Barangsiapa berjabat tangan di hari raya kerana Allah maka diampunkan dosa-dosanya dan barang siapa berpelukan di hari ini kerana Allah maka gugurlah dosanya sebagaimana gugurnya daun kering dari pohon.
Sudah menjadi galakan di dalam Islam supaya umat Islam sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah di setiap hari kebesaran. Marilah kita mengembalikan ruh kita hari ini kepada fitrah ketaqwaan. Mari sama-sama kita jadikan Aidil Fitri kali ini Aidil Fitri yang mempamerkan ubudiyah Ramadhan. Kita bersederhana dalam hidangan, elakkan pembaziran. Kita bersederhana dalam pakaian, dengan menjaga Islam kita. Kerana antara ciri mukmin itu adalah mereka yang berbeza pakaian mereka dengan agama lain. Kita diwajibkan menutup aurat seperti wajibnya solat. Kita hendaklah faham bahawa mendedahkan aurat itu bukanlah urusan kecil. Ia adalah penentangan perintah Allah. Kita melanggarnya beerti kita ingkar dengan suruhan Allah. Marilah kita ubah diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga kita.
Tiadalah ertinya amal kita yang bertungkus lumus dalam Ramadhan sekiranya menjelmanya Syawal kita jatuh dalam kemaksiatan. Mulai hari ini marilah kita berazam menjadi Mukmin yang soleh dan muslih. Yang sentiasa menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita didik hati kita agar sentiasa tunduk hanya pada Allah agar Allah menerima kita dan memandang kita di Akhirat sebagai hambaNya dan membenarkan kita melihat Wajah Allah yang maha Agung. Mudah mudahan kita mengambil pengertian dari firman Allah:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ50
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ 51
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ52
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ53
بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ , ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِاْلأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ , وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِ ر الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ
والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ .
تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِ ر الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ
والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ .
Khutbah Kedua.
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, وللهِ الحمد.
أَشْهَدأَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْعَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَه وَنَصَرَه وَوَالاَه . أَمَّا بَعْدُ ,
فَيَا عِبَادَ اللهِ , أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ . وَتَزوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَى
Marilah kita semua bertaqwa dengan sebenar-benar ketaqwaan sehingga akhir hayat kita. Kita jitukan tekad pada hari ini dalam mengorak langkah ke arah menjadi hamba yang lebih taat. Semoga dengan niat dan doa kita Allah mudahkan kita dalam urusan mentaatinya. Sedarlah kita bahawa tiada daya upaya kita mentaati Allah tanpa inayah dan hidayah dariNya. Allah berfirman:
ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا
Itulah dari ayat-ayat Allah barangsiapa yang diberi hidayah maka dia akan mendapat hidayah dan barangsiapa yang disesatkan maka dia tidak akan mendapat pelindung ataupun penunjuk.
Surah al Kahfi:17.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُMuslimin muslimat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita menjadi golongan yang berkasih sayang kerana Allah kerana firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sesungguhnya tiadalah orang yang beriman itu melainkan mereka bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu mudah mudahan kamu beroleh rahmat.
Dalam ayat dibacakan tadi jelas Allah menyifatkan persaudaraan itu adalah ciri orang beriman dan usaha menyatukan sesama kita adalah antara sebab turunnya Rahmat Allah. Maka di hari ini marilah kita bermanis muka dan melupakan segala kesalahan saudara kita mudah mudahan Allah menempatkan kita di antara mereka yang dirahmati di akhirat nanti. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيمَ .
وَبَارِ ك عَلَى محمدٍ وَعَلَى آَلِ محمدٍ , كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آَلِ إِبرَاهِيمَ فِى العَالَمِيْنَ إِنكَّ
حمِيدٌ مَجِيدٌ . اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِ لمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ
وَالأَمْوَاتِ . رَبنَّا اغْفِرْ لَنَا ذُنوُبنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبوَّنَا صِغَارًا. رَبنَّا اغْفِرْلَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُ وْنَا بِالإِيْمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلا لِلَّذِيْنَ آَمَنُوْا رَبنَّا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ , وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ , وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ
وَالظَّالِمِيْنَ . اَللَّهُمَّ إِناَّ نَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ أَعْدَآئِنَا وَنعُوْذ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى
نُحُوْرِهِمْ . اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شمَلَهُمْ وَفَرِّقْ جمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ .
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَاننَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فَلَسْطِيْنَ , وَفِى غَزَّةِ , وَفِى العِرَاقِ , وَفِى
كَشْمِيْر , وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد وَفِى كُلِّ مَكَانٍ . اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ , وَاجمَعْ كَلِمَتَهُمْ , وَثبَّتْ
أَقْدَامَهُمْ , وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَآئِهِمْ .
اَللَّهُمَّ آَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا, وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا, أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَه اَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا
, وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَه . اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَاننَا, وَأَئِمَّتَنَا ا وَارْزُق نَا اتِّبَاعَهقلحَقَّ حَ
وَوُلاَة أُمُوْرِنَا, وَاجْعَلْ وِلاَيتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .
رَبنَّا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لمَ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الخَاسِرِيْنَ . رَبنَّا هَبْ لَنَا مِنْ
أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّة أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.
رَبنَّا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
. وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ . وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ .
اَلله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , وَلِلَّهِ الحَمْدُ .
Saturday, September 05, 2009
Ramadhan dan al Quran.
Salam Ramadhan sekali lagi. Semoga kita dalam tempoh motivasi tertinggi untuk beramal. Ramadhan yang berkah sudah menjengah ke separuh kedua bermakna hayat kita bersama ramadhan tahun ini semakin singkat. Cukupkah bekal kita untuk melonjakkan kita pada ahli lailatul Qadar? Marilah kita pertingkatkan amal di samping menjernihkan niat hanya mengharap redha Allah.
Ramadhan seperti yang kita diberi tahu bulan bumi ini menadah penurunan al Quran jadi tidak hairanlah bulan berkah ini seperti bulan pesta umat Islam mentartilkan ayat-ayat Allah yang suci lagi menjadi petunjuk. Pembaca al Quran adalah mereka yang beroleh nikmat yang sangat banyak kerana janji-janji Allah dan RasulNya telah diberikan dalam pelbagai ayat al Quran dan hadits antaranya ALlah menjanjikan hijab bagi org yang membaca al Quran dari golongan kafir. Manakala rasul menjanjikan setiap huruf satu kebajikan. Nah, beruntunglah org yang membaca al Quran dalam hayatnya. Apatah lagi di sepanjang bulan Ramadhan yang Allah janjikan amalan akan digandakan dalamnya.
Telah menjadi kebiasaan Surau dan Masjid-Masjid menganjurkan tadarrus dan program penghayatan al Quran sepanjang Ramadhan. Ini sangat mengembirakan kita sepatutnya. Kerana tidaklah hidup sebuah kebaikan melainkan ALlah memberkati khalayak berikut dengan rahmat yang banyak. Antaranya kita dapat melihat ramai yang bertatih-tatih dalam pembacaan al Quran kembali mendekati kitab Allah itu. Mereka yang diberi kelebihan pula mesra mengembangkan nikmat kepada khalayak yang terdekat. Secara tidak langsung kita telah menjalinkan persaudaraan melalui al Quran.
Ramadhan yang berkah ini bukanlah beerti maksiat telah sifar. Ini saya nyatakan bukan untuk menghebahkan kemungkaran tetapi sekadar mengingatkan bahawa gerak kerja dakwah mesti juga dijalankan walaupun kesibukan kita dalam meningkatkan amal kita sebagai meraikan kehadiran Ramadhan. Ini bersesuaian dengan Sunnah dakwah. Sedangkan Badar berlaku dalam Ramadhan pertama. Maka sejak awal lagi kita diajar bahawa walaupun dalam Ramadhan dakwah tetap merupakan agenda utama umat ini. Al Quran yang kita baca perlu dihayati dan diperaktiskan dan peraktis yang paling utama adalah dakwah iaitu penyebaran kandungan al Quran itu sendiri.
Jadi marilah sama-sama kita realisasikan Ramadhan sebagai bulan Quran dan mengambil peluang menghadham tuntutan al Quran itu setiap detik ramadhan kita. Salam Tilawah dari saya,
"sumuu waf thiruu bilkhoir. Ramadhan Kareem"
Ramadhan seperti yang kita diberi tahu bulan bumi ini menadah penurunan al Quran jadi tidak hairanlah bulan berkah ini seperti bulan pesta umat Islam mentartilkan ayat-ayat Allah yang suci lagi menjadi petunjuk. Pembaca al Quran adalah mereka yang beroleh nikmat yang sangat banyak kerana janji-janji Allah dan RasulNya telah diberikan dalam pelbagai ayat al Quran dan hadits antaranya ALlah menjanjikan hijab bagi org yang membaca al Quran dari golongan kafir. Manakala rasul menjanjikan setiap huruf satu kebajikan. Nah, beruntunglah org yang membaca al Quran dalam hayatnya. Apatah lagi di sepanjang bulan Ramadhan yang Allah janjikan amalan akan digandakan dalamnya.
Telah menjadi kebiasaan Surau dan Masjid-Masjid menganjurkan tadarrus dan program penghayatan al Quran sepanjang Ramadhan. Ini sangat mengembirakan kita sepatutnya. Kerana tidaklah hidup sebuah kebaikan melainkan ALlah memberkati khalayak berikut dengan rahmat yang banyak. Antaranya kita dapat melihat ramai yang bertatih-tatih dalam pembacaan al Quran kembali mendekati kitab Allah itu. Mereka yang diberi kelebihan pula mesra mengembangkan nikmat kepada khalayak yang terdekat. Secara tidak langsung kita telah menjalinkan persaudaraan melalui al Quran.
Ramadhan yang berkah ini bukanlah beerti maksiat telah sifar. Ini saya nyatakan bukan untuk menghebahkan kemungkaran tetapi sekadar mengingatkan bahawa gerak kerja dakwah mesti juga dijalankan walaupun kesibukan kita dalam meningkatkan amal kita sebagai meraikan kehadiran Ramadhan. Ini bersesuaian dengan Sunnah dakwah. Sedangkan Badar berlaku dalam Ramadhan pertama. Maka sejak awal lagi kita diajar bahawa walaupun dalam Ramadhan dakwah tetap merupakan agenda utama umat ini. Al Quran yang kita baca perlu dihayati dan diperaktiskan dan peraktis yang paling utama adalah dakwah iaitu penyebaran kandungan al Quran itu sendiri.
Jadi marilah sama-sama kita realisasikan Ramadhan sebagai bulan Quran dan mengambil peluang menghadham tuntutan al Quran itu setiap detik ramadhan kita. Salam Tilawah dari saya,
"sumuu waf thiruu bilkhoir. Ramadhan Kareem"
Subscribe to:
Posts (Atom)