Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, January 15, 2010

Taubat Sa'labah.

Kerana matamu memandang
aib sebalik tabir.
Kesal hatimu bergetar
mengundang taubat sebenar.

Hilangmu dirasai Nabi,
Umar dan Salman diminta mencari.
Ke rumah ke pasar dijejaki.
Sehingga gunung didaki.
Riwayat penternak menyentuh hati.
Kisah air mata diberita.

Umar menjemputnya dari sahara,
Nabi mengunjung pohon berita.
Kekal Iman syurga dipinta.
Maut menjemput penuh selesa.
Malaikat mengiring sampai pusara.

Inilah kisah duka Sa'labah.
Takutkan diri tidak diterima
mencari ampun berair mata.
Tenanglah dia dalam syurga.

Siddiq Osman.

4 comments:

martial said...

cerita ttg tsa'labah tak sabit,
syiah yang reka2 cerita ni.dia adalah sahabat nabi yang bagus.

umaq_eiman said...

puisi ni cerita kebaikan dia laa. Hadith berkenaan kematian dia ni kisah sa'labah ibn Abdl Rahman bagaimana kisah taubat dia dari dosa melihat aurat wanita sehingga kewafatannya.

martial said...

ok sorry

umaq_eiman said...

x pa. sampaikan ilmu tu tanggungjawab.