Selepas Iraq sedikit bernafas kini tiba giliran umat Libya pula sesak nafas antara dua mudharat: Ghaddafi atau Penjajahan.
Zionis sedang melancarkan perang ke atas Ghazza dengan giat melancarkan serangan darat dan udara yang menyasarkan rakyat Palestin utamanya kanak-kanak dan wanita. Walaupun dibedil namun HAMAS tidak berdiam dan menanti sahaja semalam beberapa roket telah dilancarkan dari utara bandar Ghazza ke Ashkalon dan Sadarot selepas Zionis membedil bandar Senin di Ghaza.
Kedengaran Siren amaran di dua bandar jajahan Zionis itu menandakan penduduknya telah meninggalkan rumah masing-masing untuk memenuhi tempat perlindungan.
Jepun masih dalam keadaan belum pasti jumlah kematian yang sebenar sehingga hari ini. Semoga bencana ini membuka lebih luas peluang dakwah di sana.
Beberapa negara arab sedang mendiamkan proses tunjuk perasaan rakyat mereka supaya tidak berlaku seperti beberapa negara yang telah bertukar kerajaan seperti Mesir, Tunisia dan akan datang Libya. Ketara sekarang pemimpin dan rakyat dunia ISlam bukan dalam institusi yang sama. Adakah situasi perubahan ini akan terus meratah diktator seluruh dunia ISlam atau hanya dalam lingkungan tanah arab sahaja?
No comments:
Post a Comment