Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Friday, September 08, 2006

sebuah komentar peribadi terhadap karya bernama GUBRA

AWAS!!! GUBRA merupakan ancaman kepada Budaya.

salam semua.

sudah lama tidak berdiskusi dengan sahabat sahabat di sini.
sebenarnya setelah menonton gubra baru saya faham kenapa abg faisal menetang gubra secara maknawi. sungguh saya bukan orang seni atau celik seni.

tetapi saya yakin seni bukan sahaja espressi ke arah menghancurkan ketulinan bangsa atau jati diri.

bangsa melayu memang asalnya buta agama. tetapi itu sejarah kurun ke 7 atau 8.
sebelum islam memasuki langkasuka. maka sudah berapa kurun org melayu itu islam. dan islam menaungi melayu. walaupun ada yang kurang senang dengan sinonim ini itulah hakikatnya. sebab itu kita sebut dah ramai melayu murtad. bukan muslim malaysia. org org tua juga akan menyatakan ..dia dah masuk melayu.. sekiranya ada org bukan islam masuk islam.
masalahnya gubra bukanlah satu filem yang sangat baik utk dipertahankan sampai terpaksa menggugat akidah dan kemurnian masyarakat.

Gubra menawarkan hubungan yang tidak seimbang dalam suami isteri di sebalik hubungan luar nikah yang teruk. walaupun di dalamnya ada contoh keluarga bahagia yang bergantung dengan hubungan intim suami isteri tanpa mendidik masyarakat ke arah membinanya.
apapun seandainya yasmin bertujuan mendidik masyarakat maka suka saya sarankan kalau ingin mendidik anak supaya tidak mencuri jangan tunjuk bagaimana ingin mencuri. kalau ingin mendidik anak menutup aurat kenalah menutupi aurat sendiri.

jadi saya rasa yasmin akan mampu menerbitkan filem lebih baik sekiranya dia mendalami islam. sebab nabi kata siapa yang baik dalam jahiliyah maka lebih baik di dalam islam.
ok. gubra pada pandangan saya filem mukaddimah untuk org melayu mencemar budaya timur dan bagi org islam menjual agama.

yang ketara saya lihat adalah yasmin terlalu suka adegan menghampirkan pelakon dengan zina dalam beberapa eksploitasi ke atas anak gadis melayu iaitu adik amani. kedua dia cuba menyatakan semua agama adalah sama.

kalau betullah pandangan ini yang ingin disampaikan maka insaflah. kerana menyamakan islam dengan agama lain beeerti menafikan kata nabi. islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi.
menafikan kata nabi bunga bunga murtad yang akan berbuah.

sudah cukup panjang untuk sesuatu yang sangat jengkel.

4 comments:

Ainin Naufal said...

Liberalisme dh mula menular di Malaysia selepas berkembang pesat di Indonesia. Awas!

umaq_eiman said...

sama sama kita pertahankan akidah bangsa.

brohamzh said...

ini bahaya liberal.penularannya amat berleluas..Amat membimbangkan..Apa yang boleh kita lakukan utk membendungnya?

umaq_eiman said...

kita tumpukan usaha kita dalam apa jua lapangan menuju ke arah mengajak manusia kembali kepada manhaj hidup rabbaniy dan mengenal diri.

kita berdoa semoga Allah selamatkan kita dan diri kita dari jalan yang dimurkai dan mereka yang sesat.

kita berserah kepada Allah setelah berusaha menjaga diri keluarga dan masyarakat yang dalam jangkauan kita.

medan dakwah bermula dari sakhsiyah. bina diri.