Say no to Israel

Say no to Israel
Say Yes to Plaestine

Sunday, April 20, 2008

Maafkan Daku.

Salam sendu menghinggut jasad,
meruntun penyesalan merenggut kesedaran.
Mendengar khabar dari angin,
mendengar cerita ditiup bayu.

Khabar berputar berkitar bagai taufan,
Melanda jiwaku hancur remuk
pecah bagai kaca dihempas.
cukupkah segala rasa dan resah,
sedang bibirku dibasahi kola
lidahku giur mendengar KFC.

Aku berbisik kepada nafsu.
Diam kamu, tetap di tempatmu.
Jangan berani kamu mengusik aku saat ini.

Saat aku mencari rumah yang lapang.
Saat aku mengadu kepada kiriman debu debu oleh angin.
Rumah kalian dirampas diroboh
diganti pula dengan kedinginan salju,
dipayungi oleh terik mentari.
Air ditadah dari titisan embun.

Jangan bicarakan keenakan lagi duhai nafsu.
Jangan khuatirkan lagi ulahan alam.
Saudaramu sudah tidak mengerti bagaimana nikmat senyum.
Saudaramu sudah lupa cara ketawa.
Mereka hanya dirundung syahdu dalam doa.
Atma berselubung harap yang semakin pudar.

Sukma mereka berkecamuk bila diusir
dihalau oleh saudara satu agama,
satu budaya.

Kicauan burung turut berlagu sedih.
Kesedihan ini menjalari air mata yang luruh bermusim.
Musim ini tidak mengizinkan air mata itu membanjiri pipi.
Bahkan tidak memenuhi kolam dipinggir mata,
Sekadar menjadi fatamorgana, yang menipu sebuah ukhuwwah.

Maafkan aku duhai putera-puteri Palestina.
Jangan bicarakan aku di mahkamah agung.
Aku takut, aku kalut.

4 comments:

ASaL said...

khali...
dan jiwa masih belum merasa
derita mereka
yang tidak mengenal erti derita
kerana merekalah
derita itu

Aishahtur said...

lidahku giur mendengar KFC.

Anonymous said...

Salam.
Dah lame nak buat sajak pasal benda ni tapi xjumpe alur ceritanya. Paling tepat xjumpe bahasa sesuai...tapi yg saudara Siddiq buat ni tak nmpak janggal dan senang difahami.
Ending yang mengajak utk sama2 kalut dan takut...

umaq_eiman said...

tapi dikritik teruk juga puisi ni.
hehehe