Mencari Erti Merdeka.
Merdeka! Merdeka! Merdeka?
Nadaku meninggi, mendatar lantas menjunam.
Bapa Kemerdekaan menjelma di ufuk rasa.
Inikah hasil tuai yang mereka semai?
Angin berlalu menyapa,
repek apakah penyair ini?
Aku mendidnding sepoi bahasa itu dengan tegar.
Inikah bangsa setengah abad merdeka?
Tanah berpijak mengeliat durja,
celaka apa ingin kau jemput.
Aku menghentak gegar dengan cekal.
Bangsa merdeka bangsa berjiwa.
Hiburan bukan cita,
harta bukan segala.
Akal di kepala dijunjung.
Mulia ditatang bukan gendong.
Maruah bukan dirabak comotkan.
Langit menjeling, lalu berbisik.
Langit menjeling, lalu berbisik.
Merdeka tetap merdeka.
Aku mendongak khilaf.
Merdeka itu perlu merdeka.
Bayu membuang sepoi pergi.
Engkau perlu belajar bersyukur.
Aku menjerit dalam telinga.
Syukur bukan untuk jadi alpa.
Akalku belum dijajah.
Mindaku dilindung kelambu wahyu.
Jiwaku dilambung kagum Sunnah.
Kisah juang mengisi labu kepala.
Kini jeriji besi bukan ugutan,
tali gantung atau muncung senapang bukan penghujung.
Tetapi, bungkam HIV, koma si rempit,
terburai maruah di akhbar.
Ini bualku.
Bukan bahasa kalian.
Bahasa fenomena tiada jiwa.
Bebas dipijak diludah di bumi merdeka.
Aku benci rai merdeka, bila
temanku meraba anak dara.
Aku benci sorak merdeka, bila
saudaraku mengemis bagai hamba.
Merdeka bermula di jiwa.
Merdeka mengalir di minda.
Merdeka bukan untuk dipesta,
tapi dijaga siap siaga.
Siddiq Osman
18 Ogos 2008
Khartoum, Sudan.
mingguan malaysia24ogos2008.
mingguan malaysia24ogos2008.
8 comments:
salam umar. lama sy tak singgah sini sebenarnya. dah seminggu lebih. sgt sibuk skrg. rutin di hospital jd kekangan. tp bila ternampak link sajak baru sat td, terasa nak baca. tambah2 plak sajak merdeka mcm ni. sy sgt minat. huhu. perasan patriotik sgt la kononnya sy ni.
ok ni komen sy tentang sajak ni. sy rasa sajak ni capai maksud. tp hati2 skit. kalau awk sed ar, ada nampak sedikit melompat-lompat. dari rangkap 2 nak masuk rangkap 3 tu, bila sampai part hiburam bukan dicita, harta bukan segala... rangkap tu macam meleret dan tak nampakkan kesinabungn sgt. tp rangkap yg lepas tu cantik sgt. jd nampak mcm ada nampak 1 rangkap tu leweh sikit. tp keseluruhannya sy suka sajak yg mcm ni. sbb sgt kena dgn jiwa sy. hehe.
dh lama sy tak tulis sajak merdeka mcm ni. kali akhir bulan jun lepas. kot2 kalau awk ada masa, meh baca kat sini:
http://antologidunia.blogspot.com/2008/06/pada-tanah-ini.html
selamat menembus media! huhu
komen..komen..tahniah 10 markah/11
dlm memahami kata merdeka..
salam Merdeka!
jika jiwa Merdeka boleh diimplan, harus diimplan dulu pada pemimpin. Supaya mereka lebih patriotrik dan sayang negara. Bukan sayang nafsu dan tembolok sendiri.
sinis
salam semua.
cik lulu terasa ke?
asal bagus juga cadangan kamu.
amar sejak bila plak jadi guru sajak ni?
sarah mmg selalu saya ke sana.
bagus sajak nih..
leh jadi modal tuk pertandingan karya kreatif 2008.
tema dah kene dah..
hehe
:)
sedap;)
Post a Comment