Saturday, September 20, 2008
Ramadhan Kursus Hati, Akal dan Jiwa.
Semalam aku di Tarawih 20.
Di Akhir Lorong Ampun.
Usai 8 langkah unik
siap 8 pasang salam kiri kanan.
Tampil lelaki tiada tua bukan muda.
Selepas pemimpin langkah hulur suara.
Lelaki itu menyusun kata.
Katanya: Kita di Tarawih 20,
kita di hujung Lorong Ampun.
Sedia apa kita di sini?
Akalku berkata: cari Ampun untuk disembah.
Lelaki tadi sambung.
Tutur dalam gerhana.
Siang kita bagai fakir,
malam kita kembali kita.
Simpang mana kita tuju?
Hatiku berbisik: Susun Syukur untuk diangkat.
Lelaki tadi belum bisu.
Desis kata bergema.
Nafas busuk kita gumam.
Himpun buat bersih jiwa.
Lutut keriutan dahi kematu keras.
Pasti mana kita lubuki?
Jiwaku menjuling: menjelas niat menyelam hina diri.
Lelaki itu pasak kata.
Kita di kota ilmu hakiki.
3 fasa 3 ciri.
Fasa-fasa janji mesti dicari.
Ilmu untuk gilap hati,
sinar akal jua cerahkan jiwa.
Aku menyalami tangan lelaki itu.
Lelaki itu berkata: Bangun di malam-malam ganjil.
Buru detik detik asmara.
Terselindung di sana,
hakikat dari surat yang berselimut.
Jika berjumpa detik itu.
Pinta dari Raja segala cinta.
Cinta teragung yang pernah dimiliki,
kekasih-kekasih sejati.
Aku angguk langkah dan berlalu.
Kota Ilmu masih berbaki
buat kurawat benak dan raga.
Perburuanku kini bermula.
siddiq osman
20 9 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam singgah. selamat hari raya aidilfitri..
ana suka karya ustaz ni...cam berdialog pula..
salam eidulfitri
moga ceria dan diberkati
maaf zahir batin
suka bangat post nie...menyentuh jiwa nurani gtu...kalau selalu dapat ilham nak tulis kata indah macam ni, apa kata awak buat novel???mesti labih menarik,kan?? boleh menyentuh+memimpin=kesedaran lagi ramai muslimin+muslimah='orang- islam-yang-tak-berapa-nak-sedar-diri'
salam akh.
lama ana tak mengunjung, seakan tertinggal dengan banyaknya..
sungguh indah kalam disentuh sukma ramadhan akh.. tahniah.. semoga terus dianugerahkan ilham2 zikra buat dikongsi dengan ummah..!
ana tunggu novel dari Siddiq Osman..!
Post a Comment