Takziah kuucapkan pada dunia.
Pulangnya seorang serikandi ilmu.
Walau tiada anugerah tanpa segala,
baktimu terbukti pada jiwa.
Anak didikmu berasa bangga.
Ada yang bangga dipulas telinga,
ada ditempeleng, dileter bebel pun sama.
Kami bangga kerana kau sertakan semua dengan kasih.
Takziah pada dunia kuungkapkan.
Hilangnya pendidik tulus, ikhlas dan mulus.
Pernah aku menumpang wira coklat berkilat.
Di persimpangan lampu tanda dikau bertanya lampu itu warna apa?
sedang keadaan begitu dikau pertaruhkan nyawa,
untuk menyuap kami dengan ilmu.
Dimana mungkin guru sepertimu mungkin kami temui?
Takziah pada kami, takziah pada semua.
Tahniah padamu kembali menuntut janjinya.
Ummi Halimatun selamatlah engkau sejahtera di sana.
Siddiq Osman
Mencari nostalgia bersama ummi.
4 comments:
Besar jasa beliau. Semoga tergolong di kalangan mereka yang beramal soleh dan beriman.
umi dikebumi pagi tadi.
gambar sahibah mana pulak tu .letak gambar umi dah ler..
touching la baca nukilan nie..
:'(
Post a Comment